Sunday, October 28, 2012

Haram Qoth’i dan Haram Ijtihadi



Haram Qoth’i (Qati’e) ialah haram yang ada hitam putih, bersandarkan kepada dalil atau nas yang jelas dari quran atau hadith dan tidak boleh dibahas iaitu “ibaaratun nash”. Misalnya pengharaman arak, judi dan makan babi yang berdasarkan ayat quran yang jelas maknanya.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah

Haram Ijtihadi ialah haram yang di sandarkan kepada pendapat atau fahaman ulama seperti pendapat imam-imam mujtahid 4 mazhab, tiada hitam putih atau dalil yang jelas. Terdapat perbezaan pendapat dalam hukum, misalnya mazhab Hanafi mengharamkan makan sotong (tikus laut) dan mazhab Syafie mengharamkan makan burung merak. Haram ijtihadi seperti ini masih boleh ditakwil (bahas) dan tiada dosa jika tidak memakai pendapat mereka
.
Hukum haram yang sebenar ialah larangan yang sabit (berdasarkan) dalil yang kuat, tidak boleh diungkit (dibahas), dan boleh membawa pelakunya ke neraka (“buat masuk neraka“). Sebaliknya perkara yang boleh dikategorikan hukumnya sebagai “wajib” ialah perkara yang bersandarkan dalil yang kuat dan boleh membawa ke syurga jika dipatuhi (“buat masuk syurga“).

Hukum memakai gelang – haram ijtihadi

Mazhab Hanafi mengharamkan lelaki memakai gelang besi kerana besi jugalah yang digunakan untuk membelenggu (mengikat) manusia dalam neraka. Haram ini adalah haram ijtihadi. Ada juga pendapat yang mengatakan haram lelaki memakai gelang kerana dilaknati lelaki yang menyerupai perempuan.

Dari Ibnu Abbas R.A., Dia berkata: Rasulullah S.A.W. telah melaknati orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. Dan dalam satu riwayat, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (Riwayat Bukhari)

Perbuatan memakai gelang juga menyerupai kaum Sikh (memakai ‘kara‘).
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari mereka.” (HR. Ahmad)

Haram perbuatan itu ialah haram ijtihadi kerana ia menyerupai perempuan atau orang kafir, tiada dalil yang “specific” atau “direct” tentang haram lelaki memakai gelang (kecuali gelang emas yang sememangnya diharamkan bagi lelaki).

Dari Abu Musa, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,“Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki.”

No comments:

Post a Comment