Friday, April 12, 2013

MENGERJAKAN `UMRAH BERULANG KALI DALAM SETAHUN



Sebenarnya haji dan `umrah sudah pun terkenal di zaman jahiliyah. Masyarakat Jahiliyah bertawaf dengan bertelanjang. Apabila Islam datang, adat Jahiliyah yang keji ini dihapuskan, begitu juga dengan adat-adat dan kemungkaran yang lain.
`Ibadah haji juga terdapat dalam syari'at yang lain. Ada yang mengatakan bahawasanya Nabi Adam عليه السلام berulang kali mengerjakan haji. Jibri عليه السلام memberitahunya bahawa malaikat bertawaf mengelilingi Kaa`bah. Nabi Ishaq dan nabi-nabi yang lain عليهم السلام juga mengerjakan haji. Menurut sebahagian ulama رحمهم الله , semua Nabi عليهم السلام mengerjakan haji.
Di antara ayat-ayat yang menandakan bahawasanya haji telah pun ada dan di laksanakan sebelum Islam, adalah :
وإذ بوأنا لإبراهيم مكان البيت ألا تشرك بي شيئاً وطهر بيتي للطائفين والقائمين.والركع السجود
" Dan ingatlah ketika KAMI ( الله ) tempatkan untuk Ibrahim tempat Al BAIT, Kami titahkan: Hai Ibrahim ! janganlah engkau menyengutukan sesuatu dengan-KU dan sucikanlah rumah-KU untuk mereka yang tawaf, i'tikaf, ruku` dan sujud. " ( Al Hajj : 26 ).
Dan firman ALLAH :
" Serulah manusia wahai Ibrahim, tentang haji nescaya mereka akan datang kepadamu dari segenap penjuru. "( Al Hajj : 22 ).
Diriwatkanlah oleh Al Bukhari, Muslim dari Ash Sya'bi رضي الله عنه , ujarnya :
" Di Safa ada satu berhala yang dinamakan Asaf dan di Marwah ada satu patung yang dinamakan Naa ilah . Masyarakat jahiliyah bersa'i di antara keduanya " . Setelah Islam datamg , berhala-berhala itu disingkirkan dari situ. Umat Islam beranggapan bahawa orang-orang Jahiliyah bersa'i kerana berhala. Lantaran itu ummat Islam enggan bersa'i, maka الله menurunkan ayat :
إنَّ الصَّفَا وَالمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللهِ
" Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah dari syi'ar-syi'ar الله " ( Al-Baqarah ;158 ).
Dalam sebahagian riwayat diterangkan bahawa ketika turun ayat haji :
ومن كفر فإن الله غني عن العالمين
“Dan barang siapa mengingkari ( kewajiban haji ), maka sesungguhnya الله Maha Kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu ) dari semesta alam . “ ( Aali `Imran 3 : 97) Rasulullah صلى الله عليه وسلمmengumpulkan orang-orang musyrikin, Nasrani dan Yahudi, Majusi dan Saabi'in serta memberitahu mereka bahawasanya الله telah memfardhukan haji, dan hendak lah mereka semua berhaji. Perintah ini ditaati oleh Muslimin رحمهم الله dan ditolak oleh orang-orang Kafir.
Oleh itu turunlah firman
ومن كفر فإن الله غني عن العالمين
" Dan barang siapa yang kufur ( tidak mahu mengerjakan haji ), maka sesungguh nya الله Maha kaya dari semesta alam." (Aali Imran: 97 ).
Sebelum ini kita telah menjelaskan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم berhaji sekali sahaja iaitu pada tahun 10 Hijriah. Manakala para Muslimin رحمهم الله telah berhaji pada tahun 9 Hijriah iaitu sesudah Fathu Makkah ( Pembukaan dan pembebasan Makkah ). Sahabat yang dilantik mengetuai haji ketika itu ialah Abu Bakr رضي الله عنه .
Pada tahun tersebut Nabi صلى الله عليه وسلم bersama para sahabat رضي الله عنهم tidak turut serta kerana orang-orang musyrikin masih berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah. Mereka masih masuk ke dalam masjid dan bertawaf dengan bertelanjang. Lantaran itu Nabiصلى الله عليه وسلمmenunda hajinya selama satu tahun.
Pada tahun 9 Hijriah itu Nabi صلى الله عليه وسلم menyuruh `Ali menyusul Abu Bakr radhiallaahu `anhuma dan menyampaikan kepada khalayak yang berkumpul pada hari Nahar ( hariraya ) bahawa orang-orang musyrikin tidak dibenarkan berhaji lagi pada tahun akan datang dan tidak boleh lagi bertawaf dengan bertelanjang.
Dengan demikian murnilah Kaa'bah sebagai tempat beribadah kepadaالله dan murnilah Al Masjidil Haram untuk orang-orang yang mengerjakan tawaf, ruku' dan sujud.
Pada tahun 10 Hijriah Nabi صلى الله عليه وسلم mengerjakan haji yang kemudian terkenal dengan “ Hajjatul Wada “ ( Haji Selamat Tinggal atau Haji Perpisahan ). Haji yang dikerjakan Nabi
صلى الله عليه وسلم inilah yang menjadi pegangan kita dalam mempelajari ibadah haji dan `umrah.
Nafi` رحمه الله menerangkan , bahawa Abdullah Ibnu `Umar رضي الله عنهber`umrah dua kali setiap tahun di masa pemerintahan Az Zubair رضي الله عنه .
Al Qassim menerangkan bahawa 'Aisyah رضي الله عنها ber`umrah dua kali dalam setahun. Ada orang bertanya adakah perbuatan 'Aaisyah رضي الله عنها itu dicela oleh sebahagian sahabat
رضي الله عنهم atau adakah yang mencelanya ? Al Qassim رحمه الله berkata : " Subhaanallaah ! tiada siapa yang mencela perbuatan Ummul Mu'minin radhiallaahu `anha. “
Demikianlah pendapat `Ulama رحمهم الله , disukai ber`umrah berulang kali dalam setahun seperti yang dilakukan oleh `Ali, Ibnu `Umar, Anas, Ibnu `Abbas dan `Aaishah
رضي الله عنهم , kerana Nabiصلى الله عليه وسلم bersabda : “Dari satu `umrah ke `umrah yang berikutnya adalah kaffarah ( pembersih dosa ) yang ada di antara keduanya.”( HR Ahmad, Al Bukhari dan Muslim رحمهم الله ).
Dan dari Ibnu Mas`ud رضي الله عنه , bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda : " Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga ." ( HR At Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban . Kata At Tirmidzi : hadith ini darjatnya hasan sahih ) .
kata Ibnu `Abbas Radhiallaahu `anhuma bahawa Nabi صلى الله عليه وسلمbersabda : “ Satu `umrah dalam bulan Ramadhan menyamai satu haji atau haji bersamaaku.“ ( HR Al Bukhari dan Muslim رحمهما الله ) .
Imam Malik رحمه الله pula tidak menyukai kita berihram lebih dari sekali dalam setahun.
Kata Ash Sheikh `Abdul `Aziz Bin Abdullah Bin Baz رحمه الله : “ Ada pun mengerjakan `umrah berulang kali selepas selesai mengerjakan haji dengan keluar untuk berihram ke Tan`im, Ji`raanah atau lainnya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang padahal sudah mengerjakan `umrah sebelum haji, tidak mempunyai satu dalil pun yang menunjukkan disyariatkan amalan ini. Bahkan nas-nas yang ada menunjukkan bahawa yang utama ialah meninggalkannya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم tidak pernah melakukannya setelah mereka menyelesaikan haji , kecuali `Aaishahرضي الله عنها . Beliau mengerjakan `umrah adalah kerana beliau belum lagi mengerjakan `umrah bersama orang lain ketika masuk Makkah kerana datangnya haidh. Kerana keuzurannya beliau meminta izin Nabiصلى الله عليه وسلم untuk mengerjakan `umrah , sebagai ganti umrahnya yang telah diniatkan sejak dari Miqat dan Nabi صلى الله عليه وسلمmengizinkannya . Dengan demikian beliau telah mengerjakan `umrah sebanyak dua kali, iaitu `umrah yang dilakukan bersamaan dengan amalan hajinya dan `umrah secara tersendiri. Oleh itu sesiapa yang mempunyai kes sama seperti `Aaiahah رضي الله عنها maka tidak mengapa dia mengerjakan `umrah selepas selesai haji kerana mengamalkan hadith ini dan memberi keluasan kepada umat Islam . Namun begitu, tidak diragukan lagi, selain `umrah yang telah mereka lakukan ketika masuk Makkah , adalah menyusahkan orang ramai dan menyebabkan berasak-asakan serta boleh menyebabkan kecelakaan , di samping menyalahi sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم . “
Shaikhul Ibnu Taimiah رحمه الله memakruhkan memperbanyakkan keluar dari Makkah untuk mengerjakan `umrah sunat dan ianya bid`aah kerana ittifaq ( sepakat ) `ulama rahimahullah menyatakan bahawa ianya tidak pernah dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم , para sahabat dizamannya kecuali `Aaishah رضي الله عنهم kerana kesnya berlainan seperti yang telah diterangkan di atas. Menurut beliau lagi mengerjakan `umrah pada selain bulan-bulan haji adalah lebih afdhal dari ber`umrah dalam bulan-bulan haji dan yang afdhal ialah dalam bulan Ramadhan kerana hadith :
“ `Umrah dalam bulan Ramadhan menyamai satu haji .“ ( HR Al Bukhari dan Muslim رحمهما الله ) .
Manakala Ibnul Qayyim رحمه الله pula berpendapat bahawa ber`umrah dalam bulan-bulan haji lebih afdhal dari ber`umrah pada selain bulan-bulan haji .
Pendapatnya ini berasas kerana menurut pandangannya bahawa masyarakat Jahiliyyah menganggap bahawa ber`umrah di bulan haji merupakan kejahatan besar. Mereka mengatakan bahawasanya `umrah dilakukan setelah berakhirnya bulan Safar apabila telah selesai jejak kaki orang berhaji dan semua mereka telah kembali dari haji .
Ada pun mengerjakan umrah sebanyak 7 kali sebagaimana dilakukan oleh sesetengah orang adalah menyalahi sunnah. Yang lebih teruk lagi ialah beriktiqad bahawa mengerjakan 7 kali umrah menyamai satu haji kerana tiada hadith yang menerangkanya. Oleh itu hendaklah menjauhkan diri dari berikiqadkan sedemikian kerana di khuatiri menambahkan hadith palsu. Sabda Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam : Baransiapa yang mengtakan ucapan yang bukan aku ucapkan maka sesungguhnya dia telah menempah sebuah kerusi dalam neraka ".
Adalah lebih baik sekiranya seseorang yang telah selesai mengerjakan umrah buat pertama kalinya megerjakan pula umrah untuk arwah yang telah meninggal dunia. Selepas itu memperbanyakkan tawaf di Baitullah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan kepada umat Islam agar mereka melaksanakan tawaf di Baitullah Ka’bah, sebagai rumah pertama yang dibinakan untuk manusia, di mana kaum muslimin berkumpul di tempat tersebut sebagai tanda berserah diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Demikian besarnya peranan tawaf dalam amalan haji dan umrah, sehingga Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan amalan pertama yang dilakukan seorang yang menunaikan ibadah haji dan umrah ketika memasuki Masjidil Haram adalah tawaf. Demikian pula akhir amalan mereka diakhiri dengan Tawaf Wada’. Telah diriwayatkan dalam Al-Bukhari dan Muslim dari hadith `Aisyah radhiyallahu 'anha dia berkata:
“Sesungguhnya yang pertama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memulai dengannya ketika datang adalah berwudhu kemudian tawaf.”
Ini juga menunjukkan bahwa tawaf di Ka’bah merupakan ibadah yang mulia dan ketaatan yang amat besar, amalan yang sangat dicintai Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sehingga seseorang tidak diperbolehkan melakukan tawaf di suatu tempat (selain Ka’bah) dengan maksud bertaqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: “Kaum muslimin telah bersepakat bahwa tidak disyariatkan tawaf kecuali di Al-Baitul Ma’mur (Ka’bah). Sehingga tidak boleh tawaf di batu besar Baitul Maqdis, tidak di kamar Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, tidak di kubah yang ada di bukit Arafah, dan tidak pula di tempat lainnya.” (Majmu’ Fatawa, 4/522)
Beliau rahimahullah juga berkata: “Di bumi ini, tidak ada sebuah tempat yang dibolehkan tawaf padanya seperti tawaf di Ka’bah. Barangsiapa berkeyakinan bahwa tawaf di tempat lainnya disyariatkan maka dia lebih jahat dari orang yang meyakini bolehnya solat menghadap selain Ka’bah. Sebab Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tatkala berhijrah dari Makkah ke Madinah, beliau solat memimpin kaum muslimin selama 18 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, yang menjadi kiblat kaum muslimin selama kurun waktu tersebut. Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala pindahkan kiblat ke arah Ka’bah dan Allah Subhanahu wa Ta'ala turunkan Al-Qur`an tentang hal tersebut, sebagaimana yang disebutkan dalam Surat Al-Baqarah. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersama kaum muslimin solat menghadap ke Ka’bah yang telah menjadi kiblat, dan itu adalah kiblat Ibrahim dan para nabi selainnya. Maka barangsiapa yang menjadikan sakhrah (batu besar di Baitul Maqdis) pada hari ini sebagai kiblat yang dia solat menghadap ke arahnya, maka dia kafir murtad dan diminta bertaubat. Jika tidak mahu maka dia dibunuh. Padahal dahulu batu itu berstatus sebagai kiblat. (Al-Fatawa, 27/10-11)
KESIMPULANNYA :
Tidaklah menjadi kesalahan kita melakukan umrah yang sunat untuk kali yang kedua , sekiranya kita mempunyai wang untuk mengerjakan haji tetapi jika dengan sebab kita mengerjakan umrah maka kita tidak mempunyai wang untuk mengerjakan haji maka itu adalah salah dan mungkin jadi haram..
Walaubagaimanapun sekiranya kita nak kerjakan umrah sunat tetapi kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak juga pergi melancung ke tempat lain maka adalah lebeh baik kita mengerjakan `umrah.
Sekian semoga bermanfaat. WALLAAHU `AA`LAM. Semoga kita semua sentiasa dibimbing, diberkati, dirahmat dan di lindungi ALLAH dari segala musibah.Aamin Yaa Rabbal `aa lamin. Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Saudaramu sesama Islam
naasiha@yahoo.com

Wednesday, April 10, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 29



Reply
Ibn Hussain  2 March 2013 16:14
Tuan-tuan yg mulia sekelian, adakah saya sokong Ustaz Kamal kerana dia buat tabligh macam saya juga? Habis nanti waktu PRU13 nanti saya nak sokong sapa? Sbb org takde jadi calon.
Cuba jangan jumud sangat cara berfikir tu. Saya menulis dan Ustaz Kamal menulis atas pengalaman sendiri berhadapan dengan org2 sebegitu tp bukan semua org PAS begitu.

Tuan tulis"solat berjemaah tak semestinya hanya di masjid/surau.Kami ketika buat usrah bila masuk waktu solat terus kami solat berjemaah di tempat usrah itu diadakan.apa masaalahnya??"

Bila pula saya kata tuan2 tak boleh solah brjemaah kat tempat Usrah. Tafhaddal nak solat tp jalan, atas kapal, kat padang solat la, tp sebelum solat azan la dulu.Kerana azan itu dakwah yg sempurna dan azan dan solah berjemaah itu drp syiar2 agama (min sya'aa irillah)

Kenapa tiba2 tuan2 menuduh org2 tabligh macam org UMNO pulak? Adakah diam itu tanda setuju? Diam tanda setuju hanya terpakai kepada anak dara dlm bab nikah bukan dalam bab2 lain dlm agama. Apabila Saidatina A'ishah r.a difitnah adakah beliau menjawab?

Bagaimana anda katakan anda pelajar deoband tapi tidak memehami bahasa urdu, hanya salin dan tempek kat sini.Dalam bab ikhtilaf antara ulama2 deoband-barelwi-ahle hadith, tuan sahaja kena semak nama kitab,pengarang kitab, pencetak kitab dan menulis kepada musannifnya jika tidak faham atau keliru. dan di setiap kitab mereka terdapat muqaddimah oleh pencetak berserta ijazah mencetak serta kata2 aluan yg kedua2nya ditulis oleh org ulama2 berlainan. Untuk pengetahuan tuan2 nama yg betulnya Maulana Khalil Ahmad Ambetwi Shaharanfuri Madani Ayyubi Alansari (rah)pengarang kitab Bazlal Majhuud fi haal Abi Dawood yg kini berehat di Jannati Baqi'(Jadi Maulana Khalil Ahmad ni seorang Muhaddith bermazhab hanafi).Maulana Manzur Nu'mani (rah) pengarang kitab Ma'riful Hadith merupakan Syaikhul Hadith di Nadwatul Ulama lulusan Darul Ulum Deoband dan murid kpd Allaamah Anwar Shah Kahsmiri (rah) dan khalifah kpd Maulana Abdul Rahim Raipuri (rah).Maulana Manzur Nu'mani merupakan pengasas bersama Jamaat Islami. Beliau dan Maulana Abul Hasan Ali Annadwi kemudian meninggal Jamaat Islami kerana tidak bersetuju dengan tindakan Maududi yg membelakangkan para ulama. Tidak salah bagi tuan2 untuk membaca sejarah Islam di India terutamanya apa yg berlaku selepas tahun 1857. Kerana peristiwa yg berlaku selepas itu berhubung kait dengan negara kita dan apa yg berlaku di hijaaz. Akan bersambung ....
---------------------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  4 March 2013 09:45
anda tulis:

[Tuan-tuan yg mulia sekelian, adakah saya sokong Ustaz Kamal kerana dia buat tabligh macam saya juga? Habis nanti waktu PRU13 nanti saya nak sokong sapa? Sbb org takde jadi calon.
Cuba jangan jumud sangat cara berfikir tu. Saya menulis dan Ustaz Kamal menulis atas pengalaman sendiri berhadapan dengan org2 sebegitu tp bukan semua org PAS begitu.]

kami jawab:

kami tanya lain tapi tuan jawab lain.Soalan kami "tuan bela kebenaran atau bela jemaah tabligh"??
isu yang kami bawa bukan soal akhlak atau perangai individu tapi soal kesalahan menafsir nas-nas agama yang berleluasa di kalangan karkun tabligh.

So fokus kepada isu.

anda tulis:
Bagaimana anda katakan anda pelajar deoband tapi tidak memehami bahasa urdu, hanya salin dan tempek kat sini.

kami jawab:

sila semak balik tulisan kami tu.ayatnya berbunyi "katakan kami ini student deoband'bermakna kami buat satu contoh sahaja.subject BM (SPM) tuan setakat gred 8 je kot?

-----------------------------------------------------
Ibn Hussain  4 March 2013 19:31
Salam Tuan-tuan yg Mulia.
Marah ka? Sampai sebut macam ni"subject BM (SPM) tuan setakat gred 8 je kot?" Antum pejuang2 agama, kena tunjuk akhlaq yg mulia, percakapan, pertuturan, muamalat, mu'asyarat, tingkah laku, bersopan santunlah.
Adakah tuan-tuan tidak faham apa lalu iaitu tuan2 main post shj fatwa dlm urdu, scanned page kitab dalam urdu dan paling malang lagi semuanya di quote dalam kontek yg salah. Dan tuan2 dah buat pengakuan dengan ayat "katakan kami". Adakah dengan mengaku kami tak tahu itu menjatuhkan darjat? Bahkan Allah akan memberi kefahaman kepada org yg tawaddu' yg mengaku jahil dan tak tahu.
----------------------------------------------------
Reply
Ibn Hussain  2 March 2013 16:40
Tuan2 yg mulia, berikut adalah link kpd artikel yg menerangkan ikhtilaf deoband-barelwi, adakah ia furuudiyyah atau furu'iyyah? oleh Shaykh (Shaheed) Mufti Yusuf Ludhyanwi (RA)
http://www.central-mosque.com/fiqh/deobarelwee.htm

Yg kedua, analisa drp Shaykh Nuh Ha Mim Keller
http://www.central-mosque.com/aqeedah/imanktak.htm
Satu pencerahan yg sungguh molek dari seorang ulama yg rapat dengan Barelwi

Mohon dibaca kedua2 artikel dalam bahasa inggeris walaupun ambil masa lama. Buangkan sangkaan yg buruk pada ulamak.
------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  4 March 2013 13:01
Sebenarnya pertembungan antara deoband vs barelwi di India adalah pertembungan antara fahaman wahabi dengan ahli sunnah wal jamaah.Sama macam yang berlaku di malaysia antara kaum muda vs kaum tua.

isu nya pun hampir sama iaitu:

1- maulid nabi
2- baca yassin malam jumaat
3- kenduri arwah dan tahlil
4- baca talqin dll.

Isu ini adalah penyebab berlaku perpecahan di kalangan umat islam satu ketika dahulu samada di sini dan di India.Alhamdulillah di Malaysia isu wahabi ini semakin reda dan umat islam semakin memahami setelah mendapat pendedahan sebenar hasil kuliah-kuliah agama di masjid/surau dan peranan blog-blog oleh ustaz-ustaz yang memberi pencerahan.

Ini perkara asas yang perlu kita fahami dahulu supaya kita tidak terkeliru dengan melampirkan link-link ulama tertentu untuk membela atau menentang sesuatu isu.

Tuan melampirkan statement Shaykh (Shaheed) Mufti Yusuf Ludhyanwi dan Shaykh Nuh Ha Mim Keller untuk menuetralkan isu berbangkit tetapi tuan mengabaikan statement pihak deobandi sendiri seperti mufti Taqi Usmani dan darulifta deoband.org yang mengeluarkan pendapat dan fatwa bahwa barelwi pengamal bid'ah dan penyembah kubur.

sedangkan hakikatnya mereka tidak begitu.Buktinya adalah kenyataan Shaykh Nuh Ha Mim Keller sendiri yang tuan lampirkan itu.Satu lagi yang menjadi masaalah ialah pengikut tabligh di malaysia kebanyakannya condong kepada pandangan yang mengatakan barelwi itu sesat dan bid'ah.

Masaalah ini yang patut tuan selesaikan dikalangan ahli tabligh dengan menjelaskan perkara sebenar dalam blog-blog mereka.

Bukti pihak deoband dalam link ini:

Moulana Qamruz Zaman: keyakinan dan amaliyah sekte ini didasarkan pada cerita takhayul, dongeng, dan amalan bid'ah
beberapa diantara mereka menyembah kubur orang sholih, meminta pertolongan pada kuburan, bernazar dan melakukan penyembelihan hewan (berkurban) untuk kuburan tersebut
http://www.muftisays.com/qa/question/2459/who-are-the-barelvi.html

Mufti Deoband: Sah Sholat dibelakang Imam Brelwi jika dia tidak musyrik, tetapi hukumnya makruh tahrim (mendekati Haram)
http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=29012

Ust. Hambali: Belebih lagi yang berfahaman ajaran “Brelwi” atau juga dikenali sebagai “Grave Worshiper”. (penyembah kuburan)
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/02/tak-salah-jadi-tabligh-tapi-jawapan-ii.html
------------------------------------------------------
Ibn Hussain  5 March 2013 00:13
Salam Tuan-tuan Yg Mulia,
Tuan2 berkata: "Sebenarnya pertembungan antara deoband vs barelwi di India adalah pertembungan antara fahaman wahabi dengan ahli sunnah wal jamaah.Sama macam yang berlaku di malaysia antara kaum muda vs kaum tua"

Sungguh mudah tuan2 membuat kesimpulan satu puak wahabi satu puak ASWJ. Tuan2 dah baca ke belum sejarah Islam di India selepas 1857 bila dunia menyaksikan India bertukar drp Darul Islam kpd Darul Harb? Empayar Moghul jatuh sepenuhnya, Bahadur Shah Zafar dibutakan dan dibuang ke Rangnoon,Burma, 2 anak lelakinya dipancung didepan matanya. Senaraikan nama2 amir jihad dlm Sepoy Mutiny, dari kalangan ulama & sufi dari Madrasah Rahimiyyah.1866 Darul Ulum Deoband diasaskan.(Kenapa kat profail TGNAA tu tuan2 letak University Deoband?)
Siapakah Maulana Muhammad Qasim Nanotwi Siddiqqi Qureishi yg mengasaskan Darul Ulum?siapakah guru2nya,siapakah masyaikhnya?
Tuan2 pun kena kaji juga siapakah Maulana Ahmad Reza Khan?Bagaimana keadaannya sebelum dan selepas belajar di Mekah?Siapakah bapa,datuk dan guru2nya di India?

Saya juga ingin bertanya, adakah tuan-tuan pernah ke Markaz Barelwi di India atau Pakistan? Adakah semua Barelwi ini menyembah kubur dan sesat?

Siapakah sebenarnya yg menyebarkan fitnah2 yg mengatakan deoband wahabi, barelwi sembah kubur?

Tuan2 selepas kalah pada 1857 mereka bangun dengan darul ulum deoband.jika dahulu mereka dijajah inggeris hari ini org inggeris masuk Islam berduyun2 dan jumlah darul ulum di UK lebih banyak drp Malaysia. Darul Ulum Deoband lah yg masih mengekalkan dan memelihara pembelajaran ilmu agama dan ilmu hadith secara tradisional yg mana telah pupus di negara2 arab, kecuali madrasah2 yg diasaskan oleh org2 india dan nusantara serta di tarim yaman.

Satu lagi tuan "hukumnya makruh tahrim (mendekati Haram)" adakah dalam mazhab Hanafi ini maksudnya?

Nanti saya sambung lagi bab bidaah tu. Sementara tu baca2 lah biografi ulama2 tu. Beradablah dengan para Ulama. Qutbul Iqtaab AlHafiz Muhammad Zakiriyya AlKandahlawi Assidqi Alqureishi Al Madani (rah) memperuntukan satu bab khas dalam risalah Fadhaail Tabligh "Menghormati Alim Ulama". Begitu Tuan Guru Dr Haron Din dalm menerangkan knp ada ikhtilaf baina ulamak dan beliau juga menekankan perkara yg sama.
------------------------------------------------
JUNDULLAH  5 March 2013 11:00
Nampaknya tuan masih mempertikaikan bukti-bukti yang telah kami pamirkan sebelum ini dengan alasan kami hanya pandai tempek link dan scan kitab semata-mata tanpa mengkaji sejarah islam di India.

ingin kami tegaskan disini bahawa kalau sekadar mengkaji sejarah dalam teks lama(buku sejarah)tetapi mengabaikan kajian terperinci oleh pengkaji sejarah masa kini akan mengakibat pemahaman kita umpama 'katak bawah tempurung'.

Buktinya ialah sejarah peristiwa di balai polis Bukit Kepong yang selama ini kita di tipu hidup-hidup oleh Umno melalui buku teks lalu di filemkan peristiwa tersebut untuk tujuan menipu generasi selepas merdeka.

Untuk tahu apa sebenarnya yang menjadi punca perbalahan antara deobandi dan barelwi cukup dengan kita membaca kitab-kitab tulisan mereka.Antara isu yang menjadi perselisihan ialah

1. maulid nabi
2. Tawassul
3. Nur Muhammad dll.

Buktinya link ini:http://kitaabosunnat.wordpress.com/category/biddati-barelvi/page/4/

**CARI KITAB YANG DITULIS OLEH Shaykh Husain Ahmad Madni BERTAJUK 'Ash-Shihab-us-Saqib'>>>(BUKU TERKENAL mendedahkan PEMBOHONGAN DARI Barelvis.)

ADAKAH TUAN MASIH MENGATAKAN INI FITNAH SEMATA??

Tidak timbul dakwaan wujud pihak ketiga yang cuba melaga-lagakan deobandi dan barelwi sebab bukti jelas depan mata.Tuan nak nafikan apa lagi??

Soal siapakah tokoh-tokoh awal deobandi dan guru-gurunya dan jasa deobandi dalam penyebaran islam di India adalah tidak penting dalam kontek perbincangan disini.

Kami bagi satu analogi mudah:mantan MB selangor Umno(Khair Toyo)ketika menjadi menteri besar telah berkhidmat kepada rakyat selangor dengan menyediakan berbagai kemudahan insfrastruktur pembangunan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat.Tetapi apabila kerajaan bertukar tangan maka terdedahlah segala peyelewengan beliau selama menjawat jawatan tersebut.

Bagaimana kesalahan tersebut diketahui??
apabila kita menyiasat.
kenapa mesti disiasat??
kerana ia melibatkan hak rakyat.

Maka begitulah isu deobandi yang mungkin ada banyak jasanya kepada umat islam di india tetapi apabila disiasat(berdasarkan kitab-kitab tulisan ulama mereka) maka kita mengetahui kecelaruan aqidah dan fahaman yang mereka anuti boleh mempengaruhi umat islam yang lain kalau tidak didedahkan.

Adakah tuan sangka kami tidak tahu adab iktilaf dan kitab tulisan maulana zakaria itu??

bagaimana dengan link ini?

http://ia700403.us.archive.org/1/items/TheDifferencesOfTheImamsByShaykhAl-hadithMuhammadZakariyyaKandhelvi/TheDifferencesOfTheImamsByShaykhAl-hadithMuhammadZakariyyaKandhelvir.a.pdf

kebanyakan orang tabligh memandang rendah jemaah lain kerana tidak berdakwah sebagaimana mereka berdakwah.lalu mereka menyangka orang lain tidak tahu apa yang mereka tahu....
----------------------------------------------
Reply
Ibn Hussain  5 March 2013 14:28
Salam Tuan,
Apa yg cuba dibuktikan dengan link ini?
http://ia700403.us.archive.org/1/items/TheDifferencesOfTheImamsByShaykhAl-hadithMuhammadZakariyyaKandhelvi/TheDifferencesOfTheImamsByShaykhAl-hadithMuhammadZakariyyaKandhelvir.a.pdf

Adakah tuan2 dah membacanya? Kalau tak baca lagi, saya paste kat sini Isi Kandungan dia untuk tatapan orang yg suka copy, paste, forward.
AUTHOR’S FOREWORD
INTRODUCTION
PART ONE: THE ERA OF THE MESSENGER (pbuh)
The Primary Reason: VARYING COMMANDS FOR DIFFERENT PEOPLE AND CIRCUMSTANCES
Reason 2: A SPECIAL CASE IS TAKEN AS A GENERAL ORDER
Reason 3: A GENERAL ORDER IS TAKEN AS A SPECIAL CASE
Reason 4: A DIFFERENCE OF PERCEPTION
Reason 5: INTENTIONAL ACTION VS COINCIDENCE
Reason 6: UNDERLYING CAUSES
Reason 7: WORDS HAVE MULTIPLE MEANINGS
Reason 8: DIFFERENT TYPES OF INJUNCTIONS
Reason 9: AN INJUNCTION TO SHARPEN THE MIND
Reason 10: AFFECTIONATE INJUNCTIONS VS CAUTIONARY INJUNCTIONS
Compelling Interpretations
TWO CATEGORIES OF LAWS
FUNDAMENTAL AND SUBSIDIARY DIFFERENCES
DIFFERENCES: A SOURCE OF MERCY
Prejudice toward any School
PART TWO: THE ERA OF THE COMPANIONS & THE FOLLOWERS
Reason 1: Narration by Meaning
The Difficulty of Narrating by Memory
Reason 2: ABROGATION
Reason 3: THE PROBLEM OF HUMAN ERROR
Reason 4: LOVE FOR ALLAH’S MESSENGER (PBUH)
The Advice of Imam Bukhari to the Seeker of Hadith
Reason 5: EXCESSIVE LINKS BETWEEN NARRATORS
Reason 6: WEAK NARRATORS
Reason 7: FABRCATION OF HADITHS
Reason 8: TAMPERING WITH SOUND NARRATIONS
Weak Hadiths in the Later Generations
SUMMARY OF THE DIFFERENCES IN THE SECOND ERA
PART THREE: THE ERA OF MUJTAHID IMAMS & SOME PRINCIPLES OF HADITH AND JURISPRUDENCE
THE MAIN REASON FOR THE DIFFEENCES BETWEEN THE IMAMS
Some Principles of Hadith
TYPES OF HADITHS
THE BASIS OF REJECTION AND PREFERENCE
ASSESSMENT OF A NARRATOR
THE INDISPNSABILITY OF THE PRINCIPLES OP HADITHS
Some Principles of Fiqh: PRINCIPLES OF THE JURISTS FOR THE VALIDITY OF HADITHS
THE MOST BASIC REASON FOR DIFFERENCES
The Four Schools of Fiqh: THE OPINIONS OF THE IMAMS ARE ALL FROM THE HADTHS
Examples of the Multi -Faceted Methods of Inference
The Parable of the Imams of Hadith
INFERENCE IN OUR TIMES
THE APPROACH OF THE HANAFI SCHOOL OF THOUGHT
EPILOGUE
ABOUT THE AUTHOR
REFERENCES: 
-----------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  5 March 2013 16:21
tuan telah buat kerja yang tak berfaedah atau nak cover malu??
apa perlunya tuan copy n paste lagi??

klik saja link yang kami beri itu untuk membacanya.tanpa kitab maulana zakaria itu pun kita bisa temui bab yang sama dalam kitab ulama silam yang awal.

atau tuan nak lari dari isu sebenar?
kami tunjuk link kitab itu dengan tujuan nak bagi tahu kami pun tahu bab adab khilaf ulama.itu saje...

kembali kepada pokok perbincangan iaitu deobandi berfahaman wahabi dan deobandi menghukum sesat golongan barelwi...teruskan....
-------------------------------------------------
Reply
Ibn Hussain  5 March 2013 19:10
Salam Tuan2 Yg Mulia,
Sebenarnya tuan2 yg kena rasa malu sbb suka melampirkan sesuatu yg out of context.Kitab itu cerita pasai benda lain hang pa faham lain. Kalau ya pun baca la dulu. Satu lagi adab fil ikhtilaf bukannay adab khilaf. Saya punya posting tuan tak baca habis sbb tu pakai main sondoi semacam saja. Saya tulis bab ilmu dan menghormati ahli ilmu sbb Ugama itu urusan Ulama dan ulama itu waris/naib nabi. Maka beradablah bila bertutur, menyebut nama mereka dan lain perkara bila berurusan dengan mereka.

Satu perkara lagi jangan cepat beremosi kerana ia akan menyerlahkan sifat sebenar tuan2 sama macam sifat puak wahabi yg sangat syadiid dalam tindakan mereka.

Tuan2 tak jawab lagi soalan saya berkenaan malfoozat Maulana Muhammad Ilyas (rah) yg mengatakan Hadrat mengkafirkan umat terdahulu?
------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  5 March 2013 23:24
Tidak ada dalam syariat islam istilah malu dalam mencegah kemungkaran
Kitab apa yang anda maksudkan cerita bab lain tu?
Bila pula kami tulis maulana ilyas mengkafirkan umat terdahulu??
Nampak sangat anda pun tak baca dan fokus tulisan kami.
faham dulu ayat 'sesat tak semestinya kafir tapi kafir confirm sesat'
ungkapan yang digunakan ialah sesat bukan kafir ...ye..cuba check balik posting aswj vs deobandi ......

sepatutnya nasihat anda untuk beradab lebih afdhal ditujukan kepada karkun tabligh yang menghina ulamak dan para rasul dalam blog-blog mereka.Jangan jadi manusia yang kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata pura-pura tak nampak.itu ciri-ciri orang munafik.
----------------------------------------------------
Reply
Ibn Hussain  7 March 2013 19:24
Salam Tuan2 Yg Mulia
Tak kisah lah antum nak kata kafir atau sesat, yg pentingnya tunjukkan kat bahagian mana dlm malfoozat Maulana Ilyas (rah) tu yg tuan2 kata Hadrat Maulana menuduh org2 terdahulu sesat.
Kan perkara mudah pun tak boleh buat.
Disamping tu, tolong bagi juga takrifan Bida'ah sebelum kita berbincang berkenaan sunnah dan bida'ah serta cabang2nya. kemudian baru kita perhalusi fatwa2 ulamak aliran deoband, adakah betul kefahaman antum mengikut waqi' soalan itu ditanya.
--------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  10 March 2013 12:47
Beginilah sikap sebahagian besar orang tabligh yang ambil mudah,enteng,acuh tak acuh kepada perkara yang besar dan serius.Isu kafir dan sesat adalah sangat penting dan sensitif dalam islam.Kalau tidak mana mungkin khalifah Abu Bakar isytihar perang kepada golongan ini!!!

Tapi itulah realiti cara berfikir orang tabligh.Merek jahil kepada sebuah hadith nabi SAW mafhumnya:
Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (hadith riwayat Imam Bukhari)"

Dari hadith ini kita boleh menilai orang tabligh dalam ketegori mana....

Muhammad Mansur an-nu`many berkata :
“Muhammad Ilyas berujar dalam Malfudhatnya bahwa ummat Muhammad SAW pada masa sekarang telah ditimpa sebuah bencana, yaitu semua ibadat mereka hanyalah simbul dan tanda saja, sehingga seluruh pondok madrasah tempat yang diharapkan memperbaiki kebobrokan akhlaq sekarang hanyah tinggal simbol saja” (Malfuzat, hal : 11).


Seorang muballigh dan juga pengikutnya, Muhammad Hasan Khan berkata dalam Muqaddimah Miftahu at-Tabligh, hal : 7 sebagai berikut :
“Pada masa sekarang di mana seluruh ummat telah sangat jauh dari tuntunan agama dan banyak yang mempraktikkan kemusyrikan dan kekafiran, maka Allah SWT mengutuskan Syaikh Muhammad Ilyas dengan penuh mu`jizat dan menyalahi adat untuk memperbaiki ummat dan untuk mengajari agama yang benar kepada ummat ”.

Kami nak tanya anda...Apakah maksud ayat ini:" semua ibadat mereka hanyalah simbol dan tanda saja"??
sebenarnya ucapan maulana ilyas itu adalah itu adalah kesinambungan dari ucapan-ucapan ulama deobandi .Sebelum ini kami dah bagi link kitab-kitab yang ditulis oleh mereka yang sebulat suara menghukum kafir,sesat,musyrik dan bid'ah kepada golongan barelwi di india hanya kerana bertawassul.

Apakah link tersebut tidak cukup menjadi bukti deobandi ghairah mengkafir umat islam lain khususnya barelwi yang menjadi pegangan majoriti umat islam di benua India??
buktinya link ini: http://www.globalsecurity.org/military/intro/islam-barelvi.htm
http://geocurrents.info/cultural-geography/deobandi-islam-vs-barelvi-islam-in-south-asia

Jelas di buktikan dalam data maklumat link diatas menyatakan barelwi mewakili majoriri umat islam di benua india.

Anda kenal Anwar Shah kasymiri ??
beliau adalah antara ulama awal di sekolah deoband.Beliau juga telah menghukum sesat dan kufur kepada umat terdahulu .boleh baca link ini: http://www.central-mosque.com/fiqh/dmawlid1.htm

ringkasan: [The celebration of the mawlid is an innovation in religion. Neither was it the practice of the Prophet صلى الله عليه و سلم nor did the companions or tabi’een celebrate this occasion. The great scholar, Allamah Anwar Shah Al-Kashmiri (May Allah Ta'ala be pleased with him) has said......

Sudah terang lagi bersuluh deobandi@tabligh adik beradik dengan salafi wahabi yang suka menyesatkan umat islam lain secara borong tanpa dalil yang benar dan sahih.

-------------------------------------------------
Reply
Ibn Hussain  11 March 2013 13:20
Macamman antum boleh mengatakan ana org2 besar tabligh, kenal ana pun tidak. Satu perkara lagi, kalau nak quote Malfoozat tu ambillah sepenuhnya drp Kitab Asal@Inggeris@Melayu, bukan capy & paste drp laman Indonesia yg tidak merujuk kepada kitab Inggeris yg menjadi sumber terjemahan.
"Kami nak tanya anda...Apakah maksud ayat ini:" semua ibadat mereka hanyalah simbol dan tanda saja"??" Maksudnya amalan yg tiada lagi roh/haqiqat. Amalan yg tiada lagi haqiqat amal akan menjadi adat atau ritual dlm bahasa org putih.

"[The celebration of the mawlid is an innovation in religion. Neither was it the practice of the Prophet صلى الله عليه و سلم nor did the companions or tabi’een celebrate this occasion. The great scholar, Allamah Anwar Shah Al-Kashmiri (May Allah Ta'ala be pleased with him) has said"
Adakah Hadrat Anwar Shah (rah) seorang shj yg berpendapat begini? Adakah tuan telah merujuk pendapat Ulamak Salaf? Bida'ah adalah bab yg dibincangkan dengan terperinci oleh ulama salaf & khalaf. Ringkasnya rujuk lah Ensiklopedia Bida'ah.

Antara sifat Wahabi ialah dengan mudah menuduh org lain sesat sama macam antum.
-----------------------------------------------------
JUNDULLAH  11 March 2013 15:40
Sahlah anda ni fail subjek BM...dan anda masih budak lagi atau student...
cara berfikir yang tidak matang..

kami tulis "sebahagian besar orang tabligh" bukan 'orang besar tabligh'...malunya...

kitab malfoozat tu kan kami bagi link satu buku?...aduhhhh!!!..tak cerdik sungguh anda ni

Isu ni kami dah bincang dgn karkun lain lama sebelum ini.anda ulang benda yang sama jadi kami malas nak respon secara detail.Kami bagi link dan anda baca dan faham sendiri.

lepas ni kami malas nak publish komen anda sebab tak ada manfaatnya layan budak-budak.untuk akhirnya baca bukti wahabinya deobandi:

http://en.wikipedia.org/wiki/Deobandi
-------------------------------------------------------
JUNDULLAH  12 March 2013 13:57
kepada ibnu hussain

kami terpaksa block komen anda kerana:

1. bertanya soalan yang sama yang telah pun dijawab sebelum ini.
2. menunjukkan sikap kebudak-budakan (tidak matang)
3. Jawapan telah diberi tapi masih suka spin ayat kami.

Sepatutnya bila kami dah bagi sumber link jadi kreatiflah sikit untuk mencari maklumat lain tapi masih dok nak provokasi jawapan kami.

anda bertanya kenapa kami ambil sumber dari ulama wahabi?
kami dah jawab dulu lagi.kami ikut perintah Saidina Ali ra kata:'jangan tengok siapa yang berkata tapi tengok apa yang dia kata'.

Maksud ayat itu ialah 'walaupun orang wahabi yang cakap tapi sekiranya ia bertepatan dengan nas al quran dan hadith maka boleh ambil pendapat tersebut'

Anda tanya kitab al Raheeq al Makhtum muka surat berapa?
jawapannya kalau kitab dalam bentuk PDF muka surat 280 di bawah tajuk PEPERANGAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH.

Anda tanya tentang sirah Ibn Hisyam muka surat berapa?

kami jawab: >>>>muka surat 56 versi english seperti dalam link ini:
http://www.kalamullah.com/Books/Sirat%20Ibn%20Hisham.pdf

Anda tanya kenapa kami ambil sumber CIA (global security) dan wikipedia?

kami jawab:

kenapa orang tabligh boleh percaya PEMBOHONGAN ASKAR YAHUDI SEPERTI DALAM LINK INI:
http://layarkeinsafan84.blogspot.com/2012/01/kebenaran-usaha-dakwah-tabligh-diakui.html

KALAU PARA RASUL PUN MEREKA BOLEH MENIPU TIBA-TIBA TABLIGH PULAK LEBIH HEBAT DARI NABI??
Kalau tabligh boleh percaya cakap yahudi(jahat no 1) maka kenapa nak melenting bila kami percaya cakap nasrani CIA (jahat no 2).Sebenarnya sumber maklumat berkaitan tabligh tak semuanya dari CIA,KGB,mossad dll.Ada maklumat dari pengkaji sejarah muslim yang dedah kebathilan tabligh di India dan pakistan.

Orang tabligh mendakwa askar yahudi takut dengan orang tabligh lalu membenarkan JT buat markaz kat Israel.ANALOGINYA SEPERTI SEORANG PEROMPAK YANG DATANG KE RUMAH SESEORANG UNTUK MEROMPAK MAKA OLEH KERANA TAKUT KEPADA PEROMPAK TERSEBUT MAKA TUAN RUMAH DENGAN SENANG HATI MEMPELAWA PEROMPAK ITU MASUK KERUMAHNYA....PUNAH RANAH JADINYA.....

macam cerita kartun.....

para nabi dan rasul pun di perangi tiba-tiba orang tabligh lebih hebat dari nabi....?????

hanya karkun musafir yang tak percaya maklumat wikipedia .kami anggap ia macam cerita israeliyat.terima pun tidak..tolak pun tidak...
----------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  12 March 2013 15:53
karkun ibn hussain,

untuk soalan tentang maulid nabi sila rujuk link ini:
http://www.alkhoirot.net/2012/02/hukum-maulid-nabi.html

LIHAT ADA BEZA ANTARA ULAMA ASWJ YANG TULIN DENGAN ULAMA WAHABI

NAK LEBIH DETAIL LINK INI:

http://salafytobat.wordpress.com/category/bukti-scan-kitab-legalitas-maulid-
nabi-menurut-imam-sunni/

APAKAH PERBEZAANNYA???

ULAMA ASWJ MENGHUKUM HARUS ATAU BID'AH HASANAH(TERPUJI)SEBALIK ANWAR KASHMIRI (ULAMA DEOBANDI) DAN LAINNYA MENGHUKUM MUSYRIK,KAFIR,BID'AH,SESAT KEPADA PENGASAS MAULID NABI IAITU Muzaffar ad-Din ibn Zain al-Din DAN BARELWI KERANA SAMBUT MAULID.

So masih nak membela deobandi tabligh lagi??
up to you lah....
-----------------------------------------------
Reply
Jumardi Hamba Pencipta  3 April 2013 20:19
Apapun kita lihat nanti di akhirat wahai saudara semua. Saya yakin dengan usaha dakwah dan tabligh ini. Semoga ALLAH terima pengorbanan saya.
---------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  4 April 2013 14:03
Kami syokan tuan buat solat istikharah(mohon petunjuk)kepada Allah hakikat jemaah tabligh terlebih dahulu lepas tu baru yakin.Jangan yakin hanya berdasarkan 'kulit' sahaja atau jangan tertipu dengan pandangan mata.Fakta dalam kitab malfuzat maulana ilyas sudah anda baca ke belum??
kitab makatib muhammad ilyas sudah baca ke belum?