‘Islam’
diletakan dibawah perentah oleh Umno.
Mengikut cita-cita Umno yang tersirat, mereka hendak mengatur Islam sesuai dengan keadaan zaman dan keperluan dunia mereka hari ini. Mana-mana nilai ajaran agama yang lazim dengan kehidupan, mereka amalkan seperti adat budaya. Manakala yang bertentangan dengan kegemaran nafsu dan memerlukan pengorbanan, mereka tinggalkan samasekali. Cara memertabatkan Islam ialah dengan memberi taraf ‘Agama Rasmi Negara’ dalam perlembagaan. Hukum-hukum wahyu tidak perlu diambil hirau. Sebab itu mereka mengemukakan konsep ‘Islam Hadhari’. Sebenarnya meraka tidak pernah mengistiharkan demikian secara umum, tetapi pengalaman selama 50 tahun memerentah, orang beriman mampu menilai apa yang tersirat.
Kami bersetuju dengan pandangan jemaah tabligh bahawa mereka ini (tokoh pimpinan Umno) boleh berubah menerima Islam yang syumul apabila ia menerima cahaya ‘iman’ yang betul menerusi hidayah petunjuk Allah. Namun kenyataanya setelah jemaah kita berusaha berpuluh-puluh tahun tidak saorang pun dapat ditasykil 3 hari. Kalau ada pun mereka yang sudah bersara tidak lagi memegang sebarang kuasa. Pehak kami merasa putus asa kerana dalil sirah Rasulallah saw tidak menunjukan contoh terus-menerus berdakwah dan berdo’a secara rahsia dalam menghadapi pehak berkuasa yang ingkar sebagaimana kita lakukan hari ini. Rasulallah saw dan para sahabatnya bersuara tegas memberi peringatan dan amaran kepada golongan ini setelah dakwah disampaikan kepada mereka, tidak terus-menerus bertindak membisukan mulut dan memekakan telinga sebagaimana kita hari ini. Artinya selama ini jemaah kita bertindak tidak secocok dengan contoh As-Sunnah. Alasan kita tidak mampu kerana jemaah kita tidak mempunyai kuasa politik (memerentah Negara) sebagaimana para sahabat nabi. Itu menunjukan kita wajib membesarkan Allah dalam aspek politik disamping aspek dakwah.
Berbanding dengan cita-cita perjuangan jemaah kita tabligh dan Pas. Kita mendokong cita-cita seluruh ummat Islam hendaklah tunduk patuh (Membesarkan Allah) mengikut peraturan Islam pada seluruh aspek kehidupan daripada setiap individu, masarakat, dan Negara. Hendaklah ‘Islam’ keseluruhanya, justeru kita benar-benar beriman bahawa syari’at Islam yang diturunkan Allah adalah menyelamat yang hakiki dunia dan akhirat yang abadi. Firman Allah: “Hendaklah kamu masuk kedalam Islam keseluruhanya…………….Al-Baqarah 208.
Kita yakin cara memertabatkan semula Islam hendaklah bermula dengan menitikberatkan amalan As-Sunnah, bermula dengan usaha dakwah asasi demi mempertingkatkan ‘iman dan amal’ ummat Islam, khususnya dalam hal menjaga solat fardhu dan persaudaraan muslimin keseluruhanya. Seterusnya mendaulatkan seluruh syari’at Islam menerusi aspek politik demi kesejahteraan hakiki ummat Islam dalam sebuah Negara yang bebas merdeka dan mendapat keredhaan Allah dengan artikata yang sebenarnya. “Baldattun-Toyibbattun-Warobbun-Ghaffur”
Oleh itu diantara kewajipan tangung jawab ahli-ahli Pas dan tabligh sekarang ialah menyampaikan peringatan kepada masarakat akan hakikat perbezaan cita-cita perjuangan yang didokong oleh Umno dengan cita-cita perjuangan jemaah kita Pas dan Tabligh. Ini adalah penting kerana jika rakyat tidak paham hakikatnya ia akan terus terikut jalan sesat yang dibawa oleh Umno. Tentunya akan berdepan dengan risiko. Soal risiko memang tidak dapat dielakan. Apa-apa jua jenis perjuangan walaupin perjuangan menegakan kemungkaran, apatah lagi perjuangan menegakkan kebenaran yang dibawa oleh Rasulallah. Lihat sendiri risiko yang ditanggung oleh Rasulallah sejak mula ia menyampaikan kalimah tauheed dikalangan qaumnya sendiri di Makkah. Oleh sebab itu kalau hari ini kita ingin bebas dari risiko, lebeh baik kita undur jangan mendakwa diri kita sebagai pendakwah penegak warisan Rasulallah saw.
Sudah sangat jelas Umno hendak mengatur Islam mengikut seleranya sendiri, samasekali BUKAN hendak mematuhi Islam. Oleh itu sesungguhnya orang Islam yang redha dengan cara pendekatan Umno adalah haram. Lihat firman dibawah ini: “Adakah kamu mencari hukum selain daripada Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab kepada mu dengan terperinci. Mereka tahu Al-Quran itu daripada Allah, maka janganlah kamu menjadi orang-orang yang rugi” Surah Al-Annam 114. Selama ini Umno samasekali tidak menghormati kebesaran hukum Allah, malahan sebaliknya ia bertindak menakutkan sekutu-sekutunya yang bukan Islam dengan hukum Allah.
Tugas kewajipan inilah yang nampaknya semacam perbuatan kutuk-mengutuk atau cerca- mencerca, padahal ia adalah satu kewajipan kepada para ulama dan para da’ei. Lihat apa yang telah dilakukan oleh ulama dizaman Hajaj Yusuf As-Syakafi menjadi Gabnur di Kuffah yang terkenal zalimnya dalam sejarah. Ulama pada waktu itu berani mengeluarkan fatwa yang menyingung secara langsung peribadi Hajaj. Apakah syarak menghukum perbuatan ulama itu sebagai mengutuk Gabnur. ? Dan apakah fatwanya itu bercangah dengan hukum syarak.? Lihat sabda Rasulallah saw ini: “Berkata benarlah kamu kepada pemerentah yang zalim, jika kamu mati dibunuh selepas itu, kamu akan dibangkitkan bersama Hamzah penghulu kepada sekelian syuhadak” Hadis riwayat At-Tabbrani. Mengapa ulama dizaman itu tidak bertindak seperti ulama jemaah kita dizaman ini: Bisukan mulut jangan tegur mereka secara terbuka, do’akan saja agar Hajaj mendapat hidayah Allah. Dan apakah yang kami tulis mendedahkan kebathilan dan kemungkaran ini juga diangap sebagai mengutuk.?
Siapakah pemimpin dan ahli Umno sebenarnya.
Diperengkat ini timbul satu persoalan: Apakah wajar semua ahli Umno di kategori kan sebagai orang yang bertangung jawab menyelewengkan Islam.? Pada kami golongan penyelidik dengan tegas memberikan jawapan, TIDAK. Ini kerana didapati ramai ahli Umno yang hanya terpengaruh dengan propaganda media massa kepunyaan Umno tanpa dengan kepahaman politik yang betul. Apatah lagi apabila pucuk pimpinan mereka menjadikan Umno sebagai tempat mengejar kebendaan dunia semata-mata, maka semua yang menjadi ahli Umno motif untuk mengejar peluang kebendaan yang kononya mudah dapat memohon itu dan ini dari kerajaan. Sahingga ada yang nampaknya sudah terseleweng aqidah dengan pahaman: ‘Tanpa Umno mereka merasa tidak akan mendapat razeki’. Na’uzubillah.
Yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai penyeleweng agama: Yang pertama ialah ulama’ Us-Syuk Umno yang akan membela dan memberi buah pikiran program kemungkaran Umno dipadankan dengan Islam. Yang kedua pemimpin tertinggi parti yang berkuasa menentukan dasar parti. Dan yang ketiga ialah penyokong yang bermati-matian mempertahankan kebathilan Umno, walaupun telah kalah hujah dan tiada fakta yang hendak dipertahankan. Umpamanya mengatakan “Rasuah mana boleh dihapuskan, dimana-mana diseluruh dunia ada rasuah”.
Semua golongan ini, (penyeleweng agama) sentiasa merasa gerun hendak berdepan dengan ulama akhirat. Bilanganya tidaklah ramai sangat, tetapi oleh sebab mereka menguasai harta dan media massa Negara, mereka mampu menyesatkan sebilangan besar rakyat, hingga jemaah kita sendiri (tabligh) tidak mampu memberi paham tentang ‘politik’ kepada para karkoon secara menyeluruh kerana gerun dengan pengaruh politik Umno. Akibatnya ramai para karkoon yang hampir tersesat jalan khususnya dalam aspek politik.
Kita nampak dengan jelas dalam semua perengkat Umno sekarang ini tidak lagi wujud istilah yang dipangil ‘mendokong cita-cita perjuangan’ . Melainkan perjuangan kebendaan untuk perut masing-masing. Sebab itu rasuah (politik wang) tidak mungkin dapat dibendung dalam Umno, kerana jawatan dalam Umno mempunyai nilai ringgit yang tinggi. Sebab itu pemimpin Umno sangup menyelewengkan Islam demi mengekalkan kuasa untuk terus dapat meraih peluang harta benda negara untuk dirinya.
Begitu juga dengan kaum intelek dan ulama Umno, mereka semua sudah terikat dengan kepentingan kebendaan dunia, kerana memang itulah pun motif mereka menyertai Umno. Ulama jenis ini disebut oleh Rasulallah saw sebagai ulama Us-Syuk yang menjual agama dengan wang yang sedikit. Dengan adanya habuan diberi oleh kerajaan Umno, mereka akan mencari hujah-hujah menghalalkan apa yang diinginkan oleh Umno walau pun telah terang-terang haram. Umpamanya industri arak dan judi yang ditaja oleh Umno, ulama mereka semua membisu, tetapi mereka akan buat riuh rendah apabila diminta oleh pemimpin Umno dalam satu-satu isu tertentu yang menguntungkan Umno walaupun terpaksa menyelewengjkan hukum syarak. Umpamanya menulis rencana yang rambut bukan aurat perempuan yang wajib ditutup. (artikel oleh Astora Jabat dalam akhbar Umnao)
Oleh sebab itu ulama Umno tidak pernah. Sekali lagi kami katakan TIDAK PERNAH berani berhujah secara formal berdepan dengan ulama Pas. Setiap program yang pernah diatur samada, muzakarah, debat atau atas nama apa pun tidak pernah menjadi kenyataan. Sejak awal tahun 80han sudah acap kali usaha dibuat dari berbagai pehak mempertemukan kedua-dua ulama secara formal, tetapi tidak pernah berjaya, kerana disaat akhir Umno sentiasa mencari helah alasan untuk membatalkanya. Ini kerana mereka menyedari, dari segi hujah mereka pasti akan kecundang dan akan menangung malu besar. Akibatnya menghakis kepercayaan seluruh masyarakat Melayu kepada Umno.

Dalam hal kerja mencegah kemungkaran Umno, para burzruk memahamkan kami bahawa markas Sri Petaling telah pun membentuk jemaah Khawas khusus untuk dihantar menziarahi para pemimpin kerajaan Umno menegur tentang kemungkaran dan kezalimanya disamping tak lupa tasykil 3 hari. Namun kami belum pernah berpuas hati cara pendekatan jemaah khawas secara sulit itu sebagai sudah memenuhi tuntutan syarak menegur dan mencegah kemungkaran dizaman ini. Kerana mereka pehak yang berkuasa mengunakan media massa yang canggih untuk mempromosikan kebaikkan mereka, dalam usaha menutup kemungkaran mereka, menyebabkan rakyat mudah terpengaruh ke jalan sesat.
Apakah perbuatan mungkar oleh Umno yang begitu terbuka dan canggih hanya hendak ditegur secara sulit dan berahsia.?. Begitu juga Tabligh sebuah jemaah dakwah bertaraf International telah begerak dilebeh 200 buah Negara diseluruh dunia selama hampir 100 tahun hanya nak menegur kemungkaran dan kezaliman cara sulit dan berbisik-bisik. Kalau begitu bagaimana rakyat yang jahil dapat mengenal pasti dan mengelakan diri dari terjerumus kepada jalan kesesatan jika tidak ada pendedahan secara terbuka.?
Ini kerana jemaah kita (tabligh) menyamakan cara menegur sebuah kerajaan zalim sama seperti menegur saorang individu angota mesarakat Islam yang membuat dosa secara sulit dikampung-kampung. Tentunya ia sungguh tidak masuk akal. Memang terdapat sabda Rasulallah saw yang mahfumnya: “Barangsiapa bertindak menyembunyikan ke’aiban saorang Islam, Allah akan sembunyikan ke’aiban dirinya didunia dan akhirat” Hadis riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari buku Fadhilat Tabligh. Hadis ini jelas untuk individu angota masarakat orang beriman, bukan untuk institiusi kerjaan yang memerentah secara zalim.
Lagi pun tidak boleh diterima akal samasekali kita hendak menyembunyikan kemungkaran pemimpin kerajaan yang zalim, sedangkan mereka sendiri berbuat zalim dan fasik secara terdedah terang-terangan diketahui oleh seluruh rakyat. Hanya orang-orang yang tak mau membuka mata dan telinga serta akal fikiran yang dikurnia Allah yang tak paham kerana dipengaruhi oleh propaganda media massa mereka dengan cara memutar belit kenyataan dan menutupi kejelekan yang mereka lakukan. Umpamanya meraka mengutuk dengan keras perbuatan rasuah dan menyelewengan kuasa, tetapi hakikat sebenarnya merekalah jaguh pengamal rasuah dan penyelewengan kuasa. Dengan cara itu mereka membena imej dimata masarakat jahiliyah kononya ia putih bersih.
Oleh sebab itu memang terdapat sebuah hadis Rasulallah saw: “Adakah kamu mencegah dari menyebut orang fasik.? Bukakanlah halnya sahigga diketahui oleh maknusia. Sebutkan apa yang ada padanya (supaya tidak mengelirukan orang ramai) Hadis riwayast At-Tabbrani dan Ibnu Hiban. Dari kitab Ihya’ Ulumuddin jilid 4 oleh Imam Ghazali. Ada sumber yang mengatakan hadis ini lemah. Namun kami anjurkan supaya kita sama-sama renung dan bayangkan apa akan jadi kepada rakyat apabila pemimpin fasik terus-terus berjaya menyembunyikan kemungkaran dan kezalimanya dari pengetahuan rakyat. Tentu agama dan rakyat yang menjadi mangsa kemusnahan.
Tentunya ia akan terus merasa selamat untuk meneruskan kezalimanya. Inilah yang terjadi kepada negera kita Malaysia sekarang. Yang menjadi mangsa kerosakan ialah agama dan ummat. Oleh itu sewajarnyalah kalau Rasulallah ada bersabda seperti yang dinukilkan oleh Imam Ghazali diatas tadi. Dalil ini dikuatkan pula oleh tindakan ulama dizaman Hajaj Yusuf As-Syakafi, Gabnur yang terkenal zalim tercatat dalam sejarah, setiap ulama yang menyangah pendapatnya jarang yang lepas dari mangsa pembunuhanya. Apakah ulama yang menegurnya tidak terpikir tentang menyingung perasaan mendedahkan ke’aiban dan merendahkan maruah Gabnur serta mebahayakan nyawanya sendiri.? Tentunya ulama berkenaan merasa lebeh bertangung jawab memenuhi tuntutan syarak daripada hendak membodek kalifah atau gabnur yang zalim walaupun membahayakan nyawanya sendiri, kerana Allah ada berfirman: “Dan janganlah kamu cenderong kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu akan disambar api neraka. Dan sekali-kali kamu tidak mempunyai perlindungan selain Allah……..Surah Hudd 113. Dalil ini dikuatkan lagi dengan Hadis yang sudah termasyhur: “Hendaklah kamu berkata benar kepada pemerentah yang zalim…………………
Fakta ini dikuatkan lagi dengan dalil dua hadis yang berikut dibawah ini: “Apabila pemerentah kamu melakukan kemungkaran secara terang-terngan hendaklah kamu para alim ulama menzahirkan sikap kepada umum (supaya menjadi panduan orang ramai) Jika tidak kamu akan dikutuk Allah dan RasulNya, para malaikat, dan juga dikutuk oleh orang-orang beriman. Hadis riwayat Ar-Rabbiq. Sebuah lagi hadis: “Akan tiba diakhir zaman nanti para pemerentah kamu suka bercakap bohong dan melakukan kezaliman secara terang-terangan. Barang siapa diantara kamu membenarkan kebohonganya dan menyokong kezalimanya yang menyebabkan ia selesa meningkatkan kezalimanya. Maka engkau bukan ummatku dan aku bukan nabimu”. Hadis riwayat At-Tarmizi, Al-Hakim dan An-Nassie.
Oleh sebab itu soal kutuk-mengutuk, soal mendedahkan ‘aib sesama Islam samasekali tidak timbul dalam kontek pertembungan antara Pas dengan Umno. Ini kerana sudah sangat jelas sifat Umno berhasrat memerentah Islam dibawah tapak kakinya. Ia mengubah suai Islam mengikut selera kepentinganya. Sebab itu sehingga hari ini tidak terdapat seorang pun bukti yang pemimpin Umno benar-benar taqwa dan ikhlas hendak mematuhi hukum Islam.
Umrah RM3450.00
No comments:
Post a Comment