Tanda sakit yang
selalu kita rasakan pada tubuh badan kita ada hubung kait dengan fungsi badan
yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita :-
1. MATA (Bertindak balas
dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah
menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii)
Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada
waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii)
Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah,
pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid
berlebihan.
iv)
Keluar air mata : Gangguan emosi yang
bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v)
Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai
hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i)
Selesema : Proses pembuangan
toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu
badan meningkat).
ii)
Hidung tersumbat : Paru-paru
mengandungi toksin yang berlebihan.
iii)
Bersin :
a. Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses
menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii).
Batuk tanpa kahak : Paru-paru
mengandungi toksin yang berlebihan.
iii).
Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru,
biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang
tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini
adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii)
Sakit kerongkong. Seperti di atas.
Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan
fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman
yang lemah.
b. Perut mengandungi
angin.
c. Kurang darah yang
disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan
kekurangan zat besi.
ii)
Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti
lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan
lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii)
Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan
fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA:
Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii)
Telinga berdengung : Sedang merawat buah
pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan
sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii)
Peluh berbau : Badan menyingkirkan
toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan
toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan
toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan
kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan
toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah
pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan
lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit
pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas
.Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian
bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak
seimbang.
b)
Kebas Tangan : Pengaliran darah di
bahagian atas badan tidak lancar.
c)
Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi
sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit
jantung mungkin berlaku.
d)
Kebas Kaki : Pengaliran darah di
bahagian bawah badan tidak lancar.
e)
Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah
pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu
lama.
f)
Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan
fungsi alat kelamin.
g)
Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi
buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h)
Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda
awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala
tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem
pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b)
Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit
tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c)
Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau
tekanan darah.
d)
Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e)
Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan
toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f)
Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah
atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian
perut.
b)
Muntah Darah
i) Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya
penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan
toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b)
Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit
batu karang dalam buah pinggang.
c)
Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah
pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d)
Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e)
Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang
atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin
dari usus kecil.
c)
Najis Berdarah
i) Darah merah :
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam:
Masalah penyakit ulser perut.
d)
Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses
pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
darah.
i) Sakit menyucuk :
Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal:
Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap:
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang :
Proses melancarkan pengaliran darah.
b)
Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang
berlaku.
c)
Badan Terasa Panas : Badan mengandungi
asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk
menjalankan proses pembuangan toksin.
d)
Badan Terasa Ringan : Menandakan badan
segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah
pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang
lemah.
ii) Sistem saraf otak
yang lemah.
iii) Masalah
pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Sukar untuk bernafas
atau termengah- mengah ketika bernafas.
Salah satu tanda-
tanda pertama kanser paru- paru yang harus diingat oleh pesakit adalah
kesukaran mereka untuk bernafas. Malah kadangkala berjalan sedikit sahaja boleh
menyebabkan mereka termengah- mengah.
Batuk kronik atau
sakit dada.
Beberapa jenis kanser
termasuklah leukemia dan tumor paru- paru boleh menyebabkan gejala- gejala yang
hampir sama dengan batuk teruk atau bronchitis. Satu cara untuk membezakannya
adalah apabila masalah itu berlanjutan atau hilang dan datang semula, sekiranya
tetap sama. Sesetengah pesakit kanser paru- paru melaporkan, sakit dada mereka
akan naik sehingga ke bahu atau ke bawah lengan.
Kekerapan demam atau
mengalami jangkitan.
Perkara yang disebutkan
ini boleh merupakan tanda- tanda penyakit leukemia, iaitu kanser pada sel- sel
darah yang bermula dalam tulang sum- sum. Sering kali doktor hanya mengesan
leukemia terhadap orang dewasa selepas pesakit mengadu mereka demam, kesakitan
dan gejala- gejala seperti selesema dalam jangka masa yang panjang.
Kesukaran untuk
menelan makanan.
Masalah ini selalunya
berkait rapat dengan kanser tekak. Sukar menelan makanan juga kadangkala tanda-
tanda pertama seseorang itu menghidap kanser paru- paru.
Nodus limfa membengkak
atau wujudnya benjolan pada leher, ketiak dan pangkal paha.
Pembesaran nodus limfa
menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik. Benjolan pada nodus
limfa pada bawah ketiak kadangkala adalah tanda- tanda penyakit kanser
payudara. Benjolan yang tidak menyakitkan pada bawah leher, ketiak, atau
pangkal paha juga boleh menunjukkan tanda- tanda awal leukemia.
Lebam melampau atau
pendarahan yang tidak terhenti.
Gejala- gejala ini
selalunya menandakan perkara tidak normal berlaku terhadap platelet dan sel-
sel darah merah. Ia juga adalah tanda- tanda leukemia. Lebam- lebam boleh
berlaku di tempat- tempat luar biasa seperti pada jari- jari dan tangan, dan
juga tompok- tompok merah pada muka, leher dan dada. Kadangkala pendarahan pada
gusi juga boleh berlaku.
Lemah dan lesu
Lesu dan lemah adalah
gejala- gejala terhadap pelbagai jenis kanser yang perlu anda lihat. Ia juga
boleh bergabung dengan gejala- gejala lain. Jika anda mengalami letih melampau
tanpa sebarang sebab dan tidak boleh dihilangkan selepas tidur dengan
secukupnya, segera bertemu dengan doktor.
Badan mengembung atau
penambahan berat badan yang tidak normal.
Masalah ini selalunya
berlaku pada wanita yang menghidap kanser ovari. Pengembangan pada badan ini
datang secara tiba- tiba dan akan bersambung semula atau hilang dalam jangka
masa yang panjang.
Perut rasa kenyang dan
sukar untuk makan.
Salah satu tanda
kanser ovari adalah tidak ada selera makan dan tidak boleh makan walaupun
mereka masih belum makan.