شد الرØÙ„ إلى قبره النبي
Fitnah berkenaan
dengan hukum ziarah kubur Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.
Para
pemfitnah mendakwa, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah melarang ziarah ke kubur
Nabi! Benarkah sedemikian? Soalan atau fitnah ini dijawab seperti berikut:
Pertama:
Syaikh
al-Islam Ibn Taimiyyah tidak melarang amalan ziarah kubur, termasuklah kubur
Nabishallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana ia adalah amalan sunnah yang
pernah dilakukan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sendiri.
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjelaskan:
Berkata
kebanyakan (ilmuan), ziarah kubur orang-orang mukmin adalah dianjurkan untuk
mendoakan (kebaikan) bagi yang telah mati di samping mengucapkan salam ke atas
mereka. Ini sebagaimana Nabishallallahu 'alaihi wasallam yang pernah
keluar ke perkuburan Baqi' dan mendoakan (kebaikan) untuk mereka. Demikian juga
sabit dalam hadis Shahih al-Bukhari dan Muslim bahawa
baginda keluar ke perkuburan Syuhada' Uhud dan mensolatkan mereka seperti
solatnya ke atas orang–orang yang meninggal dunia.
Kedua:
Larangan
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah hanyalah kepada amalan mengadakan satu perjalanan
yang khusus ke kubur Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau kubur
orang-orang shalih. Ini kerana di kalangan ahli ibadah ada yang berkata:
“Kami tidak bermaksud menziarahi masjid (Nabawi), maksud kami ialah ke kubur
baginda sahaja.”
Larangan ini
tidak berasal daripada Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah sahaja, tetapi juga para
ilmuan yang lain. Beliau menjelaskan hakikat ini dengan berkata:
Sedia
dimaklumi bahawa pendapat ini dipegang oleh sejumlah besar para ilmuan zaman
awal seperti Malik dan kebanyakan sahabatnya, al-Juwaini Abu Muhammad serta
selainnya daripada para sahabat al-Syafi‘e dan kebanyakan para sahabat awal
Ahmad (bin Hanbal).
Ketiga:
Pandangan
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini memiliki dalil di sebaliknya dan beliau tidak
berseorangan dalam berpandangan sedemikian. Seandainya para pembuat fitnah
mengkaji masalah ini dengan adil, nescaya mereka akan dapati pandangan beliau
tidak terkeluar dari peraturan para ahli ilmu beserta kaedah penghujahan dan
pendalilan mereka.
[1] Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
menggunakan ayat “Berkata kebanyakan (ilmuan)…” kerana dalam bab ini sebenarnya
terdapat perbezaan pendapat. Di antara para ilmuan ada yang berpendapat ziarah
kubur di larang secara mutlak. Sebahagian lagi berpendapat ia dibolehkan bagi
lelaki dan dilarang bagi wanita. Manakala kebanyakan dari mereka berpendapat
dibolehkan bagi lelaki dan wanita.
[2] Majmu' al-Fatawa, jld. 27,
ms. 377.
[3] Larangan ini berdalilkan hadis
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
لاَ تُØ´َدُّ الرِّØَالُ Ø¥ِلاَّ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ø«َلاَØ«َØ©ِ Ù…َسَاجِدَ:
الْÙ…َسْجِدِ الْØَرَامِ ÙˆَÙ…َسْجِدِ الرَّسُولِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ
ÙˆَÙ…َسْجِدِ الأَÙ‚ْصَÙ‰.
Tidak boleh
mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid, iaitu al-Masjid al-Haram (di
Mekah), Masjid Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam (di Madinah) dan
Masjid al-Aqsa (di Palestin). [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalamShahihnya, hadis no: 1189 (Kitab Fadhli al-Sholah fi Makkah wa
al-Madinah, Bab keutamaan solat di masjid Mekah dan Madinah)].
Berdasarkan
hadis ini, tidak boleh mengadakan satu perjalanan yang khusus atas tujuan
ibadah kecuali ke tiga masjid di atas. Ibadah yang dimaksudkan ialah apa yang
lazim dilakukan dalam masjid dalam rangka mendekatkan diri kepada
AllahSubhanahu wa Ta'ala (taqarrub) seperti solat, iktikaf, doa, zikir dan
membaca al-Qur’an.
Ada pun perjalanan
selain itu, seperti dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga, ziarah ahli
keluarga dan sebagainya, ia tidak termasuk dalam perbincangan hadis. Dalilnya
adalah amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para
sahabat pada zaman baginda, mereka lazim melakukan perjalanan kerana dakwah,
jihad, menuntut ilmu, berniaga dan menziarahi ahli keluarga. Ada pun perjalanan
demi ibadah, mereka tidak melakukannya melainkan ke tiga masjid yang utama di
atas.
[5] Kadangkala berlaku kesamaran
antara kebolehan menziarah kubur, termasuk kubur Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam dengan larangan mengadakan satu perjalanan khusus menziarahi
kubur orang shalih, termasuk kubur Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam. Maka para pembaca sekalian hendaklah membezakan dengan jelas
antara dua perkara di atas.
Ziarah
kubur adalah dibolehkan, malah dianjurkan. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
berkata:
Nabi shallallahu
'alaihi wasallam telah mengizinkan ziarah kubur setelah sebelumnya baginda
melarang. Sebabnya adalah, ziarah kubur akan mengingatkan penziarah kepada
kematian dan negeri Akhirat. Izin yang diberikan bersifat umum, baik menziarahi
kubur umat Islam atau orang kafir. [Iqtidha’ Shirat al-Mustaqim li
Mukhalafat Ashbah al-Jahim (tahqiq: Dr. Nashr bin ‘Abd al-Karim
al-‘Aql; Dar al-Isybiliya, Riyadh, 1418H), jld. 2, ms. 181]
Ada pun
mengadakan perjalanan khusus untuk menziarahi kubur, maka berkata Syaikh
al-Islam Ibn Taimiyyah:
Para sahabat
kami dan selain mereka berbeza pendapat sama ada dibolehkan mengadakan satu
perjalanan untuk ziarah kubur. Perbezaan ini membuahkan dua pendapat:
1. Tidak
boleh dan (sesiapa yang) melakukan perjalanan tersebut, dia telah bermaksiat.
Dengan itu juga dia tidak boleh mengqasarkan solat dalam perjalanan itu. Ini
adalah pendapat Ibn Baththal dan Ibn ‘Aqil dan selain mereka. Ini kerana
mengadakan perjalanan seperti itu adalah bid‘ah, ia tidak pernah dilakukan pada
zaman al-Salaf dan termasuk dalam larangan yang akan diterangkan
selepas ini. Juga kerana dalam dua kitab sahih, Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam telah bersabda:Tidak boleh mengadakan perjalanan kecuali ke tiga
masjid, iaitu al-Masjid al-Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di
Palestin). Perjalanan yang dimaksudkan oleh hadis ini ialah ke semua
masjid, tempat bersejarah dan semua tempat yang mana perjalanan itu dilakukan
dengan tujuan bertaqarrub (beribadah kepada Allah).
2. Dibolehkan
mengadakan perjalanan tersebut, demikian pendapat yang dikemukakan oleh
sekumpulan tokoh mutakhir, di antara mereka Abu Hamid al-Ghazali, Abu al-Hasan
bin ‘Abdus al-Harani dan al-Syaikh Abu Muhammad al-Maqdisi. Walaubagaimana pun
kami tidak mengetahui pendapat seperti ini berasal daripada seorang jua yang
terdahulu. [Iqtidha’ Shirat al-Mustaqim, jld. 2, ms. 182-183 dengan
nukilan berpisah-pisah]