Saturday, September 15, 2012

Azan & Iqamah bayi bersumberkan Hadis Palsu



Ada Empat hadith yang diriwayatkan dalam masalah azan pada telinga bayi ini.

Pertama:
Dari Abi Rafi maula Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam ia berkata : "Aku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga Al-Hasan bin Ali dengan azan solat ketika Fathimah Radhiyallahu 'anha melahirkannya".

Dikeluarkan oleh Abu Daud (5105), At-Tirmidzi (4/1514), Al-Baihaqi dalam Al-Kubra (9/300) dan Asy-Syu'ab (6/389-390), Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (931-2578) dan Ad-Du'a karya beliau (2/944), Ahmad (6/9-391-392), Abdurrazzaq (7986), Ath-Thayalisi (970), Al-Hakim (3/179), Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (11/273). Berkata Al-Hakim : "Sahih isnadnya dan Al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya". Ad-Zahabi mengkritik penilaian Al-Hakim dan berkata : "Aku katakan : Ashim Dha'if". Berkata At-Tirmidzi : "Hadith ini hasan sahih".

Semuanya dari jalan Sufyan At-Tsauri dari Ashim bin Ubaidillah dari Ubaidillah bin Abi Rafi dari bapanya.

Kedua:
Dan dikeluarkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (926, 2579) dan Al-Haitsami meriwayatkannya dalam Majma' Zawaid (4/60) dari jalan Hammad bin Syua'ib dari Ashim bin Ubaidillah dari Ali bin Al-Husain dari Abi Rafi dengan tambahan.

"Beliau azan pada telinga Al-Hasan dan Al-Husain".

Rawi berkata pada akhirnya : "Dan Nabi memerintahkan mereka berbuat demikian".

Dalam isnad ini ada Hammad bin Syuaib, ia dilemahkan oleh Ibnu Main. Berkata Al-Bukhari tentangnya : "Mungkarul hadith". Dan pada tempat lain Bukhari berkata : Mereka meninggalkan hadithnya".

Berkata Al-Haitsami dalam Al-Majma (4/60) : "Dalam sanadnya ada Hammad bin Syua'ib dan ia lemah sekali".

Kami katakan di dalam sanadnya juga ada Ashim bin Ubaidillah ia lemah, dan Hammad sendiri telah menyelisihi Sufyan At-Tsauri secara sanad dan matan, di mana ia meriwayatkan dari Ashim dan Ali bin Al-Husain dari Abi Rafi dengan mengganti Ubaidillah bin Abi Rafi dengan Ali bin Al-Husain dan ia menambahkan lafadz : "Al-Husain" dan perintah azan. Hammad ini termasuk orang yang tidak diterima hadithnya jika ia bersendiri dalam meriwayatkan. Dengan begitu diketahui kelemahan hadithnya, bagaimana tidak sedangkan ia telah menyelisihi orang yang lebih tsiqah darinya dan lebih kuat dhabitnya iaitu Ats-Tsauri. Kerana itulah hadith Hammad ini mungkar, pertama dinisbatkan kelemahannya dan kedua kerana ia menyelisihi rawi yang tsiqah.

Adapun jalan yang pertama yakni jalan Sufyan maka di dalam sanadnya ada Ashim bin Ubaidillah. Berkata Ibnu Hajar dalam At-Taqrib : "Ia Dhaif", dan Ibnu Hajar menyebutkan dalam At-Tahdzib (5/42) bahawa Syu'bah berkata : "Seandainya dikatakan kepada Ashim : Siapa yang membangun masjid Bashrah nescaya ia berkata : 'Fulan dari Fulan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa sanya beliau membagunnya".

Berkata Adz-Zahabi dalam Al-Mizan (2/354) : "Telah berkata Abu Zur'ah dan Abu Hatim : 'Mungkarul Hadith'. Berkata Ad-Daruquthni : 'Ia ditinggalkan dan diabaikan'. Kemudian Daruquthni membawakan untuknya hadith Abi Rafi bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam azan pada telinga Al-Hasan dan Al-Husain" (selesai nukilan dari Al-Mizan).

Maka dengan demikian hadith ini dha'if kerana perselisihannya pada Ashim dan anda telah mengetahui keadaannya.

Ibnul Qayyim telah menyebutkan hadith Abu Rafi' dalam kitabnya Tuhfatul Wadud (17), kemudian beliau membawakan dua hadith lagi sebagai syahid bagi hadith Abu Rafi'. Salah satunya dari Ibnu Abbas dan yang lain dari Al-Husain bin Ali. Beliau membuat satu bab khusus dengan judul "Sunnahnya azan pada telinga bayi". Namun kita lihat keadaan dua hadith yang menjadi syahid tersebut.

Ketiga:
Hadith Ibnu Abbas dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman (6/8620) dan Muhammad bin Yunus dari Al-Hasan bin Amr bin Saif As-Sadusi ia berkata : Telah menceritakan pada kami Al-Qasim bin Muthib dari Manshur bin Shafih dari Abu Ma'bad dari Ibnu Abbas.
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam azan pada telinga Al-Hasan bin Ali pada hari dilahirkannya. Beliau azan pada telinga kanannya dan iqamah pada telinga kiri".

Kemudian Al-Baihaqi mengatakan pada isnadnya ada kelemahan.

Kami katakan : Bahkan hadithnya maudhu' (palsu) dan cacat (illat)nya adalah Al-Hasan bin Amr ini. berkata tentangnya Al-Hafiz dalam At-Taqrib : "Matruk".

Berkata Abu Hatim dalam Al-Jarh wa Ta'dil 91/2/26) tarjumah no. 109 :'Aku mendengar ayahku berkata : Kami melihat ia di Bashrah dan kami tidak menulis hadith darinya, ia ditinggalkan hadithnya (matrukul hadith)".

Berkata Ad-Zahabi dalam Al-Mizan : "Ibnul Madini mendustakannya dan berkata Bukhari ia pendusta (kadzdzab) dan berkata Ar-Razi ia matruk.

Sebagaimana telah dimaklumi dari kaedah-kaedah Musthalatul Hadith bahawa hadith yang dhaif tidak akan naik ke darjat sahih atau hasan kecuali jika hadith tersebut datang dari jalan lain dengan syarat tidak ada pada jalan yang lain itu (jalan yang akan dijadikan pendukung bagi hadith yang lemah) rawi yang sangat lemah lebih-lebih rawi yang pendusta atau matruk. Bila pada jalan lain keadaannya demikian (ada rawi yang sangat lemah atau pendusta atau matruk, -pent) maka hadith yang mau dikuatkan itu tetap lemah dan tidak dapat naik ke darjat yang boleh dipakai untuk berdalil dengannya. Pembahasan hadithiyah menunjukkan bahawa hadith Ibnu Abbas tidak sepatutnya menjadi syahid bagi hadith Abu Rafi maka hadith Abu Rafi tetap Dhaif, sedangkan hadith Ibnu Abbas maudhu’.

Keempat:
Adapun hadith Al-Husain bin Ali adalah dari riwayat Yahya bin Al-Ala dari Marwan bin Salim dari Thalhah bin Ubaidillah dari Al-Husain bin Ali ia berkata: bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Siapa yang kelahiran anak lalu ia mengazankannya pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri maka Ummu Shibyan (jin yang suka mengganggu anak kecil) tidak akan membahayakannya".

Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman (6/390) dan Ibnu Sunni dalam Amalul Yaum wal Lailah (hadith 623) dan Al-Haitsami membawakannya dalam Majma' Zawaid (4/59) dan ia berkata : Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan dalam sanadnya ada Marwan bin Salim Al-Ghifari, ia matruk".

Kami katakan hadith ini diriwayatkan Abu Ya'la dengan nombor (6780).

Berkata Muhaqqiqnya : "Isnadnya rosak dan Yahya bin Al-Ala tertuduh memalsukan hadith". Kemudian ia berkata: 'Sebagaimana hadith Ibnu Abbas menjadi syahid bagi hadith Abi Rafi, Ibnul Qayyim menyebutkan dalam Tuhfatul Wadud (hal.16) dan dikelurkan oleh Al-Baihaqi dalam Asy-Syu'ab dan dengannya menjadi kuatlah hadith Abi Rafi. Boleh jadi dengan alasan ini At-Tirmidzi berkata : 'Hadith hasan sahih', yakni sahih lighairihi. Wallahu a'lam (12/151-152).

Kami katakan : tidaklah perkara itu sebagaimana yang ia katakan kerana hadith Ibnu Abbas pada sanadnya ada rawi yang pendusta dan tidak patut menjadi syahid terhadap hadith Abu Rafi sebagaimana penjelasan terdahulu, Wallahu a'lam.

Sedangkan haidts Al-Husain bin Ali ini adalah palsu, pada sanadnya ada Yahya bin Al-Ala dan Marwan bin Salim keduanya suka memalsukan hadith sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Ad-Dlaifah (321) dan Albani membawakan hadith Ibnu Abbas dalam Ad-Dlaifah nombor (6121). Inilah yang ditunjukkan oleh pembahasan ilmiah yang benar. Dengan demikian hadith Abu Rafi tetap lemah kerana hadith ini sebagaimana kata Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam At-Talkhish (4/149): "Perputaran hadith ini pada Ashim bin Ubaidillah dan ia Dhaif.

Syaikh Al-Albani telah membawakan hadith Abu Rafi dalam Sahih Sunan Tirmidzi no. (1224) dan Sahih Sunan Abi Daud no (4258), beliau berkata: "Hadith hasan". Dan dalam Al-Irwa (4/401) beliau menyatakan: Hadith ini Hasan Isya Allah".

Dalam Ad-Dha’ifah (1/493) Syaikh Al-Albani berkata dalam keadaan melemahkan hadith Abu Rafi' ini : "At-Tirmidzi telah meriwayatkan dengan sanad yang lemah dari Abu Rafi, ia berkata :

"Aku melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam azan dengan azan solat pada telinga Al-Husain bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya Fathimah".

Berkata At-Timidzi : "Hadith sahih (dan diamalkan)".

Kemudian berkata Syaikh Al-Albani : "Mungkin penguatan hadith Abu Rafi dengan adanya hadith Ibnu Abbas". (Kemudian beliau menyebutkannya) Dikelurkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman.

Aku (yakni Al-Albani) katakan : "Mudah-mudahan isnad hadith Ibnu Abbas ini lebih baik daipada isnad hadith Al-Hasan (yang benar hadith Al-Husain yakni hadith yang ketiga pada kami, -penulis) dari sisi hadith ini pantas sebagai syahid terhadap hadith Abu Rafi, wallahu 'alam. Maka jika demikian hadith ini sebagai syahid untuk masalah azan (pada telinga bayi) kerana masalah ini yang disebutkan dalam hadith Abu Rafi', adapaun iqamah maka hal ini gharib, .

Kemudian Syaikh Al-Albani berkata dalam Al-Irwa (4/401) : 'Aku katakan hadith ini (hadith Abu Rafi) juga telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas dengan sanad yang lemah. Aku menyebutkannya seperti syahid terhadap hadith ini ketika berbicara tentang hadith yang akan datang setelahnya dalam Silsilah Al-Hadith Adl-Dhaifah no (321) dan aku berharap di sana ia dapat menjadi syahid untuk hadith ini, .

Syaikh Al-Albani kemudian dalam Adh-Dha’ifah (cetakan Maktabah Al-Ma'arif) (1/494) no. 321 menyatakan : "Aku katakan sekarang bahawa hadith Ibnu Abbas tidak sepatutnya sebagai syahid kerana pada sanadnya ada rawi yang pendusta dan matruk. Maka Aku heran dengan Al-Baihaqi kemudian Ibnul Qayyim kenapa keduanya merasa cukup atas pendlaifannya. Hingga hampir-hampir aku memastikan pantasnya (hadith Ibnu Abbas) sebagai syahid. Aku memandang termasuk kewajiban untuk memperingatkan hal tersebut dan takhrijnya akan disebutkan kemudian (61121)" (selesai ucapan Syaikh).

Maka dengan demikian wajib untuk memperingatkan para penuntut ilmu dan orang-orang yang mengamalkan sunnah yang sahihah yang tsabit dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pada setiap tempat bahawa yang pegangan bagi hadith Abu Rafi' yang lemah adalah sebagaimana pada akhirnya penelitian Syaikh Al-Albani dalam Ad-Dha’ifah berhenti padanya. Dan inilah yang ada di hadapan anda. Dan hadith ini tidaklah sahih seperti yang sebelumnya beliau sebutkan dalam Sahih Sunan Tirmidzi dan Sahih Sunan Abu Daud serta Irwa’ul Ghalil, .
umrah murah
Kemudian kami dapatkan syahid lain dalam Manaqib Imam Ali oleh Ali bin Muhammad Al-Jalabi yang masyhur dengan Ibnul Maghazil, tapi ia juga tidak pantas sebagai syahid kerana dalam sanadnya ada rawi yang pendusta.
by ziyad » Feb 2nd, '05, 15:25

Thursday, September 13, 2012

Hukum al-Quran dalam CD, PDA dan handphone



Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin telah membuat kajian mengenai persoalan ini.
Merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Dr Husam, secara ringkasnya adalah seperti berikut:
Tidak syak lagi al-Quran yang kita dengar dari CD merupakan al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt. Namun ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran dari sudut tidak boleh disentuh kecuali dalam keadaan berwudhu' menurut pandangan kebanyakan ahli ilmu. Adalah harus menyentuh CD kerana al-quran yang terdapat di dalamnya tidak disimpan dalam bentuk huruf-huruf al-Quran tetapi ia disimpan dalam bentuk sistem binari. Iaitu satu sistem yang menggunakan kod tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit…. rujuk huraian pakar dalam bidang ini.
Walaupun CD tidak boleh disamakan dengan mashaf al-quran, tetapi aku berpandangan tidak harus merendah-rendahkannya dengan dibuang ke dalam tong sampah, khususnya apabila ditulis pada CD tersebut perkataan yang menyatakan ia adalah CD al-Quran.
Begitu juga dengan al-Quran yang terdapat dalam handphone, ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran yang memerlukan wudhu' untuk menyentuhnya seperti mazhab kebanyakan ahli ilmu.
Walaubagaimanapun aku berpandangan tidak harus membawa handphone ke dalam tandas dalam keadaan ayat-ayat al-Quran tertera di paparan skrin handphone tersebut kerana ia dikira menghina al-Quran. Namun tidak mengapa membawa masuk handphone tersebut ke dalam tandas dalam keadaan paparan skrin tidak mengandungi ayat-ayat al-Quran (setelah ditutup program al-Quran).
Ini ialah kerana tidak terdapat huruf-huruf al-Quran di dalam handphone tersebut kerana ia disimpan dalam bentuk sistem binari yang menggunakan kod-kod tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit….dan begitulah seterusnya seperti huraian pakar dalam bidang ini. Perkara ini adalah seumpama seorang yang hafaz al-Quran memasuki tandas dalam keadaan al-Quran berada dalam jiwanya.
Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa seperti yang dinyatakan oleh Dr Umar bin Muhamad as-Sabil rahimahullah: Apabila dirakam al-quran ke atas kaset dengan segala jenisnya seperti tali keset, video dan CD yang digunakan di dalam komputer atau seumpamanya, maka adalah harus bagi seorang yang berhadas kecil atau hadas besar menyentuhnya. Ini ialah kerana kaset dan yang seumpama dengannya tidak dinamakan mashaf (al-Quran) kerana al-Quran tidak boleh dibaca secara terus (direct) daripadanya. Adapun al-Quran yang didengari atau dibaca daripadanya adalah dengan bantuan alat-alat khusus yang lain. Oleh itu kaset-kaset ini tidak terpakai padanya seperti hukum menyentuh mashaf al-quran yang mesti berada dalam keadaan suci. Begitu juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Ahli-Ahli Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan
Fatwa Arab Saudi yang diketuai oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz.
Teks fatwanya ialah; "Tidak mengapa membawa atau menyentuh kaset yang dirakam di dalamnya al-Quran bagi orang yang sedang berjunub dan seumpamanya, sekian Wabillahi at-Taufiq".
Kesimpulannya, CD yang dimasukkan al-Quran di dalamnya tidak dikira sebagai mashaf al-Quran. Begitu juga dengan handphone yang dimasukkan al-Quran di dalamnya tidak dikira sebagai mashaf al-Quran. Wallahu A'lam. (tamat nukilan dengan adaptasi kajian Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin).
Sebagai kesimpulan, tidak mengapa bagi seseorang yang berada dalam keadaan berhadas samada hadas kecil atau hadas besar menyentuh atau membawa CD, PDA dan handphone yang dimasukkan ke dalamnya program al-Quran. Juga tidak mengapa membawa peralatan-peralatan tersebut ke dalam tandas dengan syarat ayat-ayat al-Quran tidak terpapar pada skrin. Juga tidak mengapa dan tidak dikira menghina al-Quran apabila seseorang itu meletakkan handphone atau PDA di dalam poket seluarnya setelah program al-Quran dimatikan dan tidak tertera ayat-ayat al-Quran pada skrin peralatan tersebut.
  والله أعلم
Rujukan
1) Islamonline (kajian Prof Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin)
Disediakan oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Wednesday, September 12, 2012

Gangguan Jin



Apa Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan?
"Gangguan jin menyerang tidak kira masa dan orang. Kita perlu mengetahui sedikit ilmu asas bagaimana untuk berhadapan dengan situasi gangguan jin dan makhluq halus. Ia baik untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan orang yang terdekat dengan kita.

Berikut ialah antara ikhtiar segera yang boleh dilakukan oleh seseorang Muslim jika berhadapan dengan gangguan jin, contohnya kerasukan atau diusik dalam bentuk jelmaan atau usikan:

1. Mula-mula sekali, beristighfarlah kepada ALLAH, tauhidkan ALLAH dan luruskan pengharapan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah gangguan itu.

2. Menyebut nama ALLAH dengan membaca “بسم الله” (bismillah) dan fahami bacaan tersebut.

3. Memohon perlindungan dengan ALLAH dari Syaitan yang dilaknat dengan membaca beberapa kali dengan jelas “اعوذ بالله من الشيطان الرجيم” (a`udzu billahi minasy-syaitaniirajim). Sebaik-baiknya fahami dan hayati sungguh-sungguh ayat tersebut.

4. Membaca beberapa kali surah al-Falaq dan sebaik-baiknya hayati ia.

5. Membaca beberapa kali surah an-Nas dan sebaik-baiknya hayati ia.

6. Membaca beberapa kali ayat al-Kursi (ayat ke-255 dari surah al-Baqarah) dan sebaik-baiknya hayati ia.

7. Bertakbir “الله اكبر” (Allahu Akbar) beberapa kali dan fahami maksudnya.

Itulah antara ikhtiar asas yang boleh dilakukan oleh seseorang apabila berlaku kecemasan sekiranya ada gangguan jin. Bacalah ayat-ayat di atas berulang-ulang kali dan dengan jelas. Jika kes kerasukan, bacalah dengan jahar (jelas dan bukan perlahan suaranya) agar jin yang nakal itu dengar. Tidak perlu tergopoh-payah ketika membacanya.

Teruskan membacanya walaupun mungkin kalian diejek, diludah, dimarah, dijerit, dikutuk, diganggu, dijeling, dimaki dan ditertawa oleh jelmaan jin atau mangsa rasukan. Sabar, cuba abaikan gangguan itu dan panjatkan pengharapan kepada pertolongan ALLAH.  ALLAH berkuasa ke atas segala sesuatu.
Insya’ ALLAH, dengan kehendak ALLAH, gangguan itu akan berhenti dan orang yang dirasuk itu akan sembuh.

Sebagai tambahan, boleh juga dibaca:

8. Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

السميع العليم في الارض ولا في السماء وهو شيء بسم الله الذي لا يضر مع اسمه

(bismillahilladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil-ardh wa la fissama’, wa hua assami`ul-`alim)

Maksudnya: “Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, tidak ada sesuatu apa pun di darat yang dapat memberikan mudharat, tidak juga di langit. Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, Maka Mengetahui”

9. Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

(a`udzu bi kalimaati llahi ttammati min sharri ma khalaq)

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sangat sempurna, dari segala kejahatan yang ada.”

10. Baca surah al-Fatihah dan fahami ia.

11. Baca surah al-Baqarah. Kalau tak sempat baca surah al-Baqarah atau tidak hafal, bolehlah pasang audio surah al-Baqarah.

Ikhtiar-ikhtiar di atas mempunyai fadhilat yang berbeza-beza tapi mempunyai maksud umum yang sama iaitu meminta perlindungan dengan ALLAH dari kejahatan makhluq samada dari kalangan jin atau manusia atau haiwan.

Percayalah sungguh-sungguh bahawa ALLAH sedang mendengar permintaan kita tatkala kita sedang memohon daripadaNYA. Dan yang paling penting, teguhkan hati bahawa hanya ALLAH yang mampu selesaikan masalah itu. ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan DIA lah yang hanya boleh membantu.
 Umrah disini..
ALLAHU A`LAM.

Tuesday, September 11, 2012

KOMEN PPIM HALAL KE HARAM ?



PPIM SERINGKALI DIHUJANI DENGAN EMEL DARIPADA PENGGUNA YANG MINTA KESAHIHAN EMEL FORWARD’ BERKENAAN PRODUK DAN RESTORAN-RESTORAN DI MALAYSIA. BERIKUT ADALAH KOMEN DARIPADA JABATAN PENYELIDIKAN PPIM. DISIARKAN JUGA ARTIKEL DARIPADA DR. M. AMJAD KHAN YANG BERTAJUK Why PIG FAT is not mentioned but CODE(S) are printed? (WHY E-CODES ARE DEVELOPED) untuk bacaan anda. 
 Masuk sini
Assalamualaikum wrt wbt, saudara-saudara dan sahabat-sahabat sekelian, Di bawah ini, kami siarkan jawapan yang diperolehi daripada LAMAN WEB JAKIM mengenai status halal haram produk dan syarikat-syarikat yang terbabit. Mungkin senarai ini boleh menjadi panduan kasar untuk kita memilih samada untuk terus mengguna / menyokong atau memboikot syarikat-syarikat tersebut. Namun begitu, pada pendapat kami, tanggungjawab mencari yang halal itu adalah terletak ke atas bahu kita sendiri (wajib).

Bahkan kita patut sentiasa berwaspada terhadap apa-apa makanan atau minuman yang dihulurkan kepada kita termasuklah mengetahui apakah sebenarnya status ramuan yang dilabelkan di bawah Pelabelan Kod E.

Kita hendaklah sedar bahawa sebenarnya tujuan pihak kapitalis merancang Pelabelan Ramuan Makanan di bawah Sistem Kod pada sekitar tahun 1800 an adalah sebahagian utamanya untuk mengelirukan Pengguna - khasnya Pengguna Islam. (Sila rujuk kepada pendapat Dr. M Amjad Khan di dalam artikel beliau “Kenapa perkataan “”Babi”” tidak di label dan diganti dengan” Kod E”. Apatah lagi terlalu banyak penambah makanan / komponen yang dikeluarkan dari hari ke hari, dengan pengunaan kaedah bercampur aduk yang sangat meragukan.


Hanya pihak pengeluar ramuan sahaja yang benar-benar mengetahui apakah komponen ramuan yang dicipta. Kita juga patut sedar bahawa 80% pihak kapitalis adalah orang kafir dan kebanyakan mereka merupakan manusia yang tamak dan haloba.   

Oleh yang demikian, cara yang paling berkesan untuk membalas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ialah
JANGAN membeli / memakan barang-barang yang meragukan.  Kita mesti bersatu, memboikot dan membeli hanya daripada pengusaha-pengusaha Islam sahaja.  Kita jangan terbawa-bawa dengan slogan “Malaysia Negara Islam” atau “Malaysia is a  Halal Hub”. 

Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah penerima risiko apa yang kita makan. Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM dan telah tersebar  luas melalui emel-emel anda.  

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe


Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran


Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express


Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Norainis Cookies
dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik
pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan
halal yang ditetapkan.

2. Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.   Bagi produk  jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat  pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui  sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

4. Café : Untuk makluman Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka  coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan  halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan  makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM 7. Confectionery Bakers Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Kings Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat  pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. 

8
. Restoran Burger King -  Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

9. Sosej ayam - Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

10.Berkenaan Mewarnakan rambut  : dari segi hukum syarak terbagi kepada

1) Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya  harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2) Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda
3) Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4) Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5) Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient / ramuan pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana, kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.  Yang menjadi persoalan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT  DYE atau SEMI PERMANENT DYE.  Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.  Utk pengetahuan, JAKIM  hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia  sahaja .
Masuk sini
Waallahualam