Dugaan adalah satu ujian yang Allah SWT turunkan kepada
hambaNya melalui dua bentuk samada dalam dua bentuk, kesenangan dan
kesengsaraan. Sebagai manusia, kita memang tak lepas dari diduga. Dugaan
ni datang dari macam-macam jenis. Ada yang diduga dari segikesihatan,
kematian, kewangan, kerjaya, perhubungan, kaya miskin, senang
susah, sibuk lapang, takut berani, gembira sedih, rendah gemuk kurus, sihat
sakit, muda tua, cinta kasih sayang benci dendam, jauh dekat, rindu, marah
seronok lucu seram, mewah melarat, sunyi, besar kecil tinggi, buta
celik malah berbagai lagi yang kita hadapi bila berkata tentang
dugaan. Sepertimana firman Allah dalam (Q.S. 29 al-Ankabut:2-3)
الٓمٓ (١) أَحَسِبَ
ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ
فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ
وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣) َ
"Apakah
manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah
beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
dusta".
Mari kita nilai mengapa sesetengah manusia diberikan
ujian terlalu hebat oleh Allah SWT. Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat
dan rezeki yang tidak putus-putus. Setiap sesuatu dijadikan atau
ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Kita hanya perlu
bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Oleh itu,
sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal
kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan
keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم
بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ
وَٱلثَّمَرَٲتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ
وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬ۖ
وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧) ۞
yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah
mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat
berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat
petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Allah meletakkan kepentingan sabar sebagai asas dalam
menghadapi ujian dan malapetaka. Firman-Nya disebutkan,
وَٱسۡتَعِينُواْ
بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ
(٤٥)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45).
Ujian membuktikan kekuatan manusia dalam berhadapan
dengan keadaan tersebut. Malah tingkat ujian berbeza menurut kemampuan
seseorang Dugaan datang bersama hikmah. Ia memerlukan masa untuk manusia
memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara. Ujian dan dugaan menjadikan diri
sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak
cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Nasihat sabar dalam
keimanan adalah kata-kata terbaik yang perlu diungkapkan dengan mengingatkan
mereka tentang perjalanan penuh cabaran manusia-manusia bergelar nabi dan rasul
pilihan Allah, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 4: Demi
masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman,
beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan
kesabaran.
Mereka yang iri hati dengan keadaan orang lain yang
ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang
hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang
tetapi kemudian hidup melarat. Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba
kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka
bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras
bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah
dan pengajaran. Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada
menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta
keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya!
Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada
kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh
kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa
kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik
menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama
diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada
menjadi orang pemarah sedang diuji.” Setiap ujian yang menimpa pasti
terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu,
sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan. Firman Allah
وَلَنَبۡلُوَنَّكُمۡ
حَتَّىٰ نَعۡلَمَ ٱلۡمُجَـٰهِدِينَ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَنَبۡلُوَاْ
أَخۡبَارَكُمۡ (٣١)
yang
bermaksud:“Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami
buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar
dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap
sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap
terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman Allah
يَـٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ
لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٢٠٠
yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku
sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah
supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Seperti pepatah sahabat: “Bala adalah pelita bagi
orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan
menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman
sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.” Pada prinsipnya, sabar harus
diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas
kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau
penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan
perjuangan ada tentangan serta ujiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang
bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala
keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang
mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan
bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Berikut beberapa tips untuk kita halusi dan fikir bila
berhdapan dengan dugaan:
(1) Kehidupan perlu diteruskan- Apabila sehingga
tiada lagi titisan
airmata yang mampu dikeluarkan, kita perlu berfikir adakah
ini bermakna pengakhiran untuk hidup ini. Pasti tidak, kerana kita tahu walau
bagaimana sukar sesuatu dugaan itu, hidup perlu diteruskan. Seseorang tidak
akan berjaya untuk menghadapi sesuatu dugaan selagi mereka sendiri tidak
berusaha untuk cuba menghadapinya.
(2) Jangan biarkan emosi terus mengawal diri kita-
Sekiranya seseorang terlalu sedih atau selalu mengingatkan tentang kesukaran
dugaan hidup yang dialami, ia pasti akan lebih menyukarkan. Kita perlu mencari
jalan untuk keluar daripada zon tersebut. Jangan sesekali biarkan
diri kita terus dikawal oleh emosi.
(3) Inilah kehidupan- Kita perlu tahu bahawa setiap
manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya kita
merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar, kita juga perlu ingat bahawa ada
manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri
kita. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna
kehidupanuntuk seseorang.
(4) Ketentuan
Allah SWT- Kita perlu tahu bahawa segala baik atau buruk yang berlaku pada diri
kita semua datang dariNYA. Kita tidak ada daya sedikit pun untuk mengubahnya.
Sekiranya kita percaya dan berpegang teguh terhadap konsep ini, pasti segala
dugaan hidup yang kita alami dapat diharungi dengan lebih tabah. Setiap perkara
yang berlaku pasti ada makna disebaliknya.
Hidup kita sepatutnya makin lama makin matang. Ujian yang
datang pun makin lama makin hebat tapi kita juga akan jadi makin kuat dengan
adanya setiap dugaan tu. Tempuhlah rasa kecewa kita terhadap sesuatu dengan
tenang. Jangan kelam kabut, jangan emosi. Cari punca masalah dan carilah jalan
penyelesaiannya dengan baik. Jangan juga terlalu mengharapkan sesuatu yang
tidak pasti. Kita kan ada Allah. Jahat mana pun kita, percayalah Allah Maha
Mendengar setiap keluhan yang dilalui hamba hambanya. Soal takdir kita, itu
semua di tangan Allah. Tapi kan ada dalam Al Quran, Allah takkan mengubah nasib
seseorang sehinga kita mengubah nasib kita sendiri. Jadi, lalui kekecewaan
dengan doa dan usaha. Anggaplah kekecewaan itu sebagai ubat untuk kita rasa bahagia
di akhir masa nanti.
Dalam pada itu kita kumpulkan kekuatan untuk menghadapi
dugaan-dugaan yang akan mendatang. Kita tak tahu bagaimana rupa cabaran yang
akan kita temui nanti. Mungkin ada cabaran yang senang, mungkin ada yang susah,
mungkin ada juga yang cukup susah. Walau apapun rupanya nanti, kita kena
bersedia. Moga artikel ini memberi suntikan motivasibuat diri kita. Mari
bersama-sama memasang tekad mahu menjadikan hari-hari yang seterusnya hari yang
terbaik buat kita – di hari ini kita memasang tekad berfikir yang baik-baik,
bersangka yang baik-baik, berkata hanya yang baik-baik supaya dengan itu urusan
kita dipermudahkan, permasalahan kita dikurangkan.
لَا
يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
“La yukalli
fullahu nafsan illa wu’aha” - Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286). beruntunglah
bagi manusia yang diuji itu kerana ini bermakna Allah sangat sayangkan dirinya
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah
ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan
tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan
menambahkan lagi dosa kita. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita
patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada
dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan
demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang
yang bersabar dan redha dengan takdirnya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil
kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya.
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih
ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti
merungut ketika ditimpa dugaan. Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan
keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan
orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk
dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita.
يَـٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ
مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣) َ
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan
(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang
sabar. (Al-Baqarah: 153).