Wednesday, November 14, 2012

JUNDULLAH vs KARKUN TABLIGH – siri 1



Monday, 2 January 2012
MEMBONGKAR PENYELEWENGAN TABLIGH
Salam,
Ada beberapa pendedahan lagi yang perlu saya kemukakan berkenaan masalah jemaah Tabligh ini.Kali ini saya akan mendedahkan penyelewengan mereka yang sangat dashyat dalam kitab-kitab rujukan mereka seperti Fadhail Amal,Muntakhab Hadist dan lain-lainnya.




Terlebih dahulu akan saya dedahkan penyelewengan maulana2  mereka dalam menterjemahkan petikan ayat-ayat suci al quran di dalam kitab Muntakhab Hadis.
ATAS-Petikan ayat-ayat suci al quran ini di temukan pada m/s 708
BAWAH-adalah terjemahan ayat dan surah yang sama dari tafsir pimpinan Ar-Rahman
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah : AL-'ANKABUT - Ayat : 69)
BAWAH- DARIPADA SURAH AL ANKABUT AYAT 6 M/S YANG SAMA



BAWAH- TERJEMAHAN DARI TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Surah : AL-'ANKABUT - Ayat : 6)

BAWAH-SURAH AL BAQARAH-195 di m/s 710

 

DI BAWAH-TAFSIRAN PIMPINAN AR RAHMAN
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah : AL-BAQARAH - Ayat : 195)

Buat masa ini cukuplah 3 bukti dulu saya bentangkan daripada sekian banyak bukti penyelewengan tafsiran golongan tabligh dalam bab penterjemahan al quran di dalam kitab-kitab yang menjadi silibus dalam ajaran mereka.
Ini belum kita semak lagi hadis-hadis Nabawi dalam kitab tersebut.Sebelum ini bila ada pihak yang mengkritik mereka akan di tuduh sebagai memfitnah,dengki dan sebagainya sebab tuduhan tidak di sertakan bukti dan fakta tapi sekarang ini saya tunjukkan bukti dan fakta tersebut.
Saya sangat berbesar hati jika ada karkun yang bisa menjawab fakta di atas beserta nas dan dalil.Kalau setakat guna logik akal,anda sama dengan Samy Vellu atau Lim Goh Tong.Bila wartawan tanya siapa buat ini tanah runtuh,lalu dia JAWAB ”INI TUHAN ALAH PUNYA KERJA”. Orang non muslim pun tahu jawab.
Untuk memudahkan anda menjawab,saya butirkan soalan-soalannya:
Kenapa terjemahan dalam kitab anda tidak sama dengan kitab tafsir yang di iktiraf ( kalau rasa tak memadai dengan satu kitab sila rujuk kitab tafsir lain exp: tafsir Ibnu Kasthir,Al Qurtubi dll.
Dalam bidang pentafsiran baik al quran or hadis kitab mana yang menjadi rujukan golongan tabligh.....(nota: kena faham soalan betul2.bukan siapa yang tulis tapi nama kitab rujukan tersebut beserta nama ulama yg syarah)
Kalau kita lihat bahagian belakang kitab tersebut ada di sertakan sumber rujukan tetapi tidak di tulis secara sepatutnya. lihat foto di bawah:ini dalam kitab tabligh

 

Sepatutnya dalam mana-mana kitab yang mentafsirkan ayat al quran dan hadis nabawi,rujukan yang mula-mula perlu di tulis ialah seperti di bawah:

 

Fakta dan bukti di atas perlu penjelasan yang konkrit daripada para karkun tabligh yang mendakwa mereka sahaja yang benar.
Sekiranya ada kitab tafsir yang terjemahannya menyamai atau hampir sama dengan terjemahan daripada kitab yang di jadikan panduan oleh JT,sila kemukakan di sini.
Di ulang sekali lagi..!!! Kami mengkritik dan mendedahkan penyelewengan fahaman JT bukan kami mengkritik amalan islami mereka.Kena beza antara fahaman dan amalan.sebagaimana para ulama ASWJ mengkritik Muktazilah,Qadariah,Syiah,Jabariah dan selainnya bukan semata-mata amalan pengikut mereka tapi yang di hukum sesat ialah kerana fahaman dan tafsiran mereka tentang agama yang suci ini .
Dan niat kami bukan nak cari salah atau nak pecah belahkan umat tapi kerana mengikut perintah Allah dan sunnah Nabi SAW  untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta menyelamatkan saudara islam daripada masuk neraka di atas kesalahan tersebut.
Ada sesiapa yang berani menyahut cabaran saya..?

Posted by JUNDULLAH at 11:01
-----------------------------------------------------------------------------------------

Reply by Kita Umat Nabi s.a.w. 15 February 2012 19:15

Kalau betul lah salah, kenapa JAKIM tak ambil tindakan?

Kenapa Ulama' Habib tak ambil tindakan?
Kenapa Al-Azhar tak ambil tindakan?
Kenapa dalam program Tabligh Ulama' Habib dan Ulama' Darul Ifta ikut serta sama?

Jangan lah jadi bodoh..

Dalam ASWJ, sepanjang aku ddk madrasah, ohho.. haram mengkafirkan/mensesatkan mereka yang tidak sehaluan dengan kita, selagi mereka ASWJ.

BODOH TAKDA OTAK PUNYA BLOGGER
--------------------------------------------------------------------------------------

Reply by JUNDULLAH16 February 2012 10:45

Inilah akhlak seorang karkun tabligh yang mendakwa ikut sunnah nabi 100% tu.Masuk 'rumah' orang tak bagi salam tapi terus rempuh semacam stail yahudi....emmm...kesian.

Tabligh memang tidak salah - ia bermaksud menyampaikan. Apa yang dipersoalkan ialah tentang hal-hal khurafat, tahyul dan dongeng yang terdapat dalam pembawaan gerakan tabligh seperti dalam sebuah buku yg bertajuk "Kebatilan Jama'ah Tabligh" itu. Kemudian dalam hal pengisian ilmu juga tidak dititik-beratkan.

Mufti Melaka,Dato Mohd Yunus Mohd Yatim mengeluarkan Fatwa MENGHARAMKAN mengharamkan kegiatan jemaah Tabligh di Melaka melalui makalah yang bertajuk 'JEMAAH TABLIGH DI NEGERI MELAKA'.Fatwa ini kemuadian di persetujui oleh kerajaan negeri Melaka pada 11 May 1992 dan secara rasmi mengharamkan kegiatan jemaah tabligh di Melaka.(rujuk majalah al-islam May 1992)

Kenapa JAKIM tak Haramkan Tabligh?

Masih ingat kes Al Aqram? pertubuhan mereka di Haramkan setelah pemimpin utama mereka mengambil sikap konfrantasi dgn kerajaan Malaysia.Padahal isu kesesatan mereka berkisar tentang iktikad Syeikh Suhaimi sekian lama tidak diusik oleh kerajaan.

Soalannya kenapa kenapa setelah kerajaan tergugat baru nak diharamkan?

So kalau nak tahu silalah tiru stail arqam...cuba cabar kerajaan...nescaya keburukan JT akan diselongkar oleh JAKIM..

selamat mencuba..  UMRAH

Bersambung ....... siri 2

1 comment: