Thursday, May 23, 2013

MENGENAL HARAKAH ISLAM



Jemaah Islam :Antara Tulen dan Palsu

 Assalamualaikum wbt.

Dalam menghadapi anjakan paradigma di seluruh dunia ini, penekanan terhadap agama amat dititikberatkan. Justeru, wujudlah gerakan-gerakan yang mengatakan dirinya sebagai gerakan Islam yang mantap dan menegakkan kalimah agung LAILAHAILLALLAH. Bagi mereka yang dahagakan nikmat ibadah dan keagamaan Islam, secara membuta tuli, mereka menyertai mana-mana gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai gerakan islam yang mantap, menjalankan kerja-kerja dakwah dan sebagainya. Awas!!! Jika anda tersalah memilih gerakan islam, anda mungkin dikategorikan sebagai sekular. Dan jika anda menyertai sesetengah tarikat yang melampau, anda mungkin akan dikategori sebagai sesat.
Bercakap mengenai gerakan Islam, mari kita sama-sama mengkaji gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia khususnya juga yang ada di Malaysia.

1) IKHWANUL MUSLIMIN.

-ditubuhkan pada era Assyahid Hassan Al-Banna dan kemudiannya berkesinambungan pada era Assyahid Syed Qutb. Kewujudannya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam hati kerajaan Mesir khususnya dalam hati presidennya Jamal Abdul Nasser. Ikhwanul Muslimin menerajui penubuhan gerakan-gerakan Islam yang menegakkan Harakatul Islamiyyah dan konsep Islam yang syumul. Hasil motivasi dan inspirasi dari pihak ikhwan, maka wujudlah Hizbul Muslimin di Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai PAS. Tekanan dan kezaliman yang diterima oleh pihak Ikhwan amat memilukan untuk kita renungi bersama. Ada daripada mereka yang dikurung bersama anjing, dibogel dan dipermainkan kemaluannya di penjara, dibelasah dan sebagainya. 

Antara nama yang masyhur dizalimi oleh puak sialan Jamal Abdul Nasser ini ialah as-syahid Syeikh Omar, seorang ulama buta yang sememangnya tidak menimbulkan ancaman ganas kepada mana-mana pihak. Sayangnya, beliau dituduh melakukan serangan ganas. Moga Allah mencucuri jasad dan rohnya. Ikhwan terus menerima ancaman dan tekanan. Seiringan dengan itu, ikhwan terus mendapat nama diseluruh dunia. Pengaruh ikhwan kian menular ke seluruh dunia sehingga tertubuhnya Hamas, HM(PAS) dan sebagainya.

Sehingga kini, ikhwan walaupun diiktiraf sebagai parti politik di Mesir, tatapi masih tidak dapat menjalankan sebarang kempen secara terbuka, ceramah-ceramah apatah lagi, dan dihalang oleh askar-askar bersenjata daripada pergi mengundi. Atas dasar haraki dan siasi berlandaskan islam, ahli-ahli Ikhwan sanggup meredah kawat berduri dan bersenjata, memanjat tembok tinggi dan masuk ke pusat mengundi melalui tingkap atas dewan. Bayangkan, bagaimana istiqamahnya ahli-ahli mereka walaupun mereka membawa bersama bayi-bayi mereka dan anak-anak kecil. Fenomena dan senario ini dapat anda lihat melalui internet dan surat khabar HARAKAH sahaja pada setiap kali musim pilihanraya di Mesir.

2) HAMAS

- sebuah gerakan islam yang ditubuhkan di Palestin hasil perjuangan As-syahid Syeikh Ahmad Yassin. Ahmad Yassin mula melibatkan diri dalam siasah Islamiyyah sejak zaman mudanya di universiti. Beliau yang belajar daripada Ikhwan dan Hizbullah sekembalinya beliau ke Palestin terus menubuhkan kumpulan Hamas sebagai satu kumpulan yang bergerak secara radikal memandangkan HAMAS pada masa itu tidak diterima sebagai parti politik. Namun, usaha demi usaha, HAMAS yang memikul tanggungjawab sebagai gerakan Islam yang syumul di Palestin akhirnya dinobat sebagai parti siasah Islamiyyah disana. Buat julung kalinya Hamas bertanding dalam pilihanraya dan berjaya memenangi majoriti kerusi parlimen di Palestin sekaligus menobatkan HAMAS sebagai parti pemerintah. Sayangnya, FATAH yang lebih dikenali sebagai gerakan munafik telah bersekongkol dengan yahudi menjatuhkan HAMAS melalui serangan bersenjata. Ribuan rakyat menjadi mangsa kekejaman FATAH dan YAHUDI. Akhirnya HAMAS terpaksa berundur ke Gaza dek kerana bekalan senjata yang kurang dan ditakuti rakyat jelata menjadi mangsa. Sehingga kini, HAMAS masih bertahan di Gaza dan menjadi kubu kuat HAMAS disitu.

4) QOQAZ

- gerakan Mujahideen Islam di Chechen yang pada awalnya memegang mandat mentadbir Chechen. Akibat keganasan pihak Russia yang mahu menjajah negara itu, muslim di Chechen dibunuh dan dizalimi. Akhirnya, para pejuang QOQAZ mengambil tindakan perang bermati-matian menentang komunis Rusia. Assyahid Panglima Khattab yang pernah berjuang bersama mujahideen di Afghan telah diberi mandat untuk memimpin gerakan gerilla QOQAZ di Chechen. Bermula dengan asas-asas tarbiyyah yang mantap, akhirnya pejuang QOQAZ dilatih memikul senjata. Bom-bom peledak diajar cara penggunaannya. Jet-jet dan kereta kebal yang jumlahnya beribu-ribu dimusnahkan dengan bantuan ALLAH hanya dengan sebutir peluru dan sebutir bom berpandu dari pelancar roket yang berganda kecil saiznya berbanding jet dan kereta kebal. Panglima khattab yang telah berjaya dalam puluhan serangannya telah menimbulkan ancaman dan kegerunan dalam diri tentera Rusia. Setelah bertahun lamanya, panglima Khattab yang tidak dapat dibunuh melalui serangan-serangan bersenjata akhirnya ditemui mati akibat diracun oleh pembelot. Pembelot itu dipercayai dirasuah atau diugut oleh tentera kuffar yang akhirnya diupah oleh Rusia untuk meletakkan racun dalam makanan Khattab. Khattab akhirnya terkulai syahid selepas memakan makanan yang telah diracun itu. Jutaan tangisan mengiringi pemergian jasad Khattab. Tentera-tentera QOQAZ terus bertahan demi mempertahankan maruah agama dan membela kematian Khattab yang meninggalkan anak kecil yang masih bayi dan isterinya. QOQAZ walaupun kurang dikenali umum, tetapi gerakan ini tetap mempunyai ramai penyokong dan ahlinya dari segenap lapisan masyarakat. QOQAZ adalah kumpulan mujahidin yang berasal dari Chechnya. Situasinya dan statusnya sama dengan kumpulan mujahidin Indonesia(Jamaah Islamiyyah) dan kumpulan mujahidin Malaysia(KMM). QOQAZ kini mula bertapak di negara-negara asia termasuk Malaysia demi memperbetulkan situasi dan merawat penyakit gerakan Islam di Malaysia dan memikul tanggungjawab mengkader dan melahirkan golongan mujahid muda dan baru bersama-sama dengan JI dan KMM. Qoqaz bertapak di Malaysia memandangkan KMM masih baru dan lemah di Malaysia serta ramai dari anggota KMM yang masih dalam tahanan kerajaan dan ratusan lagi yang telah bebas mengalami trauma dan masih belum pulih daripada penyeksaan jiwa dan fizikal oleh pihak kerajaan munafik BN.

5) TABLIGH

- diasaskan oleh Maulana ilyas yang bertindak sebagai Amir gerakan ini di India. Penubuhannya adalah untuk menentang penjajah British di India yang telah menzalimi umat Islam disana. Jihad demi jihad dilancarkan, akhirnya Tabligh menjadi gerakan Islam ulung di India yang menakutkan British. Sayangnya, Maulana Ilyas kembali ke rahmatullah. Timbalannya menjadi penggantinya. British mengambil kesempatan ini bagi menggugat iman pengganti Maulana Ilyas itu. Kekayaan demi kekayaan dan kemewahan demi kemewahan diberikan kepada pemimpin Tabligh di India pada ketika itu. Akhirnya Tabligh terpaksa tunduk dan akur kepada permintaan British yang berjaya memujuk pemimpin agung Tabligh itu supaya memadam segala konsep jihad perang dan siasah dalam gerakannya. Iman dan amal sahaja yang diberi penekanan. Maka, jatuhlah India pada ketika itu kepada pemimpin Hindu. Masjid-masjid dibenarkan untuk dibina tetapi Tabligh dilarang sama sekali melibatkan diri dalam kenegaraan dan pemerintahan. Konsep tanzim dan siasah terpaksa dilupakan oleh Tabligh sedangkan hukum bagi mereka yang mengasingkan siasah dari Islam adalah sama dengan hukuman orang-orang sekular yang dijanjikan pengasingan dari syurga ALLAH. Tabligh juga akhirnya selaras dengan misi Yahudi yang mencipta kumpulan-kumpulan Tarikat yang hanya mementingkan iman, amal dan zikir. Sunnah diberi penekanan seolah-olah wajib manakala yang wajib dan al-quran terabai. Hadis-hadis yang tidak pasti tarafnya diambil secara menonong tanpa disebutkan siapa yang meriwayatnya dan dari mana ia datang. Debat antara Tabligh dan PAS diadakan di Kg jawa, Klang pada sekitar tahun 80-an telah berjaya membuktikan bahawa gerakan Tabligh tidak selaras dengan mana-mana konsep perjuangan Islam. Sebab itu, Hamas dan Ikhwan tidak pernah mengiktiraf Tabligh sebagai satu gerakan Islam. Sebaliknya, tabligh adalah selaras dengan konsep perjuangan sekular yang mengasingkan Islam daripada politik dan kenegaraan. Tabligh tidak pernah mendesak mana-mana kerajaan dimana-mana negara untuk memperjuangkan hukum Islam atau undang-undang Islam. Tabligh merupakan satu-satunya gerakan Islam yang tidak pernah diancam malahan ia merupakan satu-satunya gerakan Islam yang diterima diseluruh dunia oleh pemimpin-pemimpin kuffar dan yahudi. Sebab itu, yahudi di palestin membenarkan Tabligh membina bangunan mewah 2 tingkat untuk aktiviti TABLIGH sedangkan ALLAH telah memberi amaran bahawa yahudi dan Nasara itu tidak akan setuju dengan mana-mana pihak yang membawa Islam yang syumul berdasarkan ayat 120 surah al-baqarah. Justeru, adakah Tabligh gerakan Islam yang disebut-sebut dalam ayat-ayat ALLAH dan hadis-hadis nabi?

6) HIZBUL MUSLIMIN

- ditubuhkan pada zaman penjajahan British dan jepun sebelum kemerdekaan Malaya. Ditubuhkan oleh beberapa anak muda yang belajar diluar negara seperti Mesir, UK, dan sebagainya. Antara tokohnya ialah Dr Burhanuddin al-Helmy, Dr zulkifli Muhammad, Samad Gol dan lain-lain lagi. Mereka inilah yang sebenarnya berpenat lelah mengusahakan kemerdekaan Malaya ketika itu. Hizbul Muslimin kemudiannya diharamkan oleh British hasil kerjasama UMNO. Hal ini adalah kerana Hizbul Muslimin mendapat pengaruh yang hebat dari semua pihak orang Melayu hingga menggugat kepercayaan orang-orang Melayu kepada UMNO. Bagi British pula, mereka dapat menghidu anasir-anasir Ikhwan dan mereka melihat HM sebagai satu gerakan Islam yang bakal menumbangkan ajaran yang dibawa mereka. Sehingga 1951, Hizbul Muslimin bertukar-tukar namanya kepada Persatuan Islam Setanah Melayu, Persatuan Islam Semalaya dan akhirnya kepada namanya yang diguna pakai sehingga kini iaitu Parti Islam Semalaysia(PAS). Adat bagi semua gerakan Islam yang melaksanakan Islam dengan lengkap, PAS juga tidak terlepas daripada ancaman dan kekejaman yang diterimanya oleh pihak munafik dan fasiq. Ramai dalam Pimpinan PAS yang telah syahid terkorban dalam menentang pemerintah yang telah kufur. Antaranya ialah As-syahid Samad Gol, As-Syahid Zulkifli Muhammad, As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud dan puluhan mujahid-mujahid PAS yang lain yang kebanyakannya terkorban ditembak oleh tentera di Kg Memali, Kedah. Sultan Kedah turut hadir memberi penghormatan terakhir terhadap para syuhada’ di Kg Memali. Sehingga kini, pusara para syuhada’ tersebut masih segar di kampong tersebut. PAS yang pada awalnya bergerak sebagai satu gerakan Islam tanpa politik bertukar kepada satu gerakan haraki islamiah yang syumul dan tidak mengasingkan tuntutan Islam supaya sunnah nabi ini tidak diabaikan begitu sahaja.
Kini, PAS terkenal sebagai satu gerakan Islam yang terkemuka di persada negara dan dipersada dunia. Ikhwanul Muslimin juga mengiktiraf PAS sebagai satu-satunya gerakan Islam yang syumul di Malaysia. Tidak ada gerakan lain yang sesyumul PAS di tanah melayu ini kerana semuanya telah mengabaikan konsep siasah yang amat dituntut Islam dalam menggerakkan dan mendaulatkan daulah Islamiah dan negara Islam yang sempurna.

7) HIZBUT TAHRIR

- Sebuah gerakan yang aktif di Indonesia. Melebarkan sayapnya ke serata dunia dengan slogannya “my khilafah”. Bagus misi dan visinya tetapi hanya sekadar dimulut. Tidak percaya kepada konsep siasah dalam Islam. Menurutnya, politik adalah bersumber dari Yahudi sedangkan Nabi Muhammad pernah berpolitik. Sesungguhnya Yahudi lah yang menciplak konsep politik daripada Islam dan dijadikan ajarannya. Begitu juga dengan ilmu fizik, biologi dan kimia serta lain-lainnya. Semuanya berasal dari Islam, tetapi mereka menciplaknya dan mengatakan itu adalah dari mereka. Begitu jugalah kondisinya dengan politik. Politik berasal dari islam, tetapi diakui oleh Yahudi sebagai konsep mereka. Justeru, HIZBUT TAHRIR menggesa ummat Islam supaya jangan menyokong cara pilihanraya. Pilihanraya sebenarnya boleh tetapi perlulah ditangani dan dihadapi dengan cara yang betul dan berstrategi. Maka itu, tidak adalah penyakit yang melanda kepimpinan gerakan Islam itu. Peliknya, HT juga tidak pernah menyebut tentang perjuangan secara gerilla. Jadi, apakah sebenarnya perjuangan yang dimaksudkan oleh HT? HT sekadar menggembar-gemburkan sahaja tentang khilafah tetapi tidak pernah berusaha menegakkannya semula.

8) MILF

- merupakan satu gerakan Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan dan pembebasan Mindanao sebagai sebuah negara Islam yang merdeka dan tidak memerlukan pemerintahan Filipina. Sayangnya, kerajaan Filipina ini amat rakus dan menjajah Mindanao serta cuba memastikan ummat Islam di Mindanao lenyap. Justeru, gerakan-gerakan Islam yang prihatin dan syumul dari segenap pelosok dunia memberi bekalan senjata dan melahirkan mujahidin di Mindanao serta membantu MILF dengan tarbiyyah dan ilmu senjata. MILF walaupun bilangannya kecil berbanding dengan tentera Filipina dan Amerika, namun MILF masih dapat bertahan dan sering melancarkan serangan hendap terhadap puak musuh ALLAH itu. MILF kini masih menguasai Mindanao dan sesekali melancarkan serangan Jihadnya. Ratusan tenteranya telah terkorban syahid. Namun, bilangan tentera kuffar yang mati dek serangan MILF juga besar jumlahnya.


9) GAM

- Merupakan sebuah gerakan Islam di Acheh yang menuntut kemerdekaan negara itu daripada penjajahan Indonesia. Acheh yang terkenal sebagai serambi mekah sepanjang ditadbir dan dipimpin oleh GAM bertukar kepada puasat maksiat apabila ditakluk Indonesia. JI dengan rasa prihatin dan bertanggungjawab banyak membantu pihak GAM dalam memperjuangkan bumi Islam itu. Ada juga dari kalangan pejuang GAM itu berhijrah ke Malaysia untuk mencari sumber ekonomi gerakan itu untuk memastikan perjuangan mereka berkesinambungan hingga mencapai kemerdekaan. Anggota-anggota GAM itu berhijrah ke Malaysia dengan bantuan kumpulan Mujahidin Malaysia dan Jamaah Islamiyyah dan mencari tapak perniagaan dan berniaga. Keuntungannya akan disalurkan kepada pejuang-pejuang GAM di Aceh. Antara tokoh GAM yang terkenal menyalurkan dana yang banyak terhadap perjuangan GAM ialah Pak Harris. Pak Harris sesekali ke Aceh menemui rakan seperjuangannya dan memberikan dana untuk pergerakan GAM. Perniagaan Pak Harris seterusnya berkembang pesat hasil bantuan ALLAH dan mendapat status warganegara Malaysia. Kini, setelah Aceh merdeka, GAM berjaya menjadi kerajaan Aceh hasil daripada pertumpahan darah bertahun lamanya dan rundingan damai yang bertoleransi. GAM kini cuba menghidupkan kembali suasana Islam di Aceh dan cuba menobatkan semula Aceh sebagai serambi Mekah.

Wallahu 'alam

Wednesday, May 22, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - Siri 34



Pra Syarat Kemenangan Islam

وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُم بِهِ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ الْعَزِيزِالْحَكِيمِ
(Al-Imran-126)

 Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini merupakan komentar Allah kepada umat Islam selepas peperangan Uhud dan merupakan penegasan semula kepada orang-orang beriman selepas Allah memberi komentar yang sama selepas peperangan Badar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Anfal..

وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

(8:10) Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Daripada dua peristiwa besar dalam sejarah umat Islam ini,kemenangan dalam peperangan Badar dan kekalahan dalam peperangan Uhud ,Allah ingin memberi kefahamaman kepada seluruh umat Islam disepanjang jalan perjuangan mengenai faktor-faktor kemenangan dan pra syaratnya.

Tanpanya Allah tidak akan kurniakan kemenangan untuk pejuang-pejuang Islam.Kerana bumi ini hanya akan diwariskan kepada hamba-hambanya yang bertakwa.

Dalam peristiwa peperangan Badar, umat Islam tidak memilih untuk berperang sebaliknya hanya keluar untuk menyekat kafilah perdagangan yang dibawa oleh Abu Sufyan tetapi Allah menghendaki sebaliknya. Ketika tidak ada pilihan, ketika tidak ada persediaan sebab fizikal yang cukup umat Islam tidak ada pilihan lain selain menyerah seluruh pengharapan kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Hati umat Islam seluruhnya pasrah dengan kehendak Allah lalu dengan hati yang bulat, ikhlas, penuh pengharapan kepada Allah mereka berjuang dengan mengharapkan untuk mendapat pahala sebagai syuhada.

Pengutusan para malaikat menyertai mereka hanyalah untuk menenangkan hati orang-orang yang beriman dan kemenangan yang mereka perolehi kerana Allah ingin mengurniakan kepada mereka kemenangan tersebut. Namun kemenangan itu bukan dengan mereka berpeluk tubuh tetapi setelah mereka memberi dan berusaha dengan apa yang mereka miliki beserta penyerahan total kepada Allah subhanahu wa taala.

Peperangan Uhud pula sebaliknya, umat Islam telah mengetahuinya, sudah dilakukan mesyuarat, segala kelengkapan peperangan disiapkan, strategi peperangan disusun, jumlah tentera lebih ramai daripada dalam peperangan Badar dan umat Islam keluar ke medan jihad dengan penuh semangat tetapi Allah tidak inginkan mereka beroleh kemenangan sebagaimana kemenangan dalam peperangan Badar kerana tidak cukup syarat-syarat kemenangan.


 Antara syarat-syarat kemenangan yang dipertegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfal ialah:

1. Tetap hati dan membanyakkan mengingati Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ (8:45

8:45 Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.

2. Mentaati Allah dan Rasulnya, tidak wujud sikap berbantah-bantah sesama orang yang beriman dan bersabar.

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (8:46

8:46 Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

3. Tidak memiliki sifat sombong, angkuh, riya’ dan menghalang manusia dari jalan Allah.

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاء النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَاللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ (8:47

8:47  Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud ria kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.

4. Ikhlas dan tidak mengharapkan dunia sedikitpun dalam perjuangan.

وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِ حَتَّى إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّن بَعْدِ مَا أَرَاكُم مَّا تُحِبُّونَ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الآخِرَةَ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْ وَاللّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ (3:

3:152 “Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman.”

5. Tiada perasaan `ujub.

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ (9:25

9:25  Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu di waktu kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.

Sebagai manusia kita ditaklifkan untuk membuat perancangan dan berusaha mewujudkan sebab-sebab kemenangan dalam diri para pejuang sebagaimana yang diajarkan oleh Allah kepada kita seterusnya kita perlu serahkan kepada Allah dan mengharapkan Allah mengurniakan kepada kita kemenangan di dunia atau kita mendapat ganjaran keampunannya di negeri akhirat.

Tidak ada jalan pintas untuk melahirkan pra syarat kemenangan dalam anggota jamaah Islam yang berjuang melainkan melalui pentarbiyahan yang tersusun, berobjektif dan berterusan.

Wallahu'alam 
Posted by JUNDULLAH at 11:06 
1mat  10 May 2013 07:50
Camna nak menang asyik menyesatkan jemaah Islam saja.Kita perlu undi untuk menang hatta undi orang bukan islam pun kita perlu dalam demokrasi tambahan pula undi orang islam. Muhasabahlah sikit.
---------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  10 May 2013 11:25
Kami nk Tanya anda Dan tolong jawab dgn jujur...
Golongan khawarij tu Islam ke kafir?
Kenapa mereka Di hukum sesat?
Kami tunggu jawapan anda...
-----------------------------------------------
Reply
along peq  10 May 2013 23:18
Beruntung la sebab tuan jundulah bukan nabi
susahla orang kafir nak masuk islam
tiada hikmah langsung dalam dakwah
---------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  12 May 2013 22:06
khalifah Abu Bakar yang memerangi orang islam yang tak mahu bayar zakat itulah pendekatan BERHIKMAH.

ADAKAH JEMAAH TABLIGH DI PERANGI??
--------------------------------------------
Reply
1mat  11 May 2013 07:58
Selagi TGNA dan TGHH dan Majlis Syura tidak membuat kenyataan terbuka yang JT ni Khawarij ni sesat maka aku tak dapat terima pandangan saudara.

Di kariah aku kami sama sama mengimarahkan masjid dan duduk dalam program ilmu.Hubungan kami rapat umpama adik beradik. Ramai mereka yang undi PAS walaupun aku tau ada yg x mengundi.

Inilah masa untuk tunjukkan akhlak untuk menarik mereka dan undi mereka.
-------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  12 May 2013 22:15
Jemaah tabligh berasal dari India maka ulama Indialah yang lebih layak dan tahu kesesatan tabligh.mintalah fatwa dari mereka....

posting kami terdahulu dah membuktikannya.anda sahaja yang tak mahu ambil berat.Memang perangai orang tabligh begitu.Tokoh khawarij yang hidup zaman nabi(Dzul Khuwaishirah)setelah mencerca nabi,terus berlalu begitu sahaja dengan masuk ke masjid lalu bersolat.Belaiu langsung tak mengendahkan teguran nabi tersebut.

Kita dah dedahkan penyimpangan mereka berdasarkan kitab-kitab karangan ulama mereka tapi langsung mereka tak endahkan.mereka tetap dengan khuruj mereka.

Masih tak nampak persamaannya??

Sunday, May 19, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - Siri 33



JUNDULLAH  14 May 2012 11:45
Antara rumusan yang boleh kami buat drp text ucapan bayan di atas (siri 32) adalah seperti berikut:

1. Secara sepintas lalu ,kepada pendengar dikalangan mereka yang jahil atau bukan daripada aliran agama secara formal,akan memuji ucapan ini sebagai ‘berisi’ dan bernas.Tetapi sebaliknya bagi pendengar yang telah di tarbiah dengan tasawwur islam yang sahih dan ilmu aqidah yang mantap akan dapat mengesan KEKELIRUAN yang TERSEMBUNYI di sebalik ucapan tersebut.

2. Kefahaman dari beberapa potong ayat contohnya ‘ikut cara nabi’ dalam teks tersebut mirip kepada fahaman Wahabi yang terkenal dengan slogannya “ ittibba al quran dan sunnah”.

3. Sekiranya kita perinci satu persatu point-point yang di bold merah itu,sebenarnya adalah pegangan dan iktikad yang mewakili seluruh ahli tabligh sedunia.

4. Antara yang boleh kita persoalkan ialah:

I . APAKAH YANG DIMAKSUDKAN ‘IKUT CARA NABI ITU??

II. Begitu juga maksud ayat ”Berilah makam kenabian Nabi kepada diri saya”(kami tak pernah jumpa ayat ini pernah diucapkan baik di kalangan para sahabat besar mahupun di kalangan ulama muktabar(ASWJ) termasuk imam mazhab 4 dalam kitab-kitab mereka).

III.Dan banyak lagi ayat-ayat yang ‘bermasalah’ terkandung dalam ucapan tersebut yang perlu di teliti samaada ia mengadungi KALIMAH KUFUR ATAU YANG MEROSAKKAN@MEMBATALKAN AQIDAH SI PENGUCAP.
-------------------------------------------------------
Reply
Fazil Abdul Hamid  12 March 2013 01:11
enta kena ikut jemaah tabligh baru enta dapat kefahaman...baru enta dapat hurai mana- mana perkataan dari sudut balaghah dan mantik.
---------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  12 March 2013 12:30
kami ikut JT sejak tahun 90an lagi...
apa yang kami faham sifat dakwah nabi ikut kefahaman audien yang mendengar bukan menggunakan double meaning seperti mantik dan balaghah.Kalau benda basic pun fail nak cerita benda berat ??
---------------------------------------------------
Reply
Ahmad Latif  13 May 2013 14:50
ikut cara nabi ialah kaifaiat perlaksanaan amalan yang bertepatan dengan petunjuk2x Nabi SAW jika permasalahan iktikad kita samada mengikut aliran hassan as-'ashariah atau al-maturidiah manakalan dalam bidang fekah salah satu dari 4 mazhab utama (Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) Itikad (masalah usul iman) dan furuq (mazahib fiqhiah) inilah yang dinamakan mazhab ahlu sunnah wa jamaah, itulah yang menjadi panduan jemaah tabligh, penulis jangan memandai buat fitnah dengan bertujuan mengelirukan umat ISlam. Saya adalah bekas pelajar Jamiatul Al-ISlamiah Gurumandar Karachi atau lebih dikenali sebagai Jami'ah Al-Binori cawangan Darul Ulom Doeband di Pakistan dan bekas penuntut Ma'ahad Fatah Al-Islami Damascus, Syria. Telah berkecimpung dalam Jemaah Tabligh sejak 25 tahun yang lalu. Jangan anggap kami dalam Jemaah Tablig bodoh dan tak berilmu.
-------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  13 May 2013 15:45
Pandangan tuan tidak sama dengan realiti yang berlaku di hadapan mata. Bagaimana tuan kata "perlaksanaan amalan yang bertepatan dengan petunjuk2x Nabi SAW" , sedangkan dalam kitab fadhail amal dan muntakhab lebih banyak hadith dhaif dari hadith sahih??
apakah tuan meletakkan hadith dhaif lebih utama dari hadith sahih??

Pepatah yang berbunyi "cakap tak serupa bikin".Dalam surah as saff...mafhumNYA : amat besar kemurkaan@kebencian Allah kepada mereka yang bersifat begitu.Kitab himpunan hadith sahih imam Bukhari di akui oleh para ulama sebagai sumber ketiga selepas al quran (dari segi kesahihan).Kitab fadhail amal dan muntakhab hadis jatuh nombor berapa ye...??

Di zaman awal dahulu memang betul, benua India banyak melahirkan ulama muhadithin dan mujahid ASWJ, tetapi selepas era shah waliyullah, pengaruh wahabi telah masuk melalui Ismail shaheed@ismail dahlewi hasil dari kitab Taqwiyatul iman yang berdasarkan kitab asal oleh muhammad abdul wahab (pengasas wahabi). Buktinya di sini:https://en.wikipedia.org/wiki/Deobandi

Pada posting yang lalu telah kami lampirkan link kitab-kitab ulama deobandi antaranya fatawa rashidiya yang terkandung didalamnya fahaman ajaran wahabi. Silalah tuan buat semakan.

Fitnah ialah tuduhan tanpa bukti. TAPI yang ini kami sertakan bukti dalam bentuk video, scan muka kitab dll.

Kami tak nafikan dalam tabligh ada orang alim@ulama dan ustaz,  tetapi malangnya mereka bertaklid pada jemaah yang salah sebagaimana ulama @ustaz yang menyokong UMNO. Belajar tinggi, ilmu hebat tapi sokong puak yang batil@zalim.
------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  14 May 2013 10:07
Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya :

"Manusia sering bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia menimpa diriku, lalu aku bertanya :"Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah s.a.w menjawab :"Ya. Kami bertanya lagi: Adakah akan berlaku kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah s.a.w menjawab: "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti ajaran selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah s.a.w menjawab:"Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, siapa ya Rasulullah? sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah s.a.w menjawab: "Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan), juga tidak ada pemimpin? Rasulullah s.a.w menjawab lagi : "Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.


Semua kita tahu dan maklum dengan maksud dan khulasah hadis di atas yang menceritakan senario manusia akhir zaman. Bahkan ada yang telah arif dengan syarah hadis tersebut tetapi sangat sedikit mereka yang memahami hadith di atas dari sudut@kontek seumpama pakar Forensik.

Apa yang kami maksudkan ialah perbandingan manusia seperti Huzaifah dengan manusia yang lain. Contoh: dalam 1000 orang yang sedang solat hanya seoarang sahaja yang kusyuk 90% sedang yang lain hanya 10% kebawah. Ini kerana hanya seorang itu sahaja yang risau dan bimbang serta ambil berat dengan solatnya. Makanya ia berusaha untuk kusyuk semaksimum mungkin.

Begitulah sikap Huzaifah yang hanya beliau seorang sahaja yang bimbangkan kejahatan sedangkan manusia lain lebih melihat kebaikan semata. Sikap Huzaifah ini sebenarnya akan sentiasa ada sehingga akhir zaman oleh berbagai manusia muslim TETAPI jumlahnya sedikit (minoriti)sebagaimana hadith Huzaifah di atas.

Maka tidak hairanlah kepada kita bila blog-blog yang menceritakan kebaikan, ramai pengujungnya atau pengikutnya (followers), sebaliknya blog-blog yang mengkritik/menyinggung pihak-pihak tertentu atau berkata benar sangat sedikit pengikutnya(contoh blog kami).

Cuba kita perhati blog-blog yang menceritakan tips-tips, perkongsian ilmu, menyampai maklumat yang bersifat nuetral dan sehala, tidak menghentam dan seumpamanya maka blog tersebut akan ramai pengikutnya. Ini kerana tidak ramai manusia ingin/mahu menjadi seperti sahabat nabi yang bernama Huzaifah kerana takut akan dicela, diherdik dll.

itulah penilaian kami...
------------------------------------------------------
Reply
abdul hakim rustam  14 May 2013 11:41
assalamua'alaikum..
saya suka blog ni!!!
terBAIK!!!!

Sepuluh Jenis Tangisan



Sepuluh Jenis Tangisan - Menurut Ibnu Qayyim
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1.    Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2.    Menangis karena rasa takut.
3.    Menangis karena cinta.
4.    Menangis karena gembira.
5.    Menangis karena menghadapi penderitaan.
6.    Menangis karena terlalu sedih.
7.    Menangis karena terasa hina dan lemah.
8.    Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.    Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.
10.   Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ???

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis karena takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tidak di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. 
Janganlah menangis nonton film itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan. 
Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu???…
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 pasang mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a “Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”