Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu
peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas
batu. Lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup
di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan
Allah! Aku percaya rezeki di tangan Allah! Aku yakin di atas batu kering di
padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar
sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di
atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas.
Dia mengangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi mengambil
sebiji gandum, dibubuh dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi
tinggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman lihat
gandum yang sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut. Lantas Nabi
Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan
lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu
makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong! Aku
tidak berbohong! Kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apapun sehingga
banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari
sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa
padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan
setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Sufyan at Thauri, ada seorang
hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang
mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam.
Oleh itu, kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini
ialah dia tidak menggali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah
penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di
"INTERVIEW" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur,
10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam
Sufyan dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang
Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih menghadap
kiblat?. Yang 98 lagi sudah berpaling ke belakang?"
Jawab Imam Sufyan: "Diakhir zaman hanya 2
dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi
tidak percaya bahawa rezeki di tangan Allah".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan
dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman
semut lebih kuat dari iman manusia.... lihat disini
Kata-kata Saidina Ali r.a :
Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat,
manakala pemilik harta akan dihisab.
Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk
tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh
mengeraskan hati.... percaya?
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment