Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah
adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira
dan bersyukur di atas nikmat yang Allah swt anugerahkan kepada hamba-Nya yang
berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadhan.
Oleh itu untuk mendapatkan
kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah saw
menyambut Hari Raya, antaranya ialah;
1. Mandi sebelum
keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan:
“Sesungguhnya Abdullah bin Umar ra akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri
sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟
telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum
keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri
dan untuk ‘Eid al-Adha
makan selepas solat.
Ini berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya:
“Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri,
sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar…dan baginda
memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar, makanlah
sesuatu yang harus dimakan.
Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan)
adanya tambahan dalam berpuasa, ianya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan
Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
3. Bertakbir pada
hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk
sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: “Dan hendaklah
kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah
atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
Daripada al-Walid bin Muslim katanya:
“Aku bertanya kepada al-Auza‟ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir
pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar
menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk
menunaikan solat raya).”
Waktu bertakbir bagi
Hari Raya al-Fitri ialah
bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir
Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari
Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah
dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari
Tasyrik dengan lafaz:
الله أكبر. الله أكبر.
الله أكبر. لا إله إلا الله والله أكبر. الله أكبر.
الله أكبر. ولله الحمد.
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Yang
Maha Besar, Allah Yang Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
Al-Mahamiliy (المحاملي )
meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya daripada
Ibnu Mas‟ud:
Maksudnya: Allah Maha Besar
sebesar-besarnya, Allah Yang Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Yang Maha Besar
dan Yang Maha agung, Allah Yang Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.”
[Irwa‟ al-Ghalil: 3/126]
Kata
ulama’: Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh
dibaca dan amalkan.
Diangkat suara dalam melafazkan takbir
bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid,
di rumah dan di pasar-pasar.
5. Ucapan Tahniah
Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah
menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik
seperti ucapan:
Atau ucapan yang
seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang
dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata: “Para sahabat Nabi saw apabila mereka
bertemu sesama mereka pada hari raya
mereka mengucapkan
Ibnu Hajar berkata: Isnad (riwayat
ini) Hasan. [Fath al-Bari: 2/446].
3. Antara ucapan yang masyhur juga:
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi saw
mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan
hari Jumaat.” [Sahih
Ibnu Khuzaimah: 1765].
Memakai pakaian cantik pada hari raya
ini adalah untuk kaum lelaki.
Adapun untuk kaum wanita mereka boleh
mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw:
Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah dari masjid Allah, tetapi
hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan
Abu Daud “Sahih”].
Keluar dengan berpakaian biasa di luar
dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu
baunya oleh lelaki ajnabi.
Sekiranya wanita berkumpul dalam
kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat
solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma
katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan
jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
Dikatakan terdapat
beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza
tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi
akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari
perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Isla
iii. Untuk menzahirkan
zikir kepada Allah swt. iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang
memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan
menghubungkan silaturrahim.
8. Solat
Hari Raya
Para ulama‟ berbeza pendapat
tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/
fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya.
Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh
beberapa orang ulama‟ semasa.
Cara-caranya
(kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak
perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama
ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan
takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang,
solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini
kerana thabit dari para sahabat Nabi saw.
b- Imam membaca pada rakaat
yang pertama surah al-A‟la,dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah,
berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama
dan membaca surah al-Qamar (القمر ) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim.
Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw. c- Dilakukan solat raya terlebih
dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas r’anhuma katanya:
“Aku menyaksikan
Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda
berkhutbah.” d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya.
Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas
waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari:
“Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum
atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat
sunat.”
9. Keluar
dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya Ibnu
Majah meriwayatkan daripada Ibnu
Umar katanya: “Adalah
Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda
pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”] Kata Ibnu
al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya)
adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu‟, dan tidak mengapa
bagi sesiapa yang berkenderaan.” Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari
musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
10. Wanita
yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk
menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Untuk
menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah). Dari Umm
Atiyyah r.‟anha katanya: “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka
(semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh
atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan
daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat
Fitrah Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya.
Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari
meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr)
sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
KESALAHAN
YANG DILAKUKAN PADA HARI RAYA.
Pergaulan/ikhtilat yang bebas
pada Hari Raya. Ramai dikalangan kita telah
mengambil mudah dengan hari raya. Bila hari raya datang, mereka menganggap hari
raya adalah 'hari free' iaitu hari yang terlepas dari ikatan agama
(agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi
mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan
mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi
perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem
yang melalaikan. Wallahu a‟lam.
Semoga ‘Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan
dan kebajikan.