Sunday, August 12, 2012

SIAPAKAH AHLUS-SUNNAH WAL JAMAAH?


Seluruh Ummat Islam sudah tahu istilah Ahlus- Sunnah Wal Jamaah. Semua berharap dan mengaku mereka Ahlus Sunnah. Tetapi siapakah sebenarnya Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Adakah ianya merupakan Jamaah tertentu atau kumpulan tertentu? Apakah ciri2 mereka?

Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah satu-satunya golongan yang mendapat jaminan dari junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagai golongan yang selamat!

Mereka adalah yang berpegang kepada Nabi dan Sunnah Khalifah Baginda serta bersatu didalam Jamaah Muslimin. Sementara golongan2 lain telah tersesat dan terkeluar dari Jamaah Muslimin/Jamaah Rasulullah ini - iaitu mereka terkeluar dari Jamaah yang di wariskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Dari Abu Hurairah Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

"Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan Ummatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka kecuali satu". Kemudian para sahabat bertanya, "Siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku." (Hakim, Ibnu Majah)

Didalam hadis lain,

Daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi Salla Allahu 'Alaihi WaSallam menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat itu adalah seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?" Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu".
(Riwayat Tirmizi - Hadith hasan sahih)

Berdasarkan pemerhatian Ulama Billah Nabi telah memberikan beberapa petunjuk yang jelas didalam hadis2 yang diatas, berkenaan ciri2 umum golongan yang selamat di antaranya :

Kunci pertama : Mereka yang mengikuti Sunnahku
Kunci kedua : Mereka yang mengikuti Sunnah sahabatku.
Kunci ketiga : Tinggalkan bid'ah
Kunci Keempat : Golongan atau Jamaah

Sunnah Nabi sebahagian besarnya sudah pun jelas, dan semua golongan mengakui kebenarannya. Salah satu perkara yang menjadi pokok perselisihan adalah berkenaan wasiat Nabi, "Sunnah Khalifah ku" Di sinilah bermulanya perpecahan. Hanya orang2 yang terbuka hati melihat siapa yang sebenarnya yang dimaksudkan Nabi dengan "Sunnah Sahabatku."

Sementara kebanyakan orang melihat makna "sahabat Nabi" sebagai umum, ahli Ma'rifat melihatnya sebagai Pewaris Nabi yang menerima Ilmu Sahabat nabi secara mushafahah dari satu generasi kepada generasi berikutunya tak putus sehingga akhir zaman ini,

Apa yang dimaksudkan dengan bid'ah (mengadakan perkara baru) didalam agama yang tersebut didalam hadis diatas adalah isyarat Nabi kepada golongan2 yang memisahkan diri Jamaah kaum Muslimin dan membuat bid'ah fahaman sendiri yang sesat. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang.

Golongan yang pertama sekali memisahkan diri Jamaah kaum muslimin adalah kaum khwarij, kemudian di ikuti oleh kaum Jabariyah. Kemudian timbul Mu'tazilah, Mujassimah, Rafidah dll semuanya berjumlah semuanya 72 golongan yang memisahkan diri dari kaum Muslimin. Inilah golongan2 bid'ah iaitu golongan mengadakan fahaman2 yang menyimpang dari Fahaman Ahlus Sunnah.

Bukanlah maksud "bid'ah" tersebut sebagaimana kupasan sesat kaum wahabiyah zaman ini mengatakan Tawassul, ziarah kubur dsb sebagai bid'ah sedangkan semua amalan tersebut adalah bersandarkan Hadis Nabi.

Sementara itu yang dimaksudkan dengan "Jamaah" bukanlah bermakna satu-satu jamaah tertentu, tetapi ianya umum Jamaah Muslimin yang berpegang kepada ciri2 Ummat Islam yang disebutkan oleh Ulama2 Mu'tabarah dahulu.


2.0 Bagaimana mengenali golongan yang selamat ini?

Bagaimana mengenali Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Apakah ciri2 mereka?

Dizaman ini banyak pihak mendabik dada merekalah Ahlus sunnah wal Jamaah sedangkan perbuatan dan ucapan mereka menyimpang dari pegangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah. Ini termasuklah puak Wahabiyyah /Talafiyah/ Takrifiyah. Pada hakikatnya golongan ini adalah 'penjelmaan' semula dari Fahaman sesat Mujassimah.

Orang awam yang tiada ilmu terpengaruh dengan dakwaan2 dan hujjah2 batil mereka. Kesesatan ini disemarakkan lagi dengan terbitnya golongan pelajar2 muda kelulusan agama. Dengan hanya membekalkan Ilmu syari'ah atau beberapa hadis yang mereka pelajari di bilik2 kuliah, mereka cuba mencabar Ilmu Ulama2 Mu'tabarah terdahulu.

Jadi bagaimana cara untuk menyelamatkan Iman dari "kuman bahaya wahabiyyah" dan juga fahaman kesesatan yang lain? Kita perlu mentelaah secara saksama dari perkataan2 Ulama Mu'atbarah yang diakui oleh seluruh Ummat Islam seperti Imam Jailani, Shaikh Ibnu Ata'illah, Imam Ghazali, Imam Hanbali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan lain2nya.

Berikut adalah himpunan ciri-ciri penting pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dipetik dari Kitab Al-Ghunyah Li Talibil Haqq dan Ihya Ulumuddin serta kitab2 Mu'tabar lain. Mudah-mudahan bermanafaat. Teruskan ke sini....

No comments:

Post a Comment