Bacalah dan hafallah
Surah Al-Mulk atau surah Tabarakallazi sebelum tidur setiap malam kerana ia
adalah penyelamat daripada azab kubur. Ianya cuma 30 ayat sahaja dan tidak
mengambil masa yang lama.
Daripada Ibn Abbas r.a
katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas
sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia
adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis.
Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai
Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia
adalah kubur. Tibatiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah
al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah s.a.w
bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang
menyelamatkannya daripada azab kubur. (Riwayat al-Tirmidzi).
Al-Tabarani meriwayatkan
sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya:Rasulullah s.a.w
bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan
umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-mulk.
(Riwayat al-Tabarani).
(Riwayat al-Tabarani).
Daripada Ibn Abbas,
beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan
sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan.
Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan
ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di
dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat
dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat
di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya
menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada
azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati
setiap orang dari kalangan umatku.
Allah
cipta kita untuk diuji dan kita akan dibalas samada syurga atau neraka…
Mulk[2] Dialah yang telah
mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan
kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Allah
Mencipta dan Menghiasi Langit Dengan Bintang-Bintang
AL-Mulk [3] Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang
berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha
Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika
engkau ragu-ragu) maka ulangilah
pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan
bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman
terhadap Syaitan-syaitan; (Mulk:5)
Allah
Saja Boleh Menahan Langit dan Bumi
Kita hidup di bawah jagaan Allah, samada ketika berada di atas (langit) atau pun di bawah (bumi). Kita juga perlu kepada Allah samada kita berada di darat atau di laut. Bersyukurlah dan takutlah kepada Allah swt, kalau Dia mahu Dia boleh meruntuhkan bumbung rumah ketika kita sedang tidur nyenyak pada waktu malam. Patutkah manusia melakukan maksiat dan tidak merasa takut kepada Allah swt, sedangkan Allah swt berkuasa menyuruh bumi menelan atau menghantar angin untuk membinasakan manusia sepertimana umat terdahulu.
Kita hidup di bawah jagaan Allah, samada ketika berada di atas (langit) atau pun di bawah (bumi). Kita juga perlu kepada Allah samada kita berada di darat atau di laut. Bersyukurlah dan takutlah kepada Allah swt, kalau Dia mahu Dia boleh meruntuhkan bumbung rumah ketika kita sedang tidur nyenyak pada waktu malam. Patutkah manusia melakukan maksiat dan tidak merasa takut kepada Allah swt, sedangkan Allah swt berkuasa menyuruh bumi menelan atau menghantar angin untuk membinasakan manusia sepertimana umat terdahulu.
Al-Mulk [16] : Patutkah
kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di
langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu
dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
Al-Mulk [17] : Atau
patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya
di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu
dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya
kesan amaranKu?
Tanda
Kekuasaan Allah:Menahan Burung Terapung Di Udara.
Patutkah mereka menutup
mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang
di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang
dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan
(kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (Mulk:19)
Neraka itu adalah tempat yang sangat hodoh.
Mulk [6] : Dan bagi
orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka
Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Suara
Neraka
Neraka adalah makhluk
Allah yang mempunyai suara. Apabila ia mengamuk dan marah dengan mengeluarkan
suaranya yang garang dan hanya Allah yang mampu mengawalnya.
Mulk [7] : Apabila mereka
dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung,
sedang ia menggelegak. Neraka juga menjawab dengan suaranya bila ditanya oleh
Allah, Qaf [30] : (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada
Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang
tambahan? Mulk [8 ]: Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya.
….
Allah
Sahaja Yang Memberi Rezeki
Mulk [21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah
swt menahan rezekiNya?(Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang
musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri
(dari kebenaran).
Sembahlah Allah kerana
dialah memberikan rezeki dan menanggung segala keperluan kita.
Al-Mulk [15] Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah
digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan
(ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan
hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya.