Wednesday, December 26, 2012

Masalalh Dalam Jemaah Tabligh - siri akhir


Petikan dan ulasan bayan perdana di Johor (ijtimaq) antarabangsa jemaah tabligh diperkarangan quarters KLIA Nilai Negeri Sembilan pada 9hb July 2009 jam 8 Sabtu malam. Disampaikan oleh pimpinan pusat dari Nizamuddin New Delhi India. Maklumat yang kami dapat beliau ialah Maulana Abdil Wahab atau terkenal dengan gelaran Bai Wahab.

Dari perengkat permulaan hingga akhir bayan beliau banyak menekankan bahawa kita semua kena memohon banyak-banyak ampun kepada Allah kerana hingga hari ini kita hanya mampu menjunjung agama dalam kerja dakwah semata-mata. “Buat masa sekarang kita buat kerja dakwah dahulu, mengajak seluruh ummat kepada Allah, kemudian lepas itu baru kita buat kerja lain” Bagitulah penekananya diulang berpuluh kali sahingga akhir bayanya.

Walau pun bayanya panjang, lebeh dua setengah jam, tetapi tidak menyentuh aspek yang luas. Sekadar mengulagi topic biasa bayan jemaah tabligh. Pertamanya menekankan aspek ‘Kebesaran Allah’ yang mutlaq. Allah samasekali tidak memerlukan pengaruh makhluk. Ummat Islam wajib memwarisi usaha para nabi pembawa Rahmat keseluruh alam. Keyakinan kepada kekuasaan Allah dan balasan akhirat hendaklah diterjemahkan kepada amalan mencontohi para sahabat Nabi.

Seterusya solat hendaklah dijaga dengan betul mengikut ajaran As-Sunnah. Ia hendaklah dipandang sebagai amalan yang tersangat penting dan tersangat besar dalam agama kerana ia adalah ‘tiang agama’. Para sahabt Nabi mengunakan solat untuk mencari penyelsaian jika dilanda masaalah.

Semua aspek yang ditekankan adalah haq dan tersangat penting dalam membena kewibawaan ummat Islam disepanjang zaman. Oleh sebab ia disampaikan dengan penoh pengorbanan samada pehak yang menyampaikan atau pehak yang mendengar. Maka hujah itulah yang selama ini menyuntik semangat yang kental kepada seluruh para karkoon yang hadhir dari seluruh dunia yang diterjemahkan kepada lebeh 5 bahasa secara sepontan. Tetapi oleh sebab terlalu lazim dan diulang-ulang pada topic yang sama selama berpuluh-puluh tahun, maka sudah mula ada tanda-tanda kebosanan, sebab memang sudah menjadi naluri fitrah maknusia mempunyai sifat bosan apabila berdepan dengan benda yang sama selama berpuluh tahun sedangkan banyak benda disekeliling dan didepan mata kita tidak diambil hirau.

Namun begitu bayan Maulana Bai Wahab kali ini sangat menarek perhatian kami kerana ditambah dengan gesaan berulangkali agar supaya banyak-banyak minta ampun dan maaf kepada Allah sebagaimana yang kami catat diatas tadi.

Keadaan itu telah melonjakan keinginan kami untuk bertemu dengannya (penyampai bayan) dan bertanya secara langsung. Tetapi malangnya hajat kami tidak kesampaian kerana kawalam keselmatan yang agak begitu ketat. Lagi pun beliau memang kelihatan begitu leteh kerana uzur mungkin kerana factor usia yang kelihatanya menjangkau lebeh 75 tahun. Untuk melepaskan hasrat kami yang meluap-luap kami sempat luahkan kepada saorang hadhirin , ia karkoon burzruk dari luar negara berbangsa Pakistan yang dudok bersebelahan dengan kami kebetulan ia tahu berbahasa Engrish.

“Bolehkan tuan tolong saya jumpakan saya dengan Maulana Wahab.. Saya sangat ingin bertanya sendiri apa yang dimaksudkan “ Sekarang ini kita buat kerja dakwah sahaja dahulu, kemudian lepas itu baru kita buat kerja lain” Mengapa beliau tidak jelaskan maksudnya dalam bayanya tadi”. Demikian tanya saya kepada hadhirin Pakistan itu.

Ohhh…….Hal itu tuan tidak perlu tanya kepada Maulana, saya sendiri mampu menerangkan kepada tuan. Buat masa ini hal itu memang belum boleh diterangkan secara jalas kepada umum. Ia memerlukan kekuatan iman yang cukup kental untuk menerima cabaran kerja agama selepas kerja dakwah. Hari ini keadaan iman kita maseh terlalu rendah untuk menanganinya. Kalau kita beri tangungjawab ini kepada jemaah yang belum cukup kuat imanya, bukan saja ia pasti gagal bahkan ia sangat merbahaya”. Demikianlah penjelasanya terhadap soalan saya diatas tadi.

Kami sebenarnya sudah mengagak jawapan yang lazim kita dengar sedemikian itu. Namun kami tetap tidak dapat meneima alasan itu bulat-bulat, kerana merasakan factor zaman dan keadaan politik dunia hari ini tidak lagi membenarkan kita menangani urusan agama Islam sekerat jalan. Dari segi kemampuan mungkin kita belum mampu. Tetapi dari aspek kepahaman dan semangat, seluruh ummat Islam misti diberi paham reality keadaan As-Sunnah yang sebenarnya, agar supaya amalan ummat Islam menepati dengan kehendak tuntutan aqidah Islam itu sendiri.

Walaupun kami tidak mendapat penjelasan secara langsung dari Maulana, tetapi kita sebenarnya mampu mencari jawapanya sendiri atas persoalan itu dengan cara meneliti selurtuh aspek perjalanan Sirah (As-Sunnah) secara perinci dalam bentuk satu pakej yang boleh dipandang sekali gus secara menyeluruh. Dan kami sedaya upaya telah melakukanya. Hasilnya ialah risalah ini.

Persoalan uslup tarbiyah.

Persoalan apakah salah jemaah tabligh mentarbiyah masarakat Islam secara asas sebagaimana yang dilakukan hari ini.? Pada hemat kami ‘tidak salah’ kerana sememangnya seluruh ummat Islam memerlukan uslup tarbiyah seperti itu, namun perlu dipastikan ada peningkatan sesuwai dengan situasi dan masa. Jika tidak kesan sampinganya ialah terjadi kelemahan kepahaman aqidah sebagaimana berlaku dalam jemaah tabligh hari ini. Yaitu cuba lari dari aspek ‘politik’ dan tidak dapat memahami aspek dakwah yang dibawa Rasulallah saw sendiri. Sebab ‘politik’ itu sendiri adalah sebahagian daripada tuntutan aqidah muslimin.

Akibatnya sahingga saat ini dalam jemaah tabligh belum timbul semangat untuk menegakkan As-Sunnah secara total. Yang lebih parah lagi wujud percubaan hendak menyelewengkan kepahaman para karkoon: “Bahawa As-Sunnah akan tertegak sendiri apabila kerja dakwah sudah dilaksanakan ke perengkat maximum” Ukuran maximum ialah menyamai taraf iman Rasulallah dan para sahabatnya. Yang sebenarnya ungkapan itu hanyalah bersifat retorik ‘penyedap hati’ yang tentunya mustahil dapat dicapai diakhir zaman ini.

Kalau ia tidak mustahil, masakan Rasulallah saw pernah bersabda: “Barangsiapa diantara kamu menegakkan Sunnah ku dizaman fasaq dan mungkar berleluasa diakhir zaman, pahala ganjaranya adalah sama seperti 100 kali mati syahid Hadis riwayat At-Tharmizi. Hadis ini shih tiada khilaf antara ahli hadis, dan sentiasa dipetik oleh para ulama dalam kuliahnya termasuk dalam kitab-kitab ta’alim jemaah tabligh sendiri.

Kelemahan ini terjadi semata-mata kerana kepahaman ilmu mengenai aqidah Islam gagal disampaikan secara jelas dan menyeluruh. Saolah-olah sengaja pemahaman itu di hadkan kerana tidak sangup menangung risiko politik. Inilah yang memerlukan pembetulan segera.

Sejak dari mula kami sebenarnya tersangat yakin bahawa penyampai bayan perdana itu benar-benar mengahayati tugas dan kwajipan seluruh ummat Islam, selain daripada berdakwah membawa kepada iman ialah untuk mencontohi kehidupan As-Sunnah secara menyeluruh dalam semua aspek kemasarakatan. Oleh itu ia menyedari hakikat bahawa hingga saai ini, jemaah kita hanya mampu membawa  sekadar ¼ daripada keseluruhan As-Sunnah (barangkali) Bakinya ¾ lagi itulah yang dimaksudkan dengan ayat “Kemudian baru kita buat kerja lain”.

Mengikut penelitian kami perjalanan As-Sunnah secara menyeluruh yang sudah menjadi kewajipan seluruh ummat Islam hari ini mengandungi 5 perkara prinsip dengan tertib yang static yang telah kami detailkan dan bab 1 dan 2 . Dan mengikut penelitian kami jemaah kita tabligh hari ini setakat menangani 2 prinsip pertama ‘dakwah’ dan kedua ‘menjaga solat fardhu, miskipun hanya dua prinsip, tetapi ia merupakan ‘kepala’ yang sangat penting. Bilakah hendak mula menyentuh prinsip seterusnya. ? Hanya para Maulana pimpinan jemaah kita yang boleh memberikan jawapan.

Namun begitu, kami yakin jika sikap jemaah kita terus berpegang kepada konsep ‘menunggu kekuatan iman’ kita akan terus tidak mampu sampai hari qiamat, kecuali kita lakukan perubahan drastic kepada uslup tarbiyah kita memberi paham dan penghayatan apakah ‘kerja yang akan kita lakukan kemudian selepas kerja dakwah’ yang diulang berpuluh kali dalam bayan perdana yang kami catatkan diatas tadi.

Sekarang ini kita umpama sedang berjalan menuju suatu distinasi, kini kita telah sampai kepada satu tangga yang wajib kita daki untuk sampai ka distinasi yang kita harapkan, tetapi malangnya sahingga saat ini kita masih takut-takut hendak langkahkan kaki ke anak tangga pertama. Sampai bilakah kita akan mula melangkah anak tangga.? Tanyalah para Maulana. Semoga Allah akan terus mengampunkan kita walau pun kita terus menunggu dibawah tangga kerana takutkan risiko.


 Umrah Murah 2013

No comments:

Post a Comment