Friday, August 17, 2012

MALAM YANG DIABAIKAN


Apabila tiba malam hari raya aidilfitri maka malam itu disebut (dilangit) sebagai Lailatul Jaizah (malam pengurniaan hadiah). Pada malam itu (malam raya) orang-orang mukmin akan diberikan hadiah oleh Allah, oleh itu kita perlulah bersungguh-sungguh menghargai malam tersebut. Tetapi malang sekali, bukan saja dari kebanyakan orang, seperti orang awam, bahkan ahli-ahli agama pun tidur dengan nyenyak pada malam itu kerana keletihan berpuasa. Sedangkan malam itu jugalah malam yang khusus untuk disibukkan dengan ibadat. Nabi  bersabda, “Sesiapa yang berjaga pada malam kedua-dua hari raya  (sibuk dengan beribadat) dengan niat untuk mendapatkan ganjaran, hatinya akan hidup pada hari hati-hati yang lain akan mati”.(pada masa fitnah dan kerosakan apabila hati-hati orang ramai akan mati atau juga mungkin dimaksudkan hari sangkakala ditiup, rohnya akan tetap sabar).

Dalam satu hadith yang lain ada dinyatakan bahawa sesiapa yang berjaga pada lima malam untuk beribadat, maka syurga akan diwajibkan utuknya, lima malam itu ialah malam Tarwiyah (malam ke 8 Zulhijjah), malam ‘Arafah (malam ke 9 Zulhijjah, malam Nahar (malam ke 10 Zulhijjah), malam Aidil Fitri dan malam ke 15 Sya’ban.

Para ahli fiqh menulis bahawa disunatkan untuk berjaga pada kedua-dua malam raya untuk beribadat. Dituliskan dalam kitab Kasyyful-Ghummah, dengan rujukan daripada imam Syafi’e rah. bahawa terdapat 5 malam yang doa-doa akan dikabulkan iaitu, malam jumaat, kedua-dua malam raya, malam permulaan bulan Rejab dan malam ke 15 Syabaan.

Hari Raya

Setelah selesai menjalankan ibadah puasa ramadhan umat islam akan menyambut hari kemenangan pula, iaitu Hari Raya. Pada hari raya itu Allah menghantar para malaikat ke setiap tempat, lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengar oleh semua makhluk Allah selain jin dan manusia. Mereka berkata, “wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada tuhan kamu Tuhan yang amat Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan mengampuni dosa-dosa besar”. Apabila mereka tiba di tempat solat raya, Allah akan bertanya kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?”, para malaikat akan berkata, “wahai tuhan dan pemilik kami, balasanya ialah di sempurnakan ganjarannya”. Lalu Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikat ku, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunan ku sebagai pahla puasa bulan ramadhan dan ibadat malam mereka”. Allah akan berkata lagi, “wahai haamba-hambaku! Pohonlah daripada ku, demi kemuliaan dan keagungan ku, kamu tidak memohon sesuatu kepada ku pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhirat, melainkan aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu pohon niscaya aku akan mengurniakan yang baik bagi mu. Demi kemuliaan ku, aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengingati ku. Demi kemuliaan dan keagungan ku, tidaklah aku akan menghina mu dan tidak juga aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orangn yang berdosa (dan orang-orang kafir). Bersurailah dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan daku dan Aku juga telah redha dengan kamu”. Maka bergembiralah para malaikat dan bersukaria lah mereka dengan segala yang dikurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan ramadhan.

 “Ya Allah jadikan lah kami di kalangan mereka”.

Thursday, August 16, 2012

MALAM QADAR; MASIH BELUM TERLAMBAT


Seorang penyair bermadah:-

“Wahai Urfi! Sekiranya dengan tangisan dapat menemukan aku dengan kekasih, Maka ratusan tahun pun sanggup ku tangiskan untuk bertemu dengan nya”

Daripada Saidatina Aishah r. anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Carilah Lailatulqadar pada bilangan hari yang ganlil dari 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan”.
Keterangan:

Pada pendapat kebanyakan ulama, sepuluh terakhir bermula pada malam ke 21 dan ini adalah umum sama ada bulan itu 29 hari ataupun 30 hari. Dari perkiraan ini dan berdasarkan hadith di atas, pencarian Lailatulqadar hendaklan dilakukan pada malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya bulan ini mengandungi 29 hari pun malam-malam inilah yang masih dikatakan 10 hari terakhir.

Walau bagaimana pun , Ibn Hazam rah. berpendapat bahawa perkataan ‘asyra’ membawa makna sepuluh. Oleh itu, jika Ramadhan mengandungi 30 hari, barulah cara perkiraan ini digunakan, tetapi jikalau bulan Ramadhan mengandungi 29 hari maka 10 hari terakhir  bermula pada malam ke 20 dan dengan perkiraan itu malam-malam ganjil menepati malam ke 20,22, 24, 26 dan 28 Ramadhan. Walau bagaimanapun, Baginda telan ber’iktikaf pada bulan Ramadhan semata-mata untuk mencari Lailatulqadar dan secara kebetulan bermual pada malam ke 21 Ramadhan. Oleh itu, pendapat kebanyakan pendapat ulama yang mengatakan bahawa malam ganjil untuk 10 hari akhir bermula pada malalm ke 21 adalah satu kemungkinan yang kuat dan merupakan pendapat yang lebih tepat walaupun ada kemungkinan Lailaulqadar jatuh pada malam-malam yang lain. Pencarian Lailatulqadar berdasarkan kedua-dua pendapat itu hanya mungkin terjadi apabila kita berjaga setiap malam bermula  dari malam ke 20 sehingga ke malam raya dengan kerisauan untuk mendapat Lailatulqadar. Untuk berjaga selama 10 malam atau 11 malam bukanlah satu perkara yang susah dan payah bagi mereka yang berharap untuk mendapatkan ganjaran yang begitu besar.

Wednesday, August 15, 2012

REZEKI MENURUT AL-QURAN


ALLAH PEMEGANG REZEKI

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Ertinya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan) (Hud[11:6]).

TAWHID DALAM REZEKI

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (22)
Ertinya: Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) (al-Baqarah[2:22]).

DOSA PENGHALANG REZEKI

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ (52)
Ertinya: Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Hud[11:52])

KELUASAN TAKRIF REZEKI

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)
Ertinya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)(Nuh [71:10-12]).

REZEKI ADALAH RAHSIA ALLAH YANG BOLEH DITEROKAI DENGAN ILMU

لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Ertinya: Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (al-Syura[42:12]).

وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ (10)
Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur (al-A’raf[7:10]).

PANTANG LARANG REZEKI-TINGGAL SOLAT

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (56) مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (57) إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (58)
Ertinya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya (al-Dhariyat[51:56-58]).

PENGGANDA REZEKI

Sedekah;
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ (39)
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki“ (Saba’ [34:39]).

Sifat Taqwa;

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3)
Ertinya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu (al-Talaq[65:2-3]).

Membayar zakat;

فَآَتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ ذَلِكَ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (38) وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ (39)
Ertinya: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda (al-Rum[30:39])

Hijrah pada jalan Allah;

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (100)
Ertinya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Nisa’[4:100]).

Tuesday, August 14, 2012

Ancaman Bagi Orang yang Meninggalkan Puasa


Dalam masyarakat kita terdapat ramai orang yang tidak berpuasa Ramadhan. Ramai yang melanggar perintah puasa terang-terangan, misalnya dengan makan di warung di siang hari.

Dalam kitab Targhib disebutkan bahwa apabila seseorang meninggalkan kewajiban puasa dengan sengaja secara i’tiqadi maka ia telah terjatuh dalam kekufuran. Kesimpulan ini berdasarkan riwayat al-Dailami dan dishahihkan oleh Dzahabiy dari Ibnu ‘Abbas bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda:
 “Sendi-sendi dan dasar-dasar Islam ada tiga. Dan Islam dibangun di atas tiga sendi ini. Barangsiapa meninggalkan salah satu dari nya, maka kufur, dan halallah darahnya; yaitu; mengakui bahwasanya tidak ada Tuhan selain Allah, sholat fardlu, dan puasa Ramadhan.” [HR. Abu Ya’la].
 Puasa yang ditinggalkan dengan sengaja tidak akan boleh diganti atau diqada’ dengan puasa seumur hidupnya.  Rasulullah Saw bersabda:
 “Barangsiapa berbuka sehari dalam bulan Ramadhan dengan tanpa rukhshah (keringanan) yang telah ditetapkan oleh Allah, maka puasa yang ditinggalkannya itu tidak akan boleh diganti dengan berpuasa sepanjang abad, walaupun ia melakukannya.” [HR. Abu Daud, Ibnu Majah, dan at-Tirmidzi. Lihat dalam Targhib, jld. II, hal. 231].
 “Barangsiapa berbuka dalam bulan Ramadhan dengan tanpa udzur dan sakit, puasa itu tidak akan bisa diganti dengan puasa sepanjang masa meskipun ia melakukannya.” [HR. Bukhari].
 Al-Dzahabi berkata, “Telah jelas bagi kaum mukminin bahwa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan tanpa sakit lebih jahat daripada pezina dan peminum arah, bahkan diragukan keislamannya.” (Targhib, jld. II, hal. 231-232).

HUKUM ORANG YANG TIDAK BERPUASA RAMADHAN
Diperbolehkan tidak puasa pada bulan Ramadhan bagi empat golongan :
  • Orang sakit yang berbahaya baginya jika berpuasa dan orang bermusafir yang boleh baginya mengqashar shalat. Tidak puasa bagi mereka berdua adalah afdhal, tapi wajib mengqadanya. Namun jika mereka berpuasa maka puasa mereka sah (mendapat pahala). Firman Allah Ta’ala:
” …..Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka wajiblah baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain… ” (Al-Baqarah:184).
Maksudnya, jika orang sakit dan orang yang bermusafir tidak berpuasa maka wajib mengqadha (menggantinya) sejumlah hari yang ditinggalkan itu pada hari lain setelah bulan Ramadhan.
  • Wanita haid dan wanita nifas: mereka tidak berpuasa dan wajib mengqadha. Jika berpuasa tidak sah puasanya. Aisyah radhiallahu ‘anha berkata :
“Jika kami mengalami haid, maka diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan menggadha shalat. ” (Hadits Muttafaq ‘Alaih).
  • Wanita hamil dan wanita menyusui, jika khawatir atas kesehatan anaknya boleh bagi mereka tidak berpuasa dan harus meng-qadha serta memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. Jika mereka berpuasa maka sah puasanya. Adapun jika khawatir atas kesehatan diri mereka sendiri, maka mereka boleh tidak puasa dan harus meng-qadha saja. Demikian dikatakan Ibnu Abbas sebagaimana diriwayatkan o!eh Abu Dawud. ’7, Lihat kitab Ar Raudhul Murbi’, 1/124.
  • Orang yang tidak kuat berpuasa karena tua atau sakit yang tidak ada harapan sembuh. Boleh baginya tidak berpuasa dan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkannya. Demikian kata Ibnu Abbas menurut riwayat Al-Bukhari. Lihat kitab Tafsir Ibnu Kalsir, 1/215.
Sedangkan jumlah makanan yang diberikan yaitu satu mud (genggam tangan) gandum, atau satu sha’ (+ 3 kg) dari bahan makanan lainnya. Lihat kitab ‘Lrmdatul Fiqh, oleh Ibnu Qudamah, hlm. 28.  masuk sini....
 

Maksud Dan Matlamat Penurunan Al-Qur’an 2


Siyasah ummat
Ini merupakan perkara yang besar dalam al-Qur’an maksudnya ialah pembaikan umat dan menjaga sistemnya seperti bimbingan supaya membentuk kesejagatan dan perpaduan jamaah.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah ni’mat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Al ‘Imran: 103)

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. kemudian ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). (Surah al-An’am: 159)

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al-Anfal: 46)

وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ

Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (al-Shura: 38)

Kisah-kisah dan berita–berita umat terdahulu untuk menghibur dengan keadaan mereka yang baik.

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآَنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ

Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya. (Surah Yusuf: 3)

Dan kisah-kisah itu juga sebagai ancaman kejahatan-kejahatan.

وَتَبَيَّنَ لَكُمْ كَيْفَ فَعَلْنَا بِهِمْ وَضَرَبْنَا لَكُمُ الْأَمْثَالَ

Dan telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana kami telah mengubah keadaan mereka dengan menimpakan mereka bencan aberbagai bencana. (Surah Ibrahim: 45)

Pengajaran yang sesuai dengan masyarakat semasa.

al-Qur’an mengambilkira keadaan yang sesuai dengan suasana aman masyarakat semasa dan juga perkara-perkara yang melayakkan mereka untuk menerima dan menyebarkan Shari’ah.

Al-Qur’an mengajar hikmah neraca akal.dan kesalahan dalam menggunakan dalil dalam seni perdebatan dengan golongan sesat serta dalam ajaran untuk merenung dan berfikir.

Al-Qur’an memberi penegasan terhadap penggunaan akal, alat-alat bantuan pengajaran seperti tulisan, penekanan terhadap membaca, berfikir, menulis, dalam ayat-ayat seperti

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

(1.) Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - 4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - (Surah al-‘Alaq: 1-4)

ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis, (-al-Qalam: 1),

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). (Surah al-Baqarah; 282)

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah al-Zumar: 9)

Pengajaran-pengajaran, ancaman,berita-berita gembira. Ini tertumpu di dalam ayat–ayat janji baik dan buruk begitu juga penghujahan terhadap golongan yang degil, keras kepala. Bab ini dinamakan dengan al-Targhib wa al-Tarhib.

Sifat al-Qur’an al-i’jaz iaitu mencabar dengan melemahkan yang lain supaya menjadi tanda kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Monday, August 13, 2012

Maksud Dan Matlamat Penurunan Al-Qur’an


Allah telah menurunkan al-Qur’an sebagai kitab hidayah dan panduan untuk kebaikan umat manusia seluruhnya dan sebagai rahmat kepada mereka. Al-Qur’an adalah penyampaian kepada maksud dan kehendak Allah daripada hamba-Nya.

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur`an menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. (Surah al-Nahl: 89)

Maksud tertinggi daripada al-Qur’an ialah membaiki atau kebaikan individu, masyarakat dan tamadun. Kebaikan individu bergantung kepada pemurnian dan penyucian jiwa. Asasnya ialah akidah yang sahih kerana akidah adalah sumber kepada adab-adab pekerti dan pemikiran akal dan minda. Kemudian pembaikan pada amalan zahir iaitu ibadat zahir seperti solat, zakat, ibadat. Manakala aspek batin pula seperti berakhlak mulia dengan meninggalkan hasad dengki, sombong dan sebagainya.

Kebaikan dan keelokan masyarakat akan terhasil mula-mula sekali dengan kebaikan individu kerana individu adalah anggota atau juzu`- juzu` yang membentuk masyarakat. Selain itu, kebaikan masyarakat dapat dicapai dengan menentukan dan menggariskan urusan dan tindak tanduk masyarakat sesama mereka. Supaya kehendak-kehendak mereka tidak bertembung. Inilah apa yang disebut sebagai ilmu muamalat atau mengikut ahli falsafah siyasah madaniyyah (politik kemasyarakatan atau pentadbiran sivil)

Kebaikan atau pembaikan tamadun adalah lebih luas lagi kerana ia menjaga sistem alam atau dunia Islam, menggariskan hubungan antara komuniti dan negara-negara demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan bersama. Ia juga merangkumi penjagaan kemaslahatan umum umat Islam, menjaga maslahah yang lebih umum daripada maslahah yang khusus apabila berlaku pertentangan. Inilah yang dinamakan sebagai ilmu tamadun dan ilmu sosiologi.

Kehendak Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an adalah menjelaskan atau penghuraian tentang tindak-tanduk dan perlakuan yang merujuk kepada memelihara objektif-objektif agama dan ini terkandung di dalam ayat yang Allah perintahkan kepada hamba-Nya.

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (surah Sad: 29)

Membaiki akidah dan mengajar akidah yang sahih ini merupakan sebab yang paling besar dan kuat untuk mengubah manusia kerana ia menghilangkan dari jiwa sebarang ketundukan terhadap selain dari Allah. Membersihkan hati dari sangkaan-sangkaan yang timbul dari syirik dahriyah (fahaman tidak bertuhan). Inilah yang diisyaratkan oleh ayat 101 dari Surah Hud.

وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آَلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ

Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka.

Pemurnian akhlak

Allah s.w.t. berfirman:

وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Surah al-Qalam: 4)

‘A`ishah menjelaskan ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w., akhlak baginda adalah al-Quran.

Perundangan

Iaitu hukum-hukum khusus dan umum.

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (al-Nisa`: 105)

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آَتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (al-Ma`idah: 48)

Al-Qur’an telah menghimpunkan kesemua hukum-hukum pada kebiasaan dalam bentuk yang kulli (prinsipal) dan hukum-hukum dalam bentuk juz`i tentang perkara yang penting.

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.  (al-Ma`idah:3)

Daripada ayat-ayat yang bersifat prinsip itu Allah s.w.t. memerintahkan supaya dijadikan asas bagi proses pembinaan hukum dan Qiyas dalam perkara yang tidak jela dan tidak ada hukum yang terperinci. 

Al-Shatibi berkata: “al-Qur`an itu dengan sifatnya yang ringkas adalah lengkap menghimpunkan (segala ma’na) dan Shari’ah itu sempurna dengan sempurnanya wahyu dan tidaklah ia menjadi lengkap bagi keseluruhan agama melainkan yang terkumpul di dalamnya adalah perkara prinsip yang kulli. Masuk sini....

Sunday, August 12, 2012

APA ITU IMAN


1. PENGERTIAN IMAN
Iman adalah meyakini dengan hati, mengucapkan dengan lisan dan memenifestasikan dengan amal perbuatan. Iman bererti pembenaran oleh hati disertai pengetahuan tentang apa yang dia benarkan.

Sedangkan menurut syari'at, Iman bererti pengetahuan tentang Allah dan sifat2Nya disertai ketaatan atas semua hal yang wajib dan yang sunnat dan menghindari berbagai larangan dan maksiat.Atau Iman bererti agama, syari'at dan millah, kerana agama bererti suatu yang dianuti disertai dengan ketaatan dan penghindaran dari larangan dan segala yang haram. Hal itu merupakan sifat Iman.

Islam juga termasuk didalam Iman. Setiap Iman adalah islam tetapi bukan setiap islam itu Iman, kerana Islam bererti penyerahan dan ketundukan. Setiap Mukmin pasti menyerahkan diri dan tunduk kepada Allah, tetapi tidak setiap yang berserah diri beriman kepada Allah. Kerana dia menyerahkan diri kerana takut pedang. Dengan demikian Iman merupakan nama yang mencakup berbagai sebutan, baik dalam wujud perbuatan maupun ucapan, sehingga mencakup segala bentuk ketaatan.

2. IMAN DAPAT DIPERKUAT DENGAN ILMU DAN DIPERLEMAH DENGAN KEBODOHAN.

Firman Allah :
فَأَمَّا الَّذِينَ ءامَنُواْ فَزَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). (At-Taubah, 9 :124)

3. IMAN DAPAT BERTAMBAH DAN BERKURANG.

Ahlus Sunnah berpendirian Iman bertambah dengan ketaatan dan menjauhi segala larangan Allah. Sementara ianya berkurang dengan berkurangnya ketaatan dan bertambahnya ma'siat seseorang.

Firman Allah :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfal, 8 : 2)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Abu Hurairah serta Abu Darda' , mereka berkata : "Iman itu dapat bertambah dan berkurang."

4. IMAN BUKAN MAKHLUK

Berdasarkan kata Imam Ahmad Bin Hambal apabila ditanya orang, apakah Iman itu makhluk? Beliau menjawab, "Barangsiapa mengatakan bahawa iman itu makhluk bererti dia telah kafir, kerana demikian bererti dia telah menentang Al-Qur'an"

Iman adalah cahaya Ilahi yang melimpah kedalam hati seseorang hamba. Wadah yang menanggung Iman, iaitu hati adalah makhluk, tetapi zat Iman bukan makhluk.

5. DILARANG BERKATA : "AKU PASTI MU'MIN"

Seorang Mu'min tidak boleh mengatakan "aku pasti Mu'min". Tetapi katakanlah : "Aku ini orang Mu'min InsyA Allah" Hal ini menolak pendapat Mu'tazilah yang mengatakan, "aku pasti Mu'min"

Pendapat kami berdasarkan kata2 Sayyidina Umar, "Barangsiapa mengaku dirinya Mu'min (yakni pasti Mu'min), bererti dia telah kafir! Masuk sini....

SIAPAKAH AHLUS-SUNNAH WAL JAMAAH?


Seluruh Ummat Islam sudah tahu istilah Ahlus- Sunnah Wal Jamaah. Semua berharap dan mengaku mereka Ahlus Sunnah. Tetapi siapakah sebenarnya Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Adakah ianya merupakan Jamaah tertentu atau kumpulan tertentu? Apakah ciri2 mereka?

Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah satu-satunya golongan yang mendapat jaminan dari junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagai golongan yang selamat!

Mereka adalah yang berpegang kepada Nabi dan Sunnah Khalifah Baginda serta bersatu didalam Jamaah Muslimin. Sementara golongan2 lain telah tersesat dan terkeluar dari Jamaah Muslimin/Jamaah Rasulullah ini - iaitu mereka terkeluar dari Jamaah yang di wariskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Dari Abu Hurairah Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

"Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan Ummatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka kecuali satu". Kemudian para sahabat bertanya, "Siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku." (Hakim, Ibnu Majah)

Didalam hadis lain,

Daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi Salla Allahu 'Alaihi WaSallam menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat itu adalah seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?" Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu".
(Riwayat Tirmizi - Hadith hasan sahih)

Berdasarkan pemerhatian Ulama Billah Nabi telah memberikan beberapa petunjuk yang jelas didalam hadis2 yang diatas, berkenaan ciri2 umum golongan yang selamat di antaranya :

Kunci pertama : Mereka yang mengikuti Sunnahku
Kunci kedua : Mereka yang mengikuti Sunnah sahabatku.
Kunci ketiga : Tinggalkan bid'ah
Kunci Keempat : Golongan atau Jamaah

Sunnah Nabi sebahagian besarnya sudah pun jelas, dan semua golongan mengakui kebenarannya. Salah satu perkara yang menjadi pokok perselisihan adalah berkenaan wasiat Nabi, "Sunnah Khalifah ku" Di sinilah bermulanya perpecahan. Hanya orang2 yang terbuka hati melihat siapa yang sebenarnya yang dimaksudkan Nabi dengan "Sunnah Sahabatku."

Sementara kebanyakan orang melihat makna "sahabat Nabi" sebagai umum, ahli Ma'rifat melihatnya sebagai Pewaris Nabi yang menerima Ilmu Sahabat nabi secara mushafahah dari satu generasi kepada generasi berikutunya tak putus sehingga akhir zaman ini,

Apa yang dimaksudkan dengan bid'ah (mengadakan perkara baru) didalam agama yang tersebut didalam hadis diatas adalah isyarat Nabi kepada golongan2 yang memisahkan diri Jamaah kaum Muslimin dan membuat bid'ah fahaman sendiri yang sesat. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang.

Golongan yang pertama sekali memisahkan diri Jamaah kaum muslimin adalah kaum khwarij, kemudian di ikuti oleh kaum Jabariyah. Kemudian timbul Mu'tazilah, Mujassimah, Rafidah dll semuanya berjumlah semuanya 72 golongan yang memisahkan diri dari kaum Muslimin. Inilah golongan2 bid'ah iaitu golongan mengadakan fahaman2 yang menyimpang dari Fahaman Ahlus Sunnah.

Bukanlah maksud "bid'ah" tersebut sebagaimana kupasan sesat kaum wahabiyah zaman ini mengatakan Tawassul, ziarah kubur dsb sebagai bid'ah sedangkan semua amalan tersebut adalah bersandarkan Hadis Nabi.

Sementara itu yang dimaksudkan dengan "Jamaah" bukanlah bermakna satu-satu jamaah tertentu, tetapi ianya umum Jamaah Muslimin yang berpegang kepada ciri2 Ummat Islam yang disebutkan oleh Ulama2 Mu'tabarah dahulu.


2.0 Bagaimana mengenali golongan yang selamat ini?

Bagaimana mengenali Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Apakah ciri2 mereka?

Dizaman ini banyak pihak mendabik dada merekalah Ahlus sunnah wal Jamaah sedangkan perbuatan dan ucapan mereka menyimpang dari pegangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah. Ini termasuklah puak Wahabiyyah /Talafiyah/ Takrifiyah. Pada hakikatnya golongan ini adalah 'penjelmaan' semula dari Fahaman sesat Mujassimah.

Orang awam yang tiada ilmu terpengaruh dengan dakwaan2 dan hujjah2 batil mereka. Kesesatan ini disemarakkan lagi dengan terbitnya golongan pelajar2 muda kelulusan agama. Dengan hanya membekalkan Ilmu syari'ah atau beberapa hadis yang mereka pelajari di bilik2 kuliah, mereka cuba mencabar Ilmu Ulama2 Mu'tabarah terdahulu.

Jadi bagaimana cara untuk menyelamatkan Iman dari "kuman bahaya wahabiyyah" dan juga fahaman kesesatan yang lain? Kita perlu mentelaah secara saksama dari perkataan2 Ulama Mu'atbarah yang diakui oleh seluruh Ummat Islam seperti Imam Jailani, Shaikh Ibnu Ata'illah, Imam Ghazali, Imam Hanbali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan lain2nya.

Berikut adalah himpunan ciri-ciri penting pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dipetik dari Kitab Al-Ghunyah Li Talibil Haqq dan Ihya Ulumuddin serta kitab2 Mu'tabar lain. Mudah-mudahan bermanafaat. Teruskan ke sini....

Saturday, August 11, 2012

MENGAKU MUSLIM TAPI TAAT KAFIRIN 2


Di antara gejala setia terhadap Kafirin
Alhamdulillah, bertemu lagi dalam perbincangan “ Mengaku Muslim Tapi Taat Kepada Kafirin”, sebagaiman yang telah disebutkan sebelum ini, iaitu bentuk-bentuk kesetiaan atau loyality atau bahasa Islamnya wala' terhadap kafirin sungguh telah dijelaskan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, pada perbincangan siri 1 telah dihuraikan 5 gejala dan pada siri 2 dan terakhir ini akan dihuraikan 5 lagi dari 10 gejala berkaitan sebagai berikut:-
1. Dan termasuk gejala setia kepada orang kafir adalah menggunakan kalender kafirin, khususnya yang mencatat hari-hari suci dan hari-hari besar mereka, seperti kalender Masehi yang menyebutkan peringatan hari Kelahiran Al-Masih ‘alaihissalam yang hari raya itu adalah bid'ah yang mereka ada-adakan, dan bukanlah dari ajaran Al-Masih (Nabi ‘Isa) ‘alaihissalam. Karena itu menggunakan kalender ini berarti ikut berpartisipasi dalam menghidupkan syi’ar dan hari raya mereka. Hendaknya kita menghindari masalah ini, karena para sahabat radhiyallahu ‘anhum pun berpaling dari kalender orang-orang kafir dan mereka membuat kalender sendiri yang dimulai dengan peristiwa hijrahnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada masa khalifah Umar radhiyallahu ‘anhu. Hal tersebut menunjukkan wajibnya menyelisihi kaum kuffar dalam masalah ini dan ciri-ciri khas mereka. Semoga Allah Ta’ala menolong kita.
2. Dan termasuk gejala setia kepada orang kafir adalah ikut serta di hari-hari besar kafirin, membantu penyelenggaraan upacara mereka, mengucapi selamat pada hari itu, mendatangi undangan upacara mereka pada hari itu. Firman Allah:
"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu." (QS. Al-Furqon [25] : 72); telah ditafsirkan bahwa dari sifat hamba-hamba adalah sesungguhnya mereka tidak mendatangi hari-hari besar orang kafir.
3. Dan termasuk gejala setia kepada orang kafir adalah memuji, terpesona, kagum terhadap kafirin.
"Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." (QS. Thoha [20] : 131)
Yang demikian itu bukan berarti orang Islam tidak boleh mengambil tahu tentang sebab-sebab kekuatan mereka, seperti: kemajuan teknologi, teknik ketenteraan dan keberhasilan ekonomi mereka, akan tetapi yang demikian itu adalah dituntut.
Allah Ta’ala berfirman:
"Bersiaplah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa yang kamu sanggupi."(QS. Al-Anfaal [8] : 7)
Pada dasarnya beberapa hal yang bermanfaat dan rahasia-rahasia alam semesta yang ada adalah untuk kaum muslimin. Allah Ta’ala berfirman:
"Katakanlah, 'Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan juga rezeki yang baik?'. Katakanlah, 'Semua itu disediakan bagi orang-orang yang beriman di dunia dan khusus untuk mereka saja di hari kiamat'." (QS. Al-A’raf [7] : 32)
Firman Allah Ta’ala:
"Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." (QS. Al-Jatsiyah [45] : 13)
Allah Ta’ala berfirman:
"Dialah yang telah menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu." (QS. Al-Baqoroh [2] : 29)
Oleh karena itu kaum muslimin wajib sentiasa berlomba dalam usaha memperoleh beberapa teknologi dan potensi yang ada, jangan sampai dikuasai orang kafir, agar muslimin tidak bergantung kepada orang kafir dalam memperoleh teknologi tersebut. Bahkan dianjurkan agar Muslimin memiliki industri-industri dan menciptakan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan.
4. Dan termasuk gejala setia kepada orang kafir adalah memberi nama dengan nama-nama orang kafir.
Ramai di antara kaum muslimin yang memberi nama kepada anak-anaknya baik laki-laki maupun perempuan dengan nama-nama asing dan meninggalkan nama bapaknya, ibunya, datuknya, neneknya dan nama-nama yang dikenal di masyarakatnya. Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baiknya nama adalah Abdullah, Abdur Rahman, dan Al-Harits". (HR Ahmad, shahih menurut Syaikh Syu’aib Al-Anauth)
Perubahan nama-nama tersebut adalah akibat hilangnya kesatuan dengan generasi sebelumnya, juga menghapus identiti nama keluarga tertentu yang biasa dikenal dengan nama-nama khas mereka.
5. Dan termasuk gejala setia kepada orang kafir adalah berdoa memintakan ampun dan rahmat bagi kafirin. Allah telah mengharamkan hal yang demikian ini dalam firman-Nya:
"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahannam." (QS. At-Taubah [9] : 113)
Karena dalam permasalahan ini mengandung adanya suatu rasa kecintaan terhadap mereka dan membenarkan sesuatu yang ada pada mereka.
Demikianlah penjelasan Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan, ulama terkemuka sekarang ini, abad ini, dalam bab Madhaahiru Muwaalatil Kuffaar —gejala-gejala setia kepada orang-orang kafir— dalam buku:
Al-Irsyadu isla shahiihil I’tiqaad warraddi ‘alaa ahlis syirki wal ilhaad.
Perlu sangat diperhatikan, terutama dua gejala ini, yaitu gejala keempat dan kelima:
1. Dan termasuk gejala setia kepada orang kafir adalah membantu kafirin untuk mengalahkan Muslimin, memuji-muji dan membela mereka. Ini merupakan sebahagian dari rusaknya aqidah, dan penyebab kemurtadan.
2. Dan termasuk gejala setia kepada orang kafir adalah meminta bantuan kepada kaum kafir, mempercayakan urusan kepada mereka, memberikan kekuasaan kepada mereka agar memegang jawatan yang di dalamnya ada banyak perkara yang menyangkut urusan kaum muslimin, serta menjadikan mereka sebagai kawan terdekat dan teman dalam bermusyawarah.
Dua gejala itu disamping mengancam hancur leburnya keimanan pelakunya, masih pula sangat merugikan kaum muslimin pada umumnya. Maka wajib dihindari sama sekali. Seandainya perkara ini  telah melanda dalam masayarakat, maka mari kita benteras sekuat-kuatnya secara tolong menolong dalam kebaikan untuk membenteras kemunkaran. Apalagi masalah ini sangat membahayakan Ummat Islam secara keseluruhan.
Semoga Allah subahanahu wa ta’ala berkenan memberi hidayah kepada kita semua sehingga kita mampu memahamainya dengan baik dan menghindarinya sejauh-jauhnya, karena gejala-gejala itu sangat membahayakan keimanan kita, dimana gejala in telah berlaku di mana-mana. Hanya Allah lah tempat kita berlindung dari segala bahaya terutama bahaya mencintai kekafiran yang seolah menggoda manusia setiap saat dan bahkan dihiasi dengan kata-kata indah nan menawan sehingga banyak menjerumuskan orang. Na’udzubillahi min dzalik. Kami berlindung dari hal yang demikian.