Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir,
kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut
nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkaat
jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang
mukim itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan,
tapi malangnya ikan itu telah jaatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah
orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak
ikan.
Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga
orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka
Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah
untuk oraang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak
bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di
syurga”. Allah juga menunjukkan tempaat orang kafir kepada malaikat itu, dan
berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna apa yang didapatinya di dunia
pada hal tempat kembalinya adalah neraka jahanam”.
Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan
atas empat sebab:
Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu
berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat
melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak
sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari
melakukan ibadat”.
Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba
sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”.
Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak
pula dia lalai dari melakukan ibadah”.
Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang
menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu
tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat
kepadaKu”.
Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan
mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat
kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti
penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari
beribadat kepadaKu”.
Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan
kepada Allah kelak di hari Kiamat.
Pergi Umrah 2013 disini
No comments:
Post a Comment