Amalan-Amalan Sunnah Di Satu Syawal
1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari
raya Aidilfitri. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam
al-Muwatta'
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ
قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali
akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari
Raya di pagi hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas
sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Memakai bau-bauhan yang wangi Sunnah ini hanya bagi kaum
lelaki.
3. Memakai pakaian yang paling baik
Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan
rapi sudah mencukupi Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu
jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari
Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765) Demikian juga al-Baihaqi
meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada
hari raya seindah-indah pakaiannya.
4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya
‘Aid al-Fitri
Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah
cukup memkan apa-apa juadah sekali pun. Ini berdasarkan hadith yang
diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو
يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw
tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih
dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang
ganjil.” (al-Bukhari : 953)
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini
dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya
tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan
Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari :
2/446)
5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat
Sunat Aidilfitri
Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak
dan perempuan yang datang haid, diasing perempauan yang dating haid daripada
perempuan yang boleh solat. Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka
turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari
Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.
Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:
أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ
وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,
فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ
وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.
Maksudnya: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan
wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk
keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan
wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar
menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.
6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain
dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ
يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan
(pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)
Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ
إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat
solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan
berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di
hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada
hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan
jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi
dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang
memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan
menghubungkan solatur rahim.
7. Bertakbir pada hari Raya Takbir hari raya adalah termasuk
sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :
وَلِتُكْمِلُوا
العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada
kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)
Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya
: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih
bersungguh berbanding hari Raya al-Adha,
Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam
bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122) Diangkat suara dalam melafazkan
takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di
masjid, di rumah dan di pasa-pasar. Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri
ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari
akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan
ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :
1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
2. عِيْدُ مُبَارَكْ –
(Selamat) hari raya yang diberkati. Atau ucapan yang seumpama dengan di atas
yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair
berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada
hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath
al-Bari : 2/446)
9. Solat Hari Raya Para ulama berbeza pendapat tentang hukum
solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain
mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya
adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah
pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh
al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim.
Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut
: “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir
kepada kebenaran.” - Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah
Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :
أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ
Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan
solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya
1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan
malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan
seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi
saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya
ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw.
Hadith tersebut ialah : من أحيا
ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”
Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”
Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan
dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat
Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad
Nasiruddin al-Albani : 520-521)
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya
dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi
kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.
2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya
Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua
hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan
maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan
keseronokan. Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan
dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang
dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi
saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika
dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada
musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini
termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya
seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha
oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)
Rujukan :
2. Rakaman audio Ceramah Ustaz Ramadhan Fitri tentang Sunnah
di 1Syawal.