Tuesday, November 20, 2012

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 7



JUNDULLAH  8 September 2012 16:17

Bukan kami tapi para ulama yg hukum mereka sesat.dan bekas org tabligh yg dedah kesesatan mereka.anda hanya nampak kulit shj yg indah
==========================================
Reply
Musafir  13 September 2012 04:21
Assalamualaikum,
Tuan, mohon laluan beri pendapat..

Kitab Muntakhab Ahadith yang tuan nukilkan itu adalah terjemahan Arab-Melayu oleh seorang Maulana di Selangor. Semoga Allah terima niat dan usaha beliau, amin.

Namun memang tidak dinafikan bahawa mungkin wujud kelemahan dalam terjemahan tersebut. Ini kerana kitab tersebut adalah yang pertama (setakat yang saya tahu) terjemahan Muntakhab Ahadith ke dalam Bahasa Melayu. Ia juga mungkin tidak disemak oleh alim lain. Maka kesalahan yang ada tidak diperbetulkan. Terjemahan ayat al-Qur'an pun mungkin mengikut pemahaman penterjemah dan dibuat secara makna, bukannya dari segi perkataan demi perkataan. Apapun usaha beliau amat dihargai, dan kitab tersebut digunapakai oleh para pengusaha agama sebab kitab terjemahan itu saja yang ada pada masa itu. Dan kesalahan dalam terbitan pertama adalah lumrah bagi para penulis dan penerbit, dan tentunya boleh dan akan diperbetulkan pada terbitan seterusnya.

Namun sekarang pihak markas Sri Petaling telah mengeluarkan terjemahan yang telah disemak oleh pakar-pakar bahasa dan agama. Harap tuan dapat memperoleh kitab yang terbaru tersebut.

Teguran dan nasihat seperti yang tuan buat adalah sangat dihargai. Cuma sendikanlah dengan teguran yang lemah lembut dan sangka baik, kerana itu lebih manis dan lebih mendekatkan hati-hati kita.
========================================
Reply
Khir 14 September 2012 15:46
=========================================
Reply
Saiful Nizam  14 October 2012 15:28
Innalillah.. ada juga karkun yg "berjaulah" guna internet? Kenapa karkun2 semua nak juga berhujah? Adakah ianya memberi manfaat pada ummat yg semakin jauh dari agama? Tidakkah karkun2 semua yakin dgn janji2 Allah yg akan membela sendiri usaha agamanya? Kenapa di takuti hujah2 dari mrk yg tidak sukakan usaha tabligh? Bukankah karkun2 sering dgr kisah nabi yg di cerca tetapi beliau hanya diam Dan senyum? Lalu semua cercaan itu telah di jwb sendiri oleh malaikat..
===========================================
Reply
JUNDULLAH  14 October 2012 22:53
Setelah hampir 100 tahun usia jemaah tabligh tapi masih lagi melaungkan ayat 'UMMAT SEMAKIN JAUH DARI AGAMA'.Satu statement yang mengundang banyak kekeliruan.Sepatutnya dengan banyaknya markaz di seluruh dunia dan para karkun yang bersepah di setiap negara,ayat itu patut di tukar kepada 'UMMAT SEMAKIN MENDEKATI AGAMA BERKAT USAHA JEMAAH TABLIGH TERBUKTI DENGAN BANYAKNYA MARKAZ YANG DIDIRIKAN'.

Semua orang islam yang beriman yakin dan percaya dengan janji Allah.'yakin dengan janji Allah' bukan hak mutlak karkun tabligh tetapi hak semua orang beriman tak kira dari jemaah mana pun.Jadi kami harap sdr saiful dapat perbetulkan statement anda...

Para Nabi di cerca kerana menyampaikan kebenaran islam sebaliknya jemaah tabligh di kritik (bukan di cerca ye..)kerana menyebarkan fahaman dan aqidah Wahabi.Bahkan asal usul mathod khuruj itu pun dah menyimpang dari syari'at islam.

Kalau tak percaya sila semak balik tulisan-tulisan ulama2 tabligh deobandi dalam kitab2 mereka dalam posting kami sebelum ini.
=========================================
Reply
M.Dzulcar9  15 October 2012 15:56
Salam Tn Saiful Nizam;

Marilah kita terus bergerak untuk sedarkan ummat ini tentang tanggung jawab. Kita 'tanggung' di dunia dan di akhirat kelak Allah akan soal, dan kita kena 'jawab'...

Salam Tn Jundullah;

Ayat tuan tu dibimbangi membawa kepada syirik khofi (tersembunyi)..dibimbangi kepada para pembaca yang imannya lemah...

'UMMAT SEMAKIN MENDEKATI AGAMA BERKAT USAHA JEMAAH TABLIGH TERBUKTI DENGAN BANYAKNYA MARKAZ YANG DIDIRIKAN'.

Agama ISLAM ini tersebar bukan kerana adanya jemaah TABLIGH atau PAS, tetapi semuanya ALLAH yang buat.

Wallahu a'lam..
Reply
JUNDULLAH  15 October 2012 16:51
Apa yang syirik khafinye ...wahai karkun Dzulcar9??

Kalau tak belajar ilmu aqidah jangan melulu menghukum sesuatu.Anda kena belajar ilmu aqidah yang merupakan perincian kepada rukun iman.

Apakah anda menyangka iman itu memadai hanya DENGAN melafazkan syahadah semata-mata otomatik datang YAKIN????

Ayat anda akhir sekali itu lagi bahaya...(sesat).Kalau semua Allah yang buat,abis tabligh buat apa??

Kalau semua Allah yang buat,buat apa di utuskan Nabi dan rasul??

Sebenarnya ayat itu tidak mengadungi apa-apa masalah berkaitan aqidah.Ia sama juga seperti kita katakan "sejak adanya sekolah tersebut,penduduk kampung itu sudah tidak buta huruf lagi". atau 'Berkat ulama tersebut mengajar di masjid tersebut,ramai penduduk kampung telah berubah menjadi baik kerana mendapat tunjuk ajar dan didikan agama yang sebenar".

Tang mana yang syirik khafinya??
boleh bagi pencerahan??

Anda wajib belajar ilmu aqidah terlebih dahulu sebelum nak berdakwah sebab nanti anda sesat dan menyesatkan orang lain.

Apa yang anda faham tentang ayat ini??

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
============================================
JUNDULLAH  16 October 2012 08:30
Anda kena membezakan apa itu ilmu syariat dengan ilmu hakikat.

contoh seperti ibubapa yang melahirkan kita,mengasuh,mendidik,memberi pakaian,menghantar ke sekolah dan segala macam yang lain,TIBA-TIBA DAH BESAR KITA 'SOUND' IBUBAPA KITA DENGAN BERKATA "SEBENARNYA YANG MENDIDIK DAN MENGASUH SAYA IALAH ALLAH" ATAU BILA GURU SUDAH SELESAI MENGAJAR SUBJEK AGAMA KITA DI SEKOLAH,KITA PUN 'SOUND' GURU TERSEBUT "BUKAN CIKGU YANG AJAR SAYA TAPI ALLAHLAH YANG AJAR SAYA"

BOLEH KE KITA CAKAP BEGITU..?? ATAU ADA KE ORANG KELUARKAN PERKATAAN seperti itu??

Dalam hubungan kita dengan manusia (hablumminannas)maka kita kena zahirkan syariat dengan mengucap terima kasih atau yang seumpama dengannya sebagai membalas jasa orang yang telah berjasa dengan kita.

Sebaliknya perkara hakikat,di simpan dalam hati sebagai iktiqad(kepercayaan) yang tak perlu di zahirkan ketika bermuamalah sesama manusia.

Itulah kaedah yang diajar oleh islam.
============================================
Reply
Azharjaafar  15 October 2012 18:10
demokrasi tu dah terang2 jln yahudi.. xyah le citer byk.. kalau mencuri dan sabit kesalahan kena potong tangan.. yakin! kalau zina dan sabit kesalahan kena sebat atau rejam.. yakin! tiba2 nak tegak hudud kena demokrasi.. mana yakin?
Reply
JUNDULLAH  15 October 2012 23:34
Isu yang sdr bangkitkan ini memerlukan satu perbahasan yang panjang lebar sebab dalilnya bersifat UMUM (ZANNI)bermakna ia bukan qatie(dharuri)atau muktamad.

Kalau sdr betul2 nak bebas dari jalan atau sistem yahudi,sdr kena buang atau derma semua duit kertas yang sdr ada dalam bank atau komisyen sebagai agen takaful.Zaman nabi mana ada guna duit kertas kan.semua guna duit syiling emas dan perak sahaja.BOLEH BUAT??

Kita sekarang berada di zaman yang tidak ada khilafah islam yang membolehkan wujudnya sistem syura,pelaksanaan hukum hudud,matawang emas dan perak dll.Atau dengan bahasa lain 'DARURAT'.

DARURAT BUKAN DALAM BAB MAKAN SAHAJA TETAPI LEBIH LUAS DARI ITU.DALAM BAB POLITIK PUN ADA DARURATNYA.Dr. Wahbah Az-Zahili di dalam Nazariah Ad-Darurah As-Syariyah merumuskan:

Darurat ialah keadaan yang menimpa ke atas seseorang insan atau masyarakat di dalam bentuk keberbahayaan ataupun kesusahan yang mendesak sehingga ditakuti berlakunya kemudaratan ataupun kesakitan ke atas diri, anggota badan, kehormatan, akal, harta benda dan yang sehubungan dengannya. Diharuskan ketika itu mengambil benda-benda yang haram ataupun meninggalkan yang wajib ataupun menangguhkan kewajipan daripada waktunya, semata-mata untuk menolak kemudaratan..

DALILNYA:

Anas bin Malik ra meriwayatkan: Rasulullah memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman ibn Auf dan Zubair ibn Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Walaupun sutera pada asalnya diharamkan ke atas kaum lelaki, namun ia diharuskan apabila diperlukan untuk kesembuhan dari sesuatu penyakit selepas penggunaan benda-benda yang halal (di sudut sebab musabab) gagal menyembuhkannya. Riwayat ini menunjukkan tentang keharusan berubat dengan bahan-bahan yang haram di saat kecemasan atau darurat.
=============================================
Reply
M.Dzulcar9  16 October 2012 10:41
Salam Tn Jundullah;

Sebab itu saya ada quote 'kepada pembaca yang lemah imannya' di bimbangi tercalar iman mereka yakin yang TABLIGH ada banyak markas, maka semakin berkembang agama tersebar seluruh alam. Saya yakin tuan dan pembaca yang belajar akidah tidak tergugat...

Kepada ayat yang tuan quotes itu...

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Apapun yang kita lakukan kita kena sandarkan kepada Allah. Dari ayat tuan quotes begini

"'UMMAT SEMAKIN MENDEKATI AGAMA BERKAT USAHA JEMAAH TABLIGH TERBUKTI DENGAN BANYAKNYA MARKAZ YANG DIDIRIKAN"

Alangkah indahnya jika kita mulakan dengan

'ALHAMDULILLAH, DENGAN IZIN ALLAH, UMMAT SEMAKIN MENDEKATI AGAMA ASBAB BERKAT USAHA JEMAAH TABLIGH TERBUKTI DENGAN BANYAKNYA MARKAZ YANG DIDIRIKAN"

Ayat2 tuan yang quotes begini...

1) "SEBENARNYA YANG MENDIDIK DAN MENGASUH SAYA IALAH ALLAH"

Kan bagus begini bunyinya dengan (hablumminannas)

"ALHAMDULILLAH, SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH DAN BERTERIMA KASIH KEPADA MAK DAN AYAH DALAM MENDIDIK SAYA. KEPADA ALLAH JUGA KITA BERSERAH DAN BERHARAP"

2) "BUKAN CIKGU YANG AJAR SAYA TAPI ALLAHLAH YANG AJAR SAYA"

"ALHAMDULILLAH, SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH DAN BERTERIMA KASIH KEPADA CIKGU DALAM MENDIDIK SAYA. KEPADA ALLAH JUGA KITA BERSERAH DAN BERHARAP"

Ayat2 kita jangan lupakan Allah. Kerana DIA Pencipta dan Pemelihara kita...

Satu Hadith Dari Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda "Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudharatan pada agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh (HR Tirmizi)

Wallahu a'lam
===============================================
Reply
JUNDULLAH  16 October 2012 12:53
Dalam kita menyampaikan dakwah adalah penting kita mengambil kira tahap pemikiran sasaran dakwah kita.Kita tidak boleh 'main borong' atau 'pukul rata'.

kita tidak boleh menganggap semua orang sama tahap keimanan atau cara berfikir.Itu sebab kita lihat dalam sirah nabi,satu soalan yang sama tetapi dijawab dengan berbagai jawapan berdasarkan tahap keimanan dan keadaan seseorang.

Contoh Nabi di tanya oleh seorang pemuda "apakah amal yang paling utama?".Lalu Baginda menjawab: "solat di awal waktu". tetapi apabila soalan itu di tanya oleh orang yang lain,Nabi memberi jawapan yang berbeza.

Ini menunjukkan sunnah nabi ialah mengambil kira tahap kefahaman dan pemikiran seseorang dalam menyampaikan dakwah.Tulisan anda sesuai untuk ORANG YANG BARU MASUK ISLAM(SAUDARA BARU)tetapi untuk mereka yang telah ada basic agama kerana belajar sistem pondok,sekolah agama,al azhar dll pendekatan sebegini tidak sesuai.

Anda kena banyak lagi belajar selok belok dakwah....
============================================
JUNDULLAH  16 October 2012 13:54
Nampaknya anda semakin lari dari topik asal perbincangan.banyak soalan kami yang anda BELUM JAWAB..

Topik asal kami ialah FATWA SESAT KE ATAS JEMAAH TABLIGH..kami belum tahu lagi pendirian anda ..

BOLEH JELASKAN PENDIRIAN ANDA TU??
=============================================
Reply
M.Dzulcar9  16 October 2012 15:49
Salam Tn Jundullah;

Bukan saya tidak mahu komen, kerana bagi saya tidak cukup hanya bersandarkan kepada sumber2 yang ada dalam internet (melainkan ianya merujuk kepada Al Quran dan Al Hadis, syariat dan sunnah). Bak kata tn jundullah, kita perlu dapatkan kitab2 asal.

Cuma saya begitu takut untuk menghukum sesuatu sehingga saya mendapat penjelasan sebenar. Saya begitu gerun merenungkan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 58 yang maksudnya

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat (dengan perkataan atau perbuatan) tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata"
Insha Allah saya azam untuk bersafar ke India secepat mungkin untuk mendengarkan sendiri penjelasan dari Ulama2' ikram di sana.

Apapun terima kasih atas soalan2 yang tuan utarakan. Doakan saya untuk dimudahkan urusan untuk ke sana...

Wallahu a'lam
=========================================
Reply
JUNDULLAH  16 October 2012 16:11
maknanya anda tidak sependapat dgn karkun Musafir (rakan seusaha).beliau mengiktiraf maklumat yang ada dalam internet.buktinya dlm blog beliau ada posting fatwa yang ditulis oleh Manzur Nu'mani menggunakan versi computer sedangkan kami melampirkan link kitab asal yang discan.

anda boleh baca pada posting ASWJ vs Deobandi tabligh wahabi.Kami juga ada kitab asal karangan maulana khaled saharanpuri yang bertajuk al muhannad wal mufannad itu dalam bahasa urdu.

Fatwa dari NU itu pun bukan versi taip computer tapi kandungan kitab asal yang discan.Semua bukti yang kami lampirkan yg mendedahkan kesesatan tabligh adalah kitab asal yang discan bukan tulisan taip computer.

tak anda tak reti beza??
===========================================
JUNDULLAH  16 October 2012 16:39
anda tulis:

"Bukan saya tidak mahu komen, kerana bagi saya tidak cukup hanya bersandarkan kepada sumber2 yang ada dalam internet (melainkan ianya merujuk kepada Al Quran dan Al Hadis, syariat dan sunnah). Bak kata tn jundullah, kita perlu dapatkan kitab2 asal."

kami jawab:

anda begitu sangat hati-hati dan teliti dalam mengambil sumber rujukan maklumat TETAPI ANDA TERLUPA BAHAWA MAJORITI KARKUN TABLIGH DALAM MENULIS SALASILAH 2 ORANG AMIR BESAR MEREKA(ANAK-BERANAK)LANGSUNG TIDAK MENYATAKAN SUMBER MAKLUMAT(kitab).

malah dengan bangga menceritakan salasilah keturunan mereka sampai ke Saidina Abu Bakar kononnya tetapi bila di minta sumber rujukan kitab,sehingga sekarang gagal dikemukakan.

Buktinya :http://duniatabligh.blogspot.com/2010/03/silsilah-keturunan-maulana-muhammad.html?showComment=1350375885814#c2480355597781383965

dan banyak lagi blog2 karkun yang lain.DIMANA SIKAP HATI-HATI ORANG TABLIGH KUNUNYA SANGAT 'TAKUT' MENGHUKUM BERDASARKAN SUMBER YANG TIDAK PASTI???

Kalau anda boleh lampirkan kitab asal yang ada catatan salasilah keturunan 2 org maulana tu ,baru ayat anda diatas boleh kami terima....
============================================
Reply
M.Dzulcar9  16 October 2012 16:58
Tn Jundullah;

Sekali lagi saya tekankan, adalah tidak mencukupi dan bukan tidak mengiktiraf link2 dalam internet ni. Mungkin satu2 fatwa telah terbatal dengan fatwa yang terbaru cuma mungkin fatwa itu tidak didatangkan dalam internet untuk rujukan kerana disebabkan oleh perkara2 tertentu.

Adalah tidak adil jika pesalah dihukum tanpa sempat mendapat ruang untuk perbicaraan. Itu dah kira Ikut Suka Aku (ISA) tu.

Datangkan Ulama' dakwah untuk mereka memberi penjelasan. Dan saya kira safarnya saya ke sana adalah untuk mendapat penjelasan. Insha Allah saya suka untuk mengajak tuan jundullah untuk ke sana sama2.

Adalah tidak adil kiranya saya hukum PAS sesat kerana asal aspirasi perjuangan PAS adalah semasa wujudnya revolusi iran. Tn Hj Shukby Latif menulis dalam ruangnya di harakah satu masa dahulu
"disebabkan keghairahan ulama2 PAS, ramai yang menghantar anak2 mereka ke iran tp umum masa itu belum tahu iran pegangannya adalah syiah. Akhirnya bila ramai ulama' PAS tahu hal ehwal sebenar, baru mereka hantar anak2 mereka untuk belajar agama ke al azhar (mesir)" Alhamdulillah

Wallahu a'lam...
============================================
Reply
JUNDULLAH  16 October 2012 20:06
Wahai karkun zul,

Dalam hal ini karkun musafir telah mendahului anda.beliau mengakui adanya fatwa itu tetapi gagal mendatang lampiran kitab sebagai bukti.bahkan walaupun beliau telah mengutus 'surat' kpd ulamak deobandi tetap sehingga kini tiada keputusan .

Ada 2 kemungkinan iaitu samada tiada fatwa tarik balik spt yg didakwa atau sedang mencari helah lain.utk pengetahuan anda,Kami telah pun baca kontroversi kitab al muhannad itu dan kitab makatib muhamad ilyas.

Kami telah tahu isi kandungannya.itulah manfaatnya ada internet yg mendekatkan yg jauh.tak perlu nak safar kesana cukup buat sidang video dah boleh dpt info.

Isu yg dibangkitkan ialah 3 fatwa yg telah Di gazetkan secara resmi bahawa tabligh sesat oleh sekumpulan ulama besar sedangkan anda cuba nak hukum pas sesat atas pandangan peribadi.apakah kelayakan anda??
Adakah berautoriti??

Setakat ini tidak ada fatwa yg kata pas sesat oleh mana2 Negara tetapi fatwa jt ada.kalau ada pun hanya pandangan individu bukan bertitle fatwa resmi.
==================================================
Reply
JUNDULLAH  17 October 2012 10:50
Oleh kerana tajuk posting ini 'BONGKAR' saya nak share kepada sidang pembaca satu 'berita panas' yang sedang hangat dalam facebook

sebab tak ada akuan facebook,saya dedahkan di sini.ini link nya:
http://mforum3.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=680111

seorang ustaz kasanova ini telah memalukan title ustaz yang lain dengan perangainya...

Yang malangnya ramai wanita yang baik2 menjadi mangsa.Sebenarnya ini isu lama sebab beliau pernah datang ke tempat kami pada jamuan hari raya beberapa tahun lalu.

Pernah muka keluar surat khabar kerana menipu deposit umrah.Kepada yang belum tahu harap tidak menjadi mangsa beliau selepas membaca blog itu.

http://darulnurfaizin.blogspot.com/2011/01/seminar-perubatan-islam.html

***BACA KOMEN DI BAWAH SEKALI***

DAN INI:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=14832568
==========================================
Reply
M.Dzulcar9  18 October 2012 10:11
Wahai Tn Jundullah;

Seorang yang lapar dan datang mintak makanan, lalu kita datangkan buku menu masakan dan resipi2 dari helaian2 internet, asbab itu tidak akan memenuhi kelaparan seorang yang lapar kerana dengan izin Allah itu bukan hakikat..

Sorang yang rindukan jalan hidayah/kebenaran lalu kita bawa contoh2 dalam internet, dengan izin Allah, asbab itupun tidak memenuhi jiwa seorang yang rindukan hidayat Allah. Janganlah pula salah faham, saya bukan saya nak menolak mashaf2 Al-Qur'an/ Al Hadis yang ada dalam internet.

Wallahu a'lam
======================================
Reply
JUNDULLAH  18 October 2012 12:15
Apa maksud tulisan anda ni??
kalau anda tak pernah mengaji kitab aqidah jangan bercerita bab HAKIKAT NANTI ANDA AKAN SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN.

kami syorkan anda baca link ini supaya anda akan faham masalah aqidah jemaah tabligh.la ni dah page 590.anda baca dari mula.anggaran kena ambil masa 48 jam uantuk dihadamkan.

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=35083&page=590
======================================
Reply
M.Dzulcar9  18 October 2012 14:37
Tuan Jundullah;

Sebesar/setinggi mana pun ilmu kita, HAKIKATNYA kita tetap Hamba Allah dan kepadaNYA juga kita dikembalikan.

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan Rasulullah SAW telah bersabda

"Sesiapa yang belajar ilmu untuk maksud selain dari redha Allah SWT (umpamanya untuk mencari kemulian,kemasyhuran harta dll) maka hendaklah dia menempah tempatnya di neraka (HR Tirmizi)"

Jazakallahu Khairan dalam memberi galakan untuk orang lain belajar...

Wallahua'lam.
======================================
Reply
JUNDULLAH  18 October 2012 23:38
anda jangan lupa Nabi juga ada beri AMARAN;

DARI ABI HURAIRAH, IA BERKATA. TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW: "BARANGSIAPA YANG MEMBUAT-BUAT PERKATAAN ATAS (NAMA) KU YANG (SAMA SEKALI) TIDAK PERNAH AKU UCAPKAN, MAKA HENDAKLAH IA MENGAMBIL TEMPAT DUDUKNYA DI NERAKA".

(HADIS SAHIH DIKELUARKAN OLEH IBNU MAJAH (NO. 34) DAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL (2/321))

ORANG TABLIGH TERKENAL SUKA MENIPU,SUKA MEREKA-REKA CERITA SUPAYA ORANG TERTARIK DENGAN KUMPULAN MEREKA DENGAN CERITA AGAMA KUNUNNYA NABI CAKAP MACAM TU LA,MACAM NI LA...tapi bila ditanya mana sumber kitabnya ?..KANTOI TAK BOLEH JAWAB.Dia hanya berdalilkan cakap eldest2 mereka sahaja.

No comments:

Post a Comment