Nama sebenarnya ialah Huzaifah bin Yaman bin Jabir al- Abasi RA.
Dia telah memeluk islam bersama-sama ayahnya. Namun, ayah Huzaifah RA syahid
secara tidak sengaja kerana terbunuh oleh bunuh orang islam. Orang Islam pada
masa itu tersalah sangka kerana menyangkakan ayahnya musuh, padahal ayahnya
terlewat sampai untuk mengikuti pasukan tentera Islam pada masa itu. Ketika itu
ayahnya menutup muka dengan selendang, jadi orang- orang Islam tidak dapat
kenal siapa. Belum sempat Huzaifah RA selamatkan ayahnya, ayahnya telah
meninggal sewaktu Huzaifah RA tiba berhampiran. Pada ketika itu, Huzaifah RA
cuma berkata, "semoga Allah mengampunkan dosa kamu, sesungguhnya Allah itu
Arhamur Rahimin." Bila dibayar denda untuk ayahnya, Huzaifah RA
membahagi-bahagikan sahaja wang tersebut kepada orang miskin pada masa itu
juga.
Penyimpan rahsia Nabi SAW:
· memegang amanah menyimpan nama orang-orang
munafik - Allah memberitahu Nabi SAW berikutan larangan untuk solat jenazah
bagi orang-orang munafik, (lepas kematian Abdullah bin Ubai, ketua munafik masa
itu (anak Abdullah bin Ubai, namanya Abdullah bin Abdullah - perfect sahabat,
bukan munafik)
· Bila Umar RA dilantik menjadi khalifah, Umar
RA pernah bertanya kalau ada gabenor-gabenor yang dilantik terdiri daripada
orang munafik. Huzaifah RA memberitahu ada seorang, tetapi tidak diberitahu
siapa gerangannya- Umar memecat sendiri berdasarkan pemerhatiannya.
· Umar RA pernah bertanya kepada Huzaifah
tentang dirinya sendiri, adakah dia tergolong dalam senarai orang munafik?
Huzaifah RA terkejut, kerana seorang Amirul mukminin yang hebat bertanyakan
soalan seperti itu. Pada mulanya beliau enggan memberitahu, tetapi Umar RA
tetap ingin tahu, akhirnya Huzaifah RA memberitahu beliau, dan beliau bersumpah
tidak akan memberitahu sesiapa selepas ini jika ada orang yang bertanyakan
seperti Umar RA lagi.
· Umar RA akan tanya apabila ada satu- satu
kematian, sama ada Huzaifah RA pergi atau tidak untuk solat jenazah. Umar RA
tidak akan pergi solat jenazah jika baginda tahu Huzaifah RA tidak pergi.
Sewaktu perang Khandak,
Huzaifah RA menyamar menjadi pengintip. Waktu malam itu cukup sejuk dan gelap.
Rasulullah SAW hendakkan seorang pergi mengintip apa yang sedang musuh-musuh
lakukan waktu itu. Arahan Rasulullah ialah pergi intip dan balik, dan tidak
membuat sebarang tindakan. Apabila beliau diperintahkan keluar mengintip, tiba-
tiba badannya terasa panas dan selesa, tidak sejuk seperti sebelum itu. Sewaktu
dalam perjalanan pergi mengintip, Huzaifah RA ternampak Abu Sufyan.
Pada waktu itu, dia mempunyai
peluang untuk bunuh Abu Sufyan, memang peluang amat cerah untuk Abu Sufyan mati
ditangannya. Tetapi apabila teringatkan pesanan Nabi SA,supaya tidak membuat
sebarang tindakan, maka dia taat kepada perintah Rasulullah. Beliau merapati
khemah orang musyrik masa itu, dan duduk bersama mereka. Ketika itu, Huzaifah
RA hampir-hampir diketahui musuh, apabila salah seorang daripada musyrikin
memberitahu bahawa yang antara mereka ini, ada pengintip. Jadi, semua orang
disuruh memegang tangan orang yang berada di sebelah dan tanya siapakah orang
itu. Huzaifah RA cepat- cepat memegang tangan orang di sebelahnya dan tanya
siapa dia, sebelum Huzaifah ditanya dahulu. Maka, terselamatlah Huzaifah RA.
Hikmah Huzaifah RA tidak bunuh
Abu Sufyan ialah, Abu Sufyan sewaktu itu sedang mengemas-ngemas beg dan
memberitahu tentera Quraisy yang dia sudah bersedia untuk balik ke Mekah dan
melupakan perang ini. Jika ada sesiapa yang hendak balik bersamanya, mereka
boleh ikut sekali, dan kalau sesapa yang masih ingin meneruskan peperangan, dia
tak menghalang. Kesannya, kesatuan orang- orang musyrik waktu itu terpecah
apabila terdengar Abu Sufyan berkata seperti itu. Jika Huzaifah RA bunuh Abu
Sufyan tadi, orang- orang musyrik tidak dengar apa yang Abu Sufyan bakal
cakapkan. (dan kita semua tahu, yang Abu Sufyan kemudiannya memeluk Islam
sewaktu hampir pembukaan Mekah.) Apabila Huzaifah RA balik ke khemah, badannya
terasa sejuk kembali, tidak panas seperti semasa dia keluar mengintip.
Huzaifah dilantik menjadi
gabenor Madain (satu tempat di Iraq) semasa Umar RA menjadi khalifah. Orang
awam bersiap-siap untuk menyambut kedatangannya. Tetapi pada hari itu, Huzaifah
RA datang dengan menaiki keldai, di tangannya terdapat roti dengan garam.
Madain yang dulunya di bawah pemerintahan kerajaan Parsi, terdapat banyak
istana. Orang ramai bertanya Huzaifah RA, istana yang manakah yang menjadi
pilihannya, tetapi Huzaifah RA minta rumah biasa sahaja sebagai rumahnya,
sedikit makanan untuk beliau dan makanan keldai.
Umar RA pernah memberitahu
orang ramai yang baginda inginkan masjid yang penuh dengan pemuda-pemuda
seperti Abu Ubaidah RA, Muaz bin Jabal RA dan Huzaifah RA. Untuk membuktikan
kelebihan 3 orang sahabat ini, Umar RA menyuruh hambanya bawa harta dan berikan
kepada ketiga-tiga sahabat ini, baginda ingin menguji reaksi ketiga-tiga pemuda
ini, dan kemudiannya hamba Umar itu dikehendaki balik dan melaporkan kepada
Umar RA dan orang yang duduk bersama-sama Umar pada masa itu. Apabila mendapat
duit, ketiga- tiga sahabat ini telah menginfaqkan kesemua wang yang mereka
peroleh. Apabila mendengar laporan itu, Umar RA berkata, "Telah aku
jangkakan dan beritahu kalian tindakan mereka.."
Apabila hampir saat kematian
beliau, orang ramai bertanya mengapa beliau menangis? Huzaifah RA memberitahu
bahawa yang dia menangis bukan kerana sayangkan dunia, bahkan mati lagi menjadi
kesukaannya, tetapi beliau risau sama ada beliau akan mati dalam keadaan Allah
redha kepadanya atau sebaliknya.
Apabila hampir saat kematian,
Huzaifah RA mintak dilihatkan kain kapannya. Apabila ditunjukkan kain kapan
yang baik kualitinya, Huzaifah RA minta tukar yang lain, yang lebih sederhana.
Huzaifah meninggal pada tahun
36 Hijrah, 40 malam selepas kematian Sayidina Usman RA dan dimakamkan di Madain
(Madain juga tempat kubur Salman Farsi RA dengan Jabir bin Abdullah RA).
No comments:
Post a Comment