Saturday, October 27, 2012

Memahami Islam secara 361 darjah



Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad salaLLLAHu alaihi wasalam.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

الر ۚ كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
(Surah Ibrahim Ayat 1)

هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. (Surah Ibrahim Ayat 52)

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”. (H.R.Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

Mafhum Hadith
Abdullah bin Umar r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,“Terjadi pada masa dahulu sebelum kamu, tiga orang berjalan-jalan hingga terpaksa bermalam dalam gua. Tiba-tiba ketika mereka sedang berada di dalam gua itu, jatuh sebuah batu besar dari atas bukit dan menutupi pintu gua itu, hingga mereka tidak dapat keluar.Maka berkatalah mereka, ” Sungguh tiada suatu yang dapat menyelamatkan kita dari bahaya ini, kecuali jika tawasul kepada Allah dengan amal-amal salih yang pernah kita lakukan dahulu kala.”
Maka berkata seorang dari mereka, “Ya Allah dahulu saya mempunyai ayah dan ibu, dan saya tidak memberi minuman susu pada seorangpun sebelum keduanya (ayah ibu), samada kepada keluarga atau hamba sahaya. Maka pada suatu hari aku menggembala ternak pada suatu tempat yang agak jauh, hingga kembali kepada kedua ibu bapaku sesudah malam dan ayah bundaku telah tidur. Maka saya terus memerah susu untuk keduanya, dan saya pun segan untuk membangunkan keduanya dan tidak memberikan minuman itu kepada sesiapapun sebelum ayah bundaku itu. Maka saya tunggu keduanya hingga terbit fajar, maka bangunlah keduanya dan minum dari susu yang saya perahkan itu. Padahal semalaman itu juga anak-anakku menangis minta susu itu di dekat kakiku. Ya Allah jika saya berbuat itu benar-benar karena mengharapkan keredaanMu, maka lapangkanlah keadaan kami ini.”Maka menyisih sedikit batu itu, tetapi mereka belum dapat keluar daripadanya.

Berdoa pula orang yang kedua, “Ya Allah dahulu saya pernah jatuh cinta kepada anak gadis bapasaudaraku, maka kerana terlalu cintakannya, saya selalu merayu dan ingin berzina dengannya, tetapi dia selalu menolak hingga terjadi pada suatu ketika dia menderita kelaparan dan datang meminta bantuan kepadaku, maka saya berikan kepadanya wang seratus dua puluh dinar, tetapi dengan janji bahwa dia akan menyerahkan dirinya kepadaku pada malam harinya. Gadis itu melakukan suruhanku kemudian ketika saya telah ‘berkuasa’ ke atasnya -riwayat lain menyebut ‘maka apabila aku telah berada /duduk di antara dua kakinya’, tiba-tiba dia berkata: Takutlah kepada Allah dan jangan kau pecahkan tutup (dara) kecuali dengan cara yang hak (halal – nikah). Maka saya segera bangun daripadanya padahal saya masih tetap menginginkannya, dan saya tinggalkan dinar emas yang telah saya berikan kepadanya itu.”"Ya Allah bila saya berbuat itu semata-mata karena mengharap keredaanMu, maka hindarkanlah kami dari kemalangan ini.”Maka bergeraklah batu itu menyisih sedikit, tetapi mereka belum juga dapat keluar daripadanya.

Berdoa orang yang ketiga, “Ya Allah saya dahulu sebagai majikan, mempunyai pekerja, dan pada suatu hari ketika saya membayar upah mereka, tiba-tiba ada seorang daripada mereka yang pergi meninggalkan upahnya pulang ke rumahnya tidak kembali.Maka saya perniagakan upahnya itu hingga bertambah dan berbuah menjadi berganda-ganda banyaknya.Kemudian setelah lama datanglah buruh itu berkata, “Hai Abdullah berikan kepadaku upahku dahulu itu?”Jawabku, “Semua kekayaan yang didepanmu itu daripada upahmu yang berupa unta, lembu dan kambing serta budak penggembalanya itu.”Berkata orang itu, “Hai Abdullah kau jangan mengejek kepadaku.” Jawabku, “Aku tidak mengejekmu.”Maka diambilnya semua yang saya sebut itu dan tidak meninggalkan satupun daripadanya.”Ya Allah jika saya berbuat demikian karena mengharapkan keredaanMu, maka hindarkan kami dari kesempitan ini.”Tiba-tiba menyisihlah batu itu hingga mereka dapat keluar mereka dengan selamat.
(Bukhari, Muslim).

Ramai orang mahukan agama, dan tidak sedikit juga yang tidak mahukan agama. Mereka yang mahukan agama adalah atas taufik dan hidayah yang Allah telah berikan kepada mereka. Manakala mereka yang tidak mahukan agama kerana Allah telah jauhkan hati mereka dari petunjukNya wanau'zubillah min zalik.

Kepada mereka yang inginkan agama dan cuba untuk mengamalkan agama maka adalah amat penting kita melihat Islam itu sepenuhnya atau dengan kata lain sekiranya Islam itu berbentuk bulat kita perlu melihat 361 darjah Islam itu dan mengamalkannya.

Untuk melihat kita perlukan deria yang sensitif atau peka, manakala apa yang kita lihat perlu di proses oleh akal kita yang terpandu, seterusnya ianya perlu di terjemah kepada Amal.

Wednesday, October 24, 2012

Pembinaan semula Baitullah



Pembinaan semula Baitullah dan seruan haji

Riwayat dari Ibnu Abbas r.a.,
Apabila taufan Nabi Nuh a.s. melanda dan ditenggelamkan kaumnya, diangkatkan Baitullah yang dibina oleh Nabi Adam a.s. ke langit ke empat.

Nabi Nuh berdoa supaya dihapuskan semua umatnya, tanpa tinggal seorang pun kerana penyakit kufur dan syirik sangat bahaya jika membiak.
Nuh [26] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

Semua Nabi telah menggunakan doa mereka (yang “special” – doa khusus) kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Baginda Junjungan Mulia telah menyimpan doanya untuk menyelamatkan umatnya.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Setiap Nabi mempunyai doa-doa yang didoakan untuk umatnya, sesungguhnya aku menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada Hari Kiamat

Lalu doa Nabi Nuh dimakbulkan dan didatangkan taufan:.
Al-Anbiyaa [76] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika dia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya...Hud[40]  

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan merekadan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan),

Kemudian Allah s.w. menyuruh Nabi Ibrahim a.s. pergi ke tempat Baitullah dan membina kembali Kaabah di atas bekasnya (tapaknya yang asal). Maka Nabi Ibrahim pergilah ke sana dan tidak dapat melihat tapaknya yang telah tersembunyi. Lalu Allah s.w.t menggerakkan awan ke atas Baitullah Al-Haram pada kadar panjang dan lebarnya. Pada awan itu ada kepala, dua matanya dan lidahnya berkata-kata : Wahai Ibrahim bina olehmu ke atas kadarku “

Dalam riwayat yang lain, diturunkan hujan lebat dan air deras untuk meleraikan pasir dan batu dan menampakkan tapak Kaabah. Maka diperbuat asasnya iaitu dindingnya atas kadar awan itu, dan pergilah awan itu.
Mematuhi perintah Allah, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

Kemudian Nabi Ibrahim tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji. AL-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh

Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara aku? FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan aku akan menyampaikannya.
Sesetengah orang beralasan “belum sampai seru” untuk mengerjakan haji. “Belum sampai seru” bukan alasan untuk menangguhkan ibadat haji kerana seruan haji sudah lama disampaikan oleh Allah melalui Nabi Ibrahim secara zahirnya.

Orang yang melakukan haji akan membaca talbiah (Labbaikallah) yang bermaksud “Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!

Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais, (ada yang kata di Safa, ada yang kata di atas batu maqam Nabi Ibrahim) dan menyeru ” Ya ibadallah(hamba Allah)! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.” Maka Allah memperdengarkan kepada semua yang ada di bumi. Lalu dijawab oleh manusia, jin, batu, kayu, bukit, pasir, tiap yang basah dan kering daripada Masyriq dan Maghrib, dan yang ada di dalam perut ibunya dan sulbi bapanya:

Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Tiada sekutu bagiMu, Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku!Sesungguhnya segala pujian dan kenikmatan bagiMu dan juga kerajaan, tiada sekutu bagiMU.

Maka yang menjawab sekali, haji lah dia sekali. Dan yang menjawab dua kali, maka dua kalilah dia haji. Yang menjawab lebih dari itu, maka ia haji mengikut kadar jawabnya.
Mengikut riwayat yang boleh dipercayai, siapa yang haji sebanyak 3 kali tidak dimasukkan ke dalam neraka, sekiranya dilakukan mengikut disiplin-disiplin haji dan duit yang halal. Imam Abu Hanifah haji sebanyak 55 kali. Wajib bagi orang yang sihat, cukup bekal buat haji sekali seumur hidup.

” Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, barangsiapa yang berkemampuan tetapi sengaja tidak mahu menunaikan ibadat haji maka apabila meninggal dunia maka dia mati sebagai Yahudi atau Nasrani kerana engkar perintah Allah,”

Tunaikan Umrah disini

Larangan Menjadikan Bahagian Kurban Sebagai Upah



Oleh : Mohd. Asri Zainul Abidin 
Menjelang musim hariraya kurban, maka peringatan-peringatan yang berdasarkan kepada as-Sunnah perlu diulangi agar para pelaksanaannya tidak melanggari batasan yang digariskan.

Seluruh para fuqaha bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan kurban(al-Adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid: "Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging kurban" (jld. 1, m.s. 703, cetakan Dar al-Khair, Beirut) Umrah sini
 
Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan kita, namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging kurban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadith-hadith yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim.

Riwayat-riwayat hadith tersebut adalah daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:"Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya." (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: "Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri".

Walaupun hadith di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah kurban. Apa yang penting ialah larangan dari menjadi sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan kurban atau al-hadi (sembelihan haji). Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya: Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang kurban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukan sebagai upah. Hukum sembelihan kurban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (jld. 4, m.s. 148 cetakan Dar al-Ma'rifah, Lubnan)

Dengan hadith di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan kurban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang kurban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya: "Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah" (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Ketika mengulas hadith ini, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: "Hadith ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan kurban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan" (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging kurban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Ini juga boleh dikiaskan dengan sebarang upah yang diberikan dari sembelihan korban maka sama hukumnya iaitu haram.

Al-Imam al-Nawawi sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`i di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu': "Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah (
الهدي) dan sembelihan kurban dijual. Samada ia kurban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih .."(juz. 8 m.s. 419-420 ctk. Dar al-Fikr, Beirut)

Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar: "Tidak boleh dijadikan bahagian dari kurban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun kurban itu adalah kurban sunat.( m.s. 149 ctk. Dar So`ab, Beirut.)

Kata Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris iaitu seorang ulama dari Jordan dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam: "Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan kurban memberi walaupun sedikit bahagian kurban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Ctk.: Maktabah al-Manar, Jordan)

Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian kurban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan kurban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya

Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadith-hadith tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadith-hadith berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian kurban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian kurban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: "Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian kurban.

Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang kurban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala kurban yang dijanji dan kurban kita terbatal. Kata Mustafa al-Khin dam Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh kurban di dalam mazhab al-Syafi`i: "Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan kurban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikurbankan dan merosakkannya".( juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)

Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian kurban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan kurban.

Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: "Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikurban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa". (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian kurban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.
Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian kurban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian kurban). ( juz. 5 / m.s. 221, Ctk. Dar al-Jil, Beirut)

Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan kurban.

Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya seperti yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadith yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian kurban yang mengakibatkan rosaknya kurban yang kita lakukan. Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan. Kurban ada peraturannya yang ditentukan syarak. Pastikan agar kurban itu diterima di sisi Allah. 

Umrah sini

Monday, October 22, 2012

Kisah Nabi Musa dan seorang fakir



Di zaman Nabi Musa ada seorang kaya yang sentiasa menolong orang termasuk nabi Musa sendiri. Lalu Nabi Musa bertanya kepadanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu mengatakan bahawa dia sudah memiliki apa yang diingini, cuma yang belum dimiliki ialah seorang anak lelaki bagi mewarisi kekayaannya.

Lalu Nabi Musa bermunajat (berdoa kepada Allah) di Bukit Thur bagi memohon hajat orang kaya tersebut. Lalu Allah s.w.t. memberi jawaban, “Ia belum tertulis di Loh Mahfuz”. Setelah mendengar jawaban itu, nabi Musa kembali memberitahu orang kaya tersebut, dan dia redha dan akur dengannya.

Selepas itu, datang seorang fakir meminta sedekah dari orang kaya itu. Setelah diberi bantuan, fakir itu bertanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu menyatakan hajat yang sama, iaitu seorang anak lelaki. Lalu fakir itu berdoa sambil menyapu sampah dijalanan denagan tongkatnya supaya Allah memperkenankan permintaan orang kaya itu.

Fakir dalam istilah feqah ialah miskin. Fakir dari sudut tariqat ialah wali. Fakir itu sebenarnya seorang wali.

9 bulan selepas itu makbullah permintaan fakir tadi, orang kaya itu mendapat seorang anak lelaki. Nabi Musa merasa hairan, lalu bertanya kepada Allah bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya belum tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum menjawab soalan itu, Allah menyuruh Nabi Musa pergi mencari daging manusia (orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri dan memberinya kepada Allah).

Lalu Nabi Musa pergi berjalan mencari orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri untuk Allah. Semuanya tidak sanggup dengan memberi alasan masing-masing. Akhirnya bertemulah Nabi Musa dengan fakir tadi. “Duduklah wahai Nabi Allah” kata fakir itu, lalu diletakkan beg galas Nabi Musa. Setelah dinyatakan hajatnya kepada fakir itu, dia berkata “Kalau tuhan mahu, takkan kita tak boleh bagi, ambillah dagingku”. Diambil pisau dari beg Nabi Musa, lalu dipotong daging dari paha kanan dan paha kirinya.

Setelah mendapat daging itu Nabi Musa kembali menghadap Allah s.w.t dan menceritakan perkara tersebut. Maka jawab Allah, kalau orang itu sanggup memberi kerana aku, bagaimana aku hendak menolak permintaannya (doanya agar orang kaya itu diberikan anak lelaki). Doa fakir itu telah dimakbulkan dan Allah telah mengubah apa yang tertulis di Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’: Ar-Ra’d [39]
 Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya…

Fakir itu telah menjadikan dirinya “hak Allah“. Dalam satu hadith, nabi s.a.w bersabda “Siapa jadi hak Allah, Allah jadi haknya” seperti dalam kisah Rabiah dari Basrah.