Sebagai asas yang paling utama mendasari ugama islam, ilmu akan memimpin dan memandu manusia dalam pembinaan peribadi mukmin yang kamil.
Friday, December 21, 2012
Masalah Dalam Jemaah Tabligh - siri 7
Alasan tidak didaftarkan sebagai jemaah politik.
Saorang lagi burzruk professional berhujah kepada kami mengenai penyertaan jemaah tabligh dalam politik. “Jemaah tabligh di Malaysia tidak mungkin akan melibatkan diri dalam politik sampai bila-bila, Sebab kita tidak pernah mendaftar dalam mana-mana peraturan undang-undang Negara. Oleh itu dari sudut undang-undang sebenarnya jemaah tabligh tidak wujud. Sebab itu kita tak mau sentuh soal politik sebab jemaah kita hanya menangnani urusan yang paling top. Yaitu ‘iman’ . Jalan kasorga. Kita tak perlu sebuk dengan politik yang penoh dengan bid’ah dan fitnah yang merosakkan ummat Islam” Demikianlah hujahnya kepada kami.
Hujahnya itu boleh dijadikan satu lagi bukti kekeliruan yang disebabkan salah kepahaman tentang aspek politik dalam agama. Walaupun ia bekas saorang graduan yang telah melibatkan diri usaha iman dan amal berbelas tahun dalam jemaah tabligh, namun hakikat hubungkait antara iman dan politik tidak terjangkau justeru kerana dalam jemaah tabligh usaha memisahkan antara dakwah dengan politik terlalu kuat. Hakikat ini sebenarnya adalah membahayakan aqidah.
Lalu dengan penoh keinsafan kami mejawab hujah: “Adakah tuan fakir Allah menerima alasan ‘tidak mendaftar dengan undang-undang Negara.? Kerana jika diterima hujah tuan sebagai alasan syarak, maka berarti gugurlah kewajipan ummat Islam supaya hidup bernaung dibawah syaria’at Islam secara total. Bolehlah kita kekal hidup menumpang dibawah naungan peraturan kafir yang membakul sampahkan peraturan syari’at Allah. ? Tegasnya kita tidak lagi wajib menegakkan ma’aruf dan mencegah kemungkaran secara menyeluruh mengikut tuntutan syarak.?
Dan kalau perbuatan mendaftar dalam undang-undang Negara itu tidak bercangah dengan syarak, mengapa kita keberatan sangat untuk mendaftar.? Dan jika kita mendaftar itu membolehkan kita bergerak mengembalikan semula martabat As-Sunnah, maka perbuatan ‘mendaftar’ itu adalah menjadi wajib. Kecuali jika ia memudharatkan Islam, ia menjadi ‘haram’. Kami menyedari hal-hal seperti ini memang hampir tidak pernah disentuh oleh ulama kita, sebab itu ramai karkoon tidak paham. Kadang-kadang karkoon yang menyampaikan bayan pun tak paham.
Alasan yang sering dipaparkan ialah ‘Tak Sunnah’ “Banyak hal-hal yang diwajibkan oleh kerajaan hari ini tidak ada dalam As-Sunnah”. Kami akui memang benar. Pada hari ini kita berdepan banyak hal yang tak wujud dalam As-Sunnah. Termasuk konsep keluar tiga hari. Begitu juga bagaimana cara kita harus berdepan dengan ulama Us-Syuk tidak ada contoh dalam As-Sunnah. Namun kita tetap wajib menaganinya dengan mengharapkan ‘petunjuk jalan yang lurus dari Allah’ (yang wajib kita berdo’a setiap hari) sebab kerja mendaulatkan syari’at Islam adalah menjadi amanah Allah yang diwajibkan diatas pundak kita. Bukankah ada sebuah hadis Rasulallah saw yang mahfumnya: “Barang siapa diantara kamu dalam hatinya tiada niat hendak mendaulahkan hukum Allah, mereka itu bukan dari ummat ku.” Hadis riwayat Abu Daud.
Sikap kebanyakan para karkoon terhadap ‘politik’
Hingga hari ini kebanyakan para karkoon akan menjengil (marah dengan mebeliakan mata) apabila kami menganjurkan supaya jemaah tabligh campur tangan urusan politik ummat Islam. Oleh sebab hakikat sebenarnya aspek dakwah dan politik samasekali tidak boleh dipisahkan. Tetapi meraka tidak di beri paham pengertian ‘politik’ sebenar, sebaliknya mengangap ‘politik’ adalah sesuatu gejala yang mengerunkan. Oleh sebab itulah kesedaran politik dalam jemaah tabligh belum terbit hingga saat ini setelah menunaikan kewajipan dakwah selama hampir 100 tahun. Kemungkinan besar ‘kesedaran politik’ sengaja disekat dalam tarbiyah jemaah tabligh kerana belum mampu berdepan dengan risikonya.
Kebanyakan mereka berhujah dengan lantang menangkis pelawaan kami: “Bukan kerja jemaah kita hendak campur tangan dalam kerja kutuk mengutuk sasama Islam seperti yang Pas dan Umno lakukan. Tugas jemaah kita ialah mengundang hidayah menerusi usaha atas iman dan amal yang suci murni untuk jalan kasyurga. Hanya dengan cara dakwah suasana agama 100% akan wujud, dengan itu pemerentahan Islam akan tertegak sendiri” Demikianlah rata-rata mereka berhujah menangkis pelawaan kami.
Sudah tentu kami tidak pernah setuju dengan hujah yang sedemikian itu, kerana ternyata terang bahawa contoh As-Sunnah tidak menunjukan ‘pemerentahan Islam’ tertegak sendiri. Banyak hal-hal politik yang diuruskan oleh Rasulallah saw tidak dipahami oleh para karkoon, semata-mata kerana takut kepada politik. Walaubagaimana pun kami sangat memandang berat tentang tuduhan ‘kutuk-mengutuk’ yang diluahkan oleh karkonn tadi. Kami anggap ia sebagai satu tohmah yang serious kerana memang ada hadis yang melarang keras perbuatan mencerca atau kutuk-mengutuk sasama orang beriman.
KAMI JELASKAN SOAL TOHMAH KUTUK-MENGUTUK SESAMA ISLAM DIBAWAH INI.
Bermula dengan meneliti matalamat perjuangan Umno.
Kami ingin menjelaskan disini bahawa pada prinsipnya kami memandang Pas dan Umno adalah dua jemaah (parti politik) yang cita-cita perjuanganya bercanggah antara satu sama lain. Dasar perjuangan Pas sama dengan perjuangan jemaah tabligh ‘berhasrat mengembalikan martabat Islam sebagaimana asal yang dibawah oleh Rasulallah saw’ Artinya seluruh umat Islam wajib patuh kepada seluruh peraturan syari’at Islam serta menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber perundangan tertinggi Negara. Kami yakin kedua-dua jemaah Pas dan Tabligh tidak berselisih paham dalam hal dasar perjuangan walaupun masing-masing membawa uslup yang berbeza.
Manakala dasar perjuangan asal Umno ialah ‘Kebangsaan Melayu’ Membela dan mempertengkatkan Melayu dalam semua aspek kehidupan. Maka oleh sebab majority orang Melayu adalah beragama Islam, maka Umno bertungkus-lumus cuba menyelaraskan antara Melayu dan Islam adalah bergantungan antara satu sama lain. Lalu Umno memwujudkan falsafah ‘Bila Melayu maju maka Islam akan ikut maju’ Tentunya itu adalah falsafah karut dan ternyata gagal samasekali kerana Islam yang dibawah oleh Rasulallah saw adalah rahmat seluruh alam yang tidak dikaitkan mana-mana bangsa. Sebagai dalil Hadis Rasulallah saw yang mahfumnya “Tidaklah ‘Arab’ itu istimewa disisi Allah. Allah hanya memandang taqwa kamu kepadaNya” Kalau Arab pun Rasulallah saw kata tidak istimewa. Melayu tentunya lebeh jauh lagi.
Namun Umno menyedari bahawa dasar perjuangan ke Melayuan akan pupus kerana reality masarakat majmuk dan Islam di Malaysia lambat laun akan menolak perjuangan yang bersifat rasialis. (perkauman) Menyedari hakikat ini Umno ingin membawa imaj perjuangan yang bersifat keIslaman. Oleh itu ia tetap meneruskan percubaanya mengaitkan ‘Islam’ dalam dasar perjuanganya dengan menwujudkan konsep ‘Islam Hadhari’ yang ada sekarang. Tetapi oleh sebab konsep ‘Islam Hadhari’ itu terang bathilnya, maka kita nampak jelas hari ini kegagalan Umno dalam hala tuju perjuanganya yang penoh gejala penyelewengan dan rasuah disegenap sudut dari perengkat pemimpin tertinggi hingga kebawah. Umno tidak akan mampu membetulkan dirinya kerana pemimpin tertingginya pun terlibat sama dalam rasuah. Hingga hari ini ulama jemaah kita tabligh belum mampu menegur kemungkaran ‘Islam Hadhari’. Dimana konsep mencegah kemungkaran dalam jemaah kita.?
Yang lebeh mempercepat kepupusan perjuangan Umno ialah para pemimpin mereka mentarbiyah ahli-ahlinya dengan semangat meraeh kebendaan yang sangat tebal. Sekarang kita boleh nampak dengan jelas perjuangan Umno telah menjadikan matalamat kebendaan semata-mata. Semua yang mendakwa tokoh pemimpin Umno bermatalamatkan meraeh kekayaan atau sekurang-kurangnya menuju matalamat untuk mendapatkan ganjaran wang ringgit. Sebab itu mereka berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin secara tidak halal, sebab ia mengandungi nilai kekayaan yang tinggi. Akibatnya moral (akhlak) dan nilai ketaqwaan masarakat Malayu Islam dibawah pimpinan Umno sekarang telah menjunam kelembah yang hina.
Hari ini Umno sudah tidak mendokong apa-apa matalamat perjuangan bangsa atau agama kecuali matalamat kebendaan wang ringgit semata-mata. Rakyat telah menyedari hakikat ini dan telah memperlihatkan menolaknya. Keputusan pilihanrara umum yang ke 12 tahun lalu telah memperlihatkan buktinya. Umno menyedari ia sedang berhadapan gejala kehilangan kuasa memerentah Negara setelah
lebeh 50 tahun ia menempa kegagalan. Langkah awal yang kita nampak hari ini ialah Umno bertindak zalim semata-mata untuk mengekalkan kuasanya. Parti yang menjadi sainganya tidak dibebaskan menyampaikan dakwah atau penerangan kepada rakyat, ia mengunakan polis untuk mencegahnya. Radio dan TV kepunyaan Negara tidak memberi ruang samasekali untuk parti yang tidak menyokong Umno. (sedangkan ia kepunyaan Negara bukan kepunyaan Umno) Surat khabar parti lain dilarang, tidak dibebaskan penerbitanya seperti surat khabar Umno. Pendeknya rakyat dipaksa menerima maklumat hanya daripada sumber yang dikuasai Umno sahaja. Pendeknya lunas demokrasi hampir dimatikan samasekali oleh Umno.
Kalau tuntutan lunas demokrasi tidak mampu dipenohi oleh Umno. Tuntutan syari’at Islam tentu lebeh lagi jauh panggang dari api. Ternyata sekarang setelah 50 tahun memerentah negara tidak menampakan Umno berniat ikhlas untuk mengembalikan martabat Islam mengikut tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Buktinya sekarang kita nampak dengan jelas semua seruan-seruan pemimpin Umno supaya rakyat membaikki akhlak, kasih saying sesame saudara Islam, tengkatkan taqwa kepada Allah, dan menyeru supaya menghayati ajaran Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulallah saw. Semuanya itu bersifat retorik dan hyprokrit. Semata-mata untuk menunjukkan konon mereka bertaqwa dan berakhlak mulia, tetapi hakikat sebenarnya akhlaknya adalah sebaliknya daripada yang diserukan kepada rakyat..
Tiada saorang pun pemimpin Umno menunjukan sifat waraq dan taqwa.
Hakikat sebenarnya para pemimpin Umno sendiri ‘mempersetan’ seruan seperti itu tak pandang sebelah mata. Buktinya hingga hari ini tidak terjumpa saorang pun pemimpin Umno disemua perengkat yang menunjukan sifat mulia dan taqwa kepada Allah. Termasuk yang bergelar ustaz. Malah yang terdapat sebaliknya, terlibat dengan maksiat besar-besar. Ada yang terlibat rakan kongsi projek ternakan khinzir, pemegang saham pusat perjudian, skandal dengan perempuan. Malah ada yang telibat dengan kes jenayah pembunuhan. Penyelewengan, salah guna kuasa, dan rasuah sudah menjadi lumrah. Seluruh masyarakat Umno tidak lagi memandang serious.
Begitu juga projek-projek yang diberi nama ‘Islam’ seperti Bank Islam, Insuran Islam, Financial Islam dan sebagainya. Semuanya bersifat kormisil dan political, yang menghasilkan keuntungan wang ringgit semata-mata, tidak benar-benar memancarkan roh Islam dan taqwa kepada Allah. Termasuk kegiatan tilawah dan musyabaqah Al-Quran yang nampak sangat cendrong kepada kegiatan publisiti murahan dengan memperalatkan kitab Allah. Semuanya tidak mememuhi tuntutan syarak samasekali kerana dasar pemerentahan tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Hanya satu yang memberi menafaat tarbiyah jangka panjang ialah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, (UIA) yang diusahakan oleh bekas TPM Dato Sri Anwar Ibrahim, samasa ia menjawat Timbalan Perdana Menteri. Yang mana batang tubuh Anwar telah dizalimi didera dan diseksa hampir meragut nyawanya dalam penjara selama 6 tahun, semata-mata kerana akibat sifat hasad dengki pucuk pimpinan Umno. Akhirnya ia dibebaskan oleh mahkamah didapati tidak bersalah setelah dipenjara selama 6 tahun.
Perkara fasyad dan mungkar sedemikian itu mudah terjadi, kerana pemerentahan Umno tidak dipimpin oleh ulama pewaris Nabi, sebaliknya memusuhi ulama-ulama akhirat yang bertaraf warisatul-Anbiyak yang iltizam dengan perjuangan menegakkan As-Sunnah. Dengan terang-terang Umno menolak dasar Islam yang meletakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber perundangan tertinggi Negara. Sebaliknya yang lebeh parah lagi telah dimaktubkan dalam perlembagaan Negara: ‘Mana-mana peraturan undang-undang walaupun dari Al-Quran yang bercangah dengan perlembagaan Negara adalah diangap terbatal dengan sendirinya’ Sedangkan perlembagaan Malaysia digubal oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh penjajah diketuai oleh Lord Redd. Artinya Umno meletakan perlembagaan Negara mengatasi kitab Allah. Apakah ia tidak termasuk dalam kategori mensyirikan Allah.? Na’uzubillah.
HANYA RM3450
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment