Wednesday, December 12, 2012

Masalah Dalam Jemaah Tabligh 2


Kekeliruan yang wajib segera dibetulkan.

Rarulallah saw ada bersabda yang mahfumnya “Dizaman aku dan sahabatku adalah zaman yang terbaik, Selepas itu tidak akan ada yang lebeh baik” Hadis riwayat Imam Muslin dari Abu Hurairah. Hadis ini menjadi dalil bahawa kemungkaran tidak akan lenyap sendiri apabila nilai-nilai kebaikkan disampaikan kepada orang ramai (didakwahkan). Natijahnya, sedangkan sewaktu Rasulallah saw masih hidup hal sedemikian tidak berlaku, apakah dizaman kita hari ini boleh terjadi suatu natijah yang lebeh baik dariapda zaman hayat Rasulallah saw. ? Tentunya ia sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

Penghayatan yang keliru ini telah menyebakan perbuatan menegur dan menentang musuh Islam hampir tidak pernah wujud dalam jemaah tabligh. Kalau pun ada ia scara rahsia oleh jemaah khawas (jemaah yang dihantar khsusu untuk mendakwahi orang–orang kenamaan) yang sahingga hari ini maseh belum nampak sebarang kesan keatas golongan berkuasa secular Islam. Ini menyebabkan masarakat Islam hari ini tidak tahu apa yang jemaah tabligh buat terhadap kemungkaran dan maksiat yang begitu besar diseluruh nagara. Orang ramai keliru tentang sikap jemaah kita terhadap maksiat dan mungkar yang terang-terang secara sengaja dianjurkan oleh pehak kerajaan Umno BN yang memerentah negara.

Ditambah pula wujudnya segelintir para karkoon burzruk yang begitu akrab dan bersahabat dengan golongan yang mendokong dan menyokong kezaliman dan maksiat . Maka bertambah bingunglah orang ramai dan terus terikut jalan sesat yang dipelopori oleh pehak kerajaan Umno BN. Contohnya kerajaan sekarang sedang menganjurkan konsep ‘Islam Hadhari’ yang terang-terang tergelincir dari jalan As-Sunnah. Hingga saat ini jemaah tabligh masih belum mampu membuka mulut memperkatakanya juateru tidak mau menyingong perasaan orang lain, atau gerun terhadap Umno BN.

Motif asal jemaah kita hendak menyampaikan dan mengajak ummat Islam menuju mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi pada waktu yang sama wujud pula sebilangan karkoon yang bersubahat dengan golongan penegak kebathilan. Dengan lain perkataan kita mentarbiyah umat Islam supaya menghayati nilai kebesaran Allah dan RasulNya demi mendapatkan keredhan Allah. Malangnya pada ketika yang sama ada pula golongan pendakwah kita yang bersekonkol dengan golongan yang memperlecehkan dan manghina Allah. Alangkah janggalnya hal ini boleh berlaku, semata-mata kerana hendak menyisihkan diri dari politik.

Situasi ini sangat bercangah dengan apa yang dilakukan oleh Pas. Para pemimpin Pas mencurahkan pengorbanan yang besar, sanggup silih berganti menjadi tahanan undang-undang zalim ISA (Akta kezaliman kerajaan Umno yang bercangah dengan nilai Islam dan nilai kemaknusiaan sejagat) demi semata-mata untuk mencegah kemungkaran yang sememangnya dituntut oleh syarak. Firman Allah: “Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang mendapat kejayaan sejati” Al-Imran 104.

Tidaklah dapat dinafikan sesungguhnya program dakwah jemaah tabligh adalah sebagai kegiatan mengajak kebaikkan yang nyata. Kesilapanya ialah para karkoon ditarbiyah supaya menghayati bahawa ‘kemungkaran tidak perlu dicegah secara langsung’ Kemungkaran akan lenyap sendiri apabila sebilangan besar orang-orang yang melaku kemungkaran mengikut usaha dakwah jemaah tabligh” Demikianlah falsafah yang ditarbiyahkan kepada para karkoon. Namun terdapat juga golongan yang radikal, berani mempersoalkan hujah yang tidak boleh diterima akal itu. Mereka ini diberi penghayatan bahawa penghujung usaha dakwah ialah ‘berperang’ meghapuskan puak musyrikin yang terus menentang agama. Selama kita belum mampu berperang sebagaimana Rasulallah lakukan, kita buat kerja dakwah sahaja (keluar 40hari 4bulan lagi dan lagi)

(46)

Ternyata tarbiyah yang menyuruh kita sentiasa menghayati ‘berdepan dengan peperangan’ adalah juga salah. Ia timbul kerana semata-mata tidak mengkaji perjalanan As-Sunnah secara teliti. Dalilnya sabda Rasulallah saw: “Jihad yang peling afdhal dikalangan kamu, Hendaklah kamu berkata benar kepada pemerentah yang zalim. Jika kamu mati dibunuhnya selepas itu kamu akan dibangkitkan bersama-sama Hamzah penghulu sekelian syuhadak” Hadis riwayat Imam Bokhari dan Muslim. Apabila Rasulallah saw mengajurkan kita menegur para pemerentah Negara, artinya kita mencampuri urusan politik secara tidak langsung. Apabila pemerentah itu tidak mengindahkan peringatan kita supaya kembali kejalan Allah, maka wajiblah kita mendedahkan kepada rakyat supaya rakyat tidak terus ikut tersesat jalan kerana menyokongnya. Ini artinya kita melibatkan diri secara langsung dengan urusan politik. Ini adalah tuntutan syarak yang wajib dilakukan oleh orang beriman demi menegakkan ma’aruf dan mencegah kemungkaran.

Sebenarnya banyak lagi hadis-hadis yang menjadi dalil menangani urusan politik terlebeh dulu sebelum berperang. Rasulallah ada mengutus surat dan menghatar utusan menghadap raja-raja pemerentah dinegara-negara sekitar mengajak mereka kepada Islam. Dan juga Rasulallah saw pernah memetri penjanjian damai dengan puak musyrikin. Artinya Rasulallah saw tidak cenderong kepada kekerasan dan pertumpahan darah, seoleh-bolehnya ia mengelakan dan mendahului dengan usaha damai cara ‘politik’ .

Pemimpin Pas dengan lantangnya berdiri depan risiko yang tinggi menyatakan seuatu yang benar kepada pemerentah yang zalim (kerajaan secular Umno). Tiada kepentingan lain, kerana niat semata-mata mencegah kemungkaran kerana Allah. Kesilapan Pas hanya kerana tidak memulakan dengan tarbiyah kerohanian menerusi usaha dakwah sebagaimana jemaah tabligh. Bagitu juga sebaliknya jemaah tabligh, ia juga melakukan kesilapan jika terus menerus hendak menyisihkan diri dari politik. Ia tidak akan mampu menyempurnakan amanah Allah yang terpikul diatas bahunya.

Demi menyempurnakan kebaikkan dan mencegah kemungkaran disisi Allah wajib menerusi aspek politik.

Kita jemaah tabligh telah memulakan dengan uslub yang betul mengikut piawaian As-Sunnah walaupun secara tidak sengaja. Yaitu melalui latihan kerohanian menerusi usaha dakwah (mengajak kebaikkan). Namun begitu sahingga saat ini ia belum mampu menegur kemungkaran kerajaan Umno BN secara langsung, kerana berpegang kepada penghayatan yang salah, yang kami sebutkan diatas tadi. Untuk mengatasinya wajiblah jemaah kita meneliti perjalanan sirah secara jitu. Selama ini kita baca bahagian-bahagian tertentu dalam sirah berulang-ulang kali, semata-mata untuk mengambil contoh iktibar dan tauladan, tetapi kita tidak meneliti dan menghayati seluruh prinsip dan tertib perjalanan As-Sunnah scara pakej. Oleh sebab itu hari ini kita dapati jemaah tabligh dan Pas telah mengabaikan empat prinsip dan tertib As-Sunnah yang tersangat penting, seperti yang sedang kita huraikan sekarang.

Disini kami ingin memaparkan satu contoh selepas pertistiwa perang khandak, bagaimana tantera Islam yang dipimpin oleh Rasulallah saw pergi mengepung (memerangai) kubu puak Yahudi di Khaibar (perang Khaibar) Sedangkan puak Yahudi telah lari balik ketempat asalnya di Khaibar, tidak lagi menganggu ummat Islam di Madinah, Namun Rasulallah saw maseh memikirkan perlu mengejarnya ka Khaibar demi untuk menumpaskan musuh Islam. Tetapi hendaklah kita ingat, Rasulallah bertindak demikian setelah gagal usaha secara politik. Begitulah contohnya Rasulallah saw bertindak menghapuskan kemungkaran. Bukan boleh diatasi semata-mata dengan usaha dakwah......bersambung di siri 3.....


Umrah April 2013

No comments:

Post a Comment