و إياك و إسبال
الإزار فإن إسبال الإزار من المخيلة و لا يحبها الله
Maksud: Dan berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan mengisbalkan
pakaian, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan dan Allah Subhanahu wa
Ta’ala tidak mencintai kesombongan. (Hadis Riwayat Abu Daud dari Jabir B.
Sulaim. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shoghir, 1/98,
no. 98)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:
أَنَّ
الْإِسْبَال يَسْتَلْزِم جَرّ الثَّوْب وَجَرّ الثَّوْب يَسْتَلْزِم الْخُيَلَاء
وَلَوْ لَمْ يَقْصِد اللَّابِس الْخُيَلَاء
Maksud: Bahawasanya isbal itu adalah perbuatan melabuhkan
pakaian, dan perbuatan melabuhkan pakaian itu adalah termasuk ke dalam
ciri-ciri kesombongan. (Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/336)
Juga merujuk sebagaimana penjelasan beliau (al-Hafiz Ibnu Hajar
al-Asqalani rahimahullah) di atas tadi dalam menjelaskan berkenaan hadis
tentang ‘Amr B. Zurarah al-Anshori.
Di Antara Isbal Dengan Disertai Sombong Dan Tanpa Sombong
Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah menyatakan bahawa:
Jika isbal itu dilakukan kerana bermegah-megah dan sombong, maka
perbuatan tersebut termasuk ke dalam kategori dosa besar dan hukumannya
(akibatnya) sangat berat. (Majmu’ Fatwa Ibnu Utsaimin susunan Fahd B. Nashir,
m/s. 309. Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong,
m/s. 16, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)
Perbuatan isbal yang disertai dengan perasaan sombong, ia adalah
suatu kesalahan yang sangat berat berbanding dengan perbuatan isbal tanpa
disertai dengan kesombongan yang mana ia lebih ringan (dosanya).
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah, selepas beliau
menyebutkan hadis-hadis berkenaan isbal, beliau berkata:
وفي هذه الأحاديث
أن إسبال الإزار للخيلاء كبيرة وأما الإسبال لغير الخيلاء فظاهر الأحاديث تحريمه
أيضا
Maksud: Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa melakukan isbal yang
disertai dengan rasa sombong merupakan salah satu dari dosa-dosa besar. Adapun
sekiranya dilakukan dengan tidak disertai dengan rasa sombong, dari zahir
hadis-hadis tersebut, ia masih tetap juga haram (tidak seberat isbal dengan
sombong). (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 10/263)
Larangan Isbal Adalah Mutlak (Bagi Lelaki) Walau pun Tanpa
Sombong
عَنْ ابْنِ
عُمَرَ قَالَ
مَرَرْتُ عَلَى
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي إِزَارِي اسْتِرْخَاءٌ
فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَرَفَعْتُهُ ثُمَّ قَالَ زِدْ
فَزِدْتُ فَمَا زِلْتُ أَتَحَرَّاهَا بَعْدُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ إِلَى
أَيْنَ فَقَالَ أَنْصَافِ السَّاقَيْنِ
Maksud: Daripada Ibnu ‘Umar, beliau berkata:
Aku pernah melintasi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
dengan pakaianku (kain) di dalam keadaan turun dengan sendirinya tanpa sengaja.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:
Wahai ‘Abdullah, angkatlah kainmu!
Lalu aku pun mengangkatnya (dari terlondeh turun). Kemudian
beliau berkata lagi:
Naikkan tinggi lagi sedikit!
Maka aku pun menaikkannya lagi. Dan setelah peristiwa itu, aku
pun sentiasa menjaga kedudukan kainku. Lalu sebahagian orang bertanya kepada
ku, “Sehingga paras mana?”
Aku menjawab: “Sehingga ke pertengahan kedua betis”. (Hadis
Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab al-Libas wa az-Zinah, 10/455, no. 3892)
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata di dalam kitab beliau,
Mukhtashar Syamail Muhammadiyah berkenaan hadis tersebut:
Jika Ibnu ‘Umar sebagai seorang sahabat yang mulia dan paling
bertaqwa di antara mereka itu pun tidak didiamkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam ketika beliau melihat kainnya turun tanpa disengajakan, malah beliau
tetap memerintahkan untuk mengangkat kainnya tersebut. Maka, bukankah situasi
ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa adab ini sama sekali tidak
berkaitan dengan ada atau tidak adanya faktor kesombongan.
Atau adakah kita akan menyatakan bahawa Ibnu ‘Umar melakukannya
kerana sombong (sehingga ditegur oleh Nabi? Lalu kita katakan bahawa yang
dilarang oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hanyalah isbal dengan disertai
sombong sahaja?) Sekali-kali tidak, keadaan itu sama sekali tidak mungkin. Dan
telah jelas bahawa Ibnu ‘Umar tidaklah melakukannya kerana sombong, bahkan ia
berlaku tanpa sengaja kerana kain tersebut turun (melurut) dengan sendirinya.
(Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 46,
Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)
Benarkah Abu Bakar Melakukan Isbal?
Terdapat sebahagian pihak yang mahu membolehkan isbal, mereka
menggunakan dalil berikut, di mana mereka menyatakan bahawa Abu Bakar juga
turut melakukan isbal.
عَنْ سَالِمٍ
عَنْ أَبِيهِ
عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ
يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ
اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ
ذَلِكَ مِنْهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَسْتَ
مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلَاءَ
Maksud: Daripada Salim, dari Ayahnya, daripada Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam, beliau berkata:
Sesiapa sahaja yang menjulurkan pakaiannya kerana sombong,
nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan memandangnya dengan pandangan
kasih sayang pada hari kiamat nanti.
Pada ketika itu Abu Bakar pun berkata: Wahai Rasulullah,
sesungguhnya salah satu sisi belahan kain-ku ini menjulur turun, kecuali
apabila aku menjaganya dari keadaan tersebut.
Maka Rasulullah pun menjelaskan: Engkau tidak termasuk orang
yang melakukannya dengan sombong. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas,
18/84, no. 5338)
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan berkenaan hadis
ini:
وَكَانَ سَبَب
اِسْتِرْخَائِهِ نَحَافَة جِسْم أَبِي بَكْر
Maksud: Sebab turunnya (kain Abu Bakar) adalah kerana kurusnya
badan Abu Bakar.
(إِلَّا أَنْ
أَتَعَاهَد ذَلِكَ مِنْهُ)
أَيْ يَسْتَرْخِي
إِذَا غَفَلْت عَنْهُ ، وَوَقَعَ فِي رِوَايَة مَعْمَر عَنْ زَيْد بْن أَسْلَمَ
عِنْد أَحْمَد ” إِنَّ إِزَارِي يَسْتَرْخِي أَحْيَانًا ” فَكَأَنَّ شَدّه كَانَ
يَنْحَلّ إِذَا تَحَرَّكَ بِمَشْيٍ أَوْ غَيْره بِغَيْرِ اِخْتِيَاره ، فَإِذَا
كَانَ مُحَافِظًا عَلَيْهِ لَا يَسْتَرْخِي لِأَنَّهُ كُلَّمَا كَادَ يَسْتَرْخِي
شَدَّهُ . وَأَخْرَجَ اِبْن سَعْد مِنْ طَرِيق طَلْحَة بْن عَبْد اللَّه بْن عَبْد
الرَّحْمَن بْن أَبِي بَكْر عَنْ عَائِشَة قَالَتْ : ” كَانَ أَبُو بَكْر أَحْنَى
لَا يَسْتَمْسِك إِزَاره يَسْتَرْخِي عَنْ حَقْوَيْهِ ” وَمِنْ طَرِيق قَيْس بْن
أَبِي حَازِم قَالَ: ” دَخَلْت عَلَى أَبِي بَكْر وَكَانَ رَجُلًا نَحِيفًا”
Maksud: Berkenaan perkataan Abu Bakar: (Kecuali apabila aku
menjaganya dari keadaan tersebut), maksudnya:
Salah satu sisi belahan kainnya tersebut menjulur turun apabila
aku terlupa darinya (tanpa ada kesengajaan).
Dan di dalam riwayat Ma’mar dari Zaid B. Aslam yang dikeluarkan
oleh Imam Ahmad, bahawasanya Abu Bakar berkata:
“Sesungguhnya kain-ku kadangkala menjulur turun dengan
sendirinya”.
Jadi, ikatan kain beliau kadangkala menjadi longgar ketika
digunakan untuk bergerak, sama ada dengan berjalan atau pun gerakkan yang lain,
dan terjadinya keadaan tersebut bukanlah disebabkan oleh kehendaknya sendiri. Ada
pun ketika beliau menjaga kain sarungnya (ketika bukan dalam keadaan terlupa)
maka tidak akan menjulur turun (sehingga terjadi isbal), kerana setiap kali
kainnya turun (melurut ke bawah) beliau segera mengetatkan semula ikatannya.
Dan Imam Ibnu Sa’ad telah mengeluarkan sebuah riwayat dari jalur
Thalhah B. ‘Abdillah B. ‘Abdirrahman B. Abu Bakara dari ‘Aisyah, beliau
berkata:
“Abu Bakar adalah orang yang tubuhnya sangat kurus sehingga
tidak berupaya menahan kainnya supaya tidak melurut turun dari pinggangnya”.
Dan Imam Ibnu Sa’ad juga mengeluarkan sebuah riwayat dari jalur
Qais B. Abi Hazim, beliau berkata:
“Aku masuk menemui Abu Bakar dan beliau adalah lelaki yang
sangat kurus”. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/326)
Berkenaan dengan perkataan Rasulullah:
“Engkau tidak termasuk orang yang melakukannya kerana sombong”,
al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan bahawa:
وَفِيهِ أَنَّهُ
لَا حَرَج عَلَى مَنْ اِنْجَرَّ إِزَاره بِغَيْرِ قَصْده مُطْلَقًا
Maksud: Dari perkataan ini, ia merupakan dalil bahawa tidak ada
dosa bagi seseorang yang kain (pakaiannya) menjulur turun sehingga terjadi
isbal tanpa sengaja. (Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/326)
Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata di dalam kitabnya,
al-Muhalla:
وحق كل ثوب يلبسه
الرجل أن يكون إلى الكعبين لا أسفل البتة، فان أسبله فزعا أو نسيانا فلا شئ عليه
Haq setiap pakaian bagi lelaki adalah sehingga mata kaki, dan
sama sekali tidak boleh lebih rendah lagi (dari itu). Ada pun apabila lelaki
tersebut pakaiannya menjadi isbal disebabkan terkejut atau lupa, maka tiada
dosa baginya. (Ibnu Hazm, al-Muhalla, 4/73)
Berkenaan hadis kisah Abu Bakar ini, Syaikh al-Albani
rahimahullah menjawab syubhat bolehnya isbal dengan menggunakan hadis tersebut,
katanya (di dalam Mukhtashar Syamail Muhammadiyah):
“… Sehingga dari kalangan pendakwah dan selainnya akan anda
temui orang-orang yang tidak memiliki kepedulian sama sekali di dalam
permasalahan ini. Mereka tidak ambil peduli di ketika mana mereka dengan
sengaja menurunkan pakaiannya sehingga terseret ke tanah, serta mengiringinya
dengan dakwaan bahawa dia tidak melakukannya dengan sombong, sambil tanpa
merasa bersalah (bahkan gembira) hatinya dengan adanya hadis di atas berkenaan
kisah Abu Bakar. (Sebenarnya) mereka lalai dengan adanya perbezaan yang sangat
ketara di antara Abu Bakar dengan diri mereka. Di mana Abu Bakar benar-benar
tidak sengaja melakukannya (malah telah berusaha sedaya-upaya), sebagaimana
telah jelas di dalam hadis tersebut menyatakan bahawa kainnya menjulur turun
tanpa sengaja. Sedangkan mereka yang menggunakan hadis tersebut untuk
membolehkan isbal, mereka melakukannya dengan kesengajaan. Di mana mereka tidak
tahu atau sengaja bersikap bodoh terhadap hadis-hadis yang menjelaskan tentang
sifat pakaian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam….” (Dinukil dari Abul Harith
Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 51, Darul Atsar, Cet. 1, Nov.
2007)
Benarkah Nabi Juga Melakukan Isbal?
Terdapat pihak yang menggunakan hadis di bawah ini dengan tujuan
menyatakan bahawa Nabi juga turut berisbal, dan ini menunjukkan bahawa isbal
tanpa niat sombong adalah tidak mengapa.
عَنْ أَبِي
بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
خَسَفَتْ
الشَّمْسُ وَنَحْنُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ
يَجُرُّ ثَوْبَهُ مُسْتَعْجِلًا حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ
Maksud: Daripada Abi Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Gerhana matahari tiba-tiba berlaku di ketika kami sedang
bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka beliau pun berdiri
lalu menyeret kain luarnya yang menyelimuti tubuhnya dengan tergesa-gesa
sehingga beliau sampai masuk ke dalam masjid. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab
al-Libas, 18/85, no. 5339. Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/327, no.
5339)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan
berkenaan hadis ini:
” فَقَامَ يَجُرّ
ثَوْبه مُسْتَعْجِلًا ” فَإِنَّ فِيهِ أَنَّ الْجَرّ إِذَا كَانَ بِسَبَبِ
الْإِسْرَاع لَا يَدْخُل فِي النَّهْي
Maksud: Berkenaan penjelasan “فَقَامَ يَجُرّ ثَوْبه مُسْتَعْجِلًا”
(Maka beliau pun berdiri lalu menyeret kain luarnya yang menyelimuti tubuhnya
dengan tergesa-gesa) perkataan ini sebenarnya mengandungi penjelasan bahawa
perbuatan isbal yang disebabkan oleh keadaan tergesa-gesa itu tidaklah termasuk
ke dalam kategori larangan. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/327, no. 5339)
Hadis ini sebenarnya menjelaskan berkenaan persoalan isbal yang
berlaku disebabkan terlupa atau kerana tergesa-gesa (kelam-kabut). Dengan ini,
tidak timbul persoalan bolehnya isbal jika tidak disertai rasa kesombongan.
Sekaligus ia juga masih tetap tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk isbal
di dalam keadaan yang penuh kesedaran (senang) manakala hadis ini adalah
menunjukkan isbal yang berlaku tanpa sengaja atas sebab tergesa-gesa.
No comments:
Post a Comment