Sebagai asas yang paling utama mendasari ugama islam, ilmu akan memimpin dan memandu manusia dalam pembinaan peribadi mukmin yang kamil.
Tuesday, December 25, 2012
Masalah Dalam Jemaah Tabligh - siri 10
Tuntutan agama (takaza) sentiasa meningkat dari masa kasemasa.
Oleh sebab selama ini seluruh kegiatan Usaha atas Iman dan Amal (UAIA) difokuskan kepada tuntutan dakwah, keperluan keluar 3 hari 40 hari dan 4 bulan, maka tidaklah hairan apabila sampai ketika dizaman yang sangat mencabar ‘dakwah’ sebagaimana hari ini, timbul satu perasaan was-was semacam bingung dan tidak paham. Bagaimana hendak berdepan dengan keadaan masyarakat maknusia yang sangat complex. Wujudnya golongan masarakat Islam yang ada kuasa memerentah Negara, Ulama Us-Syuk, teknologi maklumat yang cangih, yang semuanya tiada contoh dalam As-Sunnah. Ini yang jemaah tabligh alami sekarang. Oleh sebab tiada contoh banyak terjadi khilaf antara pemimpin, maka ramai karkoon yang mengikut pendapatnya sendiri. Akibatnya timbulkan konsep ‘Allah belum beri paham hakikat dakwah Rasulallah kepada kita’
Pada hari ini, hakikat tuntutan agama sebenarnya bukanlah sekadar memenuhi keperluan ‘Keluar’ berdakawah 3hari 40hari dan sebagainya. Kerana pada hakikatnya ‘keluar berdakwah’ itu hanyalah sebagai program latihan untuk menjelmakan iman. Ia memang sangat penting, tetapi tidak mungkin jemaah Tabligh diwujudkan hanya semata-mata untuk tujuan memberi latihan. Saolah-olah jemaah tabligh samasekali tidak memikul tangungjawab kepada angota jemaah yang sudah mendapat latihan. Sedangkan amanah Allah yang kita pikul ialah menyempurnakan Islam keseluruhanya sebagaimana contoh As-Sunnah. Inilah sebenarnya hakikat tuntutan yang sangat besar tersergam dihadapan kita hari ini. Malangnya tak dapat dipahami hakikatnya oleh kebanyakan para karkoon kerana skop tarbiyah kepahaman kita sengaja dipersempit kerana mengelak dari risiko politik.
Masaalah kepahaman konsep dakwah sebenarnya dapat diselesaikan apabila kita bawa merujuk kepada tertib perjalanan As-Sunnah yang kita jadikan standard kayu ukur As-Sunnah sebagaimana yang kami bentangkan dalam bab satu. Tuntutan yang sedang mencabar dihadapan kita sekarang ialah meningkatkan keperluan dakwah, menjaga solat dan seterusnya kepada ‘politik’. Dan seterusnya kepada jihad, JIKA keadaan memaksa. Samada dizaman kita terpaksa melancarkan ‘jihad’ atau tidak adalah bergantung kepada natijah politik. Jika ‘politik’ belum dilalui tidak mungkin akan menjangkau kepada jihad. Ini adalah piawaian As-Sunnah yang telah diwujudkan Allah, yang tidak mungkin berubah sampai hari qiamat. Hari ini kita berdepan dengan tuntutan ‘politik’ sebenarnya. Hendaklah segera bersihkan minda kita daripada unsur nak lari dari politik, kerana itu tidak berpijak dibumi nyata.
Oleh itu jika kita sengaja lari mengelakkan diri dari tuntutan takaza yang sebenarnya, bertempiklah kita setiap jam setiap minit, menekankan tentang nilai iman dan usaha atas iman dan amal sampai berbuih mulut. Iman kita tidak akan sampai kemana-mana, seinci pun tidak akan ada peningkatan. Buktinya cuba kita muhasabah sendiri jemaah kita yang sudah buat usaha atas iman dan amal hampir 100 tahun, hingga sekarang masih belum mampu mencegah kemungkaran dengan lidah, apatah lagi dengan tangan masih jauh pangang dari api.
Setiap kali dikumandangkan iklan sebelum bayan dimana-mana karkoon menyebut perkataan yang sama: “Kejayaan setiap maknusia adalah dalam agama sejauh mana kita dapat mengamalkan agama mengikut ajaran Sunnah Rasulallah saw ………………….. Perkataan agama itu adalah umum
kerana selain Islam juga digelar agama, termasuk Hindu, Budha juga adalah jenis agama. Mengapa kita tidak mampu gunakan perkataan Islam. Kita sebut: “Kejayaan setiap maknusia adalah dalam Islam….. Sedangkan dalam firman terang-terang disebutkan ‘Innaa-deenna-Indallah-hil-Islam’ Surah Al-Imran ayat 19.
Tetekala kami mengesyurkan supaya perkataan ‘agama’ ditukar yang lebeh khusus yaitu ‘Islam’ Burzruk yang berkenaan menjelaskan kepada kami: “Tidak menjadi sebarang masaalah gunakan perkataan ‘agama’ sebab apabila kita sebut ‘agama’ dalam masjid semua orang tentu paham yang maksudkan ialah ‘agama Islam’ Kami pun menjawab: Benar!... kami tidak pernah sedikit pun merasa was-was tentang kepahaman orang ramai terhadap perkataan ‘agama’. Namun apakah cacat celanya pada syarak atau pada adat apabila kita gunakan kalimah yang sama disebut Allah dalam fiman Al-Quran.?
Kami yakin tuan sendiri setuju kalau kami katakan lebeh baik gunakan kalimah Islam kerana ia datang langsung daripada Allah. Apa yang menyebabkan jemaah kita merasa keberatan.? Sebenarnya kami sendiri tahu jawapanya: “Guna perkataan ‘Islam’ menyamai nama parti Islam Pas. Maka oleh sebab jemaah kita gerun kepada Umno, takut menyingung hati orang Umno, maka kita ketepikan kalimah Islam. Wajarkah jemaah kita yang sudah buat usaha atas iman dan amal selama hampir 100 tahun diserata dunia menjadikan kalimah ‘Islam’ sebagai perkataan yang terlarang dalam jemaah kita.?. Risiko yang sebegitu kecil pun jemaah kita belum mampu mendepaninya. Layakah kita bercakap tentang ‘Jihad’. Mana peningkatan iman yang kita dapat setelah 100 tahun kita usahakanya. Ini kerana tarbiyah kepahaman kita terlalu sempit kerana terlalu takut menyentuh politik.
Percubaan syaitan hendak menyesatkan kami.
Pada suatu hari tengah malam sunyi, ketika kami sedang merenong mencari-cari ilham untuk menyiapkan risalah ini. Dengan tidak seman-mena melonjak emosi kami menguasai perasaan dan pemikiran kami: ‘Jemaah tabligh adalah sebuah jemaah dakwah yang terunggul diseluruh dunia tiada tolok bandingnya. Sudah berpuluh ribu maknusia diserata dunia mendekatkan diri atau masuk Islam lantaran usaha dakwah jemaah tablgih sejak hampir 100 tahun. Pada penghujungnya sekarang kita nak terima rumusan atau cadangan dari luar jemaah …………OOOhhhh…….Tidak…….Tidak…….Tidak. Itu tidak mungkin samasekali. Kita tidak sebegitu bodoh untuk menerima cadangan mereka.
Mereka yang selama ini memandang Tabligh dengan sebelah mata. Saolah-olah mereka tidak mengiktiraf peranan jemaah tabligh. Dan sekarang kita pula diajak menerima rumusan mereka. Apa yang mereka tahu tentang ‘dakwah’ ? Berapa ramai jemaah mereka sudah mengIslamkan orang kafir. Mana kelayakan mereka nak bercakap tentang ‘dakwah. Lebih-lebah lagi nak menasihatkan kita…….Ini perkara mustahil. Tidak semudah itu mereka hendak mempermain-mainkan kita, mereka kira kita bodoh semacam mereka.
Sedang begitu asyik dengan penoh emosi kami berkhayal, tiba-tiba kami tersentak semacam terdengar suara orang memanggil nama kami dari luar rumah, sedangkan waktu itu tengah malam sunyi tiada kedengaran sebarang gerak suara samada kenderaan atau suara orang bercakap. Jiran sekeliling semuanya sedang tidur nyenyak dibuai mimpi…………..…....… Kami pun bangun membuka tingkap melihat sekeliling. Suasana sepi sunyi tiada kedengaran apa pun bahkan angin spoi bahasa pun tiada.
Kami pun mengucap istighfar beberapa kali. Selepas itu Subhanallah……………dan Al-khamdhulillah……Rupanya kami telah disedarkan oleh malaikat bahawa kami sedang menerima hasutan dari iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Sebentar tadi kami telah merasa begitu megah dan sombong: ‘Kamilah orang paling senior dalam ‘dakwah’ diseluruh dunia. Kamilah orang yang paling paham dan paling alim dalam dakwah. Orang lain semua taraf bawah kami belaka. Tiada saorang pun layak menegur apatah lagi menasihati kami. Betapa kami merasa terhina menerima pandangan dari luar jemaah kita’……….Sekarang sangat jelas rasanya emosi itu adalah sebenarnya bisikan dari syaitan yang berusaha menunggangi tengkuk dan nafsu kami. Dan kalau kami tunduk mengikut bisikan itu, pasti kami menuju jalan sesat. Dan kalau jemaah kita yang terikut, jemaah kita juga akhirnya akan dimusnahkan Allah.
Dengan penuh tawadhuk, mari sama-sama kita menyemaknya. Jika kita menerima rumusan, cadangan, teguran, atau nasihat dari luar jemaah, demi semata-mata untuk kepentingan agama Allah, apakah kita akan mendapat aib atau derjat kita merosot disisi Allah.? Atau pun fadhilat yang disediakan untuk kita berkurangan. ? Jawapanya tentu TIDAK. Hanya perasaan silu dan rendah martabat begitu kuat menekan yang hanya dapat dikalahkan dengan ‘Iman’ yang sangat memandang tinggi dan mementingkan kesatuan dan persaudaraan antara sesama jemaah Islam yang solid sama-sama menuju keredhaan Allah. yang hakiki.
Apa patut dibuat untuk menegakkan Islam secara syumul. (lengkap sempurna)
Teruskan usaha dakwah asasi manyampaikan kalimah tauheed dengan keluar 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Sunguh pun setengah kalangan jemaah Islam ada yang memperlekeh konsep ‘keluar 3 hari’ namun ia tidak perlu diambil hirau, sebab konsep ‘keluar 3 hari’ mengandongi unsur tarbiyah rohani yang kental yang tidak terdapat dalam jemaah lain. (kami pericikan dalam bab yang lain) Disamping berkorban untuk dakwah menyampaikan kalimah tauheed, hendaklah kita menegur kemungkaran secara langsung dengan tegas dan terang. Cara bersembunyi berbisik-bisik sudah tammat, sebab Rasulallah saw melakukan sedemikian hanya pada perengkat permulaan wahyu diturunkan, sedangkan dizaman ini wahyu sudah kengkap ditangan kita.
Yang sangat penting ialah memberi kesedaran ummat Islam khususnya rakan sesama karkoon betapa perlunya wujud semangat untuk membentuk kehidupan dibawah peraturan Islam sepenohnya. Dari hal-hal kecil sahingga hal besar ‘memerentah negara’ sebab As-Sunnah yang ditarbiyahkan oleh Rasulallah kepada kita adalah lengkap sempurna dalam seluruh aspek kehidupan ummat. Hal ini tidak sukar dilakukan apabila sudah diizinkan oleh pucuk pimpinan ulama kita. Kami penoh yakin semua karkoon menyambut gembira bila kita ajak hidup dibawah peraturan syari’at Islam sepenohnya dalam sebuah Negara yang mendapat keredhaan Allah.
Satu aspek lagi sangat penting disedari olah seluruh ummat Islam ialah, kesyumulan Islam tidak mungkin dapat dicapai selagi negara diperentah oleh Umno, sebab memang sudah dikenal pasti budaya Umno hendak mengatur atau memerentah Islam, BUKANYA tunduk mematuhi Islam, sebab itu Umno mengubah suai Islam ditokok tambah mengikut seleranya, sebab itu mereka mewujudkan konsep ‘Islam Hadhari’ yang sudah terang bathilnya.
Disini kita nampak kerja menyedarkan ummat Islam dari aspek politik akan menguntungkan Pas. Tapi haruslah kita sedari bahawa ia adalah satu natijah yang diredhai Allah justeru kedua-dua jemaah mendokong cita-cita agama yang sama demi semata-mata menyempurnakan amanah Allah. Bukan untuk faedah kepentingan mana-mana individu tertentu samada dalam Pas atau jemaah Tabligh melainkan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dibawah ulama yang benar-benar Wrisatul-Anbiyak, sesuai dengan sabda Rasulallah saw: “Satu hari kamu hidup dibawah naungan saorang imam (pemimpin) yang adil adalah lebeh utama daripada ibadah bersendirian selama 60 tahun” Hadis riwayat Imam At-Tabbrani dari kitab At-Targhib wa-ta’alim oleh imam Al-Mundhiri.
Umrah Hanya RM3450.00 disini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment