DUA
PRINSIP DALAM NERACA AS-SUNNAH YANG GAGAL DITITIKBERATKAN DALAM
JEMAAH TABLIGH.
2. Jemaah Tabligh gagal menghayati kepentingan kedaulatan syari’at Islam untuk memerintah Negara demi menyempurnakan amanah Allah. (Prinsip kelima dalam piawaian As-Sunnah)
YANG PERTAMA GAGAL MENGHAYATI ‘POLITIK’ DALAM AS-SUNNAH.
Mengenepikan konsep ‘politik’ dalam As-Sunnah sama dengan merendahkan martabat As-Sunnah itu sendiri.
Demi untuk memupuk semangat memisahkan antara konsep dakwah dan politik, jemaah tabligh saolah-olah terpaksa mencipta satu trend penghayatan; bahawa segala musuh dan penentang Islam akan dapat ditumpaskan semata-mata dengan usaha dakwah yang gigih. Keluar lagi dan lagi 40 hari, 4 bulan dan setahun. (usaha atas iman dan amal) Apabila Allah turunkan hidayahNya secara umum seperti yang berlaku semasa pembukaan Makkah, musuh Islam yang kental pun akan beriman menjadi pendokong Islam yang setia. Dengan demikian segala masaalah ummat Islam akan selesai dengan mudah kerana orang-orang yang mencetuskan masalah sudah beriman dan taat kepada Allah dan RasulNya.
Penghayatan begini sebenarnya sangat meleset kerana ia adalah khayalan yang tidak berpijak dibumi nyata. Sejarah sirah dan hadis-hadis Rasulallah saw telah membuktikan bahawa hal sedemikian itu tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku sampai hari qiamat. Sungguh pun benar semasa pembukaan Makkah hidayah diturunkan secara umum, (masarakat Makkah berbondong-bondong masuk Islam) namun musuh-musuh Islam masih terpaksa diperangi. Semua peperangan dengan musuh Islam terjadi selepas percubaan jalan damai secara politik yang diusahakan oleh Rasulallah saw gagal, kerana pehak musyrikin mengangap jemaah Islam yang dipimpin Rasulallah saw hanya sebagai golongan pengacau yang tidak perlu diiktiraf kekuasanya pada masa itu.
Dalam keadaan berdepan dengan tentangan begitu keras pun jemaah Islam terus bertambah maju dan kuat. Ini telah memaksa kaum musyrikin mengikat perjanjian damai dengan Islam di Hudaibiyah, namun akhirnya perjanjian itu pun dikhianatinya kerana syaitan memang tidak pernah membiarkan sesiapa yang hendak bersikap jujur terhadap Islam.
(44)
Setelah para pambaca menatap bab 1 dan 2 , sekarang kami yakin tuan-tuan sekelian sudah paham apa yang dimaksudkan dengan kalimah ‘politik’. Kerana apabila kita kaji dengan teliti perjalanan sirah Rasulallah saw, jelas sekali diperengkat pertengahan era dakwah, Rasulallah saw sudah mula menceburkan diri dalam gelangang politik. Khususnya setelah hijrah ka Madinah. Bukan berarti Rasulallah saw tamak nak memegang kuasa pemerentahan, tetapi sebagai pelengkap menyempurnakan amanah Allah. Dimana Allah sendiri memerentahkan syari’at Islam wajib diamalkan diperengkat individu, perengkat masarakat, hingga kaperengkat Negara. Sebab itu dalam standard piawaian As-Sunnah kami telah meletakkan ‘politik’ jatuh kepada prinsip dan tertib yang ketiga. Yaitu setelah prinsip ‘ dakwah dan menjaga solat fardhu’. Angka tertib samasekali tidak boleh diubah atau ditukar, sebab ia adalah fakta sejarah yang tidak menerima sebarang perubahan sampai hari qiamat.
Selama ini kita telah banyak keliru dalam memahami pengertian kalimah ‘politik’. Para karkoon burzruk, awalin dan pimpinan jemaah kita seringkali mengaitkan ‘politik’ dengan kejadian ketegangan dan permusuhan, pecahbelah, sikap tamak kuasa dan harta, melupakan alam akhirat dan sebagainya. Pendeknya ia membawa sumber maksiat yang mendatangkan kemurkaan Allah. Ini kerana kita cuba memahami ‘politik’ semata-mata berpandu dengan apa yang berlaku dihadapan mata, tanpa dengan penelitian ilmiyah.
Walau bagaimana pun tidaklah dinafikan ‘politik’ diluar Islam memang cenderong kepada unsur-unsur maksiat yang mendatangkan kemurkaan Allah kerana matalamat politiknya semata-mata untuk mencapai kemewahan dunia. Sementara politik Islam yang diajar Rasulallah saw kepada kita mensasarkan matalamat keredhaan Allah dunia hingga ka akhirat. Oleh itu pemegang teraju politik dalam Islam mistilah ulama muktabar yang benar-benar diiktiraf sebagai ‘Warisatul-Anbiyak’.
Kami sebenarnya menyedari terdapat ramai ulama dalam jemaah tabligh yang layak dipikulkan tangungjawab sebagai ‘Warisatul-Anbiyak’ tetapi malangnya mereka keliru dalam memahami konsep ‘politik’ lalu mereka mengambil sikap memencilkan diri dari politik akibatnya mereka tidak mampu menjunjuhg As-Sunnah secara menyeluruh seperti yang diamanahkan Allah kepada mereka.
Politik dalam Islam mistilah bermula dari konsep ‘mengajak kebaikan’ Yaitu ‘dakwah’ sebagaimana yang diamalkan oleh jemaah tabligh hari ini. Motifnya untuk mengamalkan, memperkenalkan, dan menyerlahkan atau menonjolkan nilai-nilai kebaikkan dari ajaran As-Sunnah, semata-mata kerana Allah. Apabila nilai ‘kebaikkan’ sudah terserlah, dan sudah diakui oleh masarakat Islam dan bukan Islam sebagai nilai kebaikkan yang hakiki (terunggul tiada bandinganya). Bila sudah sampai katahap itu, kepada golongan yang terus-menerus menentang semata-mata kerana membela kepentigan dunianya, ia hendak lah dicegah secara tegas dengan cara politik terlebeh dahulu. Jika gagal wajiblah diteruskan secara fizikal (Jihad fee Sabilillah) Sesuai dengan konsep ‘Amar ma’aruf nahi mungkar’ mengikut ketentuan syarak. Begitulah perjalanan As-Sunnah yang Rasulallah saw tujukan contoh kepada kita.
Sebab itu ‘dakwah dan politik’ adalah sebagai mata rantai kesinambungan yang tidak mungkin boleh dipisahkan. Artinya ‘dakwah’ tidak akan sempurna jika dihujungnya tidak ditangani dengan ‘politik’ begitu juga sebaliknya ‘politik’ tidak akan berjaya jika tidak dimulakan dengan ‘dakwah’. Percubaan untuk memisahkanya sama artinya merendahkan martabat As-Sunnah itu sendiri, pasti akan menemui kegagalan. Ini telah nyata terbukti, hari ini di Sri Langka dan di Miwat, yang mana usaha dakwah jemaah kita sudah sampai katahap 80 – 95% dikalangan masarakat Islam disana, namun amalan syari’at Islam disana sekadar diperingkat persaorangan (individu). Perengkat Negara masih terpaksa tunduk patuh kepada perundangan kaum kafirin. Walhal Islam sendiri mempunyai perundangan yang lengkap sempurna dalam seluruh aspek kehidupan maknusia.
Umrah April-Jun2013
No comments:
Post a Comment