Semoga
Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih
Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!
1. Berlakunya Hari
Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu
tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan
dikabulkan permintaannya.”
Dalam
hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan
ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak
terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal
daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan
Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari
itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari
syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur
Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam
Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan
Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di
Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin
apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu
kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis
riwayat Tirmizi).
Berdasarkan
hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang
Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu
akan dimakbulkan.”
Dan
RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja
waktu itu.
Abi
Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar
bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah
menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam
duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW
daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu
Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda
Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat
merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa
besar” (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment