Saturday, September 29, 2012

NAJIS DEDAH AURAT



RASULULAH SAW bersabda..
(صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا …. وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا ) رواه أبو داود .
Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: ……Wanita yang berpakaian tapi telanjang (nipis atau tidak menutup seluruh aurat), berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (HR. Abu Dawud)
RASULULAH SAW bersabda..
( لا تقبل صلاة حائض إلا بخمار ) رواه الإمام أحمد وأبو داود والترمذي وابن ماجه
Tidak diterima sholat perempuan yang sudah haidh (balighah) kecuali dengan mengguna pakai tudung.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah rahimahumullah)

Penelitian ilmiah modern telah membuktikan bahawa tabarruj (bersolek) perempuan dan telanjangnya (tidak menutup aurat) mereka dianggap sebagai sumber malapetaka kepadanya. Data statistik menunjukkan adanya penyebaran penyakit barah (terutama barah kulit) pada anggota tubuh yang tidak tertutup dari tubuh manusia, khususnya wanita-wanita yang memakai pakaian pendek (mini) atau tidak menutup aurat.

Antara yang tersebar di majalah-majalah Eropah "Barah
 Melanoma, dulunya adalah salah satu jenis barah biasa, sekarang meningkat bertambah pada wanita. Khususnya wanita yang sedang meningkat remaja, menjangkiti barah tersebut pada lelaki mereka, melalui penyebaran pakaian seragam mini wanita yang terkena sinar matahari dalam waktu lama, sepanjang tahun. Juga melalui stokin kaki yang nipis tidak cukup untuk menghalang sinar matahari kena kaki mereka.”

Majalah tersebut meminta dokter ahli Epidemiologi bergabung dengan mereka dalam mengumpulkan maklumat tentang penyakit ini.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

(وَإِذْ قَالُواْ اللَّهُمَّ إِن كَانَ هَـذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِندِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِّنَ السَّمَاء أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ) سورة الأنفال : 32
Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al Qur'an) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.” (QS. Al-Anfaal: 32)

'Adzab yang pedih' atau sebahagiannya telah turun dalam bentuk barah (kanser) yang buruk. Penyakit ini timbul kerana membiarkan anggota tubuh terkena sengatan sinar matahari dan secara khusus sinar Ultraviolet dalam rentang waktu yang lama. Itulah yang terjadi pada pakaian mini atau bikini. Barah itu menimpa seluruh tubuh dengan kadar yang bertingkat-tingkat. Awalnya muncul bercak hitam kecil, terkadang sangat kecil. Kebanyakan muncul ditumit atau betis, dan terkadang di mata. Kemudian menyebar ke seluruh tubuh.

Bertambah berkembang penyakit itu dari tempat awal muncul, kemudian menyerang kelenjar limpa (kelenjar getah jernih) di atas paha lalu menyerang darah, akhirnya bersarang di hati dan merosakkannya. Terkadang ia bersarang di seluruh tubuh, di antaranya tulang-belulang, organ dalam dan ginjal. Terkadang diikuti dengan hitamnya air kencing disebabkan rosaknya ginjal akibat serangan barah ganas tersebut.

Terkadang berpindah ke janin (bayi) yang ada di perut ibu, dan penyakit ini tidak memberikan tempo (jeda) lama kepada pengidapnya. Pengubatan dengan cara pembedahan tidak memberikan jaminan keselamatan (kesembuhan) seperti pada barah lain, yang mana barah jenis ini tidak boleh diubati dengan terapi sinar X.

Maka, jelaslah hikmah syari’at Islam mewajibkan wanita memakai pakaian sopan menutupi seluruh tubuh itu. Menutupi dengan pakaian longgar, tidak ketat, tidak nipis, yang disertai dengan toleransi boleh terbuka wajah dan tapak tangan. Jadi, budaya 'kahwin bogel' pula adalah adalah satu bentuk penyerangan kepada syariat Islam tersebut.

Maka jelaslah bahawa pakaian kehormatan diri dan pakaian kesopanan (pakaian Muslimah ikut syar’i) adalah pencegah terbaik dari azab dunia yang terjadi dalam bentuk penyakit ini. Pakaian menutup aurat adalah sebagai pencegah dari azab dan akibat buruk di dunia dan keselamatan di akhirat.


Pergi Umrah

Thursday, September 27, 2012

Seks Menurut Kacamata Islam



Seks adalah satu keperluan bagi manusia, namun seks juga sebenarnya menghidangkan ‘cabaran’ bagi kita kerana bertitik-tolak dari situlah, lahirkan pelbagai kemungkaran kesan daripada kegagalan kita mengawal nafsu yang bersarang di hati dan sanubari.

“Di antara kamu akulah yang paling takut kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur, dan aku beristeri. Orang yang menafikan sunnahku itu bukanlah daripada golonganku.” – Maksud hadis riwayat Bukhari dan periwayat yang lain.


PERIHAL mengawal hubungan seks sering diperingatkan dalam al-Quran. Allah swt telah membinasakan umat Nabi Lut as kerana tabiat seks sumbang. Namun, Nabi Muhammad saw mengingatkan kaum lelaki agar beristeri demi menikmati seks halal. Orang yang hidup tanpa isteri dianggap tidak menurut sunnah (ajaran) Nabi saw.


Mengapakah Islam menyuruh hubungan seks secara terkawal iaitu menerusi pernikahan? Hari ini pula, terbit penyakit Aids (sindrom kurang daya melawan penyakit) yang disebarkan menerusi hubungan seks, pemindahan darah dan penggunaan suntikan. Tentulah ada hikmah di sebalik wujudnya Aids – sebagai suatu peringatan kepada kita agar betul-betul waspada akan zina atau pelacuran dan penagihan dadah.


Dalam laporan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), perhambaan seks berlaku di negara-negara miskin, yang antaranya penduduk majoritinya Islam. Sering soal kemiskinan dianggap punca anak perempuan di jual kepada rangkaian pelacuran. Namun di negara maju, hubungan seks tanpa batas juga berlaku. Seks bebas bukan saja sebagai bahan niaga yang mudah mendatangkan keuntungan besar, malah ada yang menjadikannya sebagai hobi dalam bertukar-tukar pasangan.


Bagi umat Islam, imejnya akan terhina apabila masalah seks bebas ini semakin berkembang dan membabitkan ramai orang.


* BENCANA SILAM

Masalah seks sebenarnya bukanlah masalah baru. Ia masalah kuno yang sudah berakar dari mulai manusia ini diciptakan, cuma manusia yang menyalahgunakan masalah seks ini ke arah negatif. Kalau kita merujuk kepada agama Samawi, seperti Yahudi, Nasrani dan Islam juga agama besar lainnya tidak satu pun ajaran ini yang membenarkan kebebasan seks. Kerosakan moral dalam pandangan Islam lebih banyak terarah kepada masalah seks, walaupun Islam sangat memandang berat masalah lain seperti judi, riba, penganiayaan dan lain-lain.

Namun, kesan daripada kebebasan seks jauh lebih berbahaya. Kita mesti mengakui banyak terjadi kebocoran rahsia negara disebabkan oleh masalah seks. Firaun hancur disebabkan masalah seks, Napoleon runtuh berpunca daripada seks, Nazi hancur kerana skandal seks, raja-raja Islam hilang kuasanya kerana mainan wanita. Dan banyak lagi hal serupa yang difirmankan Allah dalam al-Quran. Seks bebas bukan saja menghancurkan penyakit dan virus berbahaya yang sulit disembuhkan.


* PERANAN IBU BAPA

Islam sebagai agama yang sempurna dan memberi asas kepada pelbagai huraian masalah yang muncul. Sejak manusia hidup di bumi, orang tua diarahkan oleh Islam agar memelihara anak-anaknya daripada penyalahgunaan seks. Orang tua dituntut mendidik anaknya ke arah yang positif, termasuk memberikan tuntutan seks yang benar, sebab itu masalah seks yang terjadi antara ayah dengan ibu tidak boleh diketahui dan dilihat oleh mereka.

Ibu bapa mestilah bersifat terbuka kepada anak-anak dan diwajibkan menjelaskan masalah seks ini secara benar agar mereka boleh menyalurkannya menurut tuntutan yang ditentukan Islam. Masyarakat Islam mestilah memahami bahawa masalah seks mempunyai nilai yang suci dan tinggi dalam Islam. Islam menghormati seks sebagai suatu hak asasi yang mesti disalurkan, tetapi penyaluran itu hendaklah mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan oleh Allah.


Perkahwinan yang betul adalah penyaluran yang sangat patut dan sesuai untuk umat manusia. Dengan perkahwinan yang didasari oleh falsafah yang tinggi, penyaluran seks secara benar dapat terlaksana. Apabila umat Islam mengerti tuntutan agamanya yang berkaitan dengan seks, maka seks itu akan mempunyai nilai yang tinggi, manusia akan mendapatkan kepuasan yang paling puncak, sehingga tidak akan muncul suatu pemikiran yang negatif di kalangan umat Islam untuk manyalurkan nafsunya.


* POLIGAMI

Barangkali seseorang lelaki ada yang mempunyai nafsu yang tinggi, yang memerlukan penyaluran yang lebih. Allah juga membuka jalan untuk berpoligami, asal sesuai dengan asas dan falsafah poligami yang ditentukan Allah:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinlah wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja atau hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih kepada tidak berbuat aniaya.” (An-Nisa’:3)

Islam memberi peluang yang sangat romantis dalam penyaluran seks ini. Hal ini bertujuan agar moral manusia sentiasa terpelihara.

Ini pulalah yang membezakan manusia dengan binatang. – (al-Quran, S.7:179).

Tiada agama di dunia yang lebih tegas mengakui keinginan semula jadi manusia sebagai keinginan yang sihat dan bersih.

“Manusia digemarkan dengan kecintaan memuaskan keinginan kepada wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda pilihan, ternakan dan sawah ladang. Itulah keseronokan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” – (Surah Ali Imran:14).

Dalam ayat ini Allah menyebutkan seluruh kegiatan hidup yang menyeronokkan dan mengakuinya sebagai keinginan yang realistik dan digemari manusia atau sebagai keinginan yang sihat yang pada dasarnya tidak di sangkal dan dikecam sama sekali. Yang tidak diizinkan Islam ialah hanyutnya manusia dalam arus keinginan itu, sehingga mereka terkongkong menjadi hambanya.
Sumber: Berita Harian Singapura

Anak kita; Tanggungjawab Kita



Sebelum anda terus membaca catatan ini, cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda. Kemudian anda tanyakan diri anda; Berapa orangkah dari mereka yang anda rasa dapat menyelamatkan anda di akhirat nanti? Berapa orangkah yang akan mendoakan anda apabila anda mati kelak? Berapa orangkah yang akan meminpin tangan anda untuk masuk ke syurga?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w.;


إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:
Sedekah jariah
Ilmu yang diambil manfaat dengannya
Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28) 


Di dalam al-Quran Allah memerintahkan kita agar memelihara diri kita dan juga ahli keluarga kita (yakni isteri dan anak-anak kita) dari api neraka. Allah berfirman;


“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”. (at-Tahrim: 6)


Dalam menghuraikan maksud memelihara keluarga dari api neraka, Saidina Ali berkata; yakni “kamu didiklah mereka serta ajarlah mereka”. Berkata Imam Qatadah; ‘yakni kamu menyuruh mereka supaya mentaati Allah dan menegah mereka dari memaksiatiNya serta kamu melaksanakan tanggungjawab kamu terhadap mereka dengan agama Allah, kamu memerintahkan mereka dengannya dan membantu mereka untuk melaksanakannya. Apabila kamu melihat mereka melakukan maksiat, tegahlah mereka”. Menurut Imam Muqatil; “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anak-anaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah Allah dari mereka”. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir)
Nak Umrah Murah di Sini

Wednesday, September 26, 2012

AMALAN ORANG HIDUP UNTUK SI MATI



Soalan: Apakah si mati dapat mengambil manfaat dari amalan orang yang masih hidup untuknya?

Jawapan;


Dalam persoalan tersebut ada perkara yang disepakati oleh para ulama’ dan ada perkara yang tidak disepakati (yakni timbul khilaf).


Adapun perkara yang disepakati oleh para ulama’ ialah si mati akan mendapat manfaat dari doa, istighfar, sedekah dan ibadah-ibadah badaniyah-maliyah yang boleh menerima niyabah (gantian) seperti haji dan puasa. Amalan-amalan tersebut telah disepakati oleh para ulamak bahawa ia akan sampai dan akan memberi manfaat kepada si mati di alam barzakh. Dalil-dalil mereka ialah;


1. Firman Allah:


“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"”. (al-Haysr: 10)


Ayat di atas menceritakan tentang sikap orang-orang beriman yang datang kemudian selepas generasi sahabat iaitu mereka mendoakan keampunan untuk diri mereka dan juga orang-orang yang sebelum mereka. Ayat tersebut menjadi dalil bahawa memohon keampunan untuk orang yang telah mati akan memberi manfaat untuknya.


2. Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:


“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). Kemudian Nabi bersabda: “Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: “Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:
اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.


3. Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hampir matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’. Jawab baginda s.a.w.; ‘Ya’. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Hadis di atas menjadi dalil bahawa sedekah orang hidup memberi manfaat untuk si mati.


Pergi Umrah 
4. Diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.; “Seorang perempuan datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata; “Sesungguhnya ibuku telah mati dan tertanggung di atasnya puasa sebulan”. Lalu baginda bersabda: “Apa pandangan kamu jika tertanggung di atas bahunya suatu hutang, apakah kamu akan membayarnya?’. Jawab perempuan itu: “Ya”. Jawab Nabi: “Maka hutang Allah lebih berhak dibayar”. (Riwayat Imam Muslim)

5. Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Seorang perempuan dari Juhainah datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: ‘Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, lalu ia mati sebelum sempat mengerjakannya. Apakah aku boleh mengerjakan untuknya?’. Jawab Nabi; ‘Tunaikanlah haji bagi pihaknya. Bukankah jika ibumu menanggung hutang kamu yang akan membayarnya? Tunaikanlah (hutang dengan Allah) kerana Allah lebih berhak (ditunaikan hutang dengannya)’. (Riwayat Imam Bukhari)


Adapun perkara yang diikhtilafkan di antara para ulama’ apakah ia akan sampai kepada si mati atau tidak ialah ibadah-ibadah yang bersifat badaniyah semata-mata seperti bacaan al-Quran, zikir dan sebagainya. Dalam hal ini terdapat dua pandangan;


Pertama: Pandangan jumhur ulamak yang terdiri dari ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Hanbali dan golongan mutaakhirin dari mazhab Syafi’ie dan mazhab Maliki dan juga Imam Ibnu Taimiyyah. Mereka berpandangan; bacaan al-Quran dan zikir yang dibaca oleh orang hidup kepada si mati adalah sampai kepadanya dan memberi manfaat untuknya.


Antara dalil mereka ialah hadis dari Abi Said Al-Khudri r.a yang menceritakan; “Beberapa orang sahabat Nabi telah keluar dalam satu perjalanan. Mereka berhenti di satu kawasan penempatan Arab dan minta jadi tetamu. Namun penduduk kawasan itu enggan untuk menerima mereka sebagai tetamu. Kebetulan ketua bagi penduduk kawasan itu disengat binatang. Mereka telah berusaha mengubatinya dengan pelbagai cara namun tidak berjaya. Lalu beberapa orang di kalangan penduduk itu mencadangkan; ‘Kalau kamu pergi kepada mereka itu (yakni kumpulan sahabat Nabi tadi) mungkin mereka mempunyai sesuatu untuk mengubati ketua kita’. Lalu mereka pergi kepada kumpulan sahabat tadi dan bertanya; ‘Wahai saudara sekelian! Ketua kami disengat binatang. Kami telah berusaha pelbagai cara namun tak berhasil. Adakah di antara kamu yang pandai mengubati?’. Jawab seorang sahabat; ‘Ya, aku boleh menjampi. Akan tetapi kami telah meminta dari kamu semua sebentar tadi untuk menjadi tetamu tetapi kamu sekelian enggan menerima kami. Jadi aku tidak akan menjampinya melainkan jika kamu sanggup memberi sesuatu kepada kami’. Mereka bersetuju untuk memberi hadiah dengan sebahagian daging kambing. Lalu sahabat itu merawati ketua kaum itu dengan menjampinya dengan membaca surah al-Fatihah. Berkat al-Fatihah itu, ketua kaum itu terus sembuh dan bingkas bangun seperti orang yang terlepas dari ikatan, seolah-olah tidak pernah sakit. Apabila sahabat-sahabat tadi ingin membahagikan daging kambing yang dihadiahkan kepada mereka, berkata sahabat yang menjampi tadi; ‘Jangan kita bahagikan lagi sehingga kita bertanya Nabi terlebih dahulu’. Apabila mereka menceritakan kepada Nabi s.a.w., baginda berkata; “Bagaimana kamu tahu bahawa ia (yakni surah al-Fatihah) adalah jampi?”. Baginda berkata lagi ; “Apa yang kamu lakukan itu adalah betul (sah / halal). Bahagikanlah daging itu dan jadikanlah dalam pembahagian itu satu bahagian untukku”. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Berdasarkan hadis ini, para ulama’ tersebut menyimpulkan; ‘Bacaan al-Quran jika diqasadkan untuk manfaat orang hidup (seperti untuk menyembuhkan penyakit dalam hadis di atas), maka surah itu memberi manfaat kepadanya dan diakui oleh Nabi dengan kata baginda; ‘Bagaimana kamu tahu bahawa ia (yakni surah al-Fatihah) adalah jampi?’, maka tidak ada sebab untuk kita menafikan manfaatnya untuk orang mati, malah ia lebih aula (utama)’. (Lihat; Al-Fiqhul-Islami wa Adillatuhu, Syeikh Wahbah az-Zuhaili, jil. 2, hlm. 552).


Selain itu dikiaskan juga masalah ini kepada doa, istighfar, dan sedekah tadi yang disepakati oleh sekelian ulamak bahawa ia akan sampai kepada si mati dan memberi faedah untuknya. Jika doa, istighfar dan sedekah akan sampai kepada si mati maka tidak mustahil bahawa bacaan al-Quran, zikir dan tahlil juga akan sampai dan memberi manfaat kepadanya lebih-lebih lagi jika amalan-amalan tersebut disusuli dengan doa selepasnya. Ini sebagaimana yang disarankan oleh Imam Ibnu as-Sholah; “Hendaklah bacaan al-Quran atau zikir itu diakhiri dengan ucapan:

اَللَّهُمَّ أَوْصِلْ ثَوَابَ مَا قَرَأْنَاهُ لِفُلاَنٍ
“Ya Allah! Sampaikanlah pahala apa yang telah kami bacanya kepada si fulan…”.

Di mana dengan ucapan tersebut, kita menjadikannya sebagai doa untuk si mati dan telah dinyatakan tadi bahawa doa orang hidup bermanfaat untuk si mati. Hal ini telah dipersetujui oleh sekelian ulama’.

Selain itu bacaan al-Quran dan zikir yang dilakukan untuk si mati dapat juga kita anggap sebagai tawassul dari orang hidup kepada Allah untuk mendoakan kesejahteraan si mati di alam kuburnya. Terdapat nas dari al-Quran dan juga as-Sunnah membenarkan kita bertawassul dengan amal-amal soleh kita untuk memohon agar doa dan permohonan kita di makbulkan Allah.

Dalam soheh Imam al-Bukhari dan Muslim terdapat hadis di mana Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam sebuah gua dan baginda tidak membantah perlakuan mereka yang berdoa dengan bertawassulkan amalan soleh sehinggalah Allah memakbulkan doa mereka dan menyelamatkan mereka dari kecelakaan. (Lihat hadis ini dalam Riyadhus-Salihin, bab al-Ikhlas).

Pandangan kedua: Padangan dari golongan awal (mutaqaddimin) dari ulamak-ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie. Mereka berpandangan; bacaan al-Quran dan zikir (serta semua ibadah-ibadah badaniyyah yang lain seperti sembahyang) tidak akan sampai kepada si mati. Pahalanya hanya untuk orang yang melakukannya sahaja, tidak akan sampai kepada si mati. Dalil mereka ialah firman Allah:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (an-Najm: 38)

Namun dijawab oleh ulamak-ulamak yang berpandangan pertama tadi; ayat di atas adalah umum dan keumumannya telah ditakhsiskan oleh hadis-hadis sahih yang menyebutkan tentang doa, istighfar dan sebagainya tadi yang sampai kepada si mati sekalipun bukan datang dari amalan atau usaha darinya. Ada ulamak berpendapat; ayat tersebut ditujukan untuk orang kafir iaitu balasan siksa terhadap mereka tidak lain adalah akibat dari usaha dan perbuatan mereka di dunia. (Lihat; At-Tajul-Jami’ Lil-Ushul Fi Ahadis ar-Rasul, Syeikh Manshur ‘Ali Nashif, jil. 1, hlm. 384, Subulus-Salam, Kitab al-Janaiz dan kitab al-Hajj)
Pergi Umrah
Wallahu A’lam.

Rujukan;
1. At-Tajul-Jami’ Lil Ushul Fi Ahadis ar-Rasul, Syeikh Mansur Ali Nasif, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan (1992).
2. Subulus-Salam, (Kitab al-Janaiz dan kitab al-Hajj), Dar al-Furqan, Jordan.
3. AL-Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, Dar al-Fikr, Damsyiq-Syria (1985).

6 Cara Mustajab



6 Cara Mustajab Untuk Menyedut Rezeki Yang Halal

1. Banyakkan istighfar.
Firman Allah Taala: 
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (١٢) سورة نوح
Ertinya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian),Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

2. Sempurnakan taqwa kita.
Firman Allah Taala:
﴿ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ ﴾ سورة الطلاق
Ertinya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

3. Sebenar-benar tawakal.
Hadith SAW:
عن عمر رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
لو أنكم تتوكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصا وتروح بطانا.
[رواه الترمذي]
Ertinya: Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sepertimana rezeki burung. Pagi hari ia (burung) lapar dan petang hari telah kenyang.

4. Sentiasa pergi haji dan umrah yakni berselang-seli. Tahun ini pergi haji, tahun depan pergi umrah, tahun tulat pergi haji, tahun tubing pergi umrah dan begitulah seterusnya. Disini
Hadith SAW:
وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
تابعوا بين الحج والعمرة فإنهما ينفيان الفقر والذنوب كما ينفي الكير خبث الحديد والذهب والفضة، وليس للحجة المبرورة ثواب إلا الجنة.
[رواه أحمد والترمذي]
Ertinya: Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, sepertimana nyalaan api tukang besi menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tiada balasan bagi haji mabrur kecuali syurga.

5. Menjaga, menyambung dan mengeratkan Silaturahim dan membesarkan ‘connection’. Hadith SAW:
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
من سره أن يبسط له في رزقه أو ينسأ له في أثره فليصل رحمه.
[رواه البخاري]
Ertinya: Barangsiapa ingin dipermudahkan rezekinya atau panjang umurnya maka sambungkan tali silaturrahim.

6. Infaq atau bersedekah di jalan Allah, membayar zakat sebenarnya menambah rezeki kita
Firman Allah Taala:
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ (٣٩) سورة سباء
Ertinya: Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. Disini