Friday, December 14, 2012

Masalah Dalam Jemaah Tabligh - siri 4


Salah ambil iktibar.

Beberapa kejadian penentang dakwah atau golongan yang pernah memusuhi Islam telah bertukar menjadi pendokong Islam yang gigih apabila mendapat hidayah lantaran usaha dakwah jemaah kita telah mengelirukan para karkoon dan burzruk, yang mendorong tercetusnya pandangan negatif yang tidak membolehkan jemaah kita menegur para pemerentah zalim yang mengalakkan kemungkaran dan maksiat. Katanya: “Mana tahu satu hari nanti mereka mendapat hidayah dan menjadi pendokong dakwah yang baik, kerana contohnya sudah banyak. Oleh itu jangan kita kutuk dia kerana kejahatanya hari ini”.

Sememangnya dizaman hayat Rasulallah saw pun banyak kejadian musuh ketat Islam betukar menjadi sahabat baginda lantaran dakwah dan hidayah. Tetapi hakikat kenyataanya musuh Islam tidak tidak pernah habis hanya lantaran dakwah dan hidayah. Hari ini mereka sebagai musuh Islam, mungkin esoknya ia bertukar menjadi pendokong Islam yang gigih, contoh syaidina Umar Ibnu Khatab. Namun hendaklah kita hayati hakikat bahawa menentukan apa yang akan berlaku esok adalah semata-mata urusan Allah, yang mana makhluk tiada daya upaya untuk campur tangan. Walau apa pun usaha kita lakukan pemutusnya tetaplah di tangan Allah yang samasekali tidak terpengaruh dengan usaha makhluk.

Samada kita buat kerja dakwah atau tidak, samada kita berdo’a atau tidak, Allah boleh saja memutuskan atas kehendkNya sendiri tanpa sebarang pengaruh makhluk. Tiada siapa makhluk berhak campur tangan dalam urusan menentukan ‘apa akan jadi pada hari esok’ Oleh yang demikian tidaklah kita berdosa menentang atau memerangi musuh-musuh Islan hari ini, kerana ia adalah terang-terang sebagai musuh Islam hari ini, dan diluar kemampuan kita pula untuk mengetahui apa yang akan terjadi kepada musuh Islam itu pada hari esok.

Sebagai contoh sirah, kita lihat bagaimana Rasulallah saw menentang Abu Sufian dalam perang Khandak, kerana Abu Sufianlah yang memimpin tentera Ahzzab serama 30,000 orang yang berhasrat hendak melenyapkan Islam dari muka bumi . Tetapi akhirnya Abu Sufian masuk Islam semasa pembukaan Makkah dan menjadi sahabat baginda yang baik. Apakah Rasulallah saw dan para sahabatnya dikira berdosa kerana memerangi Abu Sufian dalam perang Khandak yang kemudianya menjadi sahabat Rasulallah.? Ini adalah fakta sejarah (Sirah) yang tiada siapa boleh mengubahnya.

Pada perengkat ini saorang burzruk awalin menimbulkan persoalan yang tersangat penting. Sebab katanya: “Dizaman Nabi menentang Abu Sufian dalam perang Khandak, ia masih kafir. Sangat berbeza hari ini, kita berdepan dengan golongan masarakat yang sudah lama Islam. Bagaimana mungkin kita hendak samakan keadaan itu”. Soalnya. Dibawah ini kami berikan jawapan dengan merujukan dua perkara untuk sekelian pembaca.

Pertama. Fakta sejarah apabila Abu Bakar Sidiq mengantikan Rasulallah saw sebagai Amirul Mukminin. Pada ketika itu terdapat ramai orang Islam yang mula engkar hukum Allah yaitu engan membayar zakat. Umar Ibnu Khattab yang menjadi orang kanan pembantu Abu Bakar menjadi bingung kerana mereka yang ingkar itu semua ummat Islam yang masih mengucap syahadah dan menunaikan solat. Tetapi Abu Bakar sendiri dengan beraninya bertindak drastic memerangi golongan yang engkar hukum Allah itu dengan senjata. Ini kerana pendirian Abu Bakar adalah jelas dan tegas bahawa orang Islam yang sengaja mengingkari hukum Allah, walau pun hanya satu hukum tanpa dengan sebab-sebab yang dibenarkan syarak sudah diangap terbatal iman dan Islamnya, kerana kepatuhanya kepada Allah sudah tercacat. Hari ini berapa banyak hukum Allah telah diingkari oleh golongan yang menentang politik Islam, walau pun mereka masih mengaku Islam. Ini kerana pada mereka Islam hanya terbatal apabila sesaorang itu mengaku dirinya keluar daripada Islam. Ternyata pahaman begitu adalah salah.

Walau bagaimana pun, oleh sebab pada hari ini jemaah Islam yang tulin belum berkuasa memerentah mana-mana negara, (jemaah tabligh pun tidak pernah berusaha untuk dapat memerentah Negara), dan keadaan usaha dakwah yang sudah lama diabaikan oleh ummat Islam keseluruhanya, maka tidaklah layak kita mencontohi tindakkan Abu Bakar Sidiq itu, kerana uslup menyampaikan dakwah kepada mereka lebeh ‘aula’ mengikut piawaian As-Sunnah. Namun begitu demi mengambil iktibar tindakkan Abu Bakar itu, hari ini kita tidak boleh melayani orang-orang yang sengaja engkar atau memperleceh hukum Allah samarata dengan orang yang bersemangat menjunjung hukum Allah walaupun amal ibadahnya tidak dapat 100% mengikut lunas As-Sunnah. Kerana dari segi aqidah mereka percaya dan yakin dengan hukum Allah. Artinya iman dan Islamnya maseh belum terbatal berbanding dengan orang yang sengaja menolak hukum Allah adalah jauh berbeza.

Berdepan dengan ulama Us-Syuk.

Yang kedua. Kita merujuk sebuah hadis sahih yang mahfumnya: “Diakhir zaman nanti dikalangan ummat Islam akan wujud ulama us-syuk. (ulama jahat) maka bertanyalah saorang sahabat: “Bagaimana ulama boleh menjadi jahat ya Rasulallah saw. ? Maka jawab baginda: “Mereka menjual agama dengan wang yang sedikit, mereka inilah seburuk-buruk makhluk yang melata dibumi” Hadis riwayat Al-Baihaqi.

Kita semua paham semasa Rasulallah saw bersabda demikian tentunya belum wujud ‘ulama us-Syuk’ kerana pada waktu itu ulama bagi ummat Islam ialah Rasulallah saw sendiri. Pada masa itu tiada saorang pun ilmuan agama yang layak dipangil ulama, kecuali Rasulallah saw dan para sahabatnya yang sudah tentu mereka bersih dari segala kejahatan. Yang ada hanya para pendeta Yahudi dan Nasrani yang berani menyelewengkan kitab Allah yang diberikan kepada mereka, oleh itu mereka sudah pun dilaknat Allah dalam Al-Quran.

Kita dapati ulama us-syuk ini memegang peranan yang penting dalam hal memperkasakan dan mengekalkan kewujudan negara Islam sekular. (Negara yang diperentah oleh orang Islam tapi mereka tidak mendaualatkan hukum Allah. Seperti Malaysia, Indonesia, Algeria, Pakistan, Masir dan banyak lagi) Negara-negara tersebut digelar Islam sekular kerana engan mendaulatkan hukum syari’at Allah dari Al-Quran dan As-Sunnah. DiMalaysia, pemimpin-pemimpin kerajaan Umno berani mengatakan hukum-hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah terbatal kerana tidak cocok dengan perlembagaan Negara. Mereka memandang perlembagaan Negara lebeh tinggi dari Al-Quran. Apakah namanya kalau tidak ‘syirik’ ?.

Ulama us-syuk diupah oleh pemerentah kerajaan secular, diberi tugas untuk mengeluarkan fatwa menyokong atau menghalalkan tindakan para pemimpin Islam sekular walaupun terang-terang bercangah dengan hukum syarak. Walau pun mereka tidak menghalalkan secara langsung, tetapi mereka membisukan mulut terhadap sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan sekular. Contohnya mereka tidak berani menegur kerajaan program-program maksiat dalam TV seperti ‘sure Heboh, akademik Fantasia, bintang kecil dan sebagainya. Sekiranya ada kritikan dari masarakat, merekalah yang akan kedepan mempertahankanya dengan berbagai hujah bathil. Ada yang sampai berani berhujah mengharuskan perempuan Islam melacurkan diri kalau kesempitan hidup. Sebaliknya ulama-ulama akhirat yang berani menegur akan dipulau atau dipecat. Ulama dari jemaah kita (tabligh) tidak pernah diusik kerana ulama kita tidak pernah menyentuh kemungkaran mereka didepan masarakat sebagaimana yang dilakukan oleh ulama-ulama mazhab terhadap pemerentah negeranya.

Hal yang sama berlaku dalam negara-negara Islam sekular diseluruh dunia. Seperti Masir, Indonesia, Iraq, Yaman, Pakistan dan lain-lain lagi. Semua mereka memusuhi ulama-ulama akhirat yang berstatus ‘Warisatul Anbiyak’ yang memimpin gerakkan Islam yang mendokong cita-cita menegakkan daulah Islam yang tulin sebagaimana contoh As-Sunnah. Ramai juga yang terbunuh syahid dalam perjuangan mereka ini kerana penentangan yang sangat sengit, termasuk di Malaysia juga ada kejadian demikian walau pun jumlahnya kecil. Malangnya jemaah kita tabligh tidak menyokong mereka (ulama gerakkan Islam) kerana terlalu takutkan bayang-bayang ‘politik’.

Pada hari ini kita memang benar-benar berdepan dengan ulama Us-Syuk yang disebut oleh Rasulallah saw dalam hadis itu. Kalau dizaman kalifah Abu Bakar Sidiq rakyat yang ingkar satu hukum Allah diperanginya, bagaimana pula sewajarnya kita menghadapi ulama Us-Syuk sekarang.? Sebenarnya kita wajib menentangnya kerana ia (ulama us-syuk) itu didifinasikan oleh Rasulallah saw sebagai ‘sejahat-jahat makhluk yang melata dibumi’ yang telah membawa kerusakkan besar kepada seluruh ummat Islam, sebab mereka bercakap ‘agama’ semata-mata kerana menjaga kepentingan harta didunia (Rasulallah sebut “mereka menjual agama dengan wang yang sedikit”)

Soalnya sekarang bagaimana cara kita menentang mereka. Tiada terdapat sebarang contoh As-Sunnah atau panduan hadis atau qias secara langsung. Kerana semasa Rasulallah saw bersabda memang belum wujud ulama Us-Syuk itu. Oleh itu semata-mata kita bergantung contoh yang dilakukan oleh ulama silam menentang pemerentah yang zalim, sambil sentiasa berdo’a meminta ‘petunjuk jalan yang lurus’ daripada Allah yang menjadi wajib kepada seluruh ummat Islam memohon do’a pada tiap-tiap kali menunaikan solat. Sambil itu wajib kita bertindak menentangnya secara tegas seberapa yang termampu demi semata-mata kerana menyempurnakan amanah Allah. Maka dengan itu tidaklah kita dikira berdosa menentang ulama us-syuk dan puak Islam sekular yang menjadi petualang Islam pada hari ini. Tetapi hendaklah dengan penoh hikmah serta semangat dakwah dan politik demi mendaulatkan Islam sebagai Ad-Adeen yang syumul. Walau pun kemungkinan dimasa hadapan mereka bertukar menjadi pendokong Islam yang baik, kerana urusan masa depan adalah terserah kepada Allah.

Apa harus kita buat dengan kemungkaran besar yang dilakukan oleh ulama Us-Syuk.?.......


Fikirkan di sini

No comments:

Post a Comment