Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah
satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.
Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah
satu bucu Kaabah dimana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin
memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan
membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh
kali dan akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf
bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.
Ciuman sebagai sunnah semata-mata
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan
sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar
Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau
berkata-kata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa.
Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan
melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Sejarah Hajarul Aswad
Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga
dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji
dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan.
Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin
Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin
Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa
Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia. Abdullah bin Abbas
juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak
ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini.
Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin
Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama
sejarah Mekah.Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang
meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat
ataukah Nabi Adam a.s.
Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan
berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang
cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan
warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang
musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).
Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah
satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan,
lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh
orang-orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti
sedia kala. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu
Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang
berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang
manusia pun yang sanggup mamandangnya.
Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35
tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi
Muhammad s.a.w dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu. Ketika
pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke
tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa
yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya. Melihat keadaan ini,
Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan
usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang
yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.
Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum
menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan
Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya,
Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu. Baginda melepaskan
serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar
Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu. Baginda kemudian meminta
para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama
mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar
Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya.
Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari
kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.
Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita
perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut
Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah
kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang
lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada
Kaabah. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan
tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H,
ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M),
melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang
pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak
di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.
Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid,
Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda
menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai
pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang. Lingkaran emas itu kemudian
diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah
(1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V,
memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan
lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya,
Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak.
SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta
umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah,
menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat
mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan
wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.
Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah
kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam
pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.
Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh
dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi
kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.
Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga
dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk
manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan
(dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)
Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan.
Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula
mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan
oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:
“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w
mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku
berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa
lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”
Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina
beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang
Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)
Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena
cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika
mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam
atau lebih dikenali Hajarul Aswad.
Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima
daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai
tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad
(sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.
Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina
Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah
batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat
Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”
Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi
sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan
nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang
sejarah.
Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali
gus tempat mustajab dikabulkan doa.
Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah
timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu
berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.
Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada
Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping
kepada lapan gugusan batu kecil.
Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu
mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir
al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa’ pada 319
Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.
Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan
tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan
lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya
batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.
Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada
batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar
diletakkan di satu sudut Kaabah.
Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari
syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan
bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang
diserap tahun ke tahun. Lambai disini
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu
diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu
Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam
dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu
keluar dan memberikan kepada baginda.
Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah,
dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda
melakukan tawaf.
Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat
pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.
Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya
suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan
batu hitam terbabit kepadanya.
Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam
sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah,
Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu
terbabit di tempat asalnya.
Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq
menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara
suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat
asalnya.
Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua
pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan
kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan
tangannya sendiri.
Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula
tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan
satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.
Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat,
dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ”
Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah
akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata
untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang
mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya,
ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam
(mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan
mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat. Begitu juga
kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:
Fussilat Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah
mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap
kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan
tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata
dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan
(untuk menerima balasan)
Zalzalah Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar
beritanya:
Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang
pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya
Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak
mengucup hajaraul aswad.
Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga
menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar
dosanya.
No comments:
Post a Comment