Thursday, December 20, 2012

Masalah Dalam Jemaah Tabligh - siri 6



Lagi kesah kekeliruan terjadi kepada karkoon burzruk.

Saorang burzruk awalin, mengikut khabarnya ia saorang ahli akadamik yang tinggi, sengaja mencari kesempatan bertemu bual dengan kompolan kami . Dalam kesempatan itu ia telah menyampaikan tazkirah yang pajang lebar. Mengikut istilah jemaah tabligh ‘targhib’ dan ‘zihin’. Sebagaimana biasa ia menekankan tentang kepentingan iman, seterusnya memperingatkan maksud hidup yang sebenar kita dihantar Allah sebagai umat Nabi akhir zaman, mewarisi usaha para Nabi dan akhirnya ia sangat menekankan supaya buat usaha agama dalam jemaah tabligh bersungguh-sungguh dengan penoh ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kami yakin niatnya sangat murni, ikhlas semata-mata hendak menyampaikan peringatan kerana didorong oleh perasaan tangungjawab yang tinggi, khuatir golongan kami tergelincir dari jalan As-Sunnah yang sebenar. Kemurnian jiwanya dan niatnya yang begitu ikhlas telah begitu kuat menarik minat kami untuk memberi kepahaman kepadanya tentang cita-cita yang kami dokong demi untuk memperkasa agama Allah.

Setelah ia berpuas hati dan memberhentikan targhibnya, kami pun mengajukan pertanyaan: “Setujukah tuan kalau kami katakan bahawa perjuangan jemaah kita (tabligh) ialah mendokong cita-cita menyempurnakan amanah Allah mengembalikan martabat Islam kepada mercu asalnya yang diwariskan oleh Rasulallah saw kepada ummatnya hari ini.? Sengaja kami utarakan

soalan yang berkait dengan politik. Mendengar soalan itu, ia merenong tepat kedalam mata kami sambil mengulangi soalan kami itu. “Berjuang untuk mengembalikan martabat Islam.?..........................Katanya: Ia terhenti diam kira-kira 15 detik.

Suasana menjadi hening, tiada sebarang suara kedengaran dikalangan kami berdua. Kami tidak tahu apakah sebenarnya yang terlintas dalam mindanya. Kami agak mindanya sedang dilanda serba tak kena sebab dalam muzakarah jemaah tabligh selama berpuluh-puluh tahun belum pernah kami mendengar tentang ungkapan ‘mendokong cita-cita perjuangan’. Namun ia bukanlah sesuatu yang ‘asing’ yang sukar dipahami. Ia adalah sangat wajar kepada sebuah jemaah seperti Tabligh. Oleh sebab itu kalau ia hendak menolak dengan mengatakan ‘Tidak’. Dengan sendirinya mungkin terasa hina, sebab tak mungkin jemaah besar bertaraf global tidak mendokong sebarang cita-cita perjuangan. Sebaliknya kalau ia mengaku ‘Ya’ merasa begitu janggal, sebab selama ini tidak pernah dijadikan bahan perbincangan.

Setelah lebeh kurang 15 detik ia berfikir barulah terdengar jawapanya: “Yaa….Tapi cara jemaah tabligh mencapai cita-citanya ialah mengundang hidayah, menerusi usaha atas iman dan amal, terus menuju jalan ka syurga. Jemaah Tabligh tak guna cara ‘politik’ menentang golongan tertentu yang menyebabkan fitnah ketegangan antara masarakat Islam. Tak guna cita-cita perjuangan kalau masjid-masjid kosong. Orang yang mendokong cita-cita perjuangan itu sendiri tidak memakmurkan masjid”. Seterusnya ia mencela dengan kerasnya persengketaan yang dikatakan kutuk mengutuk sesama ummat Islam, yang ditujukan khususu antara jemaah Pas dan Umno. Tetapi hujahnya yang menyentuh tentang Umno dan Pas sebenarnya tidak lagi relavan dengan soalan kami.

Disini kita nampak bahawa maksud kalimah ‘politik’ yang disebutkanya itu hanyalah merangkumi sekop kewujudan Umno dan Pas yang pada pandanganya tidak relevan diterapkan kepada sebuah jemaah dakwah seperti Tabligh. Ia terjadi demikian kerana persepsi pengertian ‘politik’ meleset. Walaubagaimana pun dalam majlis itu kami sangat berhati-hati tidak berhajat menyingong perasaanya.

Oleh itu demi mengekalkan suasana harmonis dan semangat persaudaraan yang kental, yang memang menjadi sifat kelaziman saorang burzruk awalin terhadap tetamu, maka kami lebeh cendrong menutup perbahasan. Walau pun begitu kami merasa begitu puas dengan siri perbincangan itu kerana berjaya mambuka mindanya mengakui hakikat tentang uslup ‘mendokong matalamat perjuangan jemaah’ Yang mana ia tidak mungkin dapat diimplimentasikan semata-mata dengan usaha dakwah, sungguhpun ‘dakwah’ sememangnya tersangat penting kerana kedudokkan dalam tertib piawaian As-Sunnah adalah yang pertama.

Sahingga saat ini, inilah yang terzahir secara langsong nilai persamaan antara Pas dan jemaah tabligh. Ia secara fitrah, tidak sengaja dicari. Justeru ia sebagai bukti kukuh kedua-dua jemaah benar-benar menjunjung Tuhan yang sama, Rasul yang sama, dan kitab yang sama. Oleh itu sememangnya mempunyai kaitan yang sangat rapat yang wajib dicari titik pertemuanya. Kalau tidak pasti kita akan terjerumus kedalam kancah bid’ah dholallah yang sangat besar. Hakikat ini belum disedari oleh majority ahli Pas dan para karkoon jemaah tabligh, kerana dilindungi oleh semangat ‘keakuan’ yang tebal hingga memandang remeh jemaah lain yang pasti merugikan ummat Islam sendiri. Dan jika situasi sedemikian itu sengaja disuburkan antara kedua jemaah, tentunya tidak akan mendapat keredhaan Allah.
Dakwah Islam wajib dilanjutkan dengan konsep ‘politik’

Pehak kami sebenarnya sangat menyanjung tinggi dengan kaedah ‘menyelsaikan masaalah ummat Islam wajib bermula dengan dakwah’. Bukan saja ‘dakwah’ sebagai tertib piawaian As-Sunnah yang pertama, tetapi ia juga sebagai uslup tarbiyah bagi menyediakan angota aktivis yang mampu berdiri tegak dan tahan uji. Tetapi malangnya setelah jemaah tabligh menunaikan tarbiyah dakwahnya selama hampir 100 tahun diserata dunia, sekarang nampaknya saolah-olah terlalai dari kewajipanya menyempurnakan amanah Allah yang terpikul diatas bahunya menerusi aspek politik. Yang ia memang kesinambungan daripada usaha dakwah itu sendiri.

Nah sekarang kita mula nampak hubung kait antara dakwah, ibadah, politik, jihad dan daulah. Dimana kesemuanya adalah prinsip dan tertib piawaian As-Sunnah. (yang tidak boleh ditukar tebalikan) Mana-mana jemaah Islam yang benar-benar mendokong cita-cita hendak mengembalikan martabat Islam pasti akan melalui setiap tertib yang sudah menjadi mutlaq digariskan oleh Allah sedemikian rupa merangkumi keseluruhan ummat maknusia daripada setiap individu orang beriman hingga sebuah jemaah besar seperti jemaah kita Tabligh.

Kesimpulanya, mentarbiyah angota-angota jemaah Islam kepada penghayaan ‘Islam tidak memerlukan politik dan kuasa pemerentahan’ adalah kaedah yang tergelincir jauh dari reality As-Sunnah yang sebenar. Dengan itu disini kami mengesa pimpinan jemaah kita yang selama ini mengembeling minda para karkoon (angota jemaah tabligh) kearah penghayatan yang salah itu supaya segera memperbetulkan kesilapan besar yang berlaku, kerana memang sesungguhnya tidak boleh diterima akal samasekali. Bagaimana mungkin kita hendakkan seluruh hidup kita dibawah naungan syari’at Islam kalau ummat Islam tidak berkuasa untuk mendaulahkan syari’at Islam itu sendiri.

Contoh yang dapat kita lihat hari ini, di Sri Langka usaha dakwah jemaah kita sudah mencapai taraf 80 – 90% ummat Islam disana mampu memakmurkan masjid setiap kali waktu seperti solat jumaat . Begitu juga pengurusan bidang ekonomi 80% dikuasai oleh ummat Islam, Namun oleh sebab tiada kuasa politik ummat Islam disana tidak dapat hidup menaung dibawah payong Islam secara total. Hukum jinayat dan mu’amalat masih tunduk kepada undang – undang peraturan kufar. Pada hal undang-undang peraturan Islam jauh lebeh baik dan sempurna disamping mendapat keredhaan Allah. Tegasnya konsep menegakkan kebaikkan dan mencegah kemungkaran dalam Islam tidak dapat dikuatkuasakan secara total mengikut ketentuan syarak. Apakah Allah redha jika kita tidak berusaha memenuhi tuntutan wajib syarak.?.

Satu lagi contoh yang terdekat. Jhor (ijtimaq) perengkat Malaysia yang kedua terakhir sebelum 2009 telah diadakan di Dengkel Selangor pada tahun l995. (kalau tak silap) Mengikut jadual selepas itu Jhor Malaysia akan diadakan di Kelantan. Sebelum sampai tempuh Jhor di Kelantan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah bertidak bathil, mengharamkan jemaah tabligh disana. Berikutan dengan tindakkan JAIM itu seluruh negeri yang diperentah oleh Umno BN tidak ada yang berani memberi kebenaran jemaah tabligh mengadakan Jhor, kecuali negeri Kelantan yang diperentah oleh Pas. Malangnya jemaah kita terpaksa membatalkan jadual Jhor di Kelantan semata-mata kerana pemimpin kita gerun dengan kerajaan Umno BN melebelkan jemaah Tabligh sebagai Pro Pas. Akibatnya Jhor Malaysia yang lazimnya diadakan dua tahun sekali telah tertangguh selama lebeh 15 tahun sahingga Julay tahun 2009 Jhor yang terbaharu diadakan di Nilai N/Sembilan. Kerajaan N/Sembilan membenarkan kerana dikhuatiri jemaah tabligh akan mencari tempat alternative dilain-lain negeri yang diperentah oleh Pakatan Rakyat. Demikianlah kesah benar pengaruh politik memberi kesan secara langsung keatas jemaah kita.

Sila semak lapuran dan ulasan bayan Maulana dari Nizamuddin di Jhor antarabangsa Nilai Negeri Sembilam pada 11hb Julay 2007 dikertas lampiran diakhir bab ini.

Lagi alasan dangkal yang digunakan untuk menyingkirkan diri dari politik.

Nashnya adalah cukup jelas bahawa haram hukumnya bagi orang Islam beriman yang redha hidup bernaung dibawah peraturan undang-undang kafir dengan tanpa sebab-sebab yang dibenarkan syarak. Firman Allah: “Adakah kamu mencari hukum selain daripada Allah. Padahal Dialah yang menurunkan kitab kepada kamu dengan terperinci dan mereka tahu Al-Quran itu datang daripada Allah…………Al-Annam 114.

Satu firman lagi yang lebeh jelas: “Barangsiapa yang tidak memutuskan (menghukum) sesuatu perkara menurut apa yang diturunkan Allah , maka mereka itu adalah sesungguhnya Kafir, atau Zalim atau Fasik. Surah Al-Maiddah ayat 44, 45, dan 47. Jika orang awam yang tidak mampu menghukum mengikut hukum Allah, kesanya hanya kepada dirinya sendiri atau ahli keluarganya. Tetapi kalau kerajaan yang berkuasa memerentah Negara yang ingkar dengan hukum Allah, kesanya majority rakyat menjadi sesat. Apakah kita sebagai aktivis dakwah (karkoon) redha dengan keadaan ini.?

Sekarang kita wajib memikirkan bagaimana hendak menangani orang Islam yang berkuasa memerentah Negara tetapi keras kepala tidak mau tunduk kepada hukum Allah. (Islam sekular) Semata-mata kerana mahu mengaut kekayaan negara secara haram untuk dirinya sendiri. Kita lihat semua Negara Islam Sekular diseluruh dunia wujud sacara tidak langsung didokong oleh ulama Us-Syuk yang diupah oleh pehak berkuasa yang gila dunia. (Hubbud Dunia) Bagaimana cara kita hendak menentang mereka.? Jelas sekali kita tidak ada contoh dalam As-Sunnah. Kalau begitu wajarkah kita berpeluk tubuh saja menunggu mereka ini dapat ditasykil ‘keluar 3 hari 40 hari dan 4 bulan’ .

Kenyataanya, selama mereka belum dapat ditasykil keluar 3hari dan 40 hari mereka ini sempat membuat kerosakkan besar kepada seluruh ummat Islam kerana mereka ini berkuasa memerentah Negara. Dan sahingga hari ini setelah berpuluh-puluh tahun pengalaman di Malaysia kita mengirim jemaah khawas kepada golongan ini, belum ada saorang pun yang dapat di ajak keluar 3 hari. Kalau ada pun mereka yang sudah bersara atau tidak lagi berkuasa dalam pemerentahan Negara.

Ada diantara para burzruk guna alasan bahawa majority ummat Islam engan menyertai usaha dakwah jemaah tabligh yang menjadi sebab utama pemerentahan Islam tidak dapat ditegakan.. Apakah dengan alasan ini kita yakin bahawa hukum haram apabila kita redha hidup dibawah peraturan kafir telah gugur. ? Hanya kerana majoriti ummat Islam tidak menyertai program dakwah jemaah tabligh. Adalah tidak munasabah samasekali kita pikulkan kesalahan kepada majority ummat Islam yang tidak pernah kenal usaha atas iman dan amal, yang tidak pernah tau maksud hidup sebenar, juga yang tidak pernah tau kerja agama meneruskan fikir Rasulallah saw. Sedangkan ahli-ahli jemaah kita (para karkoon) yang mendapat tarbiyah dan menghayati semua nilai-nilai seperti diatas pun belum mampu menegakkan pemerentahan Islam, mana mungkin kita menyalahkan mereka yang tidak mendapat tarbiyah. Umpama kita membena sebuah rumah apabila kita gagal menyiapkanya kerana kekurangan sesuatu bahan benaan, kita menyalahkan orang ramai yang tidak mau menolong kita. Munasabahkah.?

Perjalanan As-Sunnah jelas memberi contoh kepada kita setiap hukum syari’at yang diterima menerusi wahyu oleh Rasulallah saw terus dipatohi, diamal, dan dikuatkuasakan serta merta, Rasulallah saw tidak pernah mengemukakan sebarang alasan, walau pun pada masa itu penganut Islam masih minority. Apa yang penting pada masa itu ialah kuasa mutlaq. Rasulallah
saw benar-benar merdeka, berkuasa penoh dalam pemerentahan seluruh wilayah Madinah untuk mendaulatkan seluruh hukum Allah. Tidak ada mana-mana golongan waktu itu yang berani angkat muka membantah. Berbanding dizaman kita hari ini. Golongan Islam yang memerentah menentang hukum Allah. Sementara kita sebagai rakyat berjuang mati-matian menuntut ditegakkan hukum Allah. Oleh sebab itu kewajipan atau takaza dihadapan kita adalah terlalu berat. Kita berdepan dengan ulama Us-Syuk dan pemimpin fasik. Bagaimana cara kita menghadapinya, tiada cara lain kecuali mencontohi bagaimana ulama-ulama silam berhadapan dengan pemerentah yang zalim serta dengan meminta petunjuk jalan yang lurus daripada Allah.

Satu lagi alasan yang selalu diucapkan oleh para penyampai bayan jemaah kita ialah: ‘Taraf iman kita masih terlalu lemah. Apabila sudah mencapai taraf iman para sahabat Nabi barulah layak kita cakap tentang pemerentahan Negara’ oleh itu hari ini kita banyak-banyak usaha atas iman dahulu. Ternyata alasan dangkal ini pun tidak dapat diterima. Sebab yang pertama: Iman akan hanya dapat ditengkatkan apabila jemaah kita menyahut takaza (tuntutan agama) takaza dihadapan kita sekarang ialah ‘politik’ bukan semata-mata ‘keluar’ berdakwah. Buktinya, pada perengkat awal lagi jemaah kita sendiri tidak dapat menerima alasan sebegitu: “Saya akan keluar tiga hari apabila iman saya sudah cukup kuat” Kita tolak alasan ini kerana kita tahu bahawa hanya dengan ikut keluar 3 hari baru dapat dikuatkan iman. Bukan tunggu iman kuat dahulu baru nak ‘keluar’.

Sebab yang kedua: Adalah samasekali mustahil dan tidak dapat diterima akal, yang iman ummat Islam dizaman ini boleh mencapai taraf iman para sahabat Nabi. Mereka mendapat tarbiyah dan hidup bersama-sama Rasulallah saw, sedangkan kita hanya mendapat khabar tentang Rasulallah saw. Mereka menerima syari’at perengkat demi perengkat mengikut turunnya wahyu bersama-sama Rasulallah saw. Sedangkan dizaman ini, hukum syari’at telah lengkap sempurna, semuanya sudah menjadi wajib keatas kita. Oleh sebab itu, dengan Rahmat Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui; untuk ummat akhir zaman yang mampu menegakkan As-Sunnah satu persepuluh secara keseluruhan diberi ganjaran sama seperti 10 kali mati syahid. (maksud Hadis Nabi) Sebuah hadis lagi menguatkan fakta ini ialah: “Dizaman ku dan sahabat aku adalah zaman yang terbaik, selepas itu tidak akan ada lagi zaman yang lebeh baik” Hadis riwayat At-Tarmizi. Artinya adalah samasekali tidak mungkin, atau mustahil kita berangan-angan hendak mencapai taraf iman para sahabat.

Alasan menegakkan tiang agama.

Satu lagi hujah yang pernah kami dengar dari para bruzruk dan awalin, mereka merujuk sebuah hadis Rasulallah saw: “Solat adalah tiang agama, barangsiapa menegakkan solat, mereka itu adalah menegakkan agama, dan yang melalaikan solat, mereka itu meruntuhkan agama” Hadis riwayat Al-Bukhari. “Lihatlah bagaimana usaha jemaah tabligh mengajak ummat Islam kembali kepada amalan menjaga solat berjemaah dan memakmurkan masjid. Kami sangat yakin dengan pesanan Rasulallah saw ini. Oleh itu walau siapa pun yang berusaha menegakkan agama pasti akan gagal kalau solat tidak dijaga dengan betul. Adakah jemaah lain yang berusaha menekankan amalan solat seperti jemaaah tabligh. ? Soalnya. Maka jawab kami: “Ya! benar. Kami menerima alasan tuan. Sebab itu kami sendiri mengariskan prinsip tertib As-Sunnah yang mutlaq adalah lima perkara, bermula dengan ‘dakwah dan menjaga solat’ Selama ini kami mengalami kelemahan dalam jemaah gerakkan Islam adalah kerana kelemahan rohani yang sangat dirasakan kesan negatifnya, semata-mata kerana tidak menekankan tarbiyah dakwah dan menjaga solat sebagaimana jemaah tabligh.

Namun begitu, dalam kontek kewajipan menyempurnakan amanah Allah untuk menjunjung As-Sunnah secara total, kita hendaklah bersikap rasional, justeru kami menghayati bahawa kerja menangani urusan politik adalah kesinambungan daripada usaha dakwah yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Ini adalah fakta As-Sunnah yang sudah terang. Walaupun kelemahanya ternayta kerana tidak mendahulukan tertib As-Sunnah pertama dan kedua, namun tetap menjadi wajib kepada kita menyokong perjuanganya kerana apa yang dilakukanya itu adalah juga menjadi kewajipan kita juga. Begitu juga sebaliknya apa yang jemaah kita lakukan adalah juga menjadi kewajipan mereka.

Hakikat ini memang belum disedari oleh kedua-dua jemaah. Oleh sebab itu hingga saat ini belum terjalin sebarang bentuk kerjasama, akibatnya kedua-dua jemaah terpisah jauh, menjadi sebab kedua jemaah teramal bid’ah dholallah yang sangat besar. “Kalau diakui bahawa usaha ‘dakwah dan menjaga solat’ sebagai tertib pertama dan kedua dalam As-Sunnah, mulai sekarang Pas harus berhenti dari kerja politiknya menyertai program jemaah tabligh” Demikian hujah balasnya apabila kami kemukakan hujah seperti diatas. Maka jawab kami: Bagi kami memang sangat mengalakan supaya semua ahli-ahli Pas menyertai program dakwah jemaah tabligh. Namun untuk meninggalkan urusan politik kami merasa sangatlah tidak bijak. Dalam kontek kita berhadapan dengan kerajaan Islam secular dan ulama Us-Syuk serta dengan hukum-hukum syari’at yang telah lengkap sempurna ditangan kita hari ini, maka pengalaman jemaah gerakan Islam berpuluh-puluh tahun dalam politik menjadi asset yang sangat besar kepada jemaah Islam keseluruhanya. Yang penting hal ini harus dihayati oleh kedua jemaah. Samasekali tidak perlu tinggalkan politik.

Sebenarnya usaha untuk menegakkan As-Sunnah secara total hari ini perlu menyentuh banyak aspek serentak sekali gus. Samasekali tidak sama dengan zaman hayat Rasulallah saw, dimana wahyu sedang diturunkan perengkat demi perengkat, namun cara menanganinya hendaklah mengikut tertib prinsip As-Sunnah yang telah diputuskan Allah. Selama ini semua jemaah tidak pernah memandang standard prinsip dan tertib perjalanan As-Sunnah sebagai yang penting. Sebab itu terjadi kekeliruan yang sangat serious menyebabkan tiada mengikhtiraf antara satu sama lain. Akibatnya ‘satu bid’ah besar tidak disedari, yaitu kedua jemaah terpisah, tiada sebarang hubungan antara keduanya’ Kesan secara langsung ummat Islam menjadi lemah.

Contoh perjalanan As-Sunnah, selepas hijrah ka Madinah Rasulallah sendiri sangat sedikit pergi ghas (berziarah sekeliling) untuk menyampaikan kalimah syahadah, melainkan Rasulallah saw menyuruh para sahabatnya meneruskan kerja demikian. Ini tidak berarti bahawa Rasulallah saw banyak masa lapang berehat dirumah. Sebenarnya Rasulaallah saw lebeh sebuk di Madinah dari di Makkah. Walau pun di Madinah tidak menerima tentangan hebat sebagaimana di Makkah. Tetapi kewajipan missi ke Rasulan lebeh besar daripada di Makkah. Diantaranya kerja menyampaikan ilmu daripada wahyu. (sebahagian daripada tengkatan kerja dakwah) Urusan politik Negara, keselamatan, dan masaelah ekonomi ummat Islam, semuanya menjadi kesinambungan daripada usaha dakwah.

Semua hal-hal yang bersangkutan keperluan masarakat Islam adalah menjadi kewajipan Kalifah atau Amirul-Mukminin, telah diurus dan ditangani sendiri oleh Rasulallah saw selepas hijrah di Madinah. Bahkan memimpin pasukkan tentera untuk berperang pun ditangani sendiri oleh Rasulallah saw. Dizaman ini siapakah pemimpin kita yang mengurus dan menangani keperluan ummat Islam mengikut nash hukum syarak sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulallah saw.? Mengharapkan pemerentah secular Islam, setelah beberapa dekad memegang tampuk pemerentahan Negara, menyebut perkataan Jihad dan Hudud pun mereka takut kepada Amerika.

Sementara jemaah kita yang sudah menunaikan tangung jawab dakwah selama hampir 100 tahun diseluruh dunia masih juga belum mampu memwarwarkan cita-cita perjuangan jemaah kita untuk menegakan As-Sunnah secara total. Sebaliknya trend jemaah kita memberi penghayatan kepada karkoon bahawa ‘pada masa ini Islam tidak memerlukan kuasa dan negara’ Pada persepsi kami ini adalah satu penghayatan yang mengundang malapetaka, wajib diperbetulkan serta merta. Masuk sini

1 comment:

  1. assalmualaikum, saya pelajar PHD yang mengkaji tntg senibina masjid...saya ingin mengetahui sejarah mazjid2 yg menjadi markaz jemaah Tabligh..disebabkan itu saya nak tahu bagaimana cara untuk saya mendapatkan laporan2 bayan, laporan tahunan jemaah serta kertas kerja berkaitan bagi mengenalpasti masjid-masjid yang pernah di adikan markaz dr dahulu sehingga kini..mohon dibalas
    kerjasama tuan amat dihargai

    fariz_atie@yahoo.com

    ReplyDelete