Seorang penyair bermadah:-
“Wahai Urfi! Sekiranya dengan tangisan dapat menemukan aku dengan kekasih,
Maka ratusan tahun pun sanggup ku tangiskan untuk bertemu dengan nya”
Daripada Saidatina Aishah r. anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Carilah Lailatulqadar pada bilangan hari yang ganlil dari 10 malam
terakhir dari bulan Ramadhan”.
Keterangan:
Pada pendapat kebanyakan ulama, sepuluh terakhir bermula pada malam ke 21
dan ini adalah umum sama ada bulan itu 29 hari ataupun 30 hari. Dari perkiraan
ini dan berdasarkan hadith di atas, pencarian Lailatulqadar hendaklan dilakukan
pada malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya bulan ini mengandungi 29 hari
pun malam-malam inilah yang masih dikatakan 10 hari terakhir.
Walau bagaimana pun , Ibn Hazam rah. berpendapat bahawa perkataan ‘asyra’
membawa makna sepuluh. Oleh itu, jika Ramadhan mengandungi 30 hari, barulah
cara perkiraan ini digunakan, tetapi jikalau bulan Ramadhan mengandungi 29 hari
maka 10 hari terakhir bermula pada malam
ke 20 dan dengan perkiraan itu malam-malam ganjil menepati malam ke 20,22, 24,
26 dan 28 Ramadhan. Walau bagaimanapun, Baginda telan ber’iktikaf pada bulan
Ramadhan semata-mata untuk mencari Lailatulqadar dan secara kebetulan bermual
pada malam ke 21 Ramadhan. Oleh itu, pendapat kebanyakan pendapat ulama yang
mengatakan bahawa malam ganjil untuk 10 hari akhir bermula pada malalm ke 21
adalah satu kemungkinan yang kuat dan merupakan pendapat yang lebih tepat
walaupun ada kemungkinan Lailaulqadar jatuh pada malam-malam yang lain.
Pencarian Lailatulqadar berdasarkan kedua-dua pendapat itu hanya mungkin terjadi
apabila kita berjaga setiap malam bermula
dari malam ke 20 sehingga ke malam raya dengan kerisauan untuk mendapat
Lailatulqadar. Untuk berjaga selama 10 malam atau 11 malam bukanlah satu
perkara yang susah dan payah bagi mereka yang berharap untuk mendapatkan
ganjaran yang begitu besar.
No comments:
Post a Comment