Wednesday, March 20, 2013

3 panggilan Allah



'Panggilan pertama adalah Azan',
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti.

Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
 Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Setiap hamba mendapat kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula,kekadang akan pergi, dan ada yang memang merancang… kekadang terkabul dan ada juga tak terkabul. Semuanya kehendak Allah yang Mahabijaksana, jika Dia kehendaki pasti akan berlaku..
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

'Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN
. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'

Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

Tuesday, March 19, 2013

7 sunnah Nabi Untuk di amalkan



"Dikatakan bijaknya seseorang yang beriman itu adalah, mereka yang mampu mengolah hidupnya yang hanya sesaat dan sekejap ini untuk hidup yang panjang tanpa batas masa. Hidup bukan untuk hidup semata, tetapi hidup ini adalah untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah matlamat untuk hidup yang kekal abadi. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati itu adalah permulaan episod cerita hidup sebenarnya, maka sambutlah dan bersedialah untuk menghadapi kematian dengan persediaan yang secukupnya dan penuh ketakwaan. 

Untuk menghadapi kematian dan menuju kehidupan sebenarnya, cubalah dengan sekuat kudrat dan kemampuan yang ada ini Untuk mengamalkan sebahagian dari sunah-sunah Nabi. Antara tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: Lakukan solat dhuha setiap hari, Insyallah di lapangkan dan di luaskan rezeki. 

Kelima: bersedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 

Keenam: kekalkan berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang akan berlaku kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Monday, March 18, 2013

Jundullah VS Karkun - siri 28



Jundullah VS Ibn Hussain: Isu Maulid nabi
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Perbezaan antara dua pandangan antara Ahli Sunah (tulen) dengan Wahabi (dulu) sekarang sudah tukar nama kepada salafi(hakikatnya sama) dalam isu sambutan Maulid Nabi samada HARAM ATAU HARUS.Berdasarkan perbincangan para ulama muktabar sejak dahulu lagi telah menghukumkan HARUS meraikan maulid nabi atas dasar ia perbuatan bid'ah hasanah(baik).Pebincangannya boleh ditemui dalam link yang telah kami beri dalam rung komenter.

Sebaliknya di kalangan ulama Wahabi@salafi ,mereka menghukumnya sebagai bid'ah dholalah(sesat) kepada sesiapa yang menyambutnya.Ini telah dibuktikan dengan kenyataan Syeikh Anwar Shah Kashmiri(ulama deobandi) dalam link http://www.central-mosque.com/fiqh/dmawlid1.htm

karkun Ibn Hussain dalam komen terbarunya menulis:

"Ana rasa antum ni tak berapa faham bahasa inggeris. Dalam fatwa Hadrat Maulana Anwar Shah (rah) yg antum quote tu pun takda perkataan musyrik, kafir. Ini yg dikatakan fitnah. Sekali lagi ana quote dan baca betui2"


kami jawab:>>>check balik tulisan kami tu berbunyi: "

"ULAMA ASWJ MENGHUKUM HARUS ATAU BID'AH HASANAH(TERPUJI)SEBALIK ANWAR KASHMIRI (ULAMA DEOBANDI) DAN LAINNYA MENGHUKUM MUSYRIK,KAFIR,BID'AH,SESAT KEPADA PENGASAS MAULID NABI IAITU Muzaffar ad-Din ibn Zain al-Din DAN BARELWI KERANA SAMBUT MAULID."

Lihat kepada tulisan yang bold merah tu.Tak kan tak faham lagi.Kalau tak faham juga pi ambik BM paper Julai supaya faham bahasa melayu.

karkun Ibn Hussain masih mahu menegakkan benangnya yang basah tu dengan menuduh kami tak faham english....susah nak ajar orang taksub buta ni.....wahai karkun Ibn Hussain...cuba translate ayat ini:

 The celebration of the mawlid is an innovation in religion. Neither was it the practice of the Prophet s.a.w و nor did the companions or tābi’īn (followers) celebrate this occasion. The great scholar, ‘Allāmah Anwar Shāh Al-Kashmīri (May Allāh Ta'ālā be pleased with him) said,
“A Ṣufi innovated it in the era of Sulṭān Irbil around the year 600 A.H, and it does not have any basis in our pure Sharī’ah.” (Al-‘Arf ash-Shadhi, 2/82)

lepas tu tengok tulisan imam Ibnu Katsir pandangan beliau tentang sultan tersebut:

 Al-Hafiz Ibn Katsir berkata dalam al-Bidayah wa an-Nihayah Juzuk 13, Halaman 136, Terbitan Maktabah al-Ma’arif seperti berikut:
“… al-Malik al-Mudzaffar Abu Sa’id al-Kukabri, salah seorang dari pemimpin besar yang cemerlang serta raja-raja yang mulia, baginya kesan-kesan yang baik14 (lihat kata Ibn Katsir “kesan-kesan yang baik”), beliau telah mengadakan maulid yang mulia pada bulan Rabiulawwal, dan mengadakan sambutan yang besar. Selain itu, beliau seorang yang amat berani, berakal, alim lagi adil. Semoga Allah merahmati beliau dan memperbaikkan kesudahannya…” dan beliau berkata seterusnya : “dan beliau (Sultan Muzaffar) berbelanja untuk menyambut maulid 300,000 dinar”
 Dalam link yang sama beliau(anwar shah kashmiri) memetik kata-kata Imam Ibn Hajar as qolani sebagai berkata :


"He was a follower of the Zāhiri school of thought and often slandered the scholars and the scholars of the past. He possessed an evil tongue and was stupid, self-conceited, lacked insight in religious matters, and looked down upon religion." (Lisān al-Mizān, 4/296)
 Di bawah kami scan kitab tersebut yang ada perkataan Imam Ibn Hajar  :


Lihat pada baris ketiga beliau berkata :" Inahu kant Bid'atan hasana" yang bermaksud bid'ah yang baik (terpuji).

Kenapa ayat "BID'AH HASANAH' itu di sembunyikan dalam fatwa tersebut??
Ini dipanggil JENAYAH PENIPUAN INTELEK oleh golongan salafi wahabi.

Ibn Hussain menulis:>>
Tuan, bila pula ana kata Syeikh Saifur Rahman Mubarakfuri tu wahabi, ana kata dia salafi. Antum ni wahabi ngan salafi pun tak boleh beza lagi.

kami jawab:>>>cuba baca link ini: http://zalghazali.multiply.com/journal/item/76/ASAL-SALAFI-DAN-KAITANNYA-DENGAN-WAHABI.?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

dan FOKUS kepada ayat-ayat ini: '
  Salafi datang nya dari kalimah "salafa" yg bererti "terdahulu". Di itlaqkan kalimah ini pada "salafus soleh" iaitu golongan 300 tahun pertama selepas hijrah yang merangkumi Sahabah, Tabiin dan Tabiut Tabiiin. Itulah sebenar-benar salafi.

Ulama yang lebih berhak menggunakan istilah  SALAFI adalah 4 orang imam mazhab.Salafi yang ujud sekarang ini adalah jelmaan dari wahabi Saudi termasuk Anwar Kashmiri dan ulama deobandi lainnya berdasarkan fatwa mereka  yang suka  membid'ahkan orang lain.

Ibn Hussain tulis:

Tuan2 mengatakan politik merupakan perbualan harian Nabi s.a.w dan para sahabah r.anhum dan merujuk kepada peristiwa fathah makkah dan hijrah ke habsyah. Tuan2 sila rujuk dlm kitab2 hadith, para muhaddithin meletakkan hadith serta peristiwa di bawah bab apa dan tajuk apa.

 kami jawab:>>>boleh bagi hadith tu bawah tajuk apa dan sebut nama kitab sekali??

Ibn Hussain tulis:
Berkenaan laporan jemaah ke baitul maqdis tu ana pun faham macamana antum boleh buat kesimpulan begini"KALAU PARA RASUL PUN MEREKA BOLEH MENIPU TIBA-TIBA TABLIGH PULAK LEBIH HEBAT DARI NABI??
Adakah tuan juga akan kata Saidina Umar lebih baik dari Nabi s.a.w kerana org2 yahudi menyerahkan kunci baitul maqdis kpdnya.
Utk pengetahuan tuan org2 yahudi dan nasara tidak takut pada senjata, tetapi takut pada amal agama yg mengikut sunnah nabi s.a.w, spt solat berjemaah, miswak, dsbgnya kerana pertolongan Allah terletak di dalamnya. Saidina Umar r.a dlm suratnya kpd Saidina Amr Al As berpesan, perbetulkan saf solat kamu dan jangan tinggalkan miswak, pertolongan Allah bersama kamu.

kami jawab:>>>betulkan tulisan anda...bukan baitul maqdis TETAPI Israel.Dalam blog-blog karkun mereka tak tulis baitul maqdis pun!!
Kami dalam harakah islamiyah lebih tahu perihal tipudaya yahudi dari  karkun jemaah tabligh.Jadi tak perlu anda menyebarkan kebohongan hanya berdasarkan cerita-cerita yang didengar dalam bayan sahaja.

Saidina Umar dapat kunci Baitul maqdis melalui peperangan bukan dengan cara dakwah ala tabligh.Cuba baca ringkasan kisah itu dalam link ini:
http://muhdhazrie.wordpress.com/2011/08/06/kisah-saidina-umar-al-khattab-membuka-kota-al-quds/

Peperangan Yarmouk adalah muqadimmah kepada pembukaan kota Baitul Maqdis.Bila sebut peperangan alat UTAMANYA adalah senjata BUKAN PERIUK BELANGA YE...
Jemaah tabligh pergi Israel satu habuk senjata pun tak bawak,tiba-tiba nak compare dengan perbuatan para sahabat yang bawa senjata??

Ibn Hussain tulis:
Tuan2 yg Mulia, apakah para orientalis pernah bersetuju dengan Islam? Dlm semua tulisan mereka diselitkan sikap supaya mempersoalkan secara logik syariat serta sunnah nabi s.a.w. Raja dan Sultan sesat dikatakan hebat, yg adil dan taqwa dikatan jahat dan zalim. Allah telah ciptakan manusia dengan sifat ingin tahu. Lagi banyak org merekacipta cerita berkenaan Islam dan amalan dalam Islam, lagi ramai org membuat kajian dan bertemu dengan kebenaran.

kami jawab:
Sama macam ulama wahabi termasuk Anwar shah kashmiri yang menuduh sultan Irbil bid'ah sesat.Adik beradik Oreantalis.itu sebab kami dedahkan dokument ulama deobandi supaya umat islam tahu kebenarannya.

 Ibn Hussain tulis:

Antum ni ikut daripada jauh, dengar sayup2 sahaja, macamana nak faham. Buat apa pun perbetulkan niat dulu. "Dan sesiapa yg Allah s.w.t mahukan kebaikan drpnya, maka Allah bagi dia kefahaman agama. Org yg terhalang drp mendapat kefahaman agama yg betul terjauh dr rahmat Allah. Org yg pernah keluar tidak akan mengungkap "kami pernah ikut". Antum ni macam dengan SB dan pegawai2 pusat islam yg Tun M hantar ke masjid india, sri petaling, nizammuddin dan raiwind mencari maklumat dan menghasut.

kami jawab:
ini namanya dakwaan sembrono...kami duduk rapat dengan karkun lain dalam majlis bayan tiba-tiba anda kata kami dengar dari jauh??....ish...ish...ish...
jangan tafsir ayat tu guna logik akal kamu yang sempit itu.Rujuk tafsiran ulama maknanya supaya kamu tidak sesat dan menyesatkan orang!!!
Jakim tahu kesesatan jemaah al Arqam dulu pun bukan hanya pandang dari jauh tapi hantar spy dalam program mereka untuk siasat dan buat kajian.kalau duduk jauh-jauh,sampai la ni tak tau arqam sesat.apa daa punya hujjah....

 Ibn Hussain tulis:
Komen ana: Bayan ini dalam urdu dan terjemahannya yg sebenar ada dijual di Masjid Jame' BB Sri Petaling. Bayan tu panjang dia hampir 3jam, kan panjang tu saja teks dia. Ana ada dalam bayan ni.
Tuan2 yg mulia, kalau nak cari salah org memang senang, tetapi kalau tuan2 ni ahli ilmu maka ikutlah adab. Adab adalah akhlaq dan akhlaq pakaian org mukmin.

kami jawab:
Dulu dalam kitab fadhail amal ada bab fadilat haji,tapi la ni bab tu telah dibuang sebab telah dikritik hebat kerana mengadungi cerita dongeng,tahyul dan khurafat.Kami sempat membeli kitab pertama itu di sri petaling.Kalau tidak dikritik nescaya bab tersebut masih wujud sehingga kini.

Dalam islam wajib mendedahkan kemungkaran dengan tujuan menyelamat umat islam lain dari kemungkaran/kesalahan tersebut.

 Ibn Hussain tulis:
 Sekali lagi ana ingin nasihatkan antum semua, mulut tu jangan lah celupar sangat.

kami jawab:
anda juga kena nasihatkan semua karkun tabligh yang masih degil itu supaya hentikan tulisan mereka yang menghina para rasul,sahabat dan ulamak tu.Jangan jadi Syaitan bisu ye....
Celupar untuk tegak kebenaran LEBIK BAIK dari celupar mempertahan kebathilan.........
------------------------------------------------------------
Ibn Hussain 13 March 2013 20:18
Salam Tuan2 yg Mulia,
Terima kasih krn antum paparkan scanned page tu. Ini mendedahkan kejahilan anta dlm bahasa arab, tak faham apa yg ditulis dlm kitab.
Para asatizah yg membaca akan ketawa dan utk mereka yg tak faham bahasa arab biar ana terjemahkan di sini. Ia sebenarnya dr kitab Husnul Maqshid fi ‘Amal al-Maulid karangan Imam as-Sayuthi رحمه الله, beliau menaqalkan pendapat Syeikhul Islam, al-Haafidz Abu al-Fadhl Ahmad ibn Hajar رحمه الله: Telah ditanya kepada Syeikhul Islam, Haafidz al-‘Ashr Abu al-Fadhl Ahmad ibn Hajar mengenai (sambutan) maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, maka di jawab: “Asal amalan menyambut Maulid adalah perkara baru yang tidak pernah diriwayatkan dari seorang pun di kalangan salafus sholeh dalam tiga abad pertama. Akan tetapi, ia mengandungi kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan. Maka barangsiapa yang mengambil segala kebaikan dan menjauhi keburukannya, maka ia Bid’ah Hasanah. Jika tidak, bukanlah ia Bid’ah Hasanah. Dan sesungguhnya telah jelas kepadaku dalam mentakhrij hadith tentangnya atas apa yang thabit di dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwasanya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم datang ke Madinah, lalu mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram). Nabi صلى الله عليه وآله وسلم lalu bertanya kepada mereka tentang perkara tersebut. Mereka menjawab: Ia adalah hari di mana Allah menenggelamkan padanya Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Lalu kami berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala. Maka apa yang boleh diambil faedah daripada perkara ini ialah kesyukuran kepada Allah dilakukan pada hari tertentu kerana mensyukuri nikmat atau tertolaknya bala. Dan diulangi perkara tersebut kerana perkara itu pada setiap tahun. Dan berterima kasih kepada Allah boleh juga dengan mempelbagaikan ibadah seperti sujud, puasa, sedekah, membaca Al-Qur’an. Dan apakah nikmat yang paling besar pada hari itu dari nikmat-nikmat lain selain dari lahirnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ini, Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang membawa rahmat?

Tuan juga telah mengubah dan mengolah posting ana dan ana akan tuntut perkara ini di hadapan Allah azza wajalla di mahsyar kelak.

Jika tuan seorang rijal, mengapa tidak disiarkan keseluruhan posting ana yg 2 bahagian.
------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  14 March 2013 10:08
Alahai Tuan Ibn Hussain...

Akhirnya anda masuk juga dalam perangkap yang kami pasang....hu..hu...
Kami sengaja bagi bola tanggung untuk anda smash.kami ingat anda bijak,rupanya sangkaan kami meleset.Mustahil kami dilantik menerajui lajnah urusan ulamak kalau kami tak reti bahasa arab.

Ustaz Syakirin mengaji kat Yaman,ustaz wahid kat al azhar,utz musa dll mengajar bahasa arab di ma'ahad tahfiz.Setakat ini apa yang kami nampak niat anda menulis komen disini bukan nak cari kebenaran tapi nak cari kelemahan/kesilapan lalu bila kami tersilap sikit je,anda attack tang silap itu.

kami menyedari hal itu bila setiap kali kami berjaya menjawab soalan anda,jawapan kami anda tak raikan sebaliknya menimbulkan soalan yang baru.

Dalam bidang perdebatan juga ada ilmunya atau strategi atau soalan perangkap.Dalam sejarah islam berlaku satu perdebatan yang masyhur antara Imam Abu Hanifah dengan golongan athies di sebuah masjid di baghdad.Kebijaksanaan al imam menggunakan ilmu mantik telah berjaya menurunkan ketua golongan athies itu dari mimbar masjid.

Kami belajar dari sejarah itu...

Apapun kami ucapkan terima kasih atas jawapan itu sebagai membuktikan hujjah kami mengambil dari sumber yang sahih,bukan guna logik akal atau hentam kromo macam karkun tabligh lainnya.Kami hanya highlightkan istilah "bid'ah hasanah dalam kitab itu untuk nak bandingkan dengan fatwa Anwar shah kashmiri yang totally tak sebut langsung perkataan bid'ah hasanah.

The celebration of the mawlid is an innovation in religion. Neither was it the practice of the Prophet صلى الله عليه و سلم nor did the companions or tabi’een celebrate this occasion. The great scholar, Allamah Anwar Shah Al-Kashmiri (May Allah Ta'ala be pleased with him) has said,

“A sufi innovated it in the era of Sultan Irbil around the year 600 A.H, and it does not have any basis in our pure Shariah.”

Scholars state that the first person to introduce the innovation (bid'a) of celebrating the Milad was the ruler of Irbil, Muzaffar ad-Din ibn Zain al-Din. This was six centuries after the period of prophet hood.

ADA TAK DALAM TULISAN DI ATAS AYAT GOOD INNOVATION(BID'AH HASANAH)???
BANDINGKAN DENGAN AYAT al-Haafidz Abu al-Fadhl Ahmad ibn Hajar...

Bandingkan pula dengan fatwa terbaru DEOBANDI kat link ini:
http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=20428

(Fatwa: 414/339/B=1431)

Celebrating Eid Meelad al-nabi (the birthday of the Prophet) is not proved by Hadith and Quran. The companions of the holy Prophet Muhammad (صلى الله عليه وسلم) who held great respect and love for holy Prophet Muhammad (صلى الله عليه وسلم), they never celebrated Eid Meelad. It is the invention of Christians which was invented following six hundred years after the holy Prophet Muhammad (صلى الله عليه وسلم). We are not asked to celebrate the birthday or death-day of anyone. This day should be spent like other days.

MEREKA MENGATAKAN SAMBUT MAULID NABI DARI AJARAN KRISTIAN...NA'UZUBILLAH...!!!

kami nak tanya anda...ada tak dalam fatwa deoband tu perkataan bid'ah hasanah???

Ayat itu yang nak kami fokuskan di sini.Yang anda pi translate berjela-jela tu buat apa??

Kami tidak olah atau buang tulisan anda tapi hanya ambik point-point penting sebab anda suka tulis berjela-jela tapi point yang sama juga.hujjah yang sama diulang-ulang.
-----------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  14 March 2013 23:00
Ibn Hussain

Oleh kerana anda tidak beradab dengan kami selaku "tuan rumah" maka kami TIDAK AKAN PUBLISH lagi komenter anda.Ini keputusan Muktamad.Kami berbuat demikian bukan sebab takut tapi kerana sikap keras kepala anda.

Cuba anda semak balik...semua soalan anda kami dapat jawab tetapi anda masih tetap tipikal .Anda sibuk kata kami tak siar bahagian kedua tulisan anda tentang pembahagian bid"ah hasanah dengan merujuk kitab yang kami scan itu TETAPI TUJUAN ANDA SEBENARNYA NAK ALIH ISU SEBENAR...BETUL TAK???

KENAPA ANDA NAK MEMANJANGKAN PEMBAHAGIAN BID'AH HASANAH SEDANGKAN KEPERCAYAAN ANWAR SYAH KASHMIRI DAN DEOBANDI TIDAK ADA BID'AH HASANAH???

KAMI MERUJUK FATWA ANWAR KASHMIRI SEBALIKNYA ANDA SIBUK DENGAN HUJJAH ULAMA YANG MENGIKTIRAF BID'AH HASANAH.

SOALAN KAMI: ADAKAH ANWAR KASHMIRI DAN DEOBANDI MENGIKTIRAF ADANYA BID'AH HASANAH???
MEREKA SENDIRI PUN TAK AKUI ADANYA BID'AH HASANAH TIBA-TIBA ANDA TERHEGEH-HEGEH NAK MERUJUK PERKATAAN ULAMA LAIN YANG AKUI BID'AH HASANAH...
anda ni waras ke tidak??
Anda bela siapa sebenarnya??
kalau anda bela ulama deobandi sepatutnya datangkan hujjah tak wujudnya bid'ah hasanah..!!

Kalau nak ikutkan banyak hujjah kami yang anda tak jawab,antaranya:

1. mimpi maulana ilyas
2. fatwa sesat 1900,1965 dan 2007.
3. ucapan sesat ulama deobandi dalam kitab mereka...dan banyak lagi

kami sebagai tuan rumah berhak untuk melayan atau menghalau tetamu jika mereka tidak beradab.Datang rumah orang kalau bagi salam 3x tuan rumah tak jawab ,,TAK KAN NAK PECAH PINTU KOT!!!
kalau tak faham pergi belajar bab adab ye...
-----------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  18 March 2013 10:09
Seorang karkun tabligh telah membidas kami berkaitan isu fatwa maulid nabi oleh DEOBANDI.ORG seperti link di atas.Antara lain ulama deobandi menyatakan bahawa sambutan maulid nabi berasal dari ajaran kristian.

Karkun tabligh dalam membela ulama mereka telah mendakwa bahawa faktor mazhab si penanya soalan diambil kira dalam mengeluarkan sesuatu mazhab.contohnya kalau si penanya itu bermazhab hanafi maka fatwa akan dikeluarkan berdasarkan mazhab hanafi juga.

BENARKAN DAKWAAN KARKUN TABLIGH TERSEBUT??

Mari kita baca satu fatwa yang di keluarkan oleh seorang penanya yang bekerja di Brunai Darus salam berkaitan isu sambut maulid nabi di link ini:
http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=32146&limit=1&idxpg=0&qry=%3Cc%3EFAB%3C%2Fc%3E%3Cs%3EIAC%3C%2Fs%3E%3Cl%3Een%3C%2Fl%3E

Sewenang-wenangnya deobandi menghukum sebuah negara secara borong melakukan perkara Bid'ah yang sesat.Mereka langsung tidak spesifikkan acara sambutan itu samada ada unsur maksiat atau tidak.Sebaliknya mereka pukul rata mengatakan bid'ah yang sesat.

Sebenarnya fakta ulama deobandi berfahaman wahabi bukan satu tuduhan sebaliknya adalah berdasarkan fakta yang di kumpul dan dianalisis oleh pengkaji,pemerhati,NGO dll khususnya di benua India.Buktinya sebuah buku telah dikeluarkan menyatakan hasil kajian tersebut di link ini:
http://books.google.com.my/books?id=6XCRmgig69MC&pg=PA62&lpg=PA62&dq=deoband+are+wahabi+movement+in+india&source=bl&ots=ReKl8mpQRC&sig=nOgYbyP6lD9U1XC73hE48vrpI5M&hl=en&sa=X&ei=fZY9UaelCdHHrQf7nICIAw&ved=0CDwQ6AEwAjgK#v=onepage&q=deoband%20are%20wahabi%20movement%20in%20india&f=false
--------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  18 March 2013 11:00
Sidang pembaca budiman

Isu mimpi maulana ilyas yang telah kami lampirkan dalam posting terdahulu telah dibangkitkan kembali oleh karkun tabligh.Di sini kami lampirkan semula petikan ayat tersebut di malfoozat 50 di link ini:

http://www.archive.org/stream/Malfoozat-DiscoursesOfMaulanaIlyasr.a/Malfoozat-DiscoursesOfMaulanaIlyas#page/n19/mode/1up/search/50

Isu ini kami telah ulas dalam posting ASWJ VS Deobandi Wahabi.sila baca manhaj ASWJ dalam penafsiran Al quran.

Karkun tabligh mendakwa isu fatwa sesat itu telah dijawab dalam satu buletin oleh Manzur Nomani.Boleh tahu buletin itu di tulis dan di terbitkan pada tahun berapa??
BOLEH BAGI LINK BULETIN TERSEBUT?
--------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  18 March 2013 11:17
Sepatutnya soalan dari penanya di link http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=32146&limit=1&idxpg=0&qry=%3Cc%3EFAB%3C%2Fc%3E%3Cs%3EIAC%3C%2Fs%3E%3Cl%3Een%3C%2Fl%3E

BOLEH DI JAWAB OLEH ULAMA DEONBAI SEPERTI INI SEBAGAI MEMBUKTIKAN MEREKA TIDAK TAKSUB DENGAN FAHAMAN WAHABI:

" ANDA (SI PENANYA) BOLEH UNTUK MEMATUHI FATWA NEGARA TERSEBUT(BRUNAI)DENGAN MENYAMBUT MAULID NABI ATAU ANDA BOLEH TIDAK MENYERTAINYA SEKIRANYA DIDAPATI DI DALAMNYA ADA UNSUR BID'AH DAN MAKSIAT