Saturday, January 19, 2013

Kisah Rasulullah Dan Yahudi Buta


Sempena menyambut hari kelahirannya Rasul صلى الله عليه و سلم selang beberapa hari lagi, marilah kita sama- sama mengkaji semula beberapa kisah-kisah yang meniti di bibir -bibir umat islam berkenaan cerita ini

Pernah dengar cerita mengenai Rasulullah صلى الله عليه و سلم dan pengemis buta? Belum pernah? Kalau belum, coba baca kisah di bawah ini, dan komentar nya diakhir cerita. Anda akan terkejut karena akan menemukan kebenaran yang belum pernah anda dengar.

[Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi Buta, dari hari ke hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”.

Setiap pagi Rasulullah صلى الله عليه و سلم mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah صلى الله عليه و سلم menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah صلى الله عليه و سلم melakukannya hingga menjelang Beliau wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi Buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. “Setiap pagi Rasulullah صلى الله عليه و سلم selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi Buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. 

Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah صلى الله عليه و سلم”.

Setelah mendengar cerita Abu Bakar r.a. pengemis itu terkejut lalu menangis sambil berkata, “benarkah demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia malah mendatangiku dengan membawakan makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. ” isaknya. Pengemis Yahudi Buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.]

ULASAN
Suatu kisah yang menyentuh hati. Siapa kira-kira pengarangnya? Kenapa bertanya lagi? kan sudah jelas dari cerita di atas bahwa itu merupakan kisah Rasulullah صلى الله عليه و سلم . Lagi pula banyak ustaz-ustaz yang menceritakan kisah ini. Belum lagi ditambah dengan majalah-majalah Islam dan blog-blog yang bertebaran di internet. Bahkan pernah ada seorang non-Muslim yang menyatakan supaya orang Islam meniru sikap Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم dalam kisah orang buta itu. Katanya ini menunjukkan toleransi tinggi umat Islam terhadap umat beragama lain.

TAPI …TUNGGU DULU!!! Kita harus periksa dulu apakah benar kisah ini bersumber dari Rasulullah صلى الله عليه و سلم .? Sepertinya ada sesuatu yang aneh dalam kisah itu. Apanya yang aneh? Cuba baca kalimat yang berwarna merah ini:

Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa“. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu.

Apa mungkin Abu Bakar AS SIDDIQ berbohong dengan tenangnya berkata “aku orang yang biasa”? Mungkinkah Abu Bakar yg merupakan seorang KIBARU SAHABAH dan digelar AS-SIDDIQ (yang benar) itu berdusta? Tentu tidak bukan?

Menurut MULTAQA AHLI HADITH, hadis ini tidak dijumpai di dalam kitab-kitab Matan Hadith dan takhrij. Matannya juga aneh dan meragukan (Gharib) terutama pada pernyataan Abu Bakar as-Siddiq yang berdusta. Bagi yang tidak percaya, tolong kutip kitab hadith mana yang memuat cerita ini.

Kesimpulannya jangan sebarkan cerita ini tanpa menerangkan kesalahannya. Kalau ada ustaz-ustaz yang menyebarkan cerita ini, tegur saja sendiri kalau mampu. Kalau tidak, minta tolong orang yang dituakan. Ingatlah menyebarkan hadis yang tidak ada sumbernya sama dengan berbohong atas nama Rasulullah s.a.w. dan ini adalah berdosa.

- Dari Abdullah bin az-Zubair radhiyallahu’anhu, Rasulullah
صلى الله عليه و سلم bersabda,
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 8 )

- Dari al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu’anhu, Rasulullah
صلى الله عليه و سلم bersabda,
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidak sebagaimana berdusta atas nama orang lain. Maka barangsiapa yang berdusta secara sengaja atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari, dan juga Muslim dalam Mukadimah Shahihnya, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 9)

HIDUP DI AKHIRAT KEKAL ABADI



SEMUA ORANG MAHU HIDUP SELAMA-LAMANYA, HIDUP DI AKHIRAT KEKAL ABADI

Manusia (keseluruhannya) bekerja keras untuk kekal abadi, bermaksud, semua manusia mahu hidup selama-lamanya. Mereka inginkan rahmat dan kecantikan yang kekal.

Tetapi, kemudian mereka sedar, hidup mereka berakhir tanpa amaran daripada Allah. Semua rahmat menyusut dan segala kecantikan terlepas dari tangan mereka.

Walaupun manusia tidak mahu menjadi tua, badan mereka berterusan merosot dan menua. Meskipun jiwa mereka muda, segar dan dinamik, tubuh mereka hilang kemampuan yang membuatkan mereka sia-sia dan terlepas dari tangan mereka stamina dan kualiti.

Hanya apabila mereka merasakan diri sangat cekap, mereka tiba-tiba sedar mereka telah kehilangan masa muda, kesihatan dan telah menggunakan keseluruhan usia tanpa disedari.

Ada sebabnya bagi manusia untuk mendapati keadaan ini pelik. Alasannya adalah Allah menjadikan manusia dengan naluri untuk hidup selama-lamanya. Manusia berusaha untuk kehidupan yang kekal abadi. Untuk tujuan ini, mereka tidak mahu menjadi semakin tua dan lesu. Inilah perkara yang hampir mustahil untuk mereka terima dan dibiasakan dengan konsep yang digunakan sampai mati.

Oleh itu, manusia berusaha gigih untuk kekal abadi. Kenyataan ini sendiri adalah salah satu bukti paling nyata di akhirat. Adalah tidak mungkin bahawa dunia yang fana ini adalah satu-satunya habitat bagi jiwa manusia, yang ditentukan untuk kekal. Dalam kehidupan singkat yang diterima untuk berakhir dengan kematian, adalah mustahil bagi manusia yang waras, untuk hidup dengan sabar menunggu datangnya kematian. Satu-satunya perkara untuk seseorang hidup dengan aman dan selesa adalah dengan menerima dan yakin pada kewujudan Allah dan kehidupan yang kekal untuknya di syurga.

Allah mengurniakan manusia dengan pelbagai harapan dan keinginan berupa naluri. Perasaan cinta, kasih sayang, belas kasihan dan perikemanusiaan diciptakan untuk dipuaskan di dunia yang fana ini. Keabadian adalah kewujudan satu naluri untuk dipuaskan seperti bayi atau anak anjing comel yang memenuhi rasa belas kasihan manakala kasih sayang dan persahabatan, cinta dan keselamatan diciptakan sebagai keperluan. Allah Yang meletakkan keperluan ini ke dalam diri manusia dan juga menciptakan kepuasan. Dunia yang sementara ini bukanlah diciptakan untuk memenuhi keperluan yang kuat, bahkan manusia diciptakan untuk akhirat.

Inilah hakikat yang nyata dan teknikal yang dialami manusia dalam jiwa manusia yang mana diciptakan bagi mereka untuk memahami kewujudan hari Akhirat. Manusia dianugerahkan dengan kesedaran untuk mengetahui bahawa mereka tidak akan binasa oleh kematian dan tidak akan diambil nyawa mereka bagi kebinasaan terakhir dalam dunia ini. Sudah lebih mencukupi untuk mereka sedar hanya dengan membayangkannya buat beberapa minit. Justeru, pasti bahawa hari Akhirat itulah destinasi terakhir dan menjadi tempat yang mana manusia dimasukkan ke syurga dan neraka. Kesimpulan yang perlu dicapai seorang lelaki waras dengan mempertimbangkan hal ini adalah dengan mengetahui bahawa dunia yang sementara ini adalah tempat ujian dan mengabdikan diri kepada Akhirat kerana Allah. Kehidupan yang kekal di syurga adalah tawaran Allah kepada hamba-Nya yang beriman, yang mana semua keberkatan dan pemberian-Nya selama-lamanya manakala neraka adalah kehidupan yang mengerikan, yang mana azab paling dahsyat dialami dan tiada gunanya penyesalan. 
Firman Allah:-
كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٢٨) 

“Bagaimana kamu tergamak untuk kufur (meningkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Allah menghidupkan kamu; setelah itu, Allah menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang dikerjakan). (Surat al-Baqarah, 28)

Friday, January 18, 2013

Nikmat Yang Didustakan



Dalam kehidupan seharian, kita sering mendapati orang memuji dan berterima kasih antara satu sama lain, khususnya kepada seseorang atau golongan yang membantu dan menghulurkan bantuan kepadanya. Tetapi hakikatnya, ramai yang terlupa untuk memuji dan berterima kasih kepada Allah SWT malah tidak bersyukur kepada-Nya, sedangkan Allah SWT telah melimpahkan nikmat ke atasnya dengan begitu banyak. Sedangkan manusia dan segala makhluk hanyalah perantara antara kita dengan Allah SWT ketika menerima segala nikmat itu. Namum malangnya sikap manusia yang tidak mengerti dan mengenali Tuhan yang sebenar, merasakan bahawa segala nikmat yang diperolehinya itu adalah hasil daripada usahanya sendiri. Sikap inilah yang dinamakan pendusta nikmat atau kufur nikmat, ianya berlaku disebabkan oleh hati yang lalai dan sikap tidak tahu mengenang budi.

Bagi golongan manusia yang mengerti dan memahami malah suka memikirkan tentang segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada para hamba-Nya, sudah tentu menyedari betapa banyak dan tidak terhitungnya nikmat Allah SWT itu. Pada diri manusia sahaja terdapat nikmat yang tiada nilai jika diamati dengan hati yang insaf. Sebagai contoh, bayangkanlah dengan nikmat penglihatan yang Allah SWT berikan kepada kita; berapakah nilainya? Dua biji mata yang dapat melihat dan membezakan pelbagai objek, bentuk dan warna, boleh pejam dan celik. Begitu juga mulut yang boleh menuturkan apa yang dikehendaki oleh hati disamping menjadi sumber utama kepada kelangsungan hidup manusia melalui makanan dan minuman yang kita nikmati melaluinya, subhanallah. Begitu indah dan hebat ciptaan Allah SWT, malah pelbagai lagi bentuk nikmat yang tidak ternilai malah tidak mampu ditukar ganti dengan dunia dan segala isinya, ada pada diri kita.

Kemudian, cuba fikirkan pula nikmat akal fikiran yang hanya dianugerahkan kepada makhluk yang bernama manusia, tidak kepada makhluk-makhluk lain. Dengan nikmat ini kita mampu menguasai segala yang ada di sekeliling kita, mengetahui apa yang benar dan palsu, yang baik dan buruk. Dengan akal juga kita boleh mengetahui apa yang bermanfaat untuk dicari dan diperolehi dan apa pula yang memudharatkan untuk dihindari dan dijauhi.
Allah SWT tidak menciptakan kita seperti makhluk yang tidak berakal, malah segala makhluk yang diciptakan Allah SWT di atas muka bumi mahupun di langit dipermudahkan untuk kehidupan manusia. Hakikatnya segala yang terdapat di dunia ini Allah SWT ciptakan untuk manusia dan manusia pula diciptakan untuk mengambil manfaat daripadanya. Bahkan, mungkin ada yang bertanya untuk apa pula manusia itu diciptakan?
Manusia sebenarnya tidak dijadikan begitu sahaja, tanpa ada hala tuju dan matlamat kejadian. Sedangkan setiap apa yang ada di sekitar kita walaupun sekecil-kecil kejadian sehinggalah sebesar-besarnya semuanya ada tujuan dan matlamat diciptakan, tentu sekali manusia yang hebat ini ada tujuan diciptakan Tuhan. Justeru, jawapan hanya ada pada pencipta manusia itu sendiri, iaitu Allah SWT. 

Nikmat hidayah kepada agama yang benar

Bagi umat Islam terdapat satu nikmat yang amat besar yang dianugerahkan Allah SWT kepada mereka, iaitu nikmat hidayah yang memberi petunjuk dan kefahaman kepada agama dan cara hidup yang benar. Bagi seseorang yang dilahirkan sebagai seorang Muslim, nikmat ini kurang dirasai atau mungkin tidak dirasai langsung. Tetapi bagi mereka yang dilahirkan dalam agama lain kemudian mendapat hidayah kepada Islam, maka perubahan dan nikmat ini amat dirasai sehingga tidak mampu diungkap dengan kata-kata tentang betapa hebatnya nikmat dan kebaikan yang telah diperolehinya.
Melalui nikmat hidayah ini, apabila kita amalkan dengan sepenuh hati dan yakin dengan ketetapan Allah SWT maka kita akan memperolehi kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman dalam hidup. Sifat kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman itu terhasil daripada aturan kehidupan yang selari dengan fitrah dan mencapai kesempurnaan hidup melalui ketetapan yang telah dilakarkan Allah SWT. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang memilih jalan hidupnya sendiri dan tidak menuruti aturan kehidupan yang telah ditetapkan Allah SWT, sudah tentu akan menemui kegagalan dan kekecewaan dalam hidupnya. 

Nikmat adalah amanah

Ada banyak hadis yang memperingatkan manusia supaya tidak mendustakan nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepadanya. Antaranya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a yang bermaksud:
 “Bahawa Allah SWT tidak memberikan sesuatu nikmat yang besar kepada seseorang hamba-Nya melainkan dia diamanahkan untuk membantu orang lain. Sesiapa yang tidak melaksanakan amanah ini maka dia mendedahkan nikmat itu kepada kehilangan.”

Kita mestilah sedar bahawa Allah SWT limpahkan nikmat-Nya kepada orang-orang yang tertentu supaya mereka menyampaikannya kepada para hamba-Nya yang lain. Jika mereka menggunakan segala nikmat itu untuk membantu orang lain dan membuat kebajikan untuk orang ramai, maka Allah SWT sangat menyukai perbuatan tersebut dan balasannya Allah SWT akan tambah lagi nikmat-nikmat-Nya. Sebaliknya jika mereka tidak membantu dan mencurahkannya kepada golongan yang memerlukannya maka Allah SWT akan murka dan menghilangkan segala nikmat kurniaannya itu daripada tangan mereka.

Firman Allah SWT:
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧
Maksudnya : “Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.” (Surah Ibrahim: 7).
Akibat mendustakan nikmat Allah

Segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita hendaklah digunakan pada perkara kebajikan dan yang bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Nikmat-nikmat itu tidak selayak dan sepatutnya digunakan pada jalan-jalan maksiat apatah lagi dengan menderhakai Allah SWT.

Misalnya dengan nikmat akal, hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk manfaat diri sendiri dan orang lain. Akal jangan disalah gunakan pada jalan-jalan yang jahat seperti menipu orang, mencuri dan sebagainya. Malah tidak mengunakan akal dengan selayaknya untuk berfikir dan melihat kebesaran Allah SWT dengan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apapun. Begitu juga nikmat pangkat dan kedudukan hendaklah digunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara dan bukan untuk disalah gunakan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni semata-mata.

Menggunakan segala nikmat kurniaan Allah SWT pada jalan yang diredhai-Nya dan bukan sebaliknya, menandakan kita bersyukur kepada Allah SWT. Segala kesenangan hidup yang dinikmati sekarang setengahnya tidak dimimpikan oleh generasi yang terdahulu. Kesemuanya hasil penemuan akal fikiran yang Allah SWT anugerahkan kepada kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.

Maka sayugianya manusia bersyukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat limpahan-Nya dan jangan sekali-kali mendustakannya. Segala nikmat adalah amanah dan ia juga sebagai ujian untuk menilai bagaimana kita menggunakan dan menguruskannya. Renungkanlah bagaimana Allah SWT telah menghancurkan kaum Saba’ (di Yamen) akibat pendustaan dan pengabaian mereka terhadap nikmat-nikmat yang telah Allah SWT anugerahkan kepada mereka. Firman Allah SWT: “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantar kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur itu) dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon bidara. Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur.” (Surah Saba’: 16-17)

Wednesday, January 16, 2013

MASJIDIL HARAM DULU DAN KINI.......



Kahwin Dengan Orang Bunian



Bolehkah Kita Berkahwin Dengan Orang Bunian?

Soalan:  saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?

Jawapan 1
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
"Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam.

Jawapan Oleh:Datuk Dr Haron Din