Wednesday, February 6, 2013

SYARAT BARU UMRAH



SYARAT BARU UMRAH BAGI JEMAAH PEREMPUAN 

Mulai 2013 Kerajaan Arab Saudi telah mengetatkan peraturan baru dimana jemaah perempuan yang berumur 45 tahun ke bawah dan jemaah lelaki yang berusia kurang dari 18 tahun yang ingin mengerjakan umrah tetapi tidak mempunyai mahram yang sah tidak akan mendapat visa. 

Telah disahkan oleh beberapa orang customer saya dimana mereka tidak dapat pergi kerana Kedutaan Arab Saudi telah menolak permohonan visa berikutan penguatkuasaan undang-undang baru ini.

Jadi bagi memudahkan bakal-bakal jemaah yang berhajat mengerjakan umrah dalam waktu terdekat atau beberapa bulan lagi sila AMBIL PERHATIAN. 
CONFIRMKAN DENGAN TRAVEL YANG AKAN ANDA IKUT NANTI TENTANG HAL INI. 
PASTIKAN JUGA ANDA MEMPUNYAI MAHRAM SEPERTI DALAM CATATAN BERIKUT :

PERATURAN PERMOHONAN VISA

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami – surat nikah;

2. Bapa kandung – surat beranak;

3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak

4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa  saudara

5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa

AMBIL PERHATIAN  DAN SILA ALERT DENGAN SAUDARA MARA KAWAN2 YANG BERHAJAT PERGI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI MAHRAM. 

Kepada semua yang permohonan visa ditolak dan hajat untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian, jangan bersedih lama2 ya. Sentiasa yakin pada Allah yang perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. 


SEMANGAT YA !

Lion of the Desert




In the Name of Allâh, the Most Beneficent, the Most Merciful

Lion of the Desert is the dramatic action epic of the struggle of Omar Mukhtar, leader of the Muslim resistance in North Africa in the 1920's and 30's, against the imperialism of Mussolini and the Italian army. Despite the challenge of overcoming the fascist Italian war machine with only faith and wisdom, the Muslims led by Mukhtar maintained their resistance and refused to be conquered.

We go back in history to 1862 where a young boy of a poor household was born in a town controlled by the Uthmany Khilafa. This young man was brought under the care and tutelage of one of the Shuyookh in his home town when he was at the ripe age of 16 after the death of his father.

He eventually developed a lifestyle of not sleeping more than 3 hours every night in order to get up to pray to Allah at the last third of the night and recite Qur'an until fajr. He memorized the Qur'an (as all knowledgeable people begin their lives) eventually, and was known to have finished his revisions in its entirety every seven days, regardless of the sufferings he encountered in his life.

TAUBAT - Siri 2



Ulama zaman dahulu suka memperingatkan umat manusia supaya menghindarkan diri daripada melakukan dosa demi kesejahteraan manusia sendiri. Ramai daripada ulama hari ini segan mahu bercakap tentang dosa, takut dianggap kolot. Orang ramai hari ini tidak tahu tentang dosa tetapi sangat mengerti tentang kemudaratan pada tubuh badan. Perkara dosa mesti dihurai secara saintifik terlebih dahulu untuk mengetahui kemudaratannya. Apakah kemudaratan meminum arak? Apakah kemudaratan memakan daging babi? Apakah kemudaratan tidak bersolat? Apakah kemudaratan tidak berpuasa? Semuanya mesti dimasukkan ke dalam ‘tabung uji’ terlebih dahulu sebelum disahkan sebagai dosa. Manusia mengambil alih tugas menentukan sesuatu perkara itu berdosa atau tidak. Kaum Muslimin memainkan peranan yang penting di dalam dunia. Mereka berfungsi sebagai pengimbang kepada ketidak-stabilan yang terjadi kepada dunia. Kaum Muslimin berperanan menyekat mala petaka yang mengancam dunia akibat dosa-dosa manusia. Kaum Muslimin mempunyai keupayaan yang tinggi kerana mereka berpegang kepada syariat yang benar yang mengajar mereka ibadat taubat dan memperkenalkan mereka kepada Allah SWT Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Air taubat yang mengalir daripada kaum Muslimin menyejukkan api neraka dunia yang keluar daripada dosa-dosa manusia. Taubat merupakan kurniaan Allah SWT yang besar kepada orang-orang yang beriman demi faedah mereka sendiri dan umat manusia seluruhnya. Ibadat taubat mesti disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Kaum Muslimin seharusnya memandang serius kepada ibadat taubat sebagaimana kesungguhan mereka dalam ibadat solat dan lain-lain. Mereka mestilah benar di dalam taubat sebagaimana benarnya hati mereka menghadap Allah SWT di dalam solat.

Taubat, sebagaimana juga ibadat yang lain, ada aspek zahir dan ada aspek batin. Aspek zahir melibatkan cara dan peraturan yang bersangkutan dengan perbuatan zahir. Aspek batin melibatkan urusan hati. Setiap amalan zahir digantungkan kepada niat yang berada dalam batin. Amalan zahir dinamakan syariat zahir dan amalan batin dinamakan syariat batin. Ilmu yang membicarakan tentang syariat zahir dinamakan ilmu fikah. Ilmu yang membicarakan tentang syariat batin dinamakan ilmu tasauf. Istilah fiqah dan tasauf digunakan pada zaman yang di belakang ini. Pada zaman Rasulullah s.a.w semua ilmu dikenali sebagai ilmu agama atau ilmu al-Quran atau ilmu Islam. Kesempurnaan ilmu syariat adalah gabungan ilmu fikah dan tasauf. Ilmu fikah mengajar manusia cara beramal yang betul. Ilmu tasauf mengajar manusia menghadap Allah SWT dengan benar dalam melakukan suruhan-Nya. Bagi mereka yang cenderung dengan aliran tarekat tasauf janganlah menganggap tasauf sebagai persaingan kepada fikah atau kepada syariat itu sendiri. Fahaman yang membezakan tasauf daripada syariat, yang mengatakan fikah itulah syariat dan tasauf adalah bidang yang tersendiri, mestilah dihapuskan. Tasauf berperanan memudahkan seseorang melakukan peraturan syariat sebagaimana yang dikehendaki oleh fikah. Fikah pula membentuk jalan yang lurus agar seseorang boleh menghadap kepada Allah SWT dan menghampiri-Nya sebagaimana yang diajarkan oleh tasauf. Gabungan fikah dan tasauf membentuk syariat yang sempurna. Berfikah tanpa tasauf dibolehkan bagi mendapatkan kedudukan sebagai seorang Islam tetapi bertasauf tanpa fikah tidak mungkin. Tidak mungkin mengerjakan sembahyang dengan niat yang betul tetapi tidak ada perbuatan solat.

Taubat yang benar menggabungkan cara fiqah dengan cara tasauf. Orang yang bertaubat melakukan solat sunat taubat dan memperbanyakkan ucapan istighfar. Kesalahan yang berhubung dengan orang lain diselesaikan secara meminta maaf atau membayar hutang jika ada. Dia tidak mengulangi kesalahan selepas dia bertaubat. Dia tidak mendekati ruang yang boleh membawanya kepada kesalahan semula. Bagi kesalahan kepada orang lain dia perlu mendoakan kesejahteraan untuk orang itu.

Taubat yang lebih mendalam perlu kepada bimbingan orang arif yang telah melakukan taubat secara khusus. Orang arif melakukan taubat dengan penuh rasa takut kepada Allah SWT. Dilihatnya dosa seumpama gunung yang akan jatuh ke atas kepalanya. Dia berasa takut dan lari kepada Allah SWT memohonkan keampunan-Nya. Dia takut dicampakkan jauh daripada Allah SWT. Dia takut ‘kehilangan’ Allah SWT yang sangat dikasihinya. Dia takut kehilangan perhatian-Nya, cinta-Nya dan keampunan-Nya. Dia takut dan malu kerana Allah SWT Melihat dan Mendengar segala perbuatan dan tutur kata lidah serta hatinya. Dia takutkan azab Allah SWT yang sangat keras. Ucapan yang keluar dari mulut orang yang takutkan Allah SWT memberi kesan yang mendalam kepada jiwa orang yang mahu bertaubat. Keadaan takutkan Allah SWT itu turut menguasai jiwa orang berkenaan yang mahu bertaubat itu. Perkataan yang keluar daripada hati yang bersih dan dibaluti oleh cahaya suci menyinar pada cermin hati orang yang mendengar. Hati yang menerima pancaran cahaya suci daripada orang suci akan menjadi jaga dan hidup. Hati yang hidup itu melakukan taubat dengan sebenar-benarnya.

Orang arif yang mampu membimbing orang lain memasuki pintu taubat adalah orang yang telah sampai kepada makam kehampiran dengan Allah SWT. Kemudian mereka dihantar balik kepada alam rendah bagi membimbing orang lain yang berpotensi tetapi masih ada kecacatan dan kelemahan. Dalam melaksanakan tugas tersebut orang arif berjalan menurut Sunah Rasulullah SAW. Tugas pembimbing kerohanian berbeza daripada tugas seorang Rasul. Rasul ditugaskan menyampaikan kepada semua orang. Pembimbing kerohanian tidak mengajarkan semua orang. Mereka hanya mengambil orang-orang tertentu sahaja, yang dipilih untuk mengikuti latihan intensif bagi menambahkan bilangan orang arif yang akan berkhidmat kepada orang ramai. Rasul diberi kebebasan dalam melakukan tugas berdakwah tetapi pembimbing jalan kerohanian mesti mengikuti jalan rasul, tidak boleh membuat jalan sendiri. Guru kerohanian yang mengaku dirinya bebas daripada Sunah Rasulullah SAW, mendakwa dirinya sama dengan nabi, sebenarnya telah jatuh ke dalam kesesatan dan kekufuran. Guru kerohanian yang benar berpegang teguh kepada prinsip agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW, tidak membawa peraturan baharu. Cara penyampaian mereka boleh jadi berbeza dengan cara Rasulullah SAW kerana kebijaksanaan manusia tidak sama, tetapi perbezaan cara tidak sampai mengubah hukum dan peraturan. Orang arif yang benar mempunyai ‘kehampiran’ dengan Rasulullah SAW melebihi kehampirannya dengan isteri, anak dan kaum keluarga mereka. Kehampirannya adalah kehampiran kerohanian yang lebih erat daripada hubungan darah daging.

Dalam masyarakat Islam sudah ramai orang alim yang memperkatakan tentang zahir syariat iaitu ilmu fiqah. Sebab itu orang arif lebih menumpukan soal batin iaitu ilmu tasauf yang menumpukan soal hati. Bidang fikah lebih bersifat umum. Satu fatwa yang dikeluarkan oleh seorang alim fikah sesuai untuk orang ramai dan kebanyakan keadaan. Bidang kerohanian bersifat persendirian. Bagi satu orang hanya ada satu sahaja jalan kerohanian yang sesuai untuknya. Oleh sebab itu guru kerohanian perlu ada kasyaf yang membolehkannya mengerti kedudukan muridnya. Kearifan guru lebih diperlukan bagi memandu murid yang didatangi oleh jazbah atau mendapat gangguan khadam. Hanya guru yang arif mengerti jalan khusus yang sedang dilalui oleh muridnya dan dia mampu membimbing muridnya menuju matlamat dengan selamat.

Adam A.S, manusia pertama, telah melakukan kesalahan. Ketika itu beliau mendiami syurga. Manusia secara tabi’inya tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan, sekalipun mereka tinggal di dalam syurga yang serba menyenangkan, apa lagi mereka tinggal di dalam dunia yang serba memayahkan. Adam A.S mengakui kesalahannya dan merujuk kembali kepada Allah SWT, memohon agar Allah SWT mengajarkannya apa yang perlu dibuatnya bagi menutup kesalahannya dan menggantikannya dengan kebaikan. Allah SWT Yang Maha Pengampun Maha Penyayang mengajarkan kepada Adam A.S beberapa kalimat, iaitu cara bertaubat. Adam A.S bertaubat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Allah SWT yang mengajarkan Adam A.S bertaubat itu menerima taubatnya dan mengampunkan kesalahannya. Taubat mengembalikan Adam A.S kepada Allah SWT as-Salam, Yang Mensejahterakan. Taubat yang dilakukan oleh Adam A.S adalah taubat yang disertai oleh iman dan diikuti oleh amal salih. Taubat yang demikian menghapuskan kejahatan dan menggantikannya dengan kebaikan.

Iblis, jin yang pertama diciptakan Allah SWT, telah melakukan kesalahan. Kesalahan Adam A.S adalah lupa kepada pesanan Allah SWT. Kesalahan iblis pula adalah engkar kepada perintah Allah SWT. Adam A.S mengakui kesalahan dan bertaubat. Iblis tidak mahu mengakui kesalahannya dan enggan bertaubat. Adam A.S yang bertaubat menerima nikmat keampunan dari Allah SWT. Iblis yang enggan bertaubat menerima kemurkaan dan laknat dari Allah SWT. Adam A.S kembali kepada Allah SWT dan keselamatan-Nya. Iblis tercampak jauh dari Allah SWT dan hilang peluang untuk kembali. Di akhirat kelak taubat membawa Adam a.s kembali kepada syurga dan iblis pula akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam, tempat yang paling buruk dan paling azab

Ehsan - Alhakiki

Tuesday, February 5, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - Siri 25



ClassicBerbisik  3 February 2013 11:59

pengamal syirik halus bertanya:>>>
kalau macam tu siapa kat malaysia ni yang berada di jalan yang (benar)??
>>>boleh nyatakan siapa??

saya katakan>>>

Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian,
bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi s.a.w dan Para Sahabat ra.
PAS yang meyakini perjuangnya adalah perjuangan yang benar,
meyakini sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga termasuk orang kafir seperti Lim Guan Eng, Karpal singh, dan konco konconya.
membawa hukum Allah keparlimen untuk direndah rendahkan dan diperkotak katikkan..
apa yang pasti PAS bukan berada diatas jalan yang benar tetapi berada diatas jalan menuju kelubang biawak..

GOLONGAN PAS MENULIS>>>

BETUL !!!!! jika demokrasi itu di kuasai oleh parti yang ANTI ISLAM @kafir harbi seperi USA,
Belanda,UMNO dll.TETAPI SEBALIKNYA KALAU PARTI ISLAM YANG KUASAI IA AKAN MASUKKAN SYARIAT ISLAM DI DALAMNYA.
Buktinya kita tengok bila PAS kuasai Kelantan kita boleh tarik balik lesen penjualan minuman keras,
kedai judi dan maksiat lainnya secara berperingkat.

saya katakan:::
Sesetengah orang berfikir (SEBAHAGIAN BESAR PUAK PAS) bahawa demokrasi adalah satu bentuk amalan dalam sistem Syura Islam.
Ini adalah anggapan yang salah, terpesong dan melencong..
perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat, ataupun antara sunnah PAS dan sunnah nabi s.a.w.
Di antara perbezaannya adalah:

Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian yang PAS amalkan dan perjuangkan berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.
Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat,
dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan.
Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian,
sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
Anggota Majlis Syura kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu.
Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada ciri-ciri berkenaan.
Ada yang berilmu agama, ada yang jahil,
ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat,
dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan sama ada dalam sudut agama atau pun dunia.
Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat.
Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.
Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan,
kerana dengan Sistem Syura kita mengamalkan ajaran Islam.
Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah salah satu bentuk kekufuran kepada Allah,
kerana jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua dan inilah apa yang diperjuangkan PAS.
Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir seperti PAS yang menghargai Lim guan eng, Karpal singh.
Sistem Syura membezakan antara orang yang soleh dan yang jahat,
sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.
Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa,
bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan.
Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan solat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.
Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahawa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat,
sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

Jadi kesimpulannya PAS dan sistem islam yang sebenarnya jauh bagaikan timur dan barat..
-------------------------------------------------
ClassicBerbisik  3 February 2013 12:02

PAS MENULIS:
anda berfantasi agaknya atau anda refer demokrasi negara mana??
kat Malaysia kan kerajaan dah tubuhkan majlis fatwa kebangsaan,JAKIM,jabatan mufti dll...
apa fungsi jabatan itu kalau tak mengharamkan apa yang islam haramkan dan sebaliknya...?
Contoh :majlis fatwa mengharamkan insuran konvensional dan menghalalkan Takaful.


SAYA katakan>>>>
Sama saja, anda yang berfantasi sebenarnya,
bercita cita besar untuk mendapat kuasa..
jika PAS menang perkara yang sama tetap akan berlaku,
sudah saya katakan bahawa syariat ALLAH tidak akan dapat ditegakkan dengan berjalan masuk ke lubang biawak yahudi...

GOLONGAN PAS MENULIS:

apa masalahnya orang kafir undi orang islam??
anda masih bermimpi atau tak faham realiti sebenar kerusi dalam parlimen berdasarkan kaum???
dalam parlimen ada 222 kerusi.pada PRU12 UMNO yang mewakili melayu islam menang 79 kerusi berbanding parti bukan islam dalam kompenan BN sebanyak 61 kerusi sahaja.beza 18 kerusi.

Manakala dalam Pakatan Rakyat PKR +PAS= 54 kerusi berbanding DAP 28 kerusi.
Kalau berdasarkan kepada bilangan kerusi NYATALAH KALAU PAS + UMNO SAHAJA ADA 102 KERUSI ORANG ISLAM( belum campur sebahagian kerusi PKR),
SUDAH TENTU IKUT LOGIKNYA BILA ADA CADANGAN NAK LAKSANA HUKUM ISLAM ,
102 KERUSI ADALAH MAJORITI(MENANG).

Tapi kenapa bila ada cadangan nak laksana hukum hudud di kelantan tidak berjaya??
Sebab 79 kerusi UMNO yang kununnya perjuang islam TIDAK SOKONG cadangan tersebut!!!

Anda kena faham realiti semasa sebelum nak hukum haram ke,syirik dll.

Konsep demokrasi tak salah sebab ia buatan manusia danSUDAH TENTU boleh diubah sebagaimana anda boleh ubah suai rumah yang anda beli sendiri.

TAPI BOLEHKAH ANDA UBAHSUAI RUMAH YANG ANDA SEWA??

SEKARANG SISTEM DEMOKRASI ITU ADA DITANGAN UMNO SEBAGAI PEMILIK DAN PAS PULA SEBAGAI PENYEWA.

KALAU ANDA NAK TENGOK DEMOKRASI ITU BOLEH DIUBAHSUAI ATAU TIDAK,
SILALAH PAKAT RAMAI-RAMAI PANGKAH PAKATAN RAKYAT DALAM PRU13 NANTI....ALLAHU AKBAR!!!!

SAYA KATAKAN>>>

Inilah PAS, demi untuk mendapat kedudukan dan kuasa sanggup bergelut dan bergelumang dalam sistem yahudi,
sanggup menempuh jalan yang berasingan untuk memenuhi keinginan dalam mentadbir kerajaan dengan sistem yahudi..
sedangkan dalam Al quran dan hadis nabi s.a.w jelas menerangkannya..

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,
ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ali 'Imran : 31

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”.
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu,
maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ”
[Al Baqarah 120]

Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda:
‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal,
sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’
Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’
Sabda beliau: “Siapa lagi.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

kamu mengajak saya menyertai demokrasi yang jelas mensyirikkan Allah,
merendah rendahkan hukum Allah seperti yang kamu perjuangkan diparlimen?
maaf, tidak sama sekali...
perjuangan kamu hanya bertopengkan islam tapi hakikatnya kamu tidak ada apa apa,
kamu hanya berani bersorak dinegara sendiri tetapi kamu adalah pergerakan paling pemalas dalam memberi pengorbanan atas agama..
kamu di malaysia saja, tak akan kemana mana pun, PAS bukan saja berada di bawah tempurung tetapi juga berada dalam lubang biawak..
---------------------------------------------------
Reply
ClassicBerbisik  3 February 2013 16:43

SAYA KATAKAN>>>
Undi memang tidak salah,
Tapi jangan sesekali samakan memilih imam dalam solat dengan mengundi dalam demokrasi yahudi YA..
Solat tu datang dari siapa dan demokrasi tu datang dari siapa?
Pemilihan khulafa ar rasyidin pengundian di atas apa, demokrasi atau sistem syura?
agak agak la...
Jangan mencampur adukkan perkara yang HAK dan yang jelas BATHIL..

PAS KATAKAN>>>
"JANGAN AMBIL CONTOH PARA NABI DAN RASUL DALAM SOAL MEMILIH PEMIMPIN"..?

SAYA KATAKAN>>>

AYAT INI DAH TERPESONG NI,
kenapa perlu nyatakan jika benar ia mutlak?
apa PAS ikut jalan para nabi dan rasul a.s atau jalan para sahabat r.a?
tidak, jalan kamu terpesong dari sunnah...
jalan yahudi yang kamu ambil dan kamu berbangga diatas jalannya..
JALAN KESESATAN...

PAS MENULIS>>>
Parlimen itu adalah tempat untuk membentang cadangan,bahas usul,undi dan terakhir meluluskannya.
Parlimen tidak salah TAPI yang salah ialah orang yang menguasai parlimen itu.
HUKUM ISLAM TIDAK AKAN DI HINA DI PARLIMEN SEKIRANYA KITA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK MEMILIH ORANG YANG ANTI HUKUM ISLAM DUDUK DALAM PARLIMEN.

SAYA KATAKAN>>.
Macam mana PAS boleh yakin jika hukum Allah tidak dihina di parlimen?
jangan mengarutlah, selagi perjuang itu tertakluk dalam perlembagaan demokrasi,
selagi itulah hukum hukum Allah akan dipermain mainkan,
diperkotak katikkan bahkan dihina..
seperti yang saya katakan,
didalam parlimen ada orang kafir, ada yang jujur dan berilmu,
ada yang fasiq dan sebagainya..
jadi bagaimana kamu boleh yakin bahawa hukum Allah tidak akan dihina...

Ambillah contoh perjuangan rasulullah s.a.w dari permulaan (awal islam),
jangan ambil perjuangan di permulaan yang dibawa oleh orang orang kafir ke tanah orang orang islam yang gila menjajah suatu masa dahulu (DEMOKRASI)..

atau kamu ini berfahaman seperti syiah?

http://www.youtube.com/watch?v=8ZERBfMcBN8
-----------------------------------------------------
Reply

JUNDULLAH  3 February 2013 22:23

kami tahu anda karkun tabligh(berdasarkan cara berfikir) dapat dilihat dari tulisan anda.spisis fuad akmal,hafiz kilau,azharjaafar dll.

kami malas nak ulang isu yang telah dijawab banyak kali dalam blog ini.kalau anda masih berkeras dengan dakwaan anda itu sila anda hentam ustaz hambali(ahli syura tabligh) dalam blog ini:

http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/03/politik-vs-syura.html

juga sila hantar komen anda ini pada mufti Taqi Usmani (ulama deoband-tabligh) di link:

http://ihyaaturaathina.blogspot.com/2012/06/nasihat-ttg-mengundi.html

sebagai orang awam(jahil) setiap hujjah(al quran/hadith) yang kita kemukakan sebagai dalil mesti disertakan pandangan ulamak tentangnya sebab teks-teks ilmu islam itu hanya difahami maksud sebenarnya oleh para ulama sahaja.

Mufti Taqi Usmani adalah ulama tersohor deoband ketika ini.BAGAIMANA PENGIKUT BOLEH LEBIH ALIM(PAKAR ) DARI GURU??
-----------------------------------------------------
JUNDULLAH  3 February 2013 22:40

ADAKAH ULAMA /AHLI SYURA TABLIGH MENGAJAR PENGIKUTNYA BUAT FITNAH??

ADAKAH MENGADAKAN DIALOG DENGAN ULAMA SYIAH OTOMATIK MASUK SYIAH??
AMARAN..!!!!!!!!!!!JANGAN TONJOLKAN KEJAHILAN ANDA....

PENCERAHAN VIDEO TERSEBUT IALAH:

Muktamar Wehdatul Islamiyah :
Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200
 orang ulama' dari seluruh dunia dari PELBAGAI ALIRAN PEMIKIRAN DAN MAZHAB bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.