Friday, December 14, 2012

Kisah Wanita Yang Sukar DiKafankan


Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.

Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.

Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.

Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.

Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.

“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.

“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat.Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.

Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.

Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi.. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.

Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.

Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bilamendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.

Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika jenazah diturunkan,liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki.Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?

Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.

Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.

Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.

Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.

Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.

“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.

Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.

Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.








Umrah April 2013 disini

Masalah Dalam Jemaah Tabligh - siri 4


Salah ambil iktibar.

Beberapa kejadian penentang dakwah atau golongan yang pernah memusuhi Islam telah bertukar menjadi pendokong Islam yang gigih apabila mendapat hidayah lantaran usaha dakwah jemaah kita telah mengelirukan para karkoon dan burzruk, yang mendorong tercetusnya pandangan negatif yang tidak membolehkan jemaah kita menegur para pemerentah zalim yang mengalakkan kemungkaran dan maksiat. Katanya: “Mana tahu satu hari nanti mereka mendapat hidayah dan menjadi pendokong dakwah yang baik, kerana contohnya sudah banyak. Oleh itu jangan kita kutuk dia kerana kejahatanya hari ini”.

Sememangnya dizaman hayat Rasulallah saw pun banyak kejadian musuh ketat Islam betukar menjadi sahabat baginda lantaran dakwah dan hidayah. Tetapi hakikat kenyataanya musuh Islam tidak tidak pernah habis hanya lantaran dakwah dan hidayah. Hari ini mereka sebagai musuh Islam, mungkin esoknya ia bertukar menjadi pendokong Islam yang gigih, contoh syaidina Umar Ibnu Khatab. Namun hendaklah kita hayati hakikat bahawa menentukan apa yang akan berlaku esok adalah semata-mata urusan Allah, yang mana makhluk tiada daya upaya untuk campur tangan. Walau apa pun usaha kita lakukan pemutusnya tetaplah di tangan Allah yang samasekali tidak terpengaruh dengan usaha makhluk.

Samada kita buat kerja dakwah atau tidak, samada kita berdo’a atau tidak, Allah boleh saja memutuskan atas kehendkNya sendiri tanpa sebarang pengaruh makhluk. Tiada siapa makhluk berhak campur tangan dalam urusan menentukan ‘apa akan jadi pada hari esok’ Oleh yang demikian tidaklah kita berdosa menentang atau memerangi musuh-musuh Islan hari ini, kerana ia adalah terang-terang sebagai musuh Islam hari ini, dan diluar kemampuan kita pula untuk mengetahui apa yang akan terjadi kepada musuh Islam itu pada hari esok.

Sebagai contoh sirah, kita lihat bagaimana Rasulallah saw menentang Abu Sufian dalam perang Khandak, kerana Abu Sufianlah yang memimpin tentera Ahzzab serama 30,000 orang yang berhasrat hendak melenyapkan Islam dari muka bumi . Tetapi akhirnya Abu Sufian masuk Islam semasa pembukaan Makkah dan menjadi sahabat baginda yang baik. Apakah Rasulallah saw dan para sahabatnya dikira berdosa kerana memerangi Abu Sufian dalam perang Khandak yang kemudianya menjadi sahabat Rasulallah.? Ini adalah fakta sejarah (Sirah) yang tiada siapa boleh mengubahnya.

Pada perengkat ini saorang burzruk awalin menimbulkan persoalan yang tersangat penting. Sebab katanya: “Dizaman Nabi menentang Abu Sufian dalam perang Khandak, ia masih kafir. Sangat berbeza hari ini, kita berdepan dengan golongan masarakat yang sudah lama Islam. Bagaimana mungkin kita hendak samakan keadaan itu”. Soalnya. Dibawah ini kami berikan jawapan dengan merujukan dua perkara untuk sekelian pembaca.

Pertama. Fakta sejarah apabila Abu Bakar Sidiq mengantikan Rasulallah saw sebagai Amirul Mukminin. Pada ketika itu terdapat ramai orang Islam yang mula engkar hukum Allah yaitu engan membayar zakat. Umar Ibnu Khattab yang menjadi orang kanan pembantu Abu Bakar menjadi bingung kerana mereka yang ingkar itu semua ummat Islam yang masih mengucap syahadah dan menunaikan solat. Tetapi Abu Bakar sendiri dengan beraninya bertindak drastic memerangi golongan yang engkar hukum Allah itu dengan senjata. Ini kerana pendirian Abu Bakar adalah jelas dan tegas bahawa orang Islam yang sengaja mengingkari hukum Allah, walau pun hanya satu hukum tanpa dengan sebab-sebab yang dibenarkan syarak sudah diangap terbatal iman dan Islamnya, kerana kepatuhanya kepada Allah sudah tercacat. Hari ini berapa banyak hukum Allah telah diingkari oleh golongan yang menentang politik Islam, walau pun mereka masih mengaku Islam. Ini kerana pada mereka Islam hanya terbatal apabila sesaorang itu mengaku dirinya keluar daripada Islam. Ternyata pahaman begitu adalah salah.

Walau bagaimana pun, oleh sebab pada hari ini jemaah Islam yang tulin belum berkuasa memerentah mana-mana negara, (jemaah tabligh pun tidak pernah berusaha untuk dapat memerentah Negara), dan keadaan usaha dakwah yang sudah lama diabaikan oleh ummat Islam keseluruhanya, maka tidaklah layak kita mencontohi tindakkan Abu Bakar Sidiq itu, kerana uslup menyampaikan dakwah kepada mereka lebeh ‘aula’ mengikut piawaian As-Sunnah. Namun begitu demi mengambil iktibar tindakkan Abu Bakar itu, hari ini kita tidak boleh melayani orang-orang yang sengaja engkar atau memperleceh hukum Allah samarata dengan orang yang bersemangat menjunjung hukum Allah walaupun amal ibadahnya tidak dapat 100% mengikut lunas As-Sunnah. Kerana dari segi aqidah mereka percaya dan yakin dengan hukum Allah. Artinya iman dan Islamnya maseh belum terbatal berbanding dengan orang yang sengaja menolak hukum Allah adalah jauh berbeza.

Berdepan dengan ulama Us-Syuk.

Yang kedua. Kita merujuk sebuah hadis sahih yang mahfumnya: “Diakhir zaman nanti dikalangan ummat Islam akan wujud ulama us-syuk. (ulama jahat) maka bertanyalah saorang sahabat: “Bagaimana ulama boleh menjadi jahat ya Rasulallah saw. ? Maka jawab baginda: “Mereka menjual agama dengan wang yang sedikit, mereka inilah seburuk-buruk makhluk yang melata dibumi” Hadis riwayat Al-Baihaqi.

Kita semua paham semasa Rasulallah saw bersabda demikian tentunya belum wujud ‘ulama us-Syuk’ kerana pada waktu itu ulama bagi ummat Islam ialah Rasulallah saw sendiri. Pada masa itu tiada saorang pun ilmuan agama yang layak dipangil ulama, kecuali Rasulallah saw dan para sahabatnya yang sudah tentu mereka bersih dari segala kejahatan. Yang ada hanya para pendeta Yahudi dan Nasrani yang berani menyelewengkan kitab Allah yang diberikan kepada mereka, oleh itu mereka sudah pun dilaknat Allah dalam Al-Quran.

Kita dapati ulama us-syuk ini memegang peranan yang penting dalam hal memperkasakan dan mengekalkan kewujudan negara Islam sekular. (Negara yang diperentah oleh orang Islam tapi mereka tidak mendaualatkan hukum Allah. Seperti Malaysia, Indonesia, Algeria, Pakistan, Masir dan banyak lagi) Negara-negara tersebut digelar Islam sekular kerana engan mendaulatkan hukum syari’at Allah dari Al-Quran dan As-Sunnah. DiMalaysia, pemimpin-pemimpin kerajaan Umno berani mengatakan hukum-hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah terbatal kerana tidak cocok dengan perlembagaan Negara. Mereka memandang perlembagaan Negara lebeh tinggi dari Al-Quran. Apakah namanya kalau tidak ‘syirik’ ?.

Ulama us-syuk diupah oleh pemerentah kerajaan secular, diberi tugas untuk mengeluarkan fatwa menyokong atau menghalalkan tindakan para pemimpin Islam sekular walaupun terang-terang bercangah dengan hukum syarak. Walau pun mereka tidak menghalalkan secara langsung, tetapi mereka membisukan mulut terhadap sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan sekular. Contohnya mereka tidak berani menegur kerajaan program-program maksiat dalam TV seperti ‘sure Heboh, akademik Fantasia, bintang kecil dan sebagainya. Sekiranya ada kritikan dari masarakat, merekalah yang akan kedepan mempertahankanya dengan berbagai hujah bathil. Ada yang sampai berani berhujah mengharuskan perempuan Islam melacurkan diri kalau kesempitan hidup. Sebaliknya ulama-ulama akhirat yang berani menegur akan dipulau atau dipecat. Ulama dari jemaah kita (tabligh) tidak pernah diusik kerana ulama kita tidak pernah menyentuh kemungkaran mereka didepan masarakat sebagaimana yang dilakukan oleh ulama-ulama mazhab terhadap pemerentah negeranya.

Hal yang sama berlaku dalam negara-negara Islam sekular diseluruh dunia. Seperti Masir, Indonesia, Iraq, Yaman, Pakistan dan lain-lain lagi. Semua mereka memusuhi ulama-ulama akhirat yang berstatus ‘Warisatul Anbiyak’ yang memimpin gerakkan Islam yang mendokong cita-cita menegakkan daulah Islam yang tulin sebagaimana contoh As-Sunnah. Ramai juga yang terbunuh syahid dalam perjuangan mereka ini kerana penentangan yang sangat sengit, termasuk di Malaysia juga ada kejadian demikian walau pun jumlahnya kecil. Malangnya jemaah kita tabligh tidak menyokong mereka (ulama gerakkan Islam) kerana terlalu takutkan bayang-bayang ‘politik’.

Pada hari ini kita memang benar-benar berdepan dengan ulama Us-Syuk yang disebut oleh Rasulallah saw dalam hadis itu. Kalau dizaman kalifah Abu Bakar Sidiq rakyat yang ingkar satu hukum Allah diperanginya, bagaimana pula sewajarnya kita menghadapi ulama Us-Syuk sekarang.? Sebenarnya kita wajib menentangnya kerana ia (ulama us-syuk) itu didifinasikan oleh Rasulallah saw sebagai ‘sejahat-jahat makhluk yang melata dibumi’ yang telah membawa kerusakkan besar kepada seluruh ummat Islam, sebab mereka bercakap ‘agama’ semata-mata kerana menjaga kepentingan harta didunia (Rasulallah sebut “mereka menjual agama dengan wang yang sedikit”)

Soalnya sekarang bagaimana cara kita menentang mereka. Tiada terdapat sebarang contoh As-Sunnah atau panduan hadis atau qias secara langsung. Kerana semasa Rasulallah saw bersabda memang belum wujud ulama Us-Syuk itu. Oleh itu semata-mata kita bergantung contoh yang dilakukan oleh ulama silam menentang pemerentah yang zalim, sambil sentiasa berdo’a meminta ‘petunjuk jalan yang lurus’ daripada Allah yang menjadi wajib kepada seluruh ummat Islam memohon do’a pada tiap-tiap kali menunaikan solat. Sambil itu wajib kita bertindak menentangnya secara tegas seberapa yang termampu demi semata-mata kerana menyempurnakan amanah Allah. Maka dengan itu tidaklah kita dikira berdosa menentang ulama us-syuk dan puak Islam sekular yang menjadi petualang Islam pada hari ini. Tetapi hendaklah dengan penoh hikmah serta semangat dakwah dan politik demi mendaulatkan Islam sebagai Ad-Adeen yang syumul. Walau pun kemungkinan dimasa hadapan mereka bertukar menjadi pendokong Islam yang baik, kerana urusan masa depan adalah terserah kepada Allah.

Apa harus kita buat dengan kemungkaran besar yang dilakukan oleh ulama Us-Syuk.?.......


Fikirkan di sini

Thursday, December 13, 2012

Masalah Dalam Jemaah Tabligh - siri 3



Satu lagi dalil yang di bentangkan sendiri oleh Hazdrat Maulana Zakaria (salah saorang pengasas jemaah tabligh di India) dalam bukunya ‘Fadhilat Tabligh’ beliau ada mencacatkan sebuah hadis dimana dengan tidak semena-mena Rasulallah saw bingkas dengan penoh emosi bersabda: “Demi Allah kamu semua tidak akan mencapai ke salehan yang hakiki, kecuali kamu mencegah orang-orang yang zalim dari kezalimanya” (Sila rujuk halaman 10 dalam buku berkenaan.) Selanjutnya Hazdrat Maulana mencatatkan sebuah hadis lagi: “Kamu hendaklah mendakwah kebenaran dan mencegah orang-orang yang melakukan maksiat dan perkara-perkara yang dilarang dan menyekat para penzalim. Kalau tidak kamu akan dikutuk dan hati kamu akan dikurap, sama seperti yang Allah telah perbuat terhadap bani Israel” Kemudian Rasulallah saw telah menbaca ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan perkara-perkara tersebut. Yaitu Bani Israel telah dikondem Allah kerana tidak mencegah kemungkaran.

Apa yang kita hadapi sekarang ialah pehak kerajaan Umno yang memerentah Negara sendiri yang menaja pokok segala kemungkaran. Oleh sebab itu para karkoon yang bersubahat dengan Umno telah melakukan perbuatan menyangah maksud hadis ini yang diutarakan oleh pengasas jemaah kita sendiri (Hazdrat Maulana Zakaria) Bagaimana boleh jadi demikian?. Semata-mata kerana jemaah kita seboleh-bolehnya hendak menyisihkan diri dari ‘politik’.

Pada paragraph terakhir halaman 10, Maulana mencatatkan sebagai berikut: Pada masa ini adalah dipandang baik supaya diadakan perdamaian dan bermanis muka dengan sekelian orang pada sebarang masa. Pendapat ini adalah kehendak kesusilaan, walau pun terpaksa berdamai dengan syaitan dan para pengikutnya. Nyatalah ini adalah satu polisi yang salah; dasar yang mengalakan kedurjanaan. Pada segi agama dan moral sesaorang mistilah jangan bersahabat dengan orang-orang yang berbuat maksiat, yang melanggar hukum dan yang zalim………Nah, sekarang kita sama-sama paham Maulana Zakaria telah menukilkan ini sejak tahun 20 han. Sentiasa dibaca oleh para karkoon. Sepanjang yang kami diberi tahu. ‘Tidak dibenarkan mana-mana karkoon, wa’ima karkoon ustaz sekali pun memerinci atau menghuraikan fakta yang dinukilkan oleh Maulana ini. Semata-mata kerana takut menyentuh politik.

Demikianlah yang dapat kami petik dari Hazdrat Maulana Zakaria yang mana ia secocok dengan ketentuan nash yang tersebut dibawah ini. Firman Allah: ……”Barang siapa yang tidak memutuskan (menghukum) sesuatu perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir; atau zalim; atau fasik. Ayat 44, 45, dan 47 Al-Maa’idah. Sebuah lagi firman. “Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh api neraka. Dan sekali-kali kamu tidak mempunyai penolong selain daripada Allah. Ayat 113 surah Huud..

Dan sebuah lagi hadis. Rasulalah saw bersabda: “Akan tiba diakhir zaman nanti para pemerentah kamu suka bercakap bohong dan melakukan kezaliman secara terang-terangan. Barang siapa diantara kamu membenarkan kebohonganya dan menyokong kezalimanya yang menyebabkan ia terus menjadi lebeh zalim, maka engkau bukan ummatku dan aku bukan Nabi mu” Hadis riwayat At-Tarmizi. Al-Hakim dan An-Nassaie.

Nah sekarang cuba kita renung dan fikirkan secara mendalam, siapa sebenarnya yang menggalakan pokok kemungkaran dan siapa sebenarnya yang zalim mengikut nash. Berbanding zalim yang dilakukan oleh individu persaorangan dengan zalim yang dilakukan oleh kerajaan yang berkuasa memerentah Negara selama 50 tahun tentulah samasekali tidak sama. Selama ini kita tidak mampu menyentuhnya kerana takutkan ‘politik’. Sedangkan ‘politik’ adalah salah satu prinsip As-Sunnah yang sangat penting. Kalau begitu bagaimana sebenarnya cara kita menjunjung As-Sunnah.?

(48)

Melihat nukilan Hazrat Maulana Zakaria yang kami catatkan diatas tadi, dengan jelasnya memberikan gambaran bahawa beliau tidak pernah berhasrat mengheret para karkoon menjauhkan diri dari politik. Kami yakin beliau sebenarnya menyedari hakikat ‘bahawa tiada sebarang kemungkinan dimana-mana masarakat maknusia biasa didunia ini yang boleh mengasingkan diri daripada aspek ‘politik’. Oleh sebab itu perbuatan membisukan mulut dan memekakan telinga terhadap politik yang dilakukan oleh jemaah tabligh sekarang bukanlah dari anjuran beliau. Namun memang ada ketika tertentu yang hukum syarak memwajibkan kita mengambil sikap memekakan telinga dan membisukan mulut; yaitu apabila berdepan dengan hal fitnah antara sesama angota jemaah yang sama-sama hendak menegakkan Islam. Sama sekali bukan dalam hal politik pemerentahan Negara. Contohnya ulama-ulama zaman tabi’in dan tabi’in-tabi’in, termasuk semua ulama mazhab, mereka semua dengan lantang menegur pemerentah tanpa gentar ramai yang didera dalam penjara sahingga mati syahid. Soalnya sekarang, sejauh mana para karkoon hari ini mampu menghayati dan mengamalkan mengikut seruan ulama pengasas jemaah kita sendiri.?

Huraian hadis Rasulallah saw yang mengelirukan kerana sedaya upaya mengelakan daripada aspek politik adalah membahayakan aqidah.

Semenjak tahun 80han kami pernah mendengar bayan yang disampaikan oleh saorang burzruk dimarkas masjid India (markas Sri Petaling belum siap dibena) yang pada hemat kami terseleweng maksudnya semta-mata kerana mahu mengelakan diri dari aspek ‘politik’ Katanya: Musuh Islam hari ini bukanlah Yahudi dan Nasara. Yang sebenarnya musuh Islam ialah orang-orang Islam yang meninggalkan solat’.

Rangkapan kalimah ini sungguh sangat dikesalkan kerana perbuatan menafsir hadis dan ayat-ayat Al-Quran mengikut nafsu berlaku begitu jaoh dalam jemaah kita, justeru kerana kepahaman ilmu kurang dititik beratkan. Walaupun orang melalaikan solat itu memang sangat tercela disisi Allah, tetapi untuk mengatakan Yahudi Nasara bukan musuh Islam adalah sangat meleset, seperti contoh ini: “Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu (orang Islam) sahingga kamu ikuti agama mereka” Firman Allah Al-Baqarah 120. Adalah jelas pandangan Burzruk yang menyampaikan bayan itu bercangah dengan maksud firman diatas ini. Soalnya bagaimana orang semacam ini dibenarkan menyampaikan bayan dimarkas besar jemaah kita. Bukankah ia mencemar kewibawaan ulama kita.?

Satu lagi contoh yang disebutkan oleh penyampai bayan yang sama, ia menafsir hadis yang masyhur: “Jika melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan kamu. Jika tidak mampu hendaklah kamu cegah dengan lisan kamu. (menegur dengan perkataan) Jika tidak mampu hendaklah kamu membenci dalam hati kamu. Itulah selemah-lemah iman, tiada lagi iman selepas itu. Dalam menafsir hadis ini penyampai bayan tadi berkata: “Jemaah kitalah yang bertindak mencegah kemungkaran dengan tangan, (perbuatan) sebab kita mengajak orang-orang Islam memakmurkan masjid dan menjaga solat, sebab kebanyakan pelaku mungkar ialah orang-orang yang meningalkan solat. Apabila mereka sudah menjaga solatnya dengan baik tentu mereka berhenti dari kerja mungkarnya, sesuai dengan maksud firman “Sesungguhnya solat akan mencegah daripada perbuatan fasad dan mungkar”.

Jawapan kami: “Dengan tidak menyisihkan maksud firman yang tersebut itu, kami dapati tidak semua orang yang mengerjakan solat dapat mencegah kemungkaran, apatah lagi orang yang tidak khusuk dan tidak memahami pengertian bacaan solatnya. Sebab itu hari ini kita jumpa ramai orang yang menunaikan solat tetapi masih terlibat dengan kemungkaran, termasuk para karkoon yang ditarbiyah khusus menjaga solat pun masih ada yang terlibat dengan kemungkaran. (bersubahat dengan kerajaan zalim)

Ini dikuatkan dengan dalil sejarah dimana Kalifah Abu Bakar Sidiq memerangi orang-orang yang ingkar membayar zakat dizaman permulaan pemerentahan beliau, mereka semua masih mengucap syahadah dan menunaikan solat. Yang kedua, tunjang yang menjadi tulang belakang segala kemungkaran adalah puak Yahudi dan Nasrani, kaum yang mengingkari ke Rasulan Nabi Muhammad saw, ia dilaknat Allah. Mereka ini tiada kaitan samasekali dengan solat. Oleh itu secara mutlaqnya kemungkaran wajib dicegah dengan cara politik dan jihad. Tidak semata-mata dengan cara menegakkan ma’aruf. Demikian juga yang ditunjukan contoh dalam As-Sunnah.

Selama ini kita menegur pemerentah Umno dengan berbisik-bisik (secara sulit) rakyat tidak mendengar dan mengetahui hakikat sebenar. Maka rakyat pun terus terikut kesesatan kerajaan Umno kerana media massa kepunyaanya digunakan untuk menipu rakyat dengan sering menonjolkan kebaikannya mengikut penilaian akalnya sendiri. (kebaikkan atau keburukan hendaklah diukur atau dinilai mengikut ketentuan nash. Penilaian akal semata-mata tidak boleh diterima) Oleh sebab itu apakah kita tidak sama-sama menanggung dosa apabila rakyat menjadi sesat kerana ketidak tegasan sikap jemaah kita selama ini. Sebab kita melayani pemerentah yang zalim sama seperti melayani saorang individu yang melakukan maksiat, sedangkan keadaan mereka jauh berbeza.

Adakah selama ini sikap jemaah kita membisukan mulut dan memekakan telinga terhadap kemungkaran besar oleh kerajaan yang memerentah betul pada syarak.? Mari kita lihat contoh dizaman Hajaj Yusuf As-Syakafi menjadi gabnur di Kuffah. Beliau saorang gabnur yang terkanal zalim dalam sejarah. Ulama dizamanya berani mengeluarkan fatwa yang secara langsung menyingung perasaanya. Katanya: “Barangsiapa tukang jahit yang sangup menjahit baju gabnur Hajaj, mereka itu adalah zalim sama seperti Hajaj juga”. Sedangkan ia tahu fatwanya itu mengancam nyawanya sendiri, namun demi untuk menyatakan yang haq disisi Allah ulama berkenaan berani mempertaruhkan nyawanya.

Begitu juga apa yang telah dikatakan oleh Sufian At-Thauri saorang Ulama termashur zaman tabi’in. Semasa berdepan dengan kalifah yang degil, engan menerima nasihatnya dizaman itu. Ketika wakil kalifah melawatnya ketika ia sedang sakit, ia telah berpesan bersungguh-sungguh kepada wakil itu meminta tiga perkara supaya disampaikan kepada kalifah. Pertama meminta jangan kalifah menziarahinya walaupun ia meningal dunia. Yang kedua jangan kalifah itu mendo’akanya. Dan yang ketiga jangan kalifah hadhir semasa pengkebumianya. Nah…Sekarang berdanding dengan sikap kita hari ini. Apakah tidak wujud pemerentah zalim pada hari ini.? Apakah kita belum cukup masa menyampaikan dakwah kepada mereka setelah hampir 100 tahun. ? Disinilah letaknya hakikat kedudokkan dakwah dan politik tidak boleh dipisahkan.
bersambung …….siri 4 ke-sini

Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa



Kisah yang paling terbaru ini pula adalah berkisah tentang seorang ustaz yang mengalami pengalaman ngeri dalam mengurus seorang jenazah lelaki yang baru meninggal dunia. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.. 

Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut,kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah.Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul,jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini. Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Nak umrah murah klik sini