14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami
& isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian
orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya’allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
Tulisan ini adalah himpunan perkataan para ulama berhubung
konsep ibadat di dalam Islam. Ia merupakan jawapan terhadap kekeliruan
segelintir manusia yang tidak dapat membezakan antara kaedah syarak dalam
mu’amalat dengan kaedah syarak dalam ibadat. Kesan daripada kekeliruan
ini sungguh besar kerana ia antara faktor penyebab berlakunya rekaan dan tokok
tambah di dalam amalan agama. Ia menyebabkan sering kedengaran
ungkapan-ungkapan seperti :
"apa salahnya ? ", ...
" tak ada dalil pun yang melarang ! ", ...
"tak apa kalau kita buat ibadat banyak-banyak, nanti di
akhirat Allah pilihlah ! Mana yang betul Allah terima dan mana yang salah Allah
tolak" dan sebagainya.
Jika yang melaungkan atau memperjuangkan perkara ini terdiri
daripada golongan juhhal (jahil agama), mungkin mudah untuk di atasi. Tetapi
malangnya, golongan yang mencanangkan perkara ini terdiri dari
individu-individu yang bertitlekan lulusan agama atau menjawat jawatan yang
dipandang tinggi oleh masyarakat di sudut agama. Hasilnya, masyarakat yang
jahil ini akan menyandarkan bulat-bulat amalan dan kepercayaan mereka kepada
apa yang dinyatakan oleh ustaz dan ulama mereka. Mereka menyangka dengan menyandarkan amalan kepada para ustaz atau ulama sudah
menjamin kesahihannya tanpa perlu lagi mengkaji, menyemak, mengetahui dalil dan
sandarannya. Mereka
seakan-akan menyangka bahawa para ustaz dan ulama boleh sewenang-wenangnya
menyatakan apa sahaja tentang agama. Mereka ini tidak mengetahui betapa para ulama muktabar membenci tokok tambah
agama.
Justeru melalui kaedah yang disebutkan ini jelas menegaskan
pendirian para ulama berhubung tindakan segelintir manusia yang sesuka hati
menokok tambah dalam ibadat. Ternyata mereka tegas menolak rekaan dan inovasi
dalam perkara yang telah ditetapkan oleh syariat.
Perkataan Ulama
Berikut adalah nukilan perkataan para ulama tentang kaedah
melaksanakan ibadah di dalam Islam.
1- Perkataan al-Imam
as-Subki seperti yang dinukilkan oleh
Ibn Hajar al-‘Asqalani as-Syafi’ie:
اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah
tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)”.(Fath al-Bari: 4/174)
2- Kata pengarang Nihayah al-Muhtaj dalam mazhab
As-Syafi’ie:
الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا
تَنْعَقِدُ
Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah jika
ia tidak dituntut, ia tidak berlaku”.(Nihayah al-Muhtaj ila Syarh
al-Minhaj:3/109)
3- Kata al-Bujairami as-Syafi‘ie menukilkan perkataan
as-Syaubari:
الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا
Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah jika
tidak dituntut, adalah terbatal”.(Hasyiah al-Bujairami ‘ala al-Khatib:
3/497)
4- Kata Muhammad Bin Yusuf Bin Isa Atfisy al-Ibadi:
وَأَنَّ
الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ أَنْ لَا تُحْمَلَ عَلَى الْوُجُوبِ إلَّا لِدَلِيلٍ
Terjemahan: “ Bahawasanya asal hukum di dalam ibadat
adalah tidak membawa kepada wajib melainkan dengan adanya dalil”.(Syarh
al-Nayl wa Syifa’ al-‘Alil: 7/211)
5- Kata as-Syeikh Muhammad Bin Muhammad:
الْأَصْلُ
فِي الْمَنَافِعِ الْإِبَاحَةُ وَفِي الْمَضَارِّ التَّحْرِيمُ فَقَالَ غَيْرُ
وَاحِدٍ مِنْهُمْ الْإِسْنَوِيُّ وَهَذَا إنَّمَا هُوَ بَعْدَ وُرُودِ الشَّرْعِ
بِمُقْتَضَى الْأَدِلَّةِ الشَّرْعِيَّةِ وَأَمَّا قَبْلَ وُرُودِهِ
فَالْمُخْتَارُ الْوَقْفُ
Terjemahan: “Asal hukum dalam perkara bermanafaat
ialah mubah (harus) manakal dalam perkara mudarat ialah haram. Maka berkata
ramai ulama antaranya al-Imam al-Isnawi: dan ini hanya berlaku selepas
disyariatkan dengan dalil-dalil syar‘ie, sedangkan sebelum warid (ada dalil),
maka pilihan para ulama ialah waqf (berhenti pada dalil)”.(Al-Taqrir wa
al-Tahbir: 3/19 8)
6- Kata pengarang kitab Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah dalam
Fiqh Syafi‘ie:
الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ
Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah
tawqif (bersandarkan kepada dalil)”.(Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah:
4/150)
7- Kata as-Syeikh Abd. Rahman as-Sa‘di:
الأصل
في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات
والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسوله…
Terjemahan: “Asal hukum dalam ibadat adalah
dilarang; maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan
oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam muamalat dan
kepenggunaan seluruhnya adalah harus; maka tidak diharamkan melainkan apa yang
diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya”.(Taisir al-Latif al-Mannan fi
Khulasah Tafsir al-Ahkam : 1/299)
Pengajaran dan mesej daripada perkataan
Ibn Kathir dan Ibn Rajab:
1-Allah mencela orang-orang yang mengikut kesesatan dan
kejahilan yang batil yang dianjurkan oleh para syaitan dari kalangan jin dan
manusia.
2-Bukankah rasulullah telah menyatakan bahawa bid‘ah adalah
kesesatan?
3-Bukankah sesuatu itu patut digelar kejahilan yang
merosakkan apabila suatu kepercayaan atau pendapat atau amalan dipegang tanpa
bersandar kepada dalil dan hujah?
4- Suatu amalan itu hanya diketahui ia adalah ibadat dengan
nas daripada syarak, lalu apabila ia bukan daripadanya seakan-akan bermaksud
membuat syariat sendiri? Siapa yang akan memberi pahala?
5-Rasulullah mengiktiraf puasa yang dilakukan oleh sahabat
tersebut tetapi baginda menolak cara ibadat itu dilakukan. Ini sama seperti
amalan berdoa, berzikir dan sebagainya, ia diterima syarak apabila menepati
ajaran nabi, tetapi ditolak apabila caranya tidak diajarkan oleh baginda.
والله أعلمُ بالـصـواب
Disediakan oleh Ustaz Abdul Rasyid Idris dan WADi
No comments:
Post a Comment