Saturday, September 7, 2013

JUNDULLAH VS KARKUN - Siri 36



JUNDULLAH  24 June 2013 16:10
karkun ibn hussain masih mengekalkan sikapnya sama macam karkun yang lain yang bila ada tokoh ulama yang mengkritik tabligh maka sekoyong-koyongnya mereka akan cari sisi negatif ulama tersebut dengan mengaitkannya dengan syiah dan sebagainya.

Sama dengan perangai Wahabi yang akan sedaya upaya memutar belitkan tulisan ulama muktabar dahulu seperti imam Abu hassan asy'ari dll.

apa nak dihairankan bila ulama hebat seperti Yusuf Qardhawi pun dituduh khawarij ...terimalah dengan hati yang terbuka bila anda dikritik.jangan jadi orang munafik yang sentiasa mencari helah untuk menutup kesalahannya.
---------------------------------------------------
Reply
Fikori  24 June 2013 19:05
Ni  link Ulama' Besar yang digelar Al-Azhar ke-2
Beliau lebih 'alim dari Dr.Yusuf Al-Qardawi dan TGNA

http://www.youtube.com/watch?v=2_-khrTQMWQ
-------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  24 June 2013 22:44
siapakah anda untuk menjadi hakim bagi menentukan ulama ni alim,ulama tu kurang alim dll??
Anda pernah dengar tak ucapan Saidina Ali yang berkata" jangan dilihat siapa yang berkata tapi lihat apa yang dia kata".

Apakah maksud ayat itu?? kalau anda tahu...cuba jelaskan...
-------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  24 June 2013 23:15
Kepada semua karkun tabligh khususnya ibn husain,al binory,fuad akmal,baik yang awal masuk dalam blog ini hingga yang terkini.Kami sebenarnya telah tahu sehingga ke akar umbi pendirian JT dan ulama yang bersama dengan mereka dalam bab berpolitik.Buktinya link ini:

http://tangisanseorangdae.blogspot.com/2012/12/ini-pendirian-ana-dalam-politik.html

Bila kita cermati tulisan dalam blog itu maka akan nampaklah kejangalan prinsip yang mereka pegang iaitu bila mereka menolak sistem politik demokrasi tapi dalam masa yang sama mengundi dengan alasan tunaikan tanggungjawab.

ada sesiapa yang boleh jelaskan "tak iktiraf demokrasi tapi mengundi dalam sistem tersebut".kami kurang jelas....

sepatutnya kalau tak iktiraf demokrasi tak payahlah mengundi kan...?
biarkan umno perintah malaysia sampai kiamat pun....lantak pi la...janji kita boleh hidup senang,makan,minum,tidur,weekand pergi picnic kat pantai,travel ke India,pakistan & bangladesh dll.

hujjah dari blog tersebut sama dengan hujjah oleh fathul bari (ulama muda umno aka wahabi salafi).Maknanya kalau hujjah itulah digunakan oleh JT untuk enggan terlibat dengan demokrasi maka cukuplah PAS hantar ketua pemuda sahaja berdebat.Akibatnya tersembam muka fathul bari bila di smash oleh tok guru dia sendiri (MAZA) dalam satu debat tak lama dulu.
------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  25 June 2013 12:20
karkun ibn hussain masih nak menegakkan benang yang basah dengan bermatian menafikan mimpi maulana ilyas tersebut sebagai satu hal yang penting bagi ulama JT. kami dah lampirkan link kitab Malfuzat pada posting yang lalu siap muka suratnya sekali tapi anda masih nak spin ayat kami.

Jadi untuk menguatkan lagi isu mimpi ini sebenarnya adalah asas tertubuhnya jemaah tabligh mari kita baca tulisan karkun dari indonesia ni:

http://usahadawah.wordpress.com/2008/06/29/jawaban-terhadap-komentar-seorang-salafi-yang-berkaitan-dengan-mimpi-maulana-ilyas-3/
----------------------------------------------------------
Reply
Abu Zakariyya  6 July 2013 15:18
Tafsiran ayat itu bertentangan dengan tafsir muktabar ke? Kalau bertentangan kat bahagian mana? Boleh bagi panduan, tafsir mana dan bahagian mana.
Maulana Ilyas mimpi jumpa siapa? Kalau jumpa Rasulullah, itu satu mubasyarah. Shah Waliyullah rah. juga mencatatkan mimpi beliau bertemu Rasulullah di dalam kitabnya Fadlul Mubin. Mujaddid Atthani, Syeikh Ahmad Sirhindi juga mencatatkan mimpi2 beliau bertemu Rasulullah. Boleh anta komen sikit berkenaan mimpi org2 soleh ini.
----------------------------------------------------------
JUNDULLAH  8 July 2013 10:37
soalan anda telah kami jawab dalam posting:

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/05/menjawab-mimpi-maulana-ilyas.html
http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/10/menjawab-mimpi-maulana-ilyasbhg-2.html

dan ini:

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/09/aswj-vs-deobandi-wahabitabligh.html
-----------------------------------------------
Reply
Fikori  25 June 2013 14:11
tak habis habis dengan link.
nenek aku pun reti main copy paste.. sengal
-----------------------------------------------------
Reply
1mat  2 July 2013 18:49
Tak sangka ada orang lebih alim dari TGHH dan TGNA....senang senang menyesatkan orang. Syiah dah meresap masuk dalam Pas x mau ulas ka?

Biarlah dengan JT dengan dakwah mereka.Mereka ada ulamak biar ulamak mereka selesaikannya. Di barat asbab usaha mereka dah beribu masuk masuk Islam.

Hati kau kena banyak belajar tasauf cuci hati tu sikit. Engkau dengki pada JT sampai tahap tertinggi ni kenapa? Kalau kau rasa apa yang kau buat ni betul maka teruskanlah tapi aku nak bagitau engkau silap dalam penilaian.Cukup di sini.Wassalam
----------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  3 July 2013 15:22
Memang betul sangkaan anda bahawa ada ramai lagi ulama yang lebih alim dari mereka berdua.Sudah tentu ulama tersebut lebih senior dari mereka berdua.Para ulama muktabar yang menjadi guru/mufti di Masjidil Haram tahun 1900 dulu lebih senior dan alim dari mereka berdua.

Ulama ASWJ di India tahun 1965 dulu lebih senior dan alim di zaman mereka.Para ulama itulah yang menghukum sesat Jemaah tabligh dan kami berpandukan fatwa mereka.Analoginya mudah...

Kita baca sejarah Khalifah Abu Bakar ra yang memerangi umat islam yang enggan bayar zakat.Kita tak hidup zaman tu tapi kita akur dan bersetuju dengan ijtihad sahabat nabi tu.

Begitulah juga dengan hal JT.Ulama India dah keluar fatwa itu dan kami besetuju dengannya....apakah itu salah???

Kita tak kritik kerjanya (dakwah)tapi tentang ideologi(cara berfikir) orang tabligh.Macam kita jumpa orang QADIANI tengah solat kat masjid.mendirikan solat tu satu kerja yang mulia@baik tapi fahaman qadiani orang tu yang kita lihat.
---------------------------------------------------------
Abu Zakariyya  6 July 2013 15:09
Sejak bila pulak org qadiani bersolat di masjid org2 Islam?
----------------------------------------------------------
JUNDULLAH  7 July 2013 13:12
Peribahasa "jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman"
Org tabligh banyak berjalan tapi kosong pengalaman sebabnya dia tak pernah berdiskuksi dgn org yg lain fikrah dlm program khurujnya.jumpa org ajak solat berjemaah Dan join tabligh.sejak 80 tahun yg lalu itulah trademarknya.

Mereka tak pernah nak buat kaji selidik mad'u yg mereka jumpa.kalau istilah kini 'main langgar je'.itu sebab mereka tak tahu org yg mereka jumpa tu berfikrah qadiani

Jimatkan Petrol disini

Friday, September 6, 2013

MENIPU DAN TERTIPU



Sekali kita berkata bohong atau menipu….kita akan terus berbohong, kerana untuk mempertahankan perkataan bohong yang kita ucapkan sebelumnya, mana mungkin orang yang berbohong atau menipu itu mahu mengakui akan perkataan bohong yang diucapkannya…dengan itu menjadilah orang itu pembohong atau penipu terus-terusan.

Penipu dan pembohong ini berlaku ke atas semua golongan…. Pemimpin akan menipu orang yang dipimpin, ketua menipu ahli, peniaga menipu pelanggan, yang pandai menipu yang bodoh, dan kekadang ibubapa pun menipun anak dan sebaliknya…inilah hakikat yang berlaku sekarang…..

Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditupu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri. Dua perkataan yang bunyinya nyata lebih kurang sama. Apa yang jelas, kedua-duanya mempunyai maksud yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tupu daya. Mamakala ditupu pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita?

“Kak Tipah Tertipu, sudah kecek, dikecong pula”

Peribahasa di atas bermaksud, kena tipu lebih dari sekalli. Amat malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalul sebagai penduan pada masa mendatang. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain. 

Menyalahkan takdir seperti juga menyalahkan Allah. Takdir itu tidak akan berlaku sekiranya kita mengambil iktibar di atas perkara lepas.

John Santayan pernah berkata, “Celakalah manusia yang mengulangi kesilapan yang pernah sejarah ceritakan”.

Kenyataan John Santayana ini sebenarnya telah disuarakan sendiri oleh Nabi Muhammad saw pada lebih 1400 tahun dahulu. Kata baginda, “orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang” (sahih muslim).

Apakah signifikannya hadith di atas terhadap diri manusia? Hadith tersebut mengajar manusia bahawa kehidupan seseorang muslilm yang mukmin seharusnya terhindar dari melakukan kesilapan yang sama lebih dari sekali. Kerana ia melambangkan kebodohan dan kecuaian. Sedangkan islam membawa panji kebijaksanaan dan keberhatian yang membawa kepada kebaikan kepada semua makhluk.

“Orang yang bijak itu Nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda. Manakala orang yang jahil itu manpak kecil walaupun umurnya sudah tua. Ayat di atas bukanlah hadith atau dalil-dalil yang dapat menghujahkan hukum. Ia cumalah sebuah ungkapan syair yang saya petik dari ribuan syair berbahasa arab. Syair ini menggambarkan bahawa kebijaksanaan itu tidak datang pada yang tua atau muda. Ia bergantung kepada manusia itu sendiri, sama ada mahu menjadi bijak atau jahil. Beruntunglah mereka yang bijak dan mukmin, kerana mereka tidak akan menipu dan tertipu.

“Siakap senohong gelama ikan duri,, bercakap bohong, lama-lama mencuri. Bohong atau menipu adalah dua perkataan yang sama maknanya. Orang-orang melayu dahulu, sangat kreatif dalam membina peribahasa, ungkapannya indah, halus bunyanya dan mendalam maknanya atau isinya. Bohong atau menipu, membawa impak yang besar kepada diri yang menipu dan juga orang sekelililngnya. Kerana bukan sahaja membawa impak negative diri sipenipu, tetapi kadangkala memberikan kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa  jua, adalah sesuatu yang dilarang dalam islam. Sehinggakan Rasulullah menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam islalm. Sepertimana yang dikatakan olah Rasulullah dalam sebuah hadith, “Celakalah orang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membua orang-orang tertawa, celakalah dia, celakalah dia, kemudian celakalah dia” (hadith ini sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani).

Semoga kita tidak termasuk dikalangan orang-orang yang menipu dan tertipu, kerana orang bergantung harap kepad Allah, dan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang Mukmin, pasti tidak akan menipu atau tertupu. Kepada Allah segalanya dikembalikan.
Jangan main-main tipu. Nanti kena tipu dan kemudian dipermainkan pula. Jimat petrol

Allahu 'alam

Wednesday, September 4, 2013

PROSES KEMATIAN DAN HANCURNYA TUBUH KITA



Kali ini saaya akan bercerita tentang proses kematian dan hancurnya tubuh kita.

Sesaat sebelum mati, Anda akan
merasakan jantung berhenti
berdetak, nafas tertahan dan badan
bergetar.

Anda merasa dingin ditelinga. Darah
berubah menjadi asam dan
tenggorokan berkontraksi.

0 Minit …
Kematian secara medis terjadi ketika
otak kehabisan supply oksigen.

1 Minit …
Darah berubah warna dan otot
kehilangan kontraksi, isi keluar tanpa izin.

3 Menit …
Sel-sel otak tewas secara masal. Saat
ini otak benar-benar berhenti berfikir.

4 – 5 Minit …
Pupil mata membesar dan
berselaput.
Bola mata mengkerut karena
kehilangan tekanan darah.

7 – 9 Minit …
Penghubung ke otak mulai mati.

1 – 4 Jam …
Rigor Mortis (fase dimana
keseluruhan otot di tubuh menjadi
kaku) membuat otot kaku dan
rambut berdiri, kesannya rambut
tetap tumbuh setelah mati.

4 – 6 Jam …
Rigor Mortis Terus beraksi. Darah
yang berkumpul lalu mati dan warna
kulit menghitam.

6 Jam …
Otot masih berkontraksi. Proses
penghancuran, seperti efek alkohol
masih berjalan.

8 Jam …
Suhu tubuh langsung menurun
secara drastik.

24 – 72 Jam …
Isi perut membusuk oleh mikroba
dan pankreas mulai mencerna
dirinya sendiri.

36 – 48 Jam …
Rigor Mortis berhenti, tubuh anda
selentur penari balerina.

3 – 5 Hari …
Pembusukan mengakibatkan luka
skala besar, darah menetes keluar
dari mulut dan hidung.

8 – 10 Hari …
Warna tubuh berubah dari hijau ke
merah sejalan dengan membusuknya
darah.

-Beberapa Minggu ..
Rambut, kuku dan gigi dengan
mudahnya terlepas/tercabut.

-Satu Bulan …
Kulit Anda mulai mencair.

-Satu Tahun …
Tidak ada lagi yang tersisa dari
tubuh Anda.

Anda yang sewaktu hidupnya cantik,
gagah, perkasa, kaya dan
berkuasa, sekarang hanyalah
tumpukan tulang-belulang yang
menyedihkan. Jadi, apa yang mau
disombongkan orang sebenarnya ???….

Apa yang hendak kau sombongkan
wahai diri…?

Oleh Karena itu..
Yuk Aamiin-kan Do’a ini

Ya Allah..
Jangan Engkau Ambil Nyawa kami
kecuali dalam keadaan Husnul
khatimah..