Thursday, December 13, 2012

Masalah Dalam Jemaah Tabligh - siri 3



Satu lagi dalil yang di bentangkan sendiri oleh Hazdrat Maulana Zakaria (salah saorang pengasas jemaah tabligh di India) dalam bukunya ‘Fadhilat Tabligh’ beliau ada mencacatkan sebuah hadis dimana dengan tidak semena-mena Rasulallah saw bingkas dengan penoh emosi bersabda: “Demi Allah kamu semua tidak akan mencapai ke salehan yang hakiki, kecuali kamu mencegah orang-orang yang zalim dari kezalimanya” (Sila rujuk halaman 10 dalam buku berkenaan.) Selanjutnya Hazdrat Maulana mencatatkan sebuah hadis lagi: “Kamu hendaklah mendakwah kebenaran dan mencegah orang-orang yang melakukan maksiat dan perkara-perkara yang dilarang dan menyekat para penzalim. Kalau tidak kamu akan dikutuk dan hati kamu akan dikurap, sama seperti yang Allah telah perbuat terhadap bani Israel” Kemudian Rasulallah saw telah menbaca ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan perkara-perkara tersebut. Yaitu Bani Israel telah dikondem Allah kerana tidak mencegah kemungkaran.

Apa yang kita hadapi sekarang ialah pehak kerajaan Umno yang memerentah Negara sendiri yang menaja pokok segala kemungkaran. Oleh sebab itu para karkoon yang bersubahat dengan Umno telah melakukan perbuatan menyangah maksud hadis ini yang diutarakan oleh pengasas jemaah kita sendiri (Hazdrat Maulana Zakaria) Bagaimana boleh jadi demikian?. Semata-mata kerana jemaah kita seboleh-bolehnya hendak menyisihkan diri dari ‘politik’.

Pada paragraph terakhir halaman 10, Maulana mencatatkan sebagai berikut: Pada masa ini adalah dipandang baik supaya diadakan perdamaian dan bermanis muka dengan sekelian orang pada sebarang masa. Pendapat ini adalah kehendak kesusilaan, walau pun terpaksa berdamai dengan syaitan dan para pengikutnya. Nyatalah ini adalah satu polisi yang salah; dasar yang mengalakan kedurjanaan. Pada segi agama dan moral sesaorang mistilah jangan bersahabat dengan orang-orang yang berbuat maksiat, yang melanggar hukum dan yang zalim………Nah, sekarang kita sama-sama paham Maulana Zakaria telah menukilkan ini sejak tahun 20 han. Sentiasa dibaca oleh para karkoon. Sepanjang yang kami diberi tahu. ‘Tidak dibenarkan mana-mana karkoon, wa’ima karkoon ustaz sekali pun memerinci atau menghuraikan fakta yang dinukilkan oleh Maulana ini. Semata-mata kerana takut menyentuh politik.

Demikianlah yang dapat kami petik dari Hazdrat Maulana Zakaria yang mana ia secocok dengan ketentuan nash yang tersebut dibawah ini. Firman Allah: ……”Barang siapa yang tidak memutuskan (menghukum) sesuatu perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir; atau zalim; atau fasik. Ayat 44, 45, dan 47 Al-Maa’idah. Sebuah lagi firman. “Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh api neraka. Dan sekali-kali kamu tidak mempunyai penolong selain daripada Allah. Ayat 113 surah Huud..

Dan sebuah lagi hadis. Rasulalah saw bersabda: “Akan tiba diakhir zaman nanti para pemerentah kamu suka bercakap bohong dan melakukan kezaliman secara terang-terangan. Barang siapa diantara kamu membenarkan kebohonganya dan menyokong kezalimanya yang menyebabkan ia terus menjadi lebeh zalim, maka engkau bukan ummatku dan aku bukan Nabi mu” Hadis riwayat At-Tarmizi. Al-Hakim dan An-Nassaie.

Nah sekarang cuba kita renung dan fikirkan secara mendalam, siapa sebenarnya yang menggalakan pokok kemungkaran dan siapa sebenarnya yang zalim mengikut nash. Berbanding zalim yang dilakukan oleh individu persaorangan dengan zalim yang dilakukan oleh kerajaan yang berkuasa memerentah Negara selama 50 tahun tentulah samasekali tidak sama. Selama ini kita tidak mampu menyentuhnya kerana takutkan ‘politik’. Sedangkan ‘politik’ adalah salah satu prinsip As-Sunnah yang sangat penting. Kalau begitu bagaimana sebenarnya cara kita menjunjung As-Sunnah.?

(48)

Melihat nukilan Hazrat Maulana Zakaria yang kami catatkan diatas tadi, dengan jelasnya memberikan gambaran bahawa beliau tidak pernah berhasrat mengheret para karkoon menjauhkan diri dari politik. Kami yakin beliau sebenarnya menyedari hakikat ‘bahawa tiada sebarang kemungkinan dimana-mana masarakat maknusia biasa didunia ini yang boleh mengasingkan diri daripada aspek ‘politik’. Oleh sebab itu perbuatan membisukan mulut dan memekakan telinga terhadap politik yang dilakukan oleh jemaah tabligh sekarang bukanlah dari anjuran beliau. Namun memang ada ketika tertentu yang hukum syarak memwajibkan kita mengambil sikap memekakan telinga dan membisukan mulut; yaitu apabila berdepan dengan hal fitnah antara sesama angota jemaah yang sama-sama hendak menegakkan Islam. Sama sekali bukan dalam hal politik pemerentahan Negara. Contohnya ulama-ulama zaman tabi’in dan tabi’in-tabi’in, termasuk semua ulama mazhab, mereka semua dengan lantang menegur pemerentah tanpa gentar ramai yang didera dalam penjara sahingga mati syahid. Soalnya sekarang, sejauh mana para karkoon hari ini mampu menghayati dan mengamalkan mengikut seruan ulama pengasas jemaah kita sendiri.?

Huraian hadis Rasulallah saw yang mengelirukan kerana sedaya upaya mengelakan daripada aspek politik adalah membahayakan aqidah.

Semenjak tahun 80han kami pernah mendengar bayan yang disampaikan oleh saorang burzruk dimarkas masjid India (markas Sri Petaling belum siap dibena) yang pada hemat kami terseleweng maksudnya semta-mata kerana mahu mengelakan diri dari aspek ‘politik’ Katanya: Musuh Islam hari ini bukanlah Yahudi dan Nasara. Yang sebenarnya musuh Islam ialah orang-orang Islam yang meninggalkan solat’.

Rangkapan kalimah ini sungguh sangat dikesalkan kerana perbuatan menafsir hadis dan ayat-ayat Al-Quran mengikut nafsu berlaku begitu jaoh dalam jemaah kita, justeru kerana kepahaman ilmu kurang dititik beratkan. Walaupun orang melalaikan solat itu memang sangat tercela disisi Allah, tetapi untuk mengatakan Yahudi Nasara bukan musuh Islam adalah sangat meleset, seperti contoh ini: “Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu (orang Islam) sahingga kamu ikuti agama mereka” Firman Allah Al-Baqarah 120. Adalah jelas pandangan Burzruk yang menyampaikan bayan itu bercangah dengan maksud firman diatas ini. Soalnya bagaimana orang semacam ini dibenarkan menyampaikan bayan dimarkas besar jemaah kita. Bukankah ia mencemar kewibawaan ulama kita.?

Satu lagi contoh yang disebutkan oleh penyampai bayan yang sama, ia menafsir hadis yang masyhur: “Jika melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan kamu. Jika tidak mampu hendaklah kamu cegah dengan lisan kamu. (menegur dengan perkataan) Jika tidak mampu hendaklah kamu membenci dalam hati kamu. Itulah selemah-lemah iman, tiada lagi iman selepas itu. Dalam menafsir hadis ini penyampai bayan tadi berkata: “Jemaah kitalah yang bertindak mencegah kemungkaran dengan tangan, (perbuatan) sebab kita mengajak orang-orang Islam memakmurkan masjid dan menjaga solat, sebab kebanyakan pelaku mungkar ialah orang-orang yang meningalkan solat. Apabila mereka sudah menjaga solatnya dengan baik tentu mereka berhenti dari kerja mungkarnya, sesuai dengan maksud firman “Sesungguhnya solat akan mencegah daripada perbuatan fasad dan mungkar”.

Jawapan kami: “Dengan tidak menyisihkan maksud firman yang tersebut itu, kami dapati tidak semua orang yang mengerjakan solat dapat mencegah kemungkaran, apatah lagi orang yang tidak khusuk dan tidak memahami pengertian bacaan solatnya. Sebab itu hari ini kita jumpa ramai orang yang menunaikan solat tetapi masih terlibat dengan kemungkaran, termasuk para karkoon yang ditarbiyah khusus menjaga solat pun masih ada yang terlibat dengan kemungkaran. (bersubahat dengan kerajaan zalim)

Ini dikuatkan dengan dalil sejarah dimana Kalifah Abu Bakar Sidiq memerangi orang-orang yang ingkar membayar zakat dizaman permulaan pemerentahan beliau, mereka semua masih mengucap syahadah dan menunaikan solat. Yang kedua, tunjang yang menjadi tulang belakang segala kemungkaran adalah puak Yahudi dan Nasrani, kaum yang mengingkari ke Rasulan Nabi Muhammad saw, ia dilaknat Allah. Mereka ini tiada kaitan samasekali dengan solat. Oleh itu secara mutlaqnya kemungkaran wajib dicegah dengan cara politik dan jihad. Tidak semata-mata dengan cara menegakkan ma’aruf. Demikian juga yang ditunjukan contoh dalam As-Sunnah.

Selama ini kita menegur pemerentah Umno dengan berbisik-bisik (secara sulit) rakyat tidak mendengar dan mengetahui hakikat sebenar. Maka rakyat pun terus terikut kesesatan kerajaan Umno kerana media massa kepunyaanya digunakan untuk menipu rakyat dengan sering menonjolkan kebaikannya mengikut penilaian akalnya sendiri. (kebaikkan atau keburukan hendaklah diukur atau dinilai mengikut ketentuan nash. Penilaian akal semata-mata tidak boleh diterima) Oleh sebab itu apakah kita tidak sama-sama menanggung dosa apabila rakyat menjadi sesat kerana ketidak tegasan sikap jemaah kita selama ini. Sebab kita melayani pemerentah yang zalim sama seperti melayani saorang individu yang melakukan maksiat, sedangkan keadaan mereka jauh berbeza.

Adakah selama ini sikap jemaah kita membisukan mulut dan memekakan telinga terhadap kemungkaran besar oleh kerajaan yang memerentah betul pada syarak.? Mari kita lihat contoh dizaman Hajaj Yusuf As-Syakafi menjadi gabnur di Kuffah. Beliau saorang gabnur yang terkanal zalim dalam sejarah. Ulama dizamanya berani mengeluarkan fatwa yang secara langsung menyingung perasaanya. Katanya: “Barangsiapa tukang jahit yang sangup menjahit baju gabnur Hajaj, mereka itu adalah zalim sama seperti Hajaj juga”. Sedangkan ia tahu fatwanya itu mengancam nyawanya sendiri, namun demi untuk menyatakan yang haq disisi Allah ulama berkenaan berani mempertaruhkan nyawanya.

Begitu juga apa yang telah dikatakan oleh Sufian At-Thauri saorang Ulama termashur zaman tabi’in. Semasa berdepan dengan kalifah yang degil, engan menerima nasihatnya dizaman itu. Ketika wakil kalifah melawatnya ketika ia sedang sakit, ia telah berpesan bersungguh-sungguh kepada wakil itu meminta tiga perkara supaya disampaikan kepada kalifah. Pertama meminta jangan kalifah menziarahinya walaupun ia meningal dunia. Yang kedua jangan kalifah itu mendo’akanya. Dan yang ketiga jangan kalifah hadhir semasa pengkebumianya. Nah…Sekarang berdanding dengan sikap kita hari ini. Apakah tidak wujud pemerentah zalim pada hari ini.? Apakah kita belum cukup masa menyampaikan dakwah kepada mereka setelah hampir 100 tahun. ? Disinilah letaknya hakikat kedudokkan dakwah dan politik tidak boleh dipisahkan.
bersambung …….siri 4 ke-sini

No comments:

Post a Comment