Friday, May 17, 2013

PANGLIMA SELEMPANG MERAH



KIYAI SALLEH (PANGLIMA SELEMPANG MERAH)


Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim (1916 – April 21,1959) dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran),
 Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai
 Penghulu Salleh,Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II. . Ada sesetengah orang kampong menggelarnya Salleh Hitam atau Salleh Keling kerana kulitnya yang agak gelap sedikit.

Dikatakan juga pernah Haji Mohd Salleh menyertai MPAJA (Rakyat Malaya Anti Tentera Jepun) atau Komunis pada tahun 1942 atas desakan berbentuk paksaan oleh ejen-ejen Komunis. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Komunis Melayu Seri Medan pada tahun tersebut. Tetapi beliau tidak pernah menganiayai orang atau membantu Komunis secara langsung. Malah cukai untuk MPAJA yang dikutip oleh beliau dari orang kampong digunakan untuk kenduri kesyukuran serta jamuan makan untuk orang kampong.



JASA







Kepimpinan Haji Mohd Salleh mula terserlah tahun 1942 kerana kejayaannya menyatupadukan dan memimpin penduduk Melayu daerah Daerah Batu Pahat dari pelbagai suku iaitu Banjar, Jawa, Bugis serta Melayu untuk menentang MPAJA semasa zaman pemerintahan Jepun sehinggalah zaman Pentadbiran Tentera British (BMA) dan zaman darurat.

Sebelum ketibaan pihak British, pihak Malayan People Anti-Japanese Army MPAJA yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Bintang Tiga (Lambang tiga bintang pada topi), Bucu Tiga (merujuk topi mereka yang berbucu tiga) dan
 Ketumbu Gila yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Parti Komunis Malaya. Komunis telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah dengan mengikut undang-undang mereka dimana berlaku perbicaraan di mahkamah yang dipanggil Mahkamah Rakyat didalam hutan . Lazimnya mereka yang dibicarakan akan didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.

Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Bintang Tiga juga menmperkenalkan peraturan-peraturan yang menyebabkan Orang Melayu menjadi marah dan bangkit menentang mereka. Antara peraturan-peraturan tersebut ialah:-



·                     Mengutip cukai wang dari penduduk Batu Pahat berketurunan Melayu, Cina dan India dengan tinggi sekali.



·                     Memaksa penduduk tempatan menyerahkan hasil tuaian kepada MPAJA.



·                     Merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong.



·                     Menculik wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang untuk dijadikan anggota komunis dan penggalak zuriat.



·                     Memaksa penduduk tempatan menyertai MPAJA dengan tanpa alasan.



·                     Menyerang kampong dan membunuh orang awam yang tidak berdosa tanpa alasan.



·                     Mengadakan Mahkamah Rakyat yang tidak adil melaksanakan hukuman.



·                     Melarang orang Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa.



Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Ayer Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merahiaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah
 Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.

Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau
 Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.
Rujukan
·                     Buku Panduan Wirid Khaujakan disusun oleh Ahli Jawatankuasa Khaujakan bersama Ahli Majlis Fatwa Johor
·                     Panglima Salleh Selempang Merah oleh Zaharah Nawawi. September 1986

Tuesday, May 14, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 32



Petikan ucapan bayan daripada 'pemimpin besar' Tabligh:satu penilaian
Sidang pembaca yang di rahmati Allah
Di bawah adalah 2 petikan ceramah bayan yang di sampaikan oleh dua orang pembesar tabligh daripada India dan Pakistan bersumber dari blog: http://ghostridermujahid.blogspot.com/2009_07_01_archive.html
Kami nukilkan di sini tanpa sebarang edit dan penambahan.Tujuan kami ialah hendak membuktikan bahawa kerosakan ajaran tabligh bukan semata-mata daripada ahli bawah bahkan hingga ke peringkat atasan mereka.Mudah bahasanya "bila hati  rosak maka semua anggota badan akan rosak"(mafhum hadith).
Atau bahasa pasarnya 'bila kepala rosak maka tak hairan ekor akan rosak sekali'.Oleh itu mari kita baca dan teliti bersama tulisan yang bold merah dan kita timbangnya dengan ilmu syari'at yang sahih maka kita akan dapat kesan ADA MASALAH pada ayat tersebut.
Semoga kita di beri faham.di hujung nanti ,kami akan komen....

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Dalam setiap keadaan bagaimana kafiat Nabi S.A.W iaitu pemikiran, kerisauan dan kebimbangan yang ada pada Nabi S.A.W ada pada kita. Kita perlu berdoa kepada Allah S.W.T supaya bagaimana kafiat Nabi S.A.W zahir dan batin ada pada diri kita. Begitu juga kafiat yang ada pada diri Nabi yang tidak menyukai sesuatu amalan juga perlu ada pada diri kita.
Seterusnya kita meminta ampun kepada Allah S.W.T atas kelalaian kita kerana kerisauan, kebimbangan yang ada pada diri Nabi tidak ada pada diri kita. Kita perlu memohon ampun bagi seluruh umat ini kerana kerisauan dan kebimbangan Nabi tidak ada pada mereka.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Seterusnya kita perlu berdoa,”ya Allah, Sepatutnya kami sentiasa tawajjuh (berharap) kepada-Mu yang perkara itu belum ada pada diri kami Engkau ampunkan kami ya Allah, perkara ini tidak akan kami dapat hasilkan tanapa anugerah daripada-Mu,ya Allah, amal-amal yang Engkau cintai dimana dengan amal itu kami semakin dekat denganMu. Amal-amal itu sedikit pun kami tidak dapat melaksanakan.”
Sebanyak mana kita mengamalkan perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W,  maka semakin dekatlah kita kepada Allah S.W.T. Apabila kita melaksanakan perintah di dalam keseluruhan agama dengan cara Muhammad S.A.W, maka kita akan kekal dalam hidayat dan Allah S.W.T akan menyebarkan hidayat itu am kepada seluruh alam.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Maulana Muhammad Ilyas Rah. Pernah memberitahu kepada saya (Haji Abdul Wahab), sebelum kamu solat, hendaklah kamu berselawat kepada Nabi S.A.W, seterusnya kita berdoa,”ya Allah, Atas maksud apa Nabi S.A.W dihantar ke dunia, maka maksud itu juga berilah kepada kami, ya Allah, berilah makam kenabian Nabi kepada diri saya. Ya Allah,perasaan apa yang ada pada diri Nabi berilah kepada kami. Ya Allah, jadikan kami perantaraan Engkau hidupkan agama sebagaimana Engkau hidupkan agama pada zaman Nabi dan Sahabat.”
Kita perlu mengajak seluruh umat ini atas satu kerja yang mulia iaitu, kerja suci murni Nabi S.A.W. Kita perlu berusaha lagi dan lagi di mana sahaja kita berada kita perlu membuat usaha kenabian Nabi.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Wanita-wanita pada zaman Nabi S.A.W begitu tinggi semangatnya seperti sahabat R.Anhum.bKita juga perlu mengetahui pada setiap saat apa kehendak Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan ini bukan mengikut kehendak nafsu kita tetapi bagaimana setiap masa dan keadaan kita sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T. Untuk itu kita pelru berkorban seperti sahabt R.Anhum atau kita sentiasa bersedia unutk mengorbankan diri, masa dan harta mengajak umat membuat pengorbanan diri dan harta keluar di jalan Allah S.W.T. Sahabat R.Anhum telah membuat pengorbanan yang begitu tinggi sehingga pengorbanan mereka disukai Allah S.W.T  dan Allah S.W.T  jadikan sebagai asbab hidayat kepada seluruh alam sehingga agama sampai dalam diri kita pada hari ini.
Kita perlu memohon selalu kepada Allah S.W.T dan jangan sekali-sekala berdoa sahaja tetapi perlu berterusan berdoa kepadaNya. Hari ini saya (Haji Abdul Wahab) mendapati kita hanya berdoa sekali-sekala sahaaja sedangkan perkara yang kita doakan adalah perkara yang sangat besar iaitu hidayah. Kita perlu berdoa lagi dan lagi serta membuat usaha lagi dan lagi sehingga Allah S.W.T mengasihani kita, menerima kita dan Membuka jalan kepada kita. Dengan ini, Allah S.W.T akan memberi nur kepada kita dimana nur itu tidak akan padam lagi.
Akal dan nafsu kita perlu tundukkan mengikut cara Nabi S.A.W. Seterusnya kita perlu sentiasa tawajjuh kepada Allah S.W.T dengan membayangkan Allah S.W.T  melihat, Mendengar kata-kata, dan sentiasa memerhatikan kita. Seorang murid apabila duduk di hadapan ustaznya akan duduk dengan tertib dan tawadhuk. Oleh itu, setiap masa kita perlu bayangkan kita berada dihadapan Allah S.W.T.
-petikan ucapan dari kata-kata Bhai Haji Abdul Wahab, orang lama di dalam usaha Da`wah, yang mula memberi masa untuk agama sejak dari tahun 1940-an hingga kini. berumur hampir 96 tahun.tinggal di raiwind, Lahore, Pakistan.

Petikan ringkasan bayan subuh oleh Meiji Azimat (orang lama dalam usaha dakwah/ penduduk awal mewat, tempat permulaan usaha di tempat Maulana Ilyas Khandahlawi Rah. tinngal,mewat,new delhi,india)
Bertarikh 22 januari 2010.
Nah maduhu Wanusolli mu ala Rasulihil Kariim...
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..
Allah S.W.T ciptakan semua mahluk dengan kudratNya. Dari Arasy hingga kebumi, tiada siapa yang boleh melakukan kecuali Allah S.W.T. Apa yang telah berlaku, yang akan berlaku, yang akan berlaku dan sedang berlaku adalah dengan kehendak Allah S.W.T. Allah hendakkan daripada kita daripada berusaha atas ghairullah kepada berusaha atas Allah. untuk dapatkan Allah, Allah beri kita kalimah Lailahaillallah.. Alah yang jadikan semua mahluk dari arasy hingga kepada malaikat jibril, Allah yang membuat segala-galanya. Allah S.W.T pelihara kita, selamatkan kita daripada usaha atas mahluk dengan memberi perintah-perintah dengan cara Nabi S.A.W supaya kita dapat faedah dari kudrat Allah S.W. untuk dapat faedah dari Allah, hendaklah ikut perintah Allah dengan cara Nabi S.A.W. semuanya ditangan Allah.yang mencipta semua mahluk adalah Allah. Tiada sesiapa yang dapat menunaikan hajat mahluk selain Allah. Oleh kerana itu perkara asas yang perlu masuk dalam hati kita bahawa hajat kita tidak ada hubungan  dengan bumi, dengan langit, jin, malaikat, hajat kita hanya ada hubungan dengan Allah S.W.T. bila kita faham bahawa segala hajat kita hanya bergantung kepada Allah S.W.T, kita akan faham segala perintah Allah S.W.T dan cara Nabi .S.A.W, jadi manusia perlu bebaskan dirinya daripada menjadi hamba kepada ciptaan Allah tetapi menjadi hamba Allah S.W.T. jika perkara ini kita amalkan Allah akan tunaikan segala hajat kita.

Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..

Terdapat 2 jalan unutk selesaikan masalah. satu bergantung kepada Allah dan satu lagi bergantung kepada asbab. bila manusia yakin dengan kudrat Allah, dengan perintah Allah dengan cara Nabi S.A.W, maka mereka akan beroleh kejayaan dan segala hajat Allah akan tunaikan. tetapi bila manusia yakin pada asbab untuk selesaiakn masalah mereka, mereka akan jauh dari 3 perkara, jauh dari kudrat Allah, perintah Allah, dan cara Nabi S.A.W. bila manusia bergantung kepada asbab dia rasa jalan itu mudah untuk capaikan hajat mereka dan merasa jalan mengikut perintah Allah dan cara Nabi S.A.W adalah susah. mereka yang bergantung kepada asbab telah mensyirikkan Allah. bila manusia yakin dengan perintah Allah dan cara Nabi S.A.W, dalam usaha untuk mendapatkan hajatnya mereka akan dapat munafaat dari Allah S.W.T.
Sebenarnya untuk mendapat munafaat dari Allah, adalah mudah iaitu dengan yakin kepada kudrat Allah, yakin dengan perintah-perintah Allah, dan yakin kepada cara Nabi S.A.W. oleh kerana manusia terlalu yakin dengan mahluk maka mereka rasa jalan inilah yang mudah untuk menyelesaikan masalah mereka. hati mereka telah menjadi gelap, telah buta dan tidak Nampak kebesaran Allah, dan tidak Nampak kejayaan adalah dengan tunaikan perintah Allah, dengan jalan yang mudah, iaitu dengan cara Rasulullah S.A.W.kejayaan manusia adalah dengan :
i. Yakin pada kudrat Allah, kekuasaan Allah
ii. Badan kita ikut perintah-perintah Allah
iii. Amalan kita tunaikan dengan cara Rasulullah S.A.W
Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rah pernah berkata, asbab untuk kejayaan ada dalam manusia dan asbab kegagalan manusia juga ada di dalam diri manusia itu sendiri. asbab kejayaan mereka tidak ada di luar diri mereka, tidak ada di langit, bulan, lautan tetapi kejayaan manusia ada pada diri manusia diri sendiri. kalau hati mereka betul dan jalan amalkan yang betul, Allah S.W.T akan beri mereka kejayaan tanpa bantuan apa-apa. tanpa harta ,Allah beri kejayaan, tetapi kalau yakin mereka pada mahluk dan jalan diamalkan salah, maka mereka akan rugi/gagal. apa amalan yang oleh manusia di dunia samada baik tau buruk, amalan itulah yang akan naik ke langit.
Jika amalan yang naik itu disukai Allah, Allah akan membuat keputusan yang kita suka, tetapi amalan yang naik itu menyebabkan Allah murka, maka Allah akan buat keputusan yang kita tidak suka. oleh itu kejayaan atau kegagalan kita terletak pada diri kita sendiri. betulkan yakin kita, dalam hati kita hanya Allah yang membuat segala-galanya dan tunaikan dengan cara Nabi S.A.W, dengan cara inilah kita mendapat kejayaan, jika yakin kita kepada mahluk dan amalan kita tidak ikut cara Rasulullah S.A.W maka kita akan dapat kegagalan.
Nabi Musa A.S. adalah hamba Allah dan firaun pun hamaba Allah, tetapi yang membezakan mereka ialah amal. firaun amalannya bertentangan dengan kehendak Allah, maka Allah telah tenggelamkan mereka dalam laut tetapi Nabi Musa dan Bani Israel amalannnya mengikut kehendak Allah, keputusannya mereka diselamatkan, Allah buka lorong-lorong dalam laut sebanyak 12 untuk mereka menyeberang. Siapa yang mengikut perintah Allah, Allah akan beri kejayaan dan saiapa yang melanggar perintah Allah, Allah beri mereka kegagalan. kaedah atau peraturan ini tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Qarun telah simpan semua hartanya dalam bumi. Allah telah perintahkan bumi menelan Qarun, bumi pun tidak ada kuasa untuk menyelamatkan Qarun. Qarun tertimbus dalam bumi bukan disebabkan bumi menelan dia tetapi sebab dia ingkar perintah Allah. begitu juga firaun bukan air yang menenggelamkan firaun tetapi ia ingkar perintah Allah. Perintah Allah lebih bahaya daripada pecahnya 7 petala langit dan 7 petala bumi. pada langit atau bumi tidak ada kekuatan, kekuatan adalah perintah Allah, misalnya kapal yang dinaiki Nabi Nuh A.S dan pengikutnya selamat dari banjir besar kerana mereka ikut perintah Allah, sedangkan pengikut Nabi Nuh yang ingkar Allah tenggelamkan dalam air. oleh itu kebinasaan manusia ialah kerana melanggar perintah Allah.
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou fikir karnaa..
Mahluk ada kekuatan atau perintah Allah ada kekuatan. air tiada kekuatan untuk menenggelamkan firaun , bumi tiada kekuatan untuk menimbus pengikut Nabi Nuh yang ingkar. semua ini berlaku dengan kudrat dan perintah Allah S.W.T. apa yang berlaku sekarang ini adalah sama. Kalau Allah perintah bumi menelan semua manusia, bumi akan terbelah dan menelan semua manusia, kalau Allah perintahkan laut tenggelamkn semua manusia di muka bumi ini, air laut akan naik dan tenggelamkan semua manusia. semua ini berlaku dengan perintah Allah. mahluk tidak kekuatan atau kuasa apa-apa. bila kita patuh perintah Allah, Allah akan bersama kita tetapi jika ingkar perintah Allah kita akan sentiasa bertentangan dengan Allah dan seluruh manusia tidak dapat selamatkan kita. oleh itu kita perlu faham, bahawa Allah hantar kita ke dunia hanya untuk tunaikan perintah Allah, Allah jadikan kita sebagai mahluk sahaja yang tidak ada ekekuatan. Jika Allah bersama kita, tidak ada satu kuasa/kekuatan yang dapat binasakan kita kecuali dengan izin Allah/bila berlaku gerhana matahari, matahari tidak ada kekuatan untuk elakkan berlaku gerhana ini, kerana semuanya berlaku dengan kehendak Allah. sebab itu bila berlaku gerhana, Allah perintah suapaya solat dan doa selesaikan masalah matahari. bila hujan tidak turun dan kalau hujan turun berlebihan, Allah perintahkan manusia solat dan doa mohon Allah berhentikan hujan.dengan amal manusia dapat membantu mahluk.
Oleh itu kekuatan yang paling besar ialah dalam perintah Allah S.W.T  dengan cara Rasulullah S.A.W. jika kita tidak usaha atas kudrat Allah, maka kita tidak akan faham apa kekuatan dalam kudrat Allah, Allah hantar Nabi S.A.W, ketua segala Nabi untuk ajar semua manusia kenal Allah, tahu kekuatan yang ada dalam perintah Allah buka kekuatan yang ada pada bumi, langit , pada malaikat. Allah jadikan kita untuk faham apa itu kudrat Allah, bagaimana untuk dapat munafaat dari kudrat Allah, iaitu dengan tunaikan perintah Allah dengan cara Rasulullah S.A.W untuk inilah Allah jadikan kita. tetapi sekarang ini semua telah hilang. Allah S.W.T telah jadikan bumi, langit dan semua yang ada di langit dan bumi untuk manusia, bukan jadikan manusia untuk langit dan bumi.t etapi sekarang manusia telah tertakluk dengan perkara-perkara ini, bukan tertakluk dengan perintah-perintah Allah. sebab itulah nusrah Allah, bantuan Allah bergantung kepada keadaaan mahluk yang menentukannya.
Manusia dijadikan untuk Allah, dan Allah jadikan mahluk-mahluk lain untuk manusia mendapat hajatnya. Manusia kena tertumpu pada Allah untuk mendapat apa yang dihajatkan , bila manusia sibuk berusaha atas mahluk yang diciptakan Allah, maka nusrah dan bantuan Allah tidak datang. Semua mahluk dari semut hinga ke malaikat Jibril di langit Allah jadikan Dengan kudratNya. Tetapi Allah S.W.T  menafikan Lilallaha`, semua tidak boleh berbuat apa-apa kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. Mula-mula Allah beri kita faham iaitu kudratNya, kemudian Allah beri kita perintah dan cara menunaikan.
Allah menjadikan langit, bumi dan mahluk-mahluk lain untuk dapat faedah dari kudrat Allah, kemudia Allah beri kita perintah-perintahNya dan Allah hantar Nabi S.A.W untuk tunjukkan cara menunaikan perintah.
Masalah kita yang sebenar ialah selepas mati. Masalah dunia semua orang dapat, orang yang tidak taat perintah Allah pun Allah bagi. Kalau kita yakin dengan kudrat Allah, tunaikan segala perintah Allah ikut cara Nabi S.A.W maka kita mati dalam iman, dimana Allah akan selamatkan kita daripada azab kubur, titian sirat, mahsyar, neraka dan masukkan ke dalam syurga untuk selama-lamanya. Ganjaran dari apa yang kita amalkan akan dapat selepas mati. Janji-janji Allah bukan ada pada mahluk tetapi janji-janji Allah bersama dengan perintah-perintah Allah. Allah berjanji, ”bila kamu tunaikan perintah Ku dengan cara Nabi S.A.W.  kamu pasti ber ganjaran melalui Rasulullah S.A.W iaitu membuat kerja Nabi. Allah bantu Nabi-Nabi kerana kerja mereka, Allah bantu Sahabat kerana mereka membuat kerja Nabi. Kita kena faham dengan kerja inilah Allah akan bantu kita. Oleh itu, kita kena buat kerja Nabi, barulah kita mendapat bantuan Allah.
Orang yang membuat usaha agama Allah akan beri kefahaman, Nabi-Nabi buat usaha agama dan mereka mendapat bantuan Allah. Nabi Ibrahim A.S, Allah selamatkan daripada api dengan kudrat Allah. Bila nabi Ibrahim korbankan Nabi Ismail, Allah gantikan dengan kibas, bila Nabi Ibrahim tinggalkan isterinya , Siti Hajar, dan anaknya di padang pasir, Allah keluarkan air dari bumi. Jadi apabila kita tinggalkan buat usaha atas agama, Allah akan tutup pintu bantuan. Sahabat buat usaha agama, Allah telan bumi dan keluarkan air. Allah beri kejayaan kepada Shaabat kerana mereka buat usaha agama. Allah campakkan dari laut kerana mereka membuatu usaha agama. Bantuan Allah terltak pada usaha agama, Usaha ini atau kerja ini Allah begitu suka. Sebab itu bila kita buat usaha seperti Nabi buat usaha, Allah akan bantu kita seperti Allah bantu Nabi-Nabi. Oleh kerana kita telah tinggalkan usaha agama,nbantuan Allah tidak turun. kita tidak Nampak pentingnnya usaha ini. kita kena fikir bagaimana setiap orang dapat menjadikan kerja Nabi sebagai kerja mereka. Setiap kena risau bagaimana hendak bawa semua orang yang datang perhimpunan ini balik membuat keputusan untuk membuat usaha ini. Allah akan buat keputusan bukan keran bayan tetapi kerana risau dan bimbang kita. Selepas bayan, semua orang kena tasykil antara satu sama lain.
Kekuatan amal akan zahir dengan kudrat Allah. orang-orang kafir telah berkata kepada Nabi, ”kalau Tuhan kamu boleh belah bulan, kami akan terima Allah sebagai Rabb dan kamu sebagai Nabi.” Dengan perintah Allah, dan dengan satu jari ditunjukkan oleh Nabi ke arah bulan, bulan telah terbelah kepada dua. kalau dengan seluruh amalan badan Nabi, berapa banyak Allah beri kekuatan. dengan satu jari yng zahirkan amalan kekuatan amalan Nai S.A.W  hanya tunjuk jari tetapi Allah yang membelah bulan. Seperti Umar R.Anhu menulis surat kepada sungai nil, Allah yang alirkan sungai. Allah perintahkan manusia buat amal, pentadbirannya Allah yang mengendalikan.  Allah gunakan kudrat bersama hambaNya apabila Nabi Ibrahm A.S dicampak ke dalam api. Allah perintahkan api menjadi sejuk dan sejahtera. Nabi Ibrahim hanya berdoa dan yakin dengan kekuasaan Allah. Allah yang memberi kita kemampuan untuk tunaikan perintah Allah. Allah yang zahirkan kudratNya, manusia perlu berusaha untuk dapat yakin dengan kudrat Allah,faham apa kekuatan dalam perintah Allah S.W.T. Allah gunakan kudratNya untuk manusia, Allah tidak gunakan kudratNya untuk malaikat, atau binatang.  Allah zahirkan kudratNya kerana manusia. Jadi,seluruh kekuatan ada pada manusia bila di dalam hati manusia mempunyai yakin yang betul, tunaikan perintah Allah dengan cara Nabi. Dengan cara ini, seluruh kekuatan Allah bersama manusia. Allah akan jadikan semua mahluk bantu manusia, seperti Allah jadikan Musa A.S, Allah telah belah bumi untuk beri air pada Nabi Ismail A.S, apa yang Allah jadikan pun tidak boleh buat apa-apa melainkan dengan izin Allah, inikan pula manusia yang hasilkan.
Bantuan Allah hanya akan turun dengan berkat usaha Nabi S.A.W. Para Sahabat R.Anhum apabila mereka keluar di jalan Allah, Allah bantu mereka dengan mereka jalan atas air seperti mereka jalan atas tanah. Sahabat dapat bantuan kerana mereka buat usaha Nabi S.A.W, mereka tunaikan perintah Allah mengikut cara Nabi S.A.W.  untuk dapatkan bantuan seperti para Nabi dapat, Sahabat-sahabat dapat, kita kena buat kerja Nabi. Bantuan Allah tidak akan datang dengan usaha atas asbab tetapi bantuan Allah datang dengan usaha Nabi. Bila kita buat usaha, barulah kita akan faham agama,dan faham usaha atas agama. bila kita faham kita akan jadikan kerjaNabi ini sebagai kerja kita. Bantuan Allah akan bersama kita. tidak ada satu mahluk boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah. kita kena faham kerja ini dan tunaikan kerja ini, usaha bawa orang lain buat kerja ini, bantuan Alllah akan bersama kita. bila kita tinggalkan asbab dan buat usaha ini, kita akan faham bagaimana hendak mendapatkan munafaat dari kudrat Allah. cara untuk mendapatkan kudrat adalah mudah iaitu mengikut perintah Allah dan cara Nabi, untuk mendapat faedah dari asbab adalah susah.
Untuk ini, tuan-tuan kena niat untuk membuat usaha Nabi. kerja kita bukan sebagai petani, peniaga, pemerintah, tetapi kerja kita adalah kerja Nabi, jalan kita ialah jalan Rasulullah S.A.W, bila kita datang kepada kerja Nabi, semua kita akan faham. InsyaAllah kita semua usahakan.  Kita mewarisi harta pusaka Nabi .S.A.W.

Monday, May 13, 2013

Peringatan Kepada Golongan Pencaci Dan Pembuat Fitnah Kepada Orang



Transkrip Tazkirah Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman (buat sahabat-sahabat yang mempunyai internet slow sehingga tidak mampu dengar Youtube)

Panduan: Setiap perkataan yang ada di dalam kurungan merupakan tambahan saya sendiri untuk memudahkan kefahaman sewaktu membaca transkrip ini. Ia bukan daripada mulut Ustaz.

Sedikit tazkirah ataupun peringatan kepada masyarakat Islam di zaman yang kita hidup; di saat kita hidup di zaman yang penuh dengan fitnah dan pancaroba ini. Kita lihat hari ini, tersebarnya fitnah yang begitu dasyat di kalangan kita. Ada orang yang menyebarkan tulisan-tulisan, membuat tuduhan kepada orang (secara) sembarangan. Ada orang yang menyebarkan melalui alat-alat media, melalui youtube, video, dalam TV, dalam radio. Kita kena ingat, bahawa jiwa seorang Muslim, seorang yang beriman kepada Allah swt itu, bukanlah jiwa yang dibiarkan begitu sahaja. (Jiwa orang Muslim itu adalah) jiwa yang mempunyai harga yang begitu mahal.

Nabi saw telah bersabda dalam haji wada':
حدثنا علي بن عبد الله حدثني يحيى بن سعيد حدثنا فضيل بن غزوان حدثنا عكرمة عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خطب الناس يوم النحر فقال يا أيها الناس أي يوم هذا قالوا يوم حرام قال فأي بلد هذا قالوا بلد حرام قال فأي شهر هذا قالوا شهر حرام قال فإن دماءكم وأموالكم وأعراضكم عليكم حرام كحرمة يومكم هذا في بلدكم هذا في شهركم هذا فأعادها مرارا ثم رفع رأسه فقال اللهم هل بلغت اللهم هل بلغت قال ابن عباس رضي الله عنهما فوالذي ص: 620 ] نفسي بيده إنها لوصيته إلى أمته فليبلغ الشاهد الغائب لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض

Darah kamu, harta kamu, kehormatan kamu, haram atas diri kamu. Hari ini kita lihat, kehormatan diri manusia telah menjadi mainan, (hanya) kerana perbezaan ideologi, perbezaan pandangan, samada pandangan politik, pandangan pemikiran mazhab, pandangan yang tidak serupa dengan kita sahajalah senang, terus akan dijatuhkan hukuman yang begitu dasyat. Bahkan sanggup mengatakan seseorang ini ahli neraka, orang ini ahli sesat, yang begitu mudah sekali kita lemparkan tuduhan-tuduhan. Kadang-kadang yang menjadi mangsa ini, bukan orang-orang yang biasa. Samada orang politik sesama mereka, itu kita anggap orang biasa. Tapi, tuduhan ini dilemparkan ke atas para pendakwah, bahkan orang yang boleh dianggap sebagai alim ulama', orang yang wara' (yang) kita lihat pada zahirnya, (kita) tuduh bermacam-macam, (kemudian tuduhan ini) disebar melalui video, melalui internet. Gambar-gambar yang telah diedit, (di)masuk(kan ke dalam internet).

Kamu kena ingat, Allah swt telah menyebut dalam Al-Quran Al-Karim dalam surah An-Nur ayat 15:
إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُ ۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬
(ertinya: Ingatlah di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.)

Ingatlah, ketika kamu menerima berita itu dari mulut ke mulut, kita dengar berita orang buat, kita tengok dalam youtube, orang ini jahat, scandal - tidak kira, skandal seks ke, skandal balak ke, skandal apa benda lah -  ataupun pendakwah ini dituduh membawa ajaran sesat contohnya, kerana perkara-perkara yang tertentu, وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم kamu juga kata dengan lidah kamu, dengan mulut kamu. Samada mulut kita yang kita bercakap ataupun tangan yang kita tulis tulisan kita. مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ Sedangkan kamu tidak mempunyai ilmu, maklumat yang tepat tentang peristiwa yang ada itu, وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا kamu ingat main-main sahaja, suka-suka sahaja. Like dalam facebook, gelak-gelak, suka-suka sahaja, buat ceramah masuk kampung dan bandar mencerca orang (dan) sebagainya, وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬ perbuatan ini merupakan perbuatan yang sangat besar di sisi Allah azza wa jalla.

Nabi saw dalam hadis yang panjang, tentang yang menyebut tentang peristiwa muflis,
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتدرون من المفلس ؟ قالوا:المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع , قال صلى الله عليه وسلم : إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة , ويأتي وقد شتم هذا ,وقذف هذا , وأكل مال هذا , وسفك دم هذا , وضرب هذا , فيعطي هذا من حسناته وهذا من حسناته فإن فنيت حسناته من قبل أن يقضي ما عليه أخذ من خطاياهم فطرحت عليه ثم طرح في
النار
(Ertinya: Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda." Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka.")

Nabi saw (ber)kata di antara sahabat, "Siapa di antara kamu orang muflis?" أتدرون من المفلس Nabi kata, "Kamu tahu apa itu muflis?" Sahabat kata "Muflis ini orang yang tiada harta, yang hutang banyak, duit untuk bayar takde, itu muflis". Nabi kata, إن المفلس من أمتي orang muflis dalam kalangan umat aku ini يأتي يوم القيامة mereka datang pada hari kiamat bawa amalan dia, solat ada, puasa ada, zakat ada, tapi, mulut dia juga telah maki orang perli orang telah ambil harta orang telah memukul orang, apa jadi (kepada orang sebegini)? Maka akan diambil kebajikannya diberi kepada orang yang difitnahnya tadi, orang yang dia zalim tadi. Kalau habis pahala orang tadi, akan diambil dosa dan dicampak ke atas kepala. ثم طرح في النار kemudian akan dicampak ke dalam neraka.
 

Ini pesanan oleh Nabi yang begitu besar kepada kita. Kerana itulah, saya memberi peringatan, (dan saya memberi) tazkirah ini kepada semua muslimin dan muslimat. Tidak kira apa jenis kita ini, blogger ke, baru-baru nak belajar menulis ke, ahli-ahli facebook ke, wartawan ke, pembaca berita tak kira tv apa, semua kamu ingat, apa yang kamu kata, apa yang kamu tulis, kamu ingat main-main, "saya cuma baca skrip", وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا kamu ingat benda itu main-main, وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬ tapi, ia besar di sisi Allah.

Kamu nak jadi orang muflis di akhirat? Dengan permainan-permainan alat-alat moden yang ada hari ini, duk reka cerita, ambil gambar orang, potong sana potong sini, akhir sekali keluar fitnah.

Kamu ingat orang (yang) kena fitnah ini boleh tidur malam? Kamu ingat orang (yang) kena fitnah berdiam diri begitu sahaja? لا (tidak)

Orang (yang kena) fitnah, orang yang kena zalim, doa orang yang kena zalim ini mustajab.

Allah swt sebut لأنصرنّك ولو بعد حين (ertinya) "Aku akan memberi pertolongan, walaupun selepas beberapa ketika". Hari ini kita lihat, tidak kira orang hidup ataupun orang mati, semua tak selamat. Orang mati pun tidak selamat. Apabila ada tokoh ulama mati, semua orang mengeluarkan kenyataan, statement yang begitu dasyat. Tulis macam-macam kepada orang ini.

Kita kena ingat, kita boleh keluarkan pandangan mereka yang bercanggah daripada kebenaran tapi jangan mencerca mereka.

Dalam hadis Nabi saw berkata, لا تسبوا الأموات (ertinya) jangan kamu maki orang yang telah mati, فإنهم قد أفضوا إلى ما قدموا (ertinya) mereka telah pergi bawa apa yang mereka bawa. (Hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah)

Kalau dia bawa yang tak baik, dia berjumpalah dengan malaikat dalam kubur. Tak payah kamu yang jatuh hukum, biarkan mereka dengan amalan mereka. Kita tak payah jadi hakim, biarlah Allah azza wa jalla.

Banyak hadis-hadis nabi yang mengarahkan kepada kita supaya jaga lidah. Nabi kita sendiri saw kata,
("إن اللعانين لا يكونون شفعاء ولا شهداء يوم القيامة" Dikeluarkan oleh Imam Muslim.)
إن اللعانين orang yang suka melaknat orang, mencelaka orang لا يكونون شفعاء ولا شهداء يوم القيامة orang ini tidak boleh jadi saksi dan tidak boleh bagi syafaat pada hari kiamat.

Dan hadis lain lagi, Nabi saw berkata, ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذيء orang mukmin bukan suka membuat tuduhan kepada orang.

Hari ini, kita tengok penceramah-penceramah, masuk kampung-kampung dengan serban mereka, membuat tuduhan, maki orang, pagi sampai gelap, sekali-sekali boleh masuk dalam TV, buat cercaan kepada orang, subhanallahil 'azim. Kita boleh berbeza pandangan, kadang-kadang tuduhan yang dia tuduh bukan tuduhan yang besar. Benda yang masih dalam skop yang boleh berikhtilaf dalam kalangan ulama. Ulama-ulama besar boleh ikhtilaf dalam masalah ini, tapi, kita ulama kecil, kadang-kadang tidak ulama pun, tapi orang angkat sebagai ulama sebab boleh digunakan orang ini, maka kita bercakap lebih daripada para ulama. Mujtahidun pun tidak bercakap lebih daripada itu.

Nabi kata (seperti hadis di atas), (adalah) bukan mukmin orang yang الطعان (iaitu) orang yang suka membuat tuduhan, ولا اللعان bukan juga orang yang suka melaknat orang, ولا الفاحش orang yang suka bercakap keji, cakap kotor, apa lagi hari ini duduk menyebarkan kekotoran, tunjuk video lucah sana-sini, tulis dalam surat khabar, sampai budak-budak pun pening, dia kata, "Apa cerita orang Malaysia ini?" Itu fitnah yang berlaku. Itu hadis At-Tirmidzi, ولا البذيء orang bercakap yang tidak baik.

Dalam hadis lain, Nabi saw berkata,
 
لم يكن النبي صلى الله عليه وسلم سباباً ولا فحّاشاً ولا لعّاناً
Nabi sendiri bukanlah seorang yang suka melaknat, bukan orang yang suka memaki, mencerca orang, tidak (Nabi bukan begitu).

Jadi, kita belajarlah, banyak hadis yang mengatakan; dalam hadis Abu Daud mengatakan,
يا معشر المسلمين wahai orang beriman, ataupun dalam riwayat (lain) يا معشر من آمن بلسانه wahai orang beriman dengan lidah dia, tapi tidak masuk dalam hati dia. (يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ)
لا تتبعوا عورات المسلمين jangan sekali-kali mencari keaiban orang. Sesiapa yang suka mencari keaiban orang, duk memburukkan orang, duk menjatuhkan orang, يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعِ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ Allah akan mendedahkan keaibannya walau dalam rumahnya sendiri.

Kita tengok hari ini macam mana, orang yang buat perbuatan-perbuatan seperti ini. Cuba kembali kepada sejarah. Kita lihat. Bila dia duduk sebelah ini, dia duduk kafirkan orang sebelah sini. Orang itu kafir, murtad, pergi ke jirat, hari ini dia duduk sebelah ini, dia kafirkan orang sebelah ini pula. Orang ini, mulut dia, kalau tak sebut kafir, tidak boleh duduk, boleh jadi tidak boleh makan puak-puak ini. Kita pula duk angkat, "Inilah tokoh pejuang, tokoh (lain-lain)" pejuang apa? Pejuang maki orang? Pejuang kutuk orang? Ini bukan pejuang, ini peruntuh agama. Duduk di mana-mana pun ghuluw. Nabi kata إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ, (lafaz penuh adalah إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ؛ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِالْغُلُوِّ فِي الدِّينِ) "Aku beri peringatan kepada kamu, jangan melampau dalam agama. Binasanya orang dulu-dulu, kerana melampau dalam agama." kononnya nak membela Islam, tapi, kita meruntuhkan Islam dengan adab kita, dengan akhlak kita, dengan sikap kita.

Hari ini hendak mendakwa kalimah Allah swt, kononnya orang yang menyokong kalimah Allah swt ini kafir harbi, kafir harbi. Apakah kalimah Allah swt yang kamu hendak sokong? Sekadar tulisan? Kalau hendak sokong sungguh, ini perjuangan Islam.

من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله
Nabi kata, sesiapa yang berjuang menegakkan kalimah Allah, untuk meninggikan agama Allah, فهو في سبيل الله inilah barulah orang (yang bersikap) pejuang. Kalau setakat tulisan, itu bukan pejuang namanya. Dengan adab-adab dan akhlak yang kamu tunjuk, ini bukan pejuang kalimah, tapi orang yang nak meruntuhkan agama, sebenarnya.  (Hadis sahih Muslim)

Maka, berhati-hatilah. Mana-mana golongan yang melampau, melampau dalam membuat tuduhan kepada orang, samada mengkafirkan orang, menyesatkan orang, mengata itu mengata ini, semua ini kita perhatikan, tengok gelagat mereka, tengok tingkah laku mereka, apa perjuangan yang dia hendak sebenarnya.

Tidak kira, pejuang Melayu, pejuang Arab, sama sahaja. Nabi saw kata Nabi kita larang daripada perjuangan bangsa, Nabi sebut دعوها فإنها منتنة orang ini dikira orang yang busuk, orang yang menyeru kepada perkauman. (Hadis riwayat Bukhari)

Jadi, alhamdulillah, dalam Islam, banyak adab yang mengajar kepada kita. Yang pertama, jaga lidah. ما يلفظ من قول إلا لديه رقيب عتيد Tidak ada satu lafaz, tidak ada perkataan yang kita tulis, tidak ada tuduhan yang dibuat, semuanya ada rakib atid, ada malaikat yang menulis amalan dan semuanya akan dikira di hadapan Allah azza wa jalla. (Surah Qaf ayat 18)

Pernah seorang datang menemui syeikh Abdullah ibnu Al-Mubarak. Dia duduk (men)cerca seseorang di hadapan Syeikh Ibnu Al-Mubarak. Syeikh (Ibnu Al-Mubarak) itu pun (ber)kata, "Hei saudara, kamu pernah pergi berperang melawan Rom?" Lelaki ini kata "Tidak". (Syeikh Ibnu Al-Mubarak kata), "kamu pernah pergi berperang melawan Parsi?" Dia kata "Tidak". Syeikh Ibnu Al-Mubarak kata, "Subhanallah, orang kafir (iaitu) Rom dan Parsi selamat daripada kamu, tapi saudara kamu orang Islam tidak selamat daripada kamu."

Hati-hatilah kita para jemaah, daripada menjadi orang yang tidak selamat (seperti yang disebut dalam hadis) المسلم من سلم الناس من لسانه ويده. (Maksudnya:) Orang Islam itu, (adalah) orang yang orang Islam lain selamat daripada lisannya dan tangannya. (Petikan hadis riwayat Ahmad, disahihkan oleh Syeikh Arnaut) Kalau kita menjadi orang Islam yang mencerca, memaki orang, maka kita belum lagi benar-benar seorang Islam.

Semoga tazkirah saya ini, memberi kesedaran kepada diri saya sendiri, supaya bersikap adil dalam menangani masalah dalam umat ini. Dan para pendengar bersikap adillah kita dalam membuat penilaian. Jangan melampau dalam perkara ini, kerana binasa umat dahulu kerana melampau, dan binasa umat ini juga kerana melampau. Janganlah kita mendedahkan keaiban orang , janganlah sampai Allah mendedahkan keaiban kita walaupun dalam rumahnya.

Assalamualaikum wbth.
Perkongsian oleh Himayah Al-Kalantani