Seringkali
kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga
dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka
menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk
menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni
jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu
tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya
fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui
bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan
adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya
diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika ibu dan bapa ku
meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat)
dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
Persediaan
solat jenazah:
Mayat
mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
Mayat lelaki
kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
Mayat
perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
Bagi solat
ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan
saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan
mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud,
jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di
hadapan.
Cara solat
jenazah:
1. Berdiri
dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat
takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan
membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat
takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah
s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat
takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat
takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi
salam ke kanan dan ke kiri. Sempurnalah solah Jenazah.
7. Bacaan Surah-surah dan Doa - ini tidak termasuk dalam kaifiat solat jenazah, ia sebagai tambahan yang diamalkan oleh kebanyakan orang, nak buat harus, tak nak buat pun tak apa.(Tak ada dalam Sunnah)
Ianya di buat selepas selesai beri
salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1
kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat
1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
Kalau kita berpeluang menunaikan Haji dan Umrah, kita akan dapati setiap hari, selepas setiap solat fardhu pasti ada jenazah yang akan disolatkan di Masjidil Haram, oleh itu jangan ketinggalan untuk berjamaah solat jenazah... tapi kalau tak reti kaifiat nya macam mana nak solat?
————————-
Di atas
adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang
solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan
menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku
sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan
solat jenazah.
1. Niat dalam
hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku
solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca
surah Al-Fatihah.
2. Setelah
takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma
salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah
takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh
firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh
firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat
kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih
tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah
takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Selesai. Amalkan disini