Friday, January 4, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 17



JUNDULLAH  30 November 2012 18:09

Antara kekeliruan kefahaman agama yang dianuti oleh pengikut tabligh ialah;

1. Mereka kata tidak menolak politik,  tetapi melarang ahlinya dari bicara tentang politik ketika khuruj 40 hari dll. Terkadang kita geli hati bila fikir balik larangan ini. Walaupun mereka beri alasan tetapi ia tidak menepati sunnah.

Ini berpunca dari kesilapan mereka mentakrifkan makna politik. Pengertian Politik Menurut Islam.

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'.

Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.

la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang. Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya:

"Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)

Kalau kita semak sirah nabawi secara terperinci maka kita akan dapati bahawa setelah berlaku peristiwa hijrah (berkuasa di Madinah) barulah nabi membentuk angkatan tentera kerana perintah perang berkuatkuasa setelah ada kuasa politik.

Dalam keadaan orang tabligh mengembar-gemburkan khuruj itu sebagai jihad fi sabilillah lalu mereka membentuk jemaah atas tujuan tersebut TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MEREKA TOLAK BICARA POLITIK AKIBAT SALAH FAHAM MEREKA TENTANG SUNNAH NABI SEPERTI YANG DI HURAIKAN DIATAS MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENCIPTA LARANGAN ITU HASIL DARIPADA SILAP MEMAHAMI SUNNAH.

Sekiranya jemaah tabligh mengutamakan politik sebagaimana yang dilakukkan oleh para sahabat,nescaya larangan itu TIDAK PERLU sama sekali kerana adanya kesatuan firqah politik atas arahan kuasa politik sebuah negara islam yang wajib di patuhi sebagaimana hadith-hadith tentang pemerintah yang telah kami huraikan sebelum ini.

kalau dalam bahasa pasarnya SILA BICARA POLITIK KETIKA KHURUJ 40 HARI KERANA IA TIDAK AKAN MEMECAH BELAHKAN HATI TUAN-TUAN HASIL DARI KEFAHAMAN POLITIK YANG MATANG.
Reply
JUNDULLAH  3 December 2012 11:13
Setelah kita membaca dan meneliti tulisan dalam blog http://buyaathaillah.wordpress.com/usaha-nubuwah/
Khususnya dibawah tajuk Mudzakaroh Cara Abu Bakar RA menyelesaikan Masalah Ummat, kita dapati terdapat beberapa ayat yang ganjil dan pelik bunyinya. Fahaman pelik ini bertitik tolak dari doktrin yang di anuti dan disebarkan oleh jemaah tabligh.

Di antara ayat itu ialah;
1.Akibatnya ketika itu karena tidak ada fikir agama adalah 100.000 orang islam menjadi murtad.

2.Satu minggu saja sahabat ini vakum dari dakwah, dari keluar di jalan Allah, walaupun di jaman itu hidup ulama-ulama besar dan sahabat-sahabat yang besar dan kuat, 100.000 orang murtad dari islam.

3.Takwa ini maksudnya adalah Sempurna Amal

4.Agama lebih penting untuk diselamatkan dibandingkan ummat itu sendiri.

Ulasan kami;

Sekiranya mereka menulis ini dengan penuh kesedaran/sengaja bermakna mereka telah menyeleweng fakta sejarah untuk tujuan menipu.

Untuk isu no 1- kami melihat fahaman ini wujud kerana mereka menganggap kerja politik bernegara bukan tuntutan agama atau bukan sebahagian daripada agama atau bukan kerja agama. Ini bermakna isu demokrasi yang mereka highlightkan selama ini sebagai tidak sunnah, tiru yahudi dll  sebenarnya hanya lakonan semata. Sebenarnya yang mereka anti dan tentang bukan sistem tetapi istilah politik itu sendiri.

Buktinya tulisan dalam blog itu. Sedangkan mengikut fahaman ASWJ, kerja politik pemerintahan ini adalah kerja amal yang paling tinggi darjatnya di sisi agama dan paling besar pahalanya apabila di kendalikan mengikut syariat islam yang benar. Dalilnya ialah;

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sekiranya orang tabligh beriktiqad, ‘politik bukan kerja agama’ atau “islam tidak ada kena mengena dengan politik”  atau yang seerti dengannya, bermakna mereka menganut fahaman SEKULAR iaitu satu fahaman sesat yang baru muncul (tidak ada zaman nabi dan para sahabat) selepas kejatuhan kerajaan islam Uthmaniyah 1924.

Fahaman ini tidak mengenal bangsa, keturunan, pakaian, Negara dll. Hatta orang yang berjubah, berserban, bersugi pagi petang siang malam, makan dalam talam, banyak puasa sunat, rajin solat malam, ajak orang berdakwah, kalau yang wanita berpurdah/berjubah dan 1001 amalan yang nampak mulia di kerjakan TETAPI JIKA IA MENGIMANI fahaman seperti di atas maka semua amalannya tertolak dan tidak diterima oleh Allah di akhirat nanti.
JUNDULLAH  3 December 2012 11:13
Kesimpulannya

1. FIKIR AGAMA YANG PALING UTAMA IALAH BERPOLITIK UNTUK MEMBELA ISLAM.
2. RISAU AGAMA YANG PALING MULIA IALAH ’CARI JALAN’BAGAIMANA HENDAK MELAKSANA HUKUM HUDUD,QISAS,TAKZIR DLL.. AGAR NEGARA DAN UMAT ISLAM DI SELAMATKAN ALLAH DARI BALA .
3. MAKSUD CARI JALAN IALAH FIKIR CARA MANA ISLAM BOLEH MEMERINTAH NEGARA.SATU-SATU CARA SELAMAT UNTUK TUJUAN ITU IALAH BERPOLITIK MAKA HUKUM BERPOLITIK ADALAH WAJIB.
4. ITU SEBAB SEJARAH MENCATATKAN PASUKAN TENTERA YANG DI PIMPIN OLEH USAMAH BIN ZAID TIDAK MENERUSKAN PERJALANAN MEREKA SEHINGGA SISTEM POLITIK NEGARA KEMBALI STABIL DENGAN PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR.BUKAN SEPERTI FITNAH ORANG TABLIGH YANG TUDUH PARA SAHABAT TAK FIKIR AGAMA LA,TAK BUAT KERJA DAKWAH DAN SEGALA TUDUHAN LIAR YANG LAIN.
5. FAHAMAN SONGSANG YANG DISEBARKAN OLEH ORANG TABLIGH LEWAT BLOG-BLOG MEREKA BANYAK MENIMBULKAN FITNAH KEPADA KEMURNIAN AJARAN ISLAM.

sabda Rasul s.a.w.;

حَدُّ يُعْمَلُ فِي الأَرْضِ خَيْرٌ لِأَهْلِ الأَرْضِ مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا أَرْبَعِيْنَ صَبَاْحًا
“Satu hukum hudud yang dilaksanakan di atas muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada mereka disimbahi hujan selama empat puluh pagi”
(Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, no. 3689).

Thursday, January 3, 2013

WAHABI vs TABLIGH



satu dialog yang menarik............
        
DI BAWAH ADALAH SATU DIALOG ANTARA SEORANG ULAMA WAHABI DENGAN SEORANG ULAMA TABLIGH SEPERTI YANG DITULIS DALAM KITAB BELIAU:

Asy-Syaikh Abi Hamam Muhammad bin ‘Ali Ash-Shuma’i Al-Baidhani Al-Yamani berkata:

Ketahuilah wahai para pembaca, bahwa risalah ini sebelum saya keluarkan, terlebih dahulu saya berkunjung ke Madinah –kota Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam- dan saya sempatkan untuk bertemu langsung dengan Asy-Syaikh Abu Bakr (Jabir) Al-Jazairi. Ketika itu terjadi pada tanggal 26 Ramadhan 1424H.

Saat itu saya bertanya kepadanya:
“Apakah engkau bersedia untuk mencabut pujianmu kepada Jama’ah Tabligh yang kau katakan:[“Sesungguhnya di dunia Islam ini tidak ada Jama’ah yang semisal Jama’ah Tabligh…]

Ia menjawab:
“WALLAHI, aku tidak akan rujuk( tarik balik) dari pernyataanku”

Aku katakan:
“Engkau kemanakan fatwa-fatwa (berisi tahdzir terhadap Jama’ah Tabligh-pent) dari kalangan ahlul ilmi semisal (Asy-Syaikh) Ibnu Ibrahim, Ibnu Baaz, Al-Albani, Al-Wadi’i (Syaikh Muqbil)-(ulama wahabi)  serta Hai’ah Kibar Ulama (ASWJ)?”
Ia menjawab:
”Mereka –yaitu Jama’ah Tabligh- lebih utama dibanding para ulama”

Aku katakan kepadanya:
“Dari mana datangnya keutamaan itu?”
Jawabnya:
“Karena Jama’ah Tabligh melakukan khuruj sementara para ulama tidak melakukannya.”
Aku berkata kepadanya:
”Tetapi ilmu mereka (para ulama) menyebarluas ke berbagai penjuru yang tak terjangkau oleh Jama’ahTabligh”

Jawabnya:
“Mereka tetap lebih utama dibanding ulama dari segi pahalanya..”
Aku katakan kepadanya:
“Seandainya Jama’ah Tabligh lebih utama, tentu mereka telah mewariskan ilmu kepada masyarakat (tetapi realitinya tidaklah demikian). Lalu apa dasarnya engkau unggulkan orang-orang jahil di atas para ulama? Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat” (QS.Mujadilah:11)
Asy-Syaikh Abu Bakr Jabir Al-Jazairi ini sejurus terdiam. Namun kemudian dengan tetap berkeras hati ia berkata:

“Para ulama tidak lebih utama dibanding Jama’ah Tabligh”
Maka akupun meninggalkan dia dan akhirnya aku tahu, ternyata dia adalah orang yang ta’ashub kepada Jama’ah Tabligh. Wallahul Musta’an.
(Ta’liqul Baligh ‘Ala Raddi Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi ‘Ala Maadih At-Tabligh…hal.2)
Inilah peringatan keras yang disampaikan oleh Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi Hafidhahullah terhadap fatwa tazkiyah Asy-Syaikh Abu Bakr Jabir terhadap Jama’ah Tabligh yang ada di kitab tersebut .

ULASAN SAYA:
INI SALAH SATU CONTOH SIFAT TAKSUB DAN KERAS KEPALA ULAMA TABLIGH YANG SECARA MENTAH-MENTAH MENOLAK KEBENARAN WALAUPUN TELAH DIBENTANGKAN AL QURAN DAN AL HADITH DI HADAPAN MEREKA.
JANGAN DI LIHAT WAHABI VS TABLIGH TAPI LIHAT KEPADA HUJJAH MEREKA.
JADI TIDAK HAIRANLAH SIFAT INI DIWARISI OLEH PENGIKUTNYA KHUSUSNYA DI  MALAYSIA.

Tuesday, January 1, 2013

Fenomena Isbal - Batasan Pakaian



Batasan Pakaian Supaya Tidak Isbal
1 – Diturunkan sehingga ke pertengahan betis atau ke bawah sedikit. Berdasarkan dari hadis dari Ibnu ‘Umar dan asy-Syarid di atas tadi.
2 – Atau selagi mana tidak menjulur ke bawah melebihi batas atau paras mata kaki (buku lali).
Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata di dalam kitabnya, al-Muhalla:
وحق كل ثوب يلبسه الرجل أن يكون إلى الكعبين لا أسفل البتة
Haq setiap pakaian bagi lelaki adalah sehingga mata kaki, dan sama sekali tidak boleh lebih rendah lagi (dari itu). (Ibnu Hazm, al-Muhalla, 4/73)
Adakah Kasut Boleh Menyebabkan Isbal?
Isbal berlaku adalah disebabkan kain pakaian dari atas yang dijulurkan ke bawah sehingga melepasi mata kaki. Dari itu, kasut tidak termasuk ke dalam pakaian yang menyebabkan isbal.
Mengangkat Kain/Pakaian Sehingga Melampaui Pertengahan Betis
Dalam persoalan ini, Imam Ibnu Abi Syaibah ada membawakan sebuah riwayat daripada Ibnu Sirin:
عن ابن سيرين قال: كانوا يكرهون الازار فوق نصف الساق
Maksud: Berkata Ibnu Sirin (rahimahullah):
Mereka membenci kain/seluar yang diangkat sehingga melampaui pertengah betis. (Rujuk: Ibnu Abi Syaibah, al-Mushonnaf, 6/29)
Larangan Menyinsing, Mengumpul, atau Melipat Pakaian Ketika Solat
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلَا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَلَا الشَّعْرَ
Maksud: Daripada Ibnu ‘Abbas, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berkata:
Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau dalam masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan (menggulung/melipat) pakaian. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab as-Solah, 3/45, no. 758)
Berkenaan hadis ini, Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:
ثُمَّ مَذْهَب الْجُمْهُور أَنَّ النَّهْي مُطْلَقًا لِمَنْ صَلَّى كَذَلِكَ سَوَاء تَعَمَّدَهُ لِلصَّلَاةِ أَمْ كَانَ قَبْلهَا كَذَلِكَ لَا لَهَا بَلْ لِمَعْنًى آخَر، وَقَالَ الدَّاوُدِيّ يَخْتَصّ النَّهْي بِمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ لِلصَّلَاةِ ، وَالْمُخْتَار الصَّحِيح هُوَ الْأَوَّل ، وَهُوَ ظَاهِر الْمَنْقُول عَنْ الصَّحَابَة وَغَيْرهمْ
Maksud: Kemudian majoriti ulama berpendapat bahawa larangan (menyinsingkan pakaian) tersebut adalah bersifat mutlak, berlaku bagi sesiapa sahaja yang solat di dalam keadaan seperti itu. Sama ada dia sengaja menyinsingkan untuk solat, atau sebelum solat memang dia telah seperti itu kerana adanya urusan yang lainnya (bukan kerana solat). Ada pun imam ad-Dawudi berpendapat bahawa larangan tersebut berlaku khusus bagi seseorang yang memang melakukannya untuk solat. Namun yang lebih tepat (benar) serta terpilih adalah pendapat pertama. Dan itulah zahir dari pendapat yang dinukilkan oleh para sahabat dan yang selainnya. (Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 2/240, no. 758)
Maka dengan ini, untuk mengelakkan isbal, dan dalam masa yang sama mengelakkan dari perbuatan melipat atau menggulung pakaian, maka pakaian/seluar/kain yang menjulur ke bawah hendaklah dipotong dan dijahit.
Pelaku Isbal Menyerupai Wanita
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
Yang membezakan di antara jenis pakaian lelaki dengan pakaian wanita adalah kembali kepada apa yang bertepatan bagi kaum lelaki dan apa yang bertepatan dengan kaum wanita, iaitu pakaian yang sesuai dengan apa yang diperintahkan kepada kaum lelaki dan dengan apa yang diperintahkan kepada kaum wanita. (Syaikh al-Albani, Jilbab Wanita Muslimah, m/s. 152, Pustaka at-Tibyan)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksud: Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/239, no. 5435)
Batas larangan yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkenaan penyerupaan wanita dengan lelaki atau yang sebaliknya tidaklah hanya merujuk kepada apa yang dipilih oleh sama ada kaum lelaki atau wanita berdasarkan apa yang biasa mereka pakai. Tetapi, apa yang lebih penting adalah perlunya merujuk kembali kepada apa yang wajib dikenakan bagi kaum lelaki dan wanita berpandukan kepada perintah syara’ yang mewajibkan menutup aurat menurut kaedahnya. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 152, Pustaka Ibnu Katsir)
Apa yang dapat kita fahami adalah:
1 – Pakaian yang labuh, sehingga menutup kaki itu adalah khusus bagi para wanita.
2 – Pakaian yang tidak labuh dan tidak melebihi paras buku lali, itu adalah batas pakaian bagi lelaki.
3 – Maka, hendaklah kaum lelaki dan kaum wanita memahami persoalan ini dengan baik dan tidak mengenakan yang saling bertentangan. Dan sekiranya lelaki mengenakan pakaian yang labuh sehingga melepasi batas buku lali, maka itu sebenarnya telah mengambil situasi pakaian wanita, dan begitulah sebaliknya.
Ini dapat difahami juga melalui hadis sebagaimana berikut, sekali lagi dinukilkan:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ
Maksud: Daripada Ibnu ‘Umar, katanya:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.
Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.
Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki mereka masih akan tersingkap (kelihatan).
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menerangkan: Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh lebih dari itu. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)
Meninggalkan Isbal Adalah Sebahagian Dari Ciri-ciri Taqwa
Ini adalah berdasarkan kepada hadis di atas daripada asy-Syarid, di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bertindak menegur seseorang yang isbal dengan katanya:
ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ
Maksud: “Angkatlah kain pakaianmu (dari dilabuhkan dan terseret) dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)
Penutup
Demikianlah tulisan dan catatan yang serba ringkas berkaitan persoalan isbal bagi kaum lelaki. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya.
Wallahu a’lam…Jom Umrah
Artikel asal daripada: Abu Numuair Nawawi Subandi

Monday, December 31, 2012

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi


Soalan
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui “hawl” (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ” Al-‘Adat Muhakkamah”
Ertinya : “Adat yang tidak bercanggah dengan Syara’ boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan”. (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : ” Innama tu’tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat”
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority”. (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya. Sambut di sini

oleh : Ust Zaharuddin