Perjanjian
Damai Oslo atau secara rasminya disebut "Perisytiharan
Prinsip-Prinsip Persediaan Pemerintahan Sendiri Secara Sementara" ialah
satu batu tanda dalam penyelesaian konflik Israel-Palestin. Ia merupakan
persetujuan bersemuka langsung yang pertama antara kerajaan Israel dan Palestin.
Perjanjian ini telah dipersetujui di Oslo, Norway pada tanggal 20 Ogos 1993 dan secara rasmi ditandatangani di Washington,
D.C.pada 13 September 1993 oleh Mahmoud Abbas yang mewakili Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) atau orang Palestin danShimon Peres yang mewakili Israel. Hal ini disaksikan
oleh Warren Christopher dari Amerika
Syarikat dan Andrei Kozyrev dari Rusia, di depan Presiden
Amerika Syarikat Bill Clinton,
Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan pengerusi PLO Yasser Arafat.
Namun sehingga hari ini, Perjanjian Oslo ini
tidak lagi bermakna kerana pihak Israel sering kali memecahkan perjanjian
dengan cuba meluaskan tanah penempatan haramnya di tanah penempatan rakyat
Palestin selain melakukan serangan tidak berperikemanusiaan kepada Palestin
keseluruhannya.
Konflik Israel-Palestin
merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik
Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik
Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan
pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.
Banyak percubaan telah
dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan
penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini,
kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua
negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak
tinjauan pendapat yang utama.[1][2] Kebanyakan orang
Palestin melihatkan Tebing
Barat dan Jalur Gaza
sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga
diterima oleh kebanyakan orang Israel.[3] Walaupun demikian,
sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan
Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua
penduduk.[4][5] Bagaimanapun, terdapat
banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir
serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.
Terdapat banyak pemain
dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak
perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan
rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet
Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan
Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain
yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.
Sejak tahun 2006, pihak
Palestin telah dipecah belah oleh konflik
antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai
oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan
interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di
Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai
sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain.[6] Oleh itu, walaupun
Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006,
ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Pusingan
perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007
bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008.[7] Semua pihak bersetuju
bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang
mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.[8]
Dalam kalangan
masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat
(sila lihat juga pandangan Israel tentang proses
keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses
keamanan). Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat
yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga
antara mereka sendiri.
Ciri utama konflik ini
ialah tahap keganasan yang
disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban
perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel
pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang
awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.
No comments:
Post a Comment