Saturday, December 22, 2012

Masalah Dalam Jemaah Tabligh - siri 8


Istihar Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

Dengan keadaan begitu pun, pada tahun 2005 (kalau tak silap) kerajaan Umno telah bertindak mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Ini dilakukan oleh Dr. Mahathir dalam satu perhimpunan parti Gerakkan yang dihadiri sama oleh president Gerakkan Lim Keng Yek. Pada hal lebeh kurang 3 bulan sebelum peristiharan itu, para pemimpin Umno terutamanya perdana menterinya sendiri mengecam keras pengunaan nama ‘Islam’ kepada parti politik. Ia ditujukan khusus kepada Parti Islam SeMalaysia (Pas) kerana mereka merasakan kebenaran mengunakan nama ‘Islam’ kepada Pas sangat merugikan politik Umno. Oleh itu mareka berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan pengunaan nama ‘Islam’ sahingga dibawa usul kamajlis raja-raja supaya diharamkan secara rasmi mengunaan nama “Islam’.

Umno telah gagal dalam usahanya mendapat sokongan majlis raja-raja, maka pengunaan nama Islam pun terus dibolehkan sahingga hari ini. Namun begitu selepas lebeh kurang 3 bulan Umno pula bertindak mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Nah sekarang kita nampak dengan jelas bagaimana pemimpin Umno boleh bertukar pendirian secara drastic tanpa dengan sebarang hujah ilmiyah. Ini membuktikan bahawa pada Umno aspek ‘Islam atau tidak Islam’ hanya diukur atas dasar kepentingan politik dan ikonomi semata-mata. Dalil-dalil tuntutan syarak langsung tidak diambil endah oleh Umno. Ulama-ulama mereka pun terus membisu seribu bahasa dalam hal ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasulallah saw yang dikatakan sebagai ulama Us-Syuk yang menjual agama dengan wang yang sedikit. Malah Rasulallah saw ada mendefinasikan sebagai ‘Syaitan bisu’.

Bukti ini dikuatkan lagi dengan apa yang telah dilakukan oleh oucuk pimpinan Umno terhadap bekas TPM Dato’ Sri Anwar Ibrahim, yang merupakan satu konspirasi fitnah dan kezaliman yang teragong memecah rekod tamadun ummat maknusia dizaman morden seluruh dunia hari ini, semata-mata hanya didorong perasaan hasad dengki dan khianat pucuk pimpinan Umno terhadap Anwar Ibrahim. Yang akhirnya tidak didapati bersalah oleh mahkamah.

Mari sama-sama kita renong secara serious; bagaimana mungkin saorang pemimpin sepereti Dr. Mahathir yang terlibat dengan konspirasi fitnah yang begitu buruk boleh diiktiraf sebagai pemimpin sebuah Negara Islam. Tentunya ia samasekali tertolak dari sudut hukum syarak. Tetapi dalam minda masarakat Umno boleh diterima individu serupa itu. Oleh sebab itu kita lihat peristiharan nagara Islam yang dibuat oleh Dr. Mahathir tidak memberikan apa-apa kesan kepada masarakat Islam, saolah-saolah telah lenyap begitu saja hari ini.

Hakikatnya Umno menegakan yang mungkar dan mencegah yang ma’aruf.

Sangat jelas ia semakin jauh dari rokh Islam yang sebenar. Walaupun saban hari maseh kedengaran program Islam di TV dan radio yang dikawal oleh Umno. Namun pada keseluruhanya moral dan akhlak ahli-ahli Umno terus jatuh menjuman. Ini kerana semua seruan Umno hanya bersifat retorik dan hyprokrit sedangkan pemimpin Umno tidak saorang pun yang menunjukan contoh taqwa kepada Allah, malah sebaliknya terlibat dengan macam-macan kemungkaran dan maksiat besar, bahkan ada yang sampai terlibat dengan jenayah pembunuhan. Patutkah kita sebagai jemaah dakwah yang mengajak kema’arufan melihat saja dengan berpeluk tubuh menunggu mereka semua mengikut program dakwah jemaah tabligh keluar 3 hari 40 hari dan 4 bulan.?

Sejak beberapa tahun sudah berkali-kali pucuk pimpinan Pas mengeluarkan kenyataan secara terbuka “Parti Pas rela dibubarkan untuk bergabung dengan Umno jika Umno benar-benar ikhlkas berhasrat mengangkat semula mertabat Islam dengan meletakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi Negara”. Sungguh pun kenyataan itu saolah-olah bersifat politik, namun pada ketika tertentu kenyataan politik membawa implikasi yang sangat besar boleh memusnahkan jemaah sekira salah buat kenyataan. Tetapi apa yang kita nampak sahingga hari ini tiada sebarang respon dari Umno kerana kenyataan pemimpin Pas itu adalah benar-benar ikhlas demi semata-mata untuk kepentingan agama kerana Allah, maka Umno tidak dapat mengikplotasi mengambil sebarang faedah daripadanya. (yang terbaru pimpinan ulama Pas mengulanggi kenyataan ini beberapa bulan lepas. Rujuk akhbar Sinar 14.5.2009)

Oleh yang demikian kita sudah tidak lagi boleh menerima sebarang alasan atau apa-apa hujah eksius (mengelakkan diri) daripada Umno setelah ia berpeluang memerentah Negara selama lebeh 50 tahun. Nilai maksiat dan mungkar bukan saja gagal dibendung bahkan sengaja digalakkan semata-mata kerana memelihara kepantingan politik Umno. Kita lihat sekarang tayangan film boliwood di Tv dibanyakan, program yang melekakan remaja di TV dan radio dibanyakkan. Unsur-unsur judi juga digalakan. Dan yang paling besar sekali perempuan Islam menyertai peraduan ratu cantik ditangkap oleh Dato’ Mufti Selangor pada tahun 1996 (kalau tak silap) dibawah undang-undang mencegah kemungkaran syara’iyah negeri Selangor yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri Selangor.

Para pemimpin Umno pada ketika itu perengkat negari dan persekutuan bingkas, dengan lantang membela ratu cantik supaya jangan didakwa dalam mahkamah, dengan alasan menakutkan pelancong. Akhirnya ratu cantik Islam dibebaskan sementara Dato’ Mufti yang bertindak menangkap ditammatkan kotrak kerja sebelum tempuh tammat mengikut perjanjian. Sebenarnya dipecat. Oleh itu
apakah lagi istilah yang sesuwai untuk tidakkan Umno itu kalau tidak menyanggah tuntutan syarak menegakkan yang mungkar dan mencegah yang ma’aruf. Sesuwai dengan firman Allah “Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh membuat kemungkaran dan melarang berbuat kema’arufan, dan mereka bersifat kikir. Mereka telah lupa kepada Allah dan Allah telah lupa kepada mereka. Sesungguhnya si munafik itulah orang yang fasik” At-TAubah ayat 67.

Kezaliman Umno boleh membawa kita keneraka jahanam apabila kita menyokongnya.

“Sunguh berani anta menghukum penyokong Umno bakal menjadi penghuni neraka. Apa dalilnya.? Ana tau anta orang kuat Pas. Tapi kalau cakap hendaklah jaga jangan ikut sedap mulut saja. Apakah anta yakin dengan bergiat aktif dalam Pas akan menjamin mendapat syurga, sedangkan memakmurkan misjid pun orang Pas tak mampu.” Demikianlah hujah saorang burzruk awalin yang k ami kenal pasti ia saorang penyokong kuat Umno, telah menyergah kami dengan suara lantang apabila kami memberanikan hati menegurnya. Kerana kami menyedari kegiatanya membesarkan Allah dalam jemaah tabligh adalah bercangah dengan dasar perjuangan Umno yang ‘mengecilkan Allah’ yang boleh mendorong kita keneraka jahanam diakhirat kelak.

Pada perengkat mula kami agak gentar kerana takut sikap marahnya itu akan mengundang suasana perdebatan yang tegang dan sengit. Disamping akan menarik minat karkoon lain untuk mengikuti perdebatan kami sedangkan kami masih berhajat merahsiakan risalah kami. Dalam suasana yang serba salah itu, kami berdo’a minta kekuatan dari Allah memberikan semangat untuk terus menyampaikan yang haq (berdakwah) walau pun berdepan dengan audiun yang ramai Sebab kalau kami berundur menyerah kalah, artinya kami kecundang dalam menyampaikan yang haq. Jemaah tablighlah juga yang mendidik kami supaya istiqamah berpegang semangat seperti itu.
  

Maka kami pun memulakan penjelasan dengan dihadhiri oleh beberapa karkoon lain yang perihatin dengan hujah kami. “Kami dengan segala rendah hati meminta tuan-tuan semua bertenang mengikuti penjelasan kami. Selepas ini akan kami beri peluang tuan-tuan bertanyakan soalan. Lapangkan dada, agar supaya kita semua tidak dipengaruhi oleh nafsu”.

Tuan-tuan semua tentu sedia maklum kegiatan utama jemaah kita tabligh ialah mentarbiyah seluruh ummat Islam supaya membesarkan Allah dengan artikata yang sebenarnya. ‘Membesarkan Allah’ artinya segala nilai tarbiyah dan perentah Allah dan RasulNya kita letakan ditengkat paling teratas sekali dalam minda dan semangat kita. Samada dari segi amal perbuatan dan penghayatan. Contohnya jemaah kita meletakan dakwah dan menjaga solat fardhu berjemaah dimasjid adalah fardhu ‘ain kepada setiap individu muslimin. Yaitu tuntutan paling teratas dalam ibadah routin kita. Inilah sebenarnya pokok utama kekuatan jemaah kita yang tak terdapat pada jemaah lain. Walaupun terdapat khilaf antara ulama mazhab ada yang mengatakan solat berjemaah dimasjid fardhu kifayah atau sunnat. Ini tidak berarti kita menolak ulama, tetapi kerana kita meletakan perentah Allah dan Rasul ditengkat paling atas sekali dalam minda kita, kerana hukum yang jelas dari Allah dan RasulNya ialah ‘Fardhu ‘ain’.

Kita membesarkan Allah dalam aspek dakwah dan menjaga solat, sejak mula kita menyertai program ‘keluar’ bersama jemaah. Tetapi ternyata ‘membesarkan Allah’ dalam aspek politik, aspek social, dan ikonomi masih belum mampu kita laksanakan. Walau bagaimana pun kami mengatakan starting (peremulaan) jemaah kita mengamalkan konsep membersarkan Allah adalah tepat mengikut piawaian As-Sunnah. Selanjutnya wajiblah bagi jemah kita mendaulatkan seluruh syari’at Allah dalam aspek politik, social dan ikonomi sebagai peraturan Negara demi untuk menyempurnakan konsep ‘membesarkan Allah’ sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah saw semasa memerentah Negara Islam Madinah dan Makkah. Contohnya menguatkuasakan hukum hudud, memotong tangan pencuri, menghapuskan amalan riba’ dan sebagainya, kerana ia juga termasok aspek membesarkan Allah kerana terdapat perentahNya yang qott’ei.

Tentunya haram bagi seluruh ummat Islam mengikut unang-undang peraturan kafir sedangkan peraturan dari Allah dan RasulNya kita ketepikan. Yang mampu melaksanakanya pada hari ini tentulah kerajaan yang berkuasa memerentah Negara. Malangnya kerajaan Umno hari ini ternyata ingkar atau engan membesarkan hukum Allah setelah lebeh 50 tahun memerentah Negara. Itu bab yang pertama.

Bab yang kedua. Menyokong Umno berarti kita kita melibatkan diri secara langsung dengan perbuatan zalim yang sangat dimurkai Allah. Firman Allah “Dan janganlah kamu cendrong kepada sebarang kezaliman, kelak kamu akan disambar api neraka” Surah Huud ayat 116. Buktinya kerajaan Umno BN menguna pakai undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Undang-undang ini memberi kuasa pemimpin tertinggi kerajaan Umno menjatuhkan hukum penjara sekurang-kurangnya dua tahun atau lebeh kepada sesiapa dengan tuduhan yang mereka cipta sendiri, TANPA perlu dibuktikan kesalahanya menerusi proses perbicaraan mahkamah.

Dari aspek hak asasi kemaknusiaan, samada dipandang dari sudut Islam atau masarakat antarabangsa dizaman tamadun maknusia moden hari ini, tidak ada saorang pun individu , walau setinggi mana taraf kedudokanaya dalam pemerentahan mana-mana negara diseluruh dunia ini yang layak diberi hak menjatuhkan hukum keatas orang lain. Yang berhak menjatuhkan hukum hanyalah penal hakim yang membicarakan sesuatu kes dan telah terbukti kesalahanya.

Undang-undang seperti ISA hanya wujud ditiga buah Negara diseluruh dunia, yaitu Malaysia, Singapore dan Israel. Dizaman Nabi Rasulallah saw pernah menjatuhkan hukum hudud kepada saorang pencuri, yaitu berlaku sebelum istitiusi mahkamah syara’iah diwujudkan kerana Nabi yang sifatnya sebagai ‘Pesuruh Allah’ pada zaman permulaan Islam beliau mengetuai seluruh cabang intitiusi pemerentahan Islam, termasuk sebagai hakim. Selepas diwujudkan institiusi kehakiman dan mahkamah, maka dizaman sahabat Kalifatu-Rasyidin tidak lagi wujud individu yang berhak menjatuhkan hukum kecuali hakim mahkamah setelah membicarakan sesuatu kes.

Oleh itu tidak terdapat apa-apa istilah yang secocok diguna pakai untuk undang–undang ISA ini kerciali KEZALIMAN yang sangat nyata dan terang dimana Allah sangat murka terhadap perbuatan zalim sesama makhluk maknusia. Rasulallah saw pernah bersabda. “Tidak ada hinjap (penghalang) daripada didengar Allah doa-doa orang-orang yang dizalimi (walaupun ia bukan dari orang Islam) Hadis riwayat Al-Baihaki. Oleh yang demikian apabila kita menyokong Umno artinya kita setuju atau merestui dengan kezaliman yang dilakukan oleh Umno. Oleh itu mengikut keterangan firman dan hadis tersebut diatas kita tidak akan selamat dari api neraka. Sebab itu pada awal tahun 2009 saorang menteri Umno bernama Dato’ Zaid Ibrahim yang dipertangung-jawabkan hal-ehwal kehakiman telah meletakan jawatan dan keluar meningalkan Umno setelah menerima nasihat pemimpin Pas. Semata-mata ia tidak sangup disambar api neraka kerana bersubahat dengan kezaliman Umno.

Bab ketiga. Persoalan adakah terjamin mendapat syurga apabila kita aktif menyokong Pas ?. Jawapan dari persoalan ini hendaklah kita paham bahawa ‘Pas’ adalah sebuah jemaah yang ditubuhkan atas motif menangani urusan politik ummat Islam. Yaitu untuk mendaulatkan seluruh hukum syari’at Allah dengan artikata ‘mambesarkan Allah’ dari aspek politik, social, dan ikonomi. Sebagaimana disebut dalam Bab satu, adalah menjadi kewajipan orang beriman membesarkan Allah dalam semua aspek. Daripada aspek dakwah dan menjaga solat yang ditangani oleh jemaah kita sendiri hinggalah aspek memerentah Negara. Firman Allah: “Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain, tidak ada balasan baik diakhirat kelak melainkan kehinaan yang ditimpakan Allah. Sesungguhnya azab Allah adalah tersangat pedih” Surah Al-Baqarah 85. Begitulah hakikatnya peranan Pas pada sudut syarak, ia jelas walaupun tidak memulakanya dengan usaha dakwah.

Tegasnya Allah memerentahkan orang beriman membesarkan Allah dalam seluruh aspek kehidupan maknusia sesuai dengan konsep penutup ‘keRasulan’ diakhir zaman ini. Jika kita gugurkan salah satu daripadanya artinya kita membesarkan Allah pada satu aspek dan memperkecil atau memper leceh Allah pada aspek yang lain. Oleh sebab itu jika kita jemaah tabligh tidak menyokong perjuangan Pas, artinya tidak cukup syarat kita untuk mendapat syurga Allah. Begitu juga sebaliknya jika individu Pas menolak usaha jemaah tabligh menegakan ma’aruf perengkat asas (mengajak tauheed kepada Allah) Ia juga akan kehilangan peluang mendapat syurga.

Namun sekadar kurang sempurna syarat untuk mendapatkan syurga ‘mungkin’ agak rengan sedikit berbanding dengan kita bertindak menjadi pendokong atau penyokong Umno yang memang dasar perjuanganya memperlecehkan Allah. Sudahlah syarat kita untuk syurga tidak sempurna terlibat pula kita dengan maksiat besar memperlecehkan Allah dan brsubahat dengan kezaliman Umno.. Tentunya bertambahlah jauh kita untuk mecium bau syurga. Na’uzubillah.

Sampai katahap kami berhentikan hujah, dan memberi peluang kepada sesiapa yang hendak bertanya. Karkoon yang menghardik kami tadi lantas berkata: “Ana akan lapurkan hujjah anta kepada ustaz (kami lupa namanya. Ia saorang tokoh pimpinan jemaah tabligh yang agak veteran) bersediakah anta berdepan denganya.? Insyak-Allah semoga kita semua dirahmati Allah untuk mencari kebenaran kami bersedia pada bila-bila masa semata-mata kerana agama Allah. Sahingga hari ini karkoon berkenaan tidak pernah lagi kami jumpa. Khabarnya ia berpindah ka Johor.


Ketenangan di sini

No comments:

Post a Comment