Apabila tiba malam hari raya aidilfitri maka malam itu
disebut (dilangit) sebagai Lailatul Jaizah (malam pengurniaan hadiah). Pada
malam itu (malam raya) orang-orang mukmin akan diberikan hadiah oleh Allah,
oleh itu kita perlulah bersungguh-sungguh menghargai malam tersebut. Tetapi
malang sekali, bukan saja dari kebanyakan orang, seperti orang awam, bahkan
ahli-ahli agama pun tidur dengan nyenyak pada malam itu kerana keletihan
berpuasa. Sedangkan malam itu jugalah malam yang khusus untuk disibukkan dengan
ibadat. Nabi bersabda, “Sesiapa yang
berjaga pada malam kedua-dua hari raya
(sibuk dengan beribadat) dengan niat untuk mendapatkan ganjaran, hatinya
akan hidup pada hari hati-hati yang lain akan mati”.(pada masa fitnah dan kerosakan
apabila hati-hati orang ramai akan mati atau juga mungkin dimaksudkan hari
sangkakala ditiup, rohnya akan tetap sabar).
Dalam satu hadith yang lain ada dinyatakan bahawa sesiapa
yang berjaga pada lima malam untuk beribadat, maka syurga akan diwajibkan
utuknya, lima malam itu ialah malam Tarwiyah (malam ke 8 Zulhijjah), malam
‘Arafah (malam ke 9 Zulhijjah, malam Nahar (malam ke 10 Zulhijjah), malam Aidil
Fitri dan malam ke 15 Sya’ban.
Para ahli fiqh menulis bahawa disunatkan untuk berjaga pada
kedua-dua malam raya untuk beribadat. Dituliskan dalam kitab Kasyyful-Ghummah,
dengan rujukan daripada imam Syafi’e rah. bahawa terdapat 5 malam yang doa-doa
akan dikabulkan iaitu, malam jumaat, kedua-dua malam raya, malam permulaan
bulan Rejab dan malam ke 15 Syabaan.
Hari Raya
Setelah selesai menjalankan ibadah puasa ramadhan umat islam
akan menyambut hari kemenangan pula, iaitu Hari Raya. Pada hari raya itu Allah
menghantar para malaikat ke setiap tempat, lalu mereka turun ke bumi dan
berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang
boleh didengar oleh semua makhluk Allah selain jin dan manusia. Mereka berkata,
“wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada tuhan kamu Tuhan yang amat Pemurah yang
mengurniakan dengan banyaknya dan mengampuni dosa-dosa besar”. Apabila mereka
tiba di tempat solat raya, Allah akan bertanya kepada para malaikat, “Apakah
balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?”, para
malaikat akan berkata, “wahai tuhan dan pemilik kami, balasanya ialah di sempurnakan
ganjarannya”. Lalu Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sebagai
saksi, wahai malaikat ku, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunan ku
sebagai pahla puasa bulan ramadhan dan ibadat malam mereka”. Allah akan berkata
lagi, “wahai haamba-hambaku! Pohonlah daripada ku, demi kemuliaan dan keagungan
ku, kamu tidak memohon sesuatu kepada ku pada hari ini iaitu dalam perhimpunan
kamu ini untuk kepentingan akhirat, melainkan aku pasti akan menunaikannya dan
begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu pohon niscaya aku akan
mengurniakan yang baik bagi mu. Demi kemuliaan ku, aku akan tutup
keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengingati ku. Demi kemuliaan dan
keagungan ku, tidaklah aku akan menghina mu dan tidak juga aku akan memalukan
kamu di kalangan orang-orangn yang berdosa (dan orang-orang kafir). Bersurailah
dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan daku
dan Aku juga telah redha dengan kamu”. Maka bergembiralah para malaikat dan
bersukaria lah mereka dengan segala yang dikurniakan Allah kepada umat ini
apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan ramadhan.
“Ya Allah jadikan lah
kami di kalangan mereka”.
No comments:
Post a Comment