Friday, November 16, 2012

JUNDULLAH vs KARKUN TABLIGH – siri 3



Reply
JUNDULLAH 3 March 2012 09:12

saya jelaskan sedikit kefahaman karkun tabligh spt yg diajar oleh eldest2 mereka sbg muqadimah.

Diantara kefahaman yg tertanam dlm sanubari karkun tabligh ialah "bila usaha nabi telah dilaksanakan maka segala kesalahan yg kita buat atas kejahilan samada disedari atau tidak akan diampunkan oleh Allah berkat usaha yg karkun buat itu"

pernah dlm satu sessi bayan,seorang jemaah yg baru join tabligh telah menyuarakan bantahan beliau atas kesalahan ayat al quran yg dibaca oleh si penyampai tersebut lalu apakah jawapan yg diberi oleh si amir??

"tak apa,nanti Allah akan ajarkan beliau"

saya sungguh terpukul dgn jawapan tersebut.drp sumber mana si amir boleh berkata begitu??

adakah dlm sirah nabi ada di ajar kaedah jawapan sebegitu??

adakah mereka tidak tahu bahawa nabi saw pernah menegur dan menyuruh seorang lelaki bersolat SEMULA berulang kali kerana solatnya tidak betul/salah.!!

TIDAK PERNAH ADA SATU RIWAYAT PUN YG NABI BERKATA SPT ORG JT BERKATA SPT ITU.

ini adalah satu contoh drp berpuluh contoh lain sbg muqadimah saya supaya sdr berfikir apakah cara tersebut benar atau salah.
 --------------------------------------------------------------------------------------------
'Abdus Soghier7 March 2012 14:45

Assalamualaikum tuan yg mulia....tuan yg mulia..sy cuma nak tanya beberapa soalan kpd tuan....??

1.Apakah perintah Allah yg pertama2 sekali diberikan Nabi SAW utk diusahakan semasa nabi diangkat mjadi Rasul Di Mekah..yg mana Nabi diwahyukan dgn ayat 1- 3 Surah al-Mudasthir..???
2. Ungkapan sahabat2 Nabi SAW..."Nahnu Nata'allamal Iman Thumma nahnu Nata'allamal Qur'an..Jadi disebalik ungkapan Sahabat2 Radiyallahu 'Anhum ini apakah mereka usahakan dulu..???
3. Apakah hak tuan nak mghukum rujukan Kitab Fada'il 'Amal ( Karangn Syeikh maulana Zakariya RAH) & Kitab Muntakab Ahadith ( Karangan Syeikh Maulana Yusuf RAH ) sebagai SATU PENYELEWENGAN / SESAT.....adakah kedudukan tuan setaraf ngn mereka...???

tuan yg mulia...sebenarnya segala kenyataan tuan dan FATWA tentang PENGHARAMAN yg tuan kemukakan ini terhadap USAHA TABLIGH ini adalah bersifat "LAPOK" @pun bahasa yg mudah nk sy ungkapkan adalah "cerita lama dah"....
Tuan kena terima hakikat bahawa wujudnya Madrasah2, Para Haffuz..Para 'Alim 'Alimah...org2 yg dulunya kaki lepak kemudian jd ahli yg memakmurkan masjid...adalah dgn PERANTARAAN USAHA DAKWAH..walaupun dgn sekadar baca 3 rujukan utama 1.Alquran..2.Hadith Nabi SAW ( Fadail Amal & Muntakhab Ahadith ).....3. Kitab Hayatus Sohabah...Allah telah beri hidayat kpd manusia untuk amal agama....

Tuan hanya berani dlm penulisan sebegini sahaja...membongkar perkara2 yg lapok...Tuan yg Mulia.Ummat Nabi Yg Terbaik yg Cintakan Nabi SAW adalah Ummat yg buat Kerja DAKWAH Nabi SAW...keluar ke masjid pergi lorong ke lorong..pintu ke pintu..ajak mereka memakmurkan masjid..dakwah iman yakin akan kebesaran Allah..Semua ini disabdakan oleh Nabi SAW yg dibukukan dalam Kitab Fadail Amal & Muntakhab Ahadith...

tuan..Sedarlah Usaha Dakwah yg dijalankan & bergerak di Seluruh 'Alam sekrang ini adalah USAHA Junjungan Mulia NABI SAW...yg mana MANHAJ / TORIKAHnya dilaksanakan sepertimana Nabi SAW usahakan..Bagaimana setiap ummat dpt hidayat Allah & bawa KESEMPURNAAN AGAMA dlm kehidupan ummat...

Sekian dr saya yg kerdil...Wallahu A'lam...
==================================================
JUNDULLAH 7 March 2012 17:02

Wa’alaikum salam,

La haula wala quwata illa billah

Al jawab:-soalan 1

-Sdr telah melanggar tertib Nabi saw apabila terus melompat ke surah ke 2.Kenapa tidak bermula drp ayat pertama iaitu surah al-alaq ayat 1-5?

-Semua kitab tafsir muktabar dalam menafsirkan ayat “bacalah dgn nama tuhanmu yang menciptakan” merujuk kpd ilmu dan semestinya awal agama itu ialah mengenal ALLAH.

-Bila sudah ada ilmu baru dtg perintah ke dua iaitu berdakwah.

Al jawab: soalan 2

- Sdr kena letakkan ungkapan sahabat tersebut dlm kondisi yg betul.Mereka belajar iman langsung drp Rasul saw sedang al quran masih di peringkat awal penurunan.

-Sebaliknya dlm situasi kita zaman kini ilmu ttg iman datang drp al quran yg di syarahkan oleh alim ulama dlm kitab mereka.

-Kalau kita meletakkan kondisi kita sama macam sahabat ra,hakikat iman@aqidah@tauhid kita dpt drp mana kalau tidak berpandu kpd al quran??

Al jawab: soalan 3

-bukan saya yg menghukum secara personally tapi saya merujuk perkataan para ulama yg mendedahkan penyimpangan tersebut dlm kitab2 mereka.sebagaimana kitab “Ihya Ulumiddin” al Imam Al ghazali yg di kritik oleh ulama yg antaranya Al Iraqi rh dll.

-adakah sdr lupa ungkapan para ulama mazhab 4 ttg ketidakmaksuman mereka dlm berijtihad.Ada dua perkara yg sdr perlu bezakan iaitu mengkritik perbuatan dgn mengkritik tuan punya badan.

-Kalau sdr rajin baca sejarah para ulama dahulu maka sdr akan dapati budaya kritik-mengkritik utk membetulkan/menegur telah berlangsung sejak dulu lagi.Maka jgnlah anda taksub sangat hingga tidak mahu langsung terima kritikan utk tujuan membetulkan mana yg salah.

-Ttg fatwa para ulama,ia tidak ada tempoh expired.tidak ada istilah lapok@kuno dll.sebagaimana fatwa Ayatullah Khomeni terhadap si murtad salman rushdi sehingga sekarang masih valid.

-utk menjadi hafiz al quran itemnya ialah mushaf al quran.utk jadi muhaddist perlu mengaji dan menguasai kitab2 hadith beserta displinnya dan utk menjadi ulama fuqaha perlu mengaji dan kuasai dua ilmu di atas serta 16 cabang ilmu yang lain.

-adalah tidak benar/salah sekiranya sdr beranggapan hanya dgn keluar dakwah ikut cara JT maka seseorang itu akan mendapat semua ilmu spt yg saya sebut tadi.

-mengikut dakwah cara JT hanya akan melahirkan ABID(org yg kuat beribadah)shj.sebaliknya jika ikut mathode sebenar rasul dan para sahabat akan melahirkan ulama,mujahid,mutaqqin,saintis,cendikiawan,doktor dll.
==========================================
'Abdus Soghier 7 March 2012 19:30

Assalamualaikum tuan yg mulia...trima kasih ngn jawapan tuan...

sy beranggapan tuan faham kehendak soalan saya yg tersirat tu...
saya xmenafikan bahawa menuntut juga adalah perintah Allah..sptmana sabda nabi SAW " Uthlubul 'ilma minal Mahdiy Ilal Lahdiy"....
tetapi disebalik itu asas kpd ilmu untuk dijadikan amalan agama yg sempurna adalah IMAN...jadi Usaha Atas IMAN adalah perintah ALLAH...

Manakah lebih Awla di antara USAHA atas IMAN dgn Usaha Belajar ILMU...pada pandangan tuan yg Ilmuan ini..???
Adakah dgn ILMU sahaja yg banyak dpt mghasilkan IMAN yg kuat....seterusnya mghasilkan kesempurnaan agama dlm kehidupan...??

Wassalam...
==========================================
Reply
JUNDULLAH 11 March 2012 23:43
Salam,

Pengajian iman@akidah@tauhid di zaman awal islam,di ajar oleh Rasul saw secara langsung terus kpd para sahabat dgn bimbingan malaikat Jibril as dgn wahyu yg turun secara beransur-ansur.

Buktinya wahyu yang turun pada priode Mekkah hampir semuanya menceritakan bab akidah/iman/tauhid.Mereka berkumpul di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam belajar bab iman dan tauhid drp Rasul saw.Para sahabat bukan belajar tertib dakwah tapi mereka belajar hakikat iman@akidah@tauhid.Belajar mengenal ALLAH,malaikat,para rasul,kitab terdahulu,hari qiamat dan takdir.

Di zaman para tabi'in,mereka belajar mengenal Allah dan Rasul (rukun iman) drp para sahabat yg menjadi guru mereka.Begitulah generasi selepas itu yg belajar iman@akidah dgn para ulama di zaman mereka sehinggalah ke zaman kita hari ini.

Kefahaman setengah orang yang menganggap apabila kita lahir sebagai org islam maka outomatik kita beriman adalah satu kefahaman yang salah/bathil dan menyimpang drp ajaran islam.

Peringkat pertama mendapat iman bagi kita orang awam ialah bermula dgn mengenal Allah beserta dgn sifat-sifatnya,(sifat 20-apakah sifat yg wajib bagi Allah,yg harus dan yg mustahil).

Keyakinan bahawa Allah berkuasa:makhluk tak ada kuasa,Allah yang beri rezeki dan berbagai keyakinan yang lain hanya akan dapat di hayati dan diwujudkan dlm jiwa apabila peringkat pertama telah kita belajar dan dihadamkan.

Dgn kata lain "tak kenal maka tak cinta" atau "tak kenal maka tak yakin".Adalah suatu yg tidak munasabah bila di anjurkan utk Yakin Allah tanpa dianjur kenal Allah terlebih dahulu.
======================================
Reply
JUNDULLAH 15 March 2012 16:42

Bagi menjawab soalan sdr,antara iman dan ilmu yg mana lebih utama? ...saya bawa satu hadis drp Anas bin Malik ra:

Sekali peristiwa datanglah seorang sahabat kepada Nabi Saw. dengan mengajukan pertanyaan:

”Wahai Rasulullah, apakah amalan yang lebih utama ?” Jawab Rasulullah Saw.: “Ilmu Pengetahuan tentang Allah ! ” Sahabat itu bertanya pula “Ilmu apa yang Nabi maksudkan ?”. Jawab Nabi Saw.: ”Ilmu Pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala ! ” Sahabat itu rupanya menyangka Rasulullah Saw salah tangkap, ditegaskan lagi “Wahai Rasulullah, kami bertanya tentang amalan, sedang Engkau menjawab tentang Ilmu !” Jawab Nabi Saw. pula “Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan ilmu tentang Allah, dan banyak amalan tidak akan bermanfaat bila disertai kejahilan [1] tentang Allah”….[2] [HR. Ibnu Abdil Birr dari Anas]
=========================================
Reply
JUNDULLAH 15 March 2012 19:04

ayat 'ilmu pengetahuan ttg Allah" adalah intipati iman.contoh:seorang non muslim yg ingin masuk islam maka ia akan diajar mengucap dua kalimah syahadah,setelah itu maka sahlah ia menjadi seorang islam.

Tetapi iman belum wujud lagi.ini berdasarkan Firman Allah:

Yang bermaksud : orang-orang A'rab ( arab badwi) berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah islam". Dan ingatlah, jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya(zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". Al-hujurat ayat 14.

Iman hanya akan wujud setelah ia mempelajari ilmu tauhid(dlm kontek kita org awam).anda dan saya termasuk dlm ketegori org awam.Org yg baru masuk islam akan diajar oleh PERKIM untuk mempelajari ilmu pengetahuan ttg rukun iman yg enam dan ilmu islam yg lain.

kesimpulannya iman hanya akan wujud berdasarkan ilmu pengetahuan kita ttg Allah dan baki 5 yg lain.
==============================================
Reply
ibnsaad61@yahoo.com 16 March 2012 22:08

Assalamualaikum,

Apa susah sangat, Insyaallah Habib Omar dan Syeikh Nuruddin Al-Banjari akan datang sebulan dua lagi.Tuan boleh secara peribadi bertanyakan pada mereka tetang sesatnya JTabilgh ini. Kalau J Tabligh sesat aku dulu yg akan keluar dari J Tabligh.Kalau hanya ikut pandang Ulama Wahabi khusus utk J Tabligh tetapi fatwa mereka atas Jemaah PAS tak diambil kira tentu tak adil.

Kitab terjemaah di atas diakui banyak yang silap sbb tu telah ada Jkuasa penterjemahan khusus utk terjemah semula kitab berkenaan oleh Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling.

Wallahualam
=================================================

Reply

JUNDULLAH 17 March 2012 00:14

Wa'alaikum salam,

Saya hormati anda kerana faktor umur dan saya hormati juga dua nama ulama yg anda nyatakan itu.

Bagi menjawab hujjah sdr,saya nukilkan satu kisah yg berlaku di zaman tabi tabi'in iaitu zaman al Imam Syafie dan al Imam Ahmad bin Hanbal utk menjadi neraca dlm membuat perbandingan.

Cerita ini saya perolehi ketika dlm kelas pengajian dahulu.Suatu ketika masyarakat di kampung dua ulama besar itu tinggal terlintas di fikiran mereka utk menguji di antara kedua ulama tersebut siapakah yg lebih alim/warak.

Mereka pun berbincang sesama mereka dgn apa mereka nak uji lalu kebetulan datang seorang lelaki dari luar (musafir) ke kampung mereka.Maka mereka pun mendapat idea.

Lalu mereka pun memabawa lelaki ini berjumpa Imam Ahmad dan bertanya kpd beliau kalau dpt meneka apa pekerjaan lelaki musafir ini.

Setelah dilihat dan diamati lelaki tersebut lalu Imam Ahmad berkata lelaki ini kerjanya adalah tukang besi.Jawapan tersebut di iyakan oleh lelaki tersebut.Setelah berpuashati dgn jawapan itu,mereka pun membawa lelaki musafir itu berjumpa pula dgn Imam Syafie dan meminta Imam Syafie meneka pekerjaan lelaki tersebut.

Setelah di amati,lalu Imam Syafie mengatakan bahawa lelaki itu kerja sbg tukang kayu.Dan lelaki itu pun mengiyakan jawapan Imam Syafie.

Penduduk kampung yg mendengar kedua jawapan ulama itu merasakan spt di permainkan oleh si lelaki itu kerana telah membenarkan satu soalan dgn dua jawapan yg berbeza.

wakil penduduk kampung pun bertanya kenapa lelaki itu mengiyakan kedua jawapan ulama tersebut?.maka lelaki itu menjawab bahawa sebelum dia menjadi tukang kayu,dia melakukan pekerjaan sbg tukang besi.

Kesimpulan drp kisah di atas menunjukkan tingkat/maqam ilmu ulama itu berbeza.Ada yg kasyafnya selapis dan ada yg lebih drp itu.

Peristiwa itu sesuai dgn Firman Allah dlm surah al Mujadalah ayat 11 yg menerangkan kelebihan darjat org yg berilmu.

Maknanya dlm masalah tabligh pun begitu juga.Ada yg Allah buka hijab utk melihat kebathilan tabligh dan ada yg belum dibuka hijab itu lagi.

Jadi tidak hairan bila ada ulama yg menolak tabligh dan ada yg menyokong.Cuma satu PERINGATAN saya kpd sdr Ibnsaad AKAN PERKATAAN Saidina Ali ra :"JANGAN DILIHAT SIAPA YANG BERKATA TETAPI LIHAT APA YG DIA KATA"

KALAU IA BERKATA BERDASARKAN NAS DAN DALIL YG SAHIH,TAK KIRALAH SAMADA IA WAHABI ATAU SELAINNYA MAKA SIAPA YG MENOLAK BERMAKNA DIA MENOLAK AYAT AL QURAN.

APAKAH HUKUM ORG ISLAM YG TOLAK AL QURAN??
Tak semestinya bila dia wahabi maka totally semua pendapat dia salah!!

Sedang Imam Ghazali yg lebih alim drp Wahabi itu pun mengambil hujjah drp tafsir golongan Muktazilah dlm kitab Ihya Ulumiddin beliau.

jadi jgn terlalu taksub....

JUNDULLAH 17 March 2012 00:21
RALAT

pada ayat[sebelum menjadi tukang besi,dia adalah tukang kayu]-ini yg betul

bersambung......JUNDULLAH VS KARKUN SIRI 4

1 comment:

  1. Wahay syeh, saya nak bertanya :
    Tuan begitu full power mencari cari setiap titik kesilapan dan kekurangan jamaah Tablig dari kehidupan pendirinya, metodenya, amalanya, kitab2nya hingga prilaku pengikutnya sehinggan serasa jamah tabligh tu bukan lagi orang Islam karena semua tersalah. Walaulah kesilapan dan kekurangan jamaah tabligh sebegitu banyak, apakah anda sangka mereka dengan sengaja atau jahil sememangnya bertujuan untuk menyesatkan orang dari agamaNya atau seperti kaum munafiqin yang ingin merusak Islam dari dalam sehinggakan semua tulisan wahabi tak pernah keluar dari perkara buruk kepada jamaah tabligh?
    Cobalah tuan berfikir dan lihatlah apa yang sudah mereka lakukan dengan usaha dan pengorbanan mereka?
    Bagaimana menurut pendapat tuan mengenai kekacauan yang di buat oleh sebagian sahabat di medan Uhud sehingga membuat kaum muslimin kalah hebat sehinggapun Nabi SAW terluka.
    Apa comment nabi SAw atas prilaku sahabat yang tidak patuhi arahan beliau? Apa pula comment sahabat yang lain? Adakah Nabi dan Shahabat mengatakan bahwa mereka yang silap tu patut di kata ahlul bidah, sesat dan layak di hukum mati atau di keluarkan dari jamaah Nabi SAW sebagai kafir karena membuat Nabi dan sahabat banyak yang mati? Apa pula kata Alloh terhadap kesilapan sahabat2 tsb? Alloh murka atau mengucap yang buruk seperti yang salafy buat?

    ReplyDelete