Saturday, December 29, 2012

Fenomena Isbal - Tanpa Niat Sombong



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
Maksud: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau berkata:
Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)
Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab:
بَاب مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ
Maksud: Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian) sehingga melebihi mata kaki, maka ia di neraka. (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/88)
وعن المغيرة بن شعبة رضي الله عنه قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بحجزة سفيان بن أبي سهل فقال يا سفيان لا تسبل إزارك فإن الله لا يحب المسبلين
Maksud: Dari al-Mughirah B. Syu’bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata:
Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 10/423, no. 3564. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah Ahadis ash-Shahihah, 10/241, no. 4004. Shahih Sunan Ibnu Majah, 8/74, no. 3574. dan Shahih al-Jami’ ash-Shoghir, 28/372, no. 13872)
عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ عَاصِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ الشَّرِيدَ يَقُولُ
أَبْصَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَأَسْرَعَ إِلَيْهِ أَوْ هَرْوَلَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَإِنَّ كُلَّ خَلْقِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَسَنٌ
فَمَا رُئِيَ ذَلِكَ الرَّجُلُ بَعْدُ إِلَّا إِزَارُهُ يُصِيبُ أَنْصَافَ سَاقَيْهِ أَوْ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ
Maksud: Daripada Ya’kub B. ‘Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata:
Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:
“Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”.
Maka orang tersebut pun berkata:
“Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan”.
Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tetap menyatakan:
“Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah bagus”.
Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)
Daripada hadis ini, ia turut menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang menegur kepada pelaku isbal tanpa menanyakan terlebih dahulu sama ada si pelaku itu melakukan isbal dengan sombong atau pun tidak. Tetapi, apa yang jelas dari zahir hadis tersebut adalah, Nabi terus sahaja menegurnya supaya meninggalkan isbal, biar pun si lelaki tersebut telah memberikan alasan.
Kesimpulan:
Akibat melakukan isbal (tanpa sombong):
1 – Berdosa dan diancam dengan neraka.
2 – Tidak dicintai oleh Allah.

No comments:

Post a Comment