Alhamdulillah
segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad
salaLLLAHu alaihi wasalam.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الر ۚ كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
الر ۚ كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
Alif, Laam,
Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad),
supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur
kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa
lagi Maha Terpuji.
(Surah Ibrahim Ayat 1)
(Surah Ibrahim Ayat 1)
هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا
بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو
الْأَلْبَابِ
(Al-Quran)
ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat
dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di
dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya
orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. (Surah Ibrahim Ayat 52)
Daripada Abu
Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Iman itu lebih
daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha
illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T) dan yang paling
rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu
cabang daripada iman”. (H.R.Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil.
153)
Mafhum Hadith
Abdullah bin
Umar r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,“Terjadi
pada masa dahulu sebelum kamu, tiga orang berjalan-jalan hingga terpaksa
bermalam dalam gua. Tiba-tiba ketika mereka sedang berada di dalam gua itu,
jatuh sebuah batu besar dari atas bukit dan menutupi pintu gua itu, hingga
mereka tidak dapat keluar.Maka berkatalah mereka, ” Sungguh tiada suatu yang
dapat menyelamatkan kita dari bahaya ini, kecuali jika tawasul kepada Allah
dengan amal-amal salih yang pernah kita lakukan dahulu kala.”
Maka berkata
seorang dari mereka, “Ya Allah dahulu saya mempunyai ayah dan ibu, dan saya
tidak memberi minuman susu pada seorangpun sebelum keduanya (ayah ibu), samada
kepada keluarga atau hamba sahaya. Maka pada suatu hari aku menggembala ternak
pada suatu tempat yang agak jauh, hingga kembali kepada kedua ibu bapaku
sesudah malam dan ayah bundaku telah tidur. Maka saya terus memerah susu untuk
keduanya, dan saya pun segan untuk membangunkan keduanya dan tidak memberikan
minuman itu kepada sesiapapun sebelum ayah bundaku itu. Maka saya tunggu
keduanya hingga terbit fajar, maka bangunlah keduanya dan minum dari susu yang
saya perahkan itu. Padahal semalaman itu juga anak-anakku menangis minta susu
itu di dekat kakiku. Ya Allah jika saya berbuat itu benar-benar karena
mengharapkan keredaanMu, maka lapangkanlah keadaan kami ini.”Maka menyisih
sedikit batu itu, tetapi mereka belum dapat keluar daripadanya.
Berdoa pula
orang yang kedua, “Ya Allah dahulu saya pernah jatuh cinta kepada anak gadis
bapasaudaraku, maka kerana terlalu cintakannya, saya selalu merayu dan ingin
berzina dengannya, tetapi dia selalu menolak hingga terjadi pada suatu ketika
dia menderita kelaparan dan datang meminta bantuan kepadaku, maka saya berikan
kepadanya wang seratus dua puluh dinar, tetapi dengan janji bahwa dia akan
menyerahkan dirinya kepadaku pada malam harinya. Gadis itu melakukan suruhanku
kemudian ketika saya telah ‘berkuasa’ ke atasnya -riwayat lain menyebut ‘maka
apabila aku telah berada /duduk di antara dua kakinya’, tiba-tiba dia berkata:
Takutlah kepada Allah dan jangan kau pecahkan tutup (dara) kecuali dengan cara
yang hak (halal – nikah). Maka saya segera bangun daripadanya padahal saya
masih tetap menginginkannya, dan saya tinggalkan dinar emas yang telah saya
berikan kepadanya itu.”"Ya Allah bila saya berbuat itu semata-mata karena
mengharap keredaanMu, maka hindarkanlah kami dari kemalangan ini.”Maka
bergeraklah batu itu menyisih sedikit, tetapi mereka belum juga dapat keluar
daripadanya.
Berdoa orang
yang ketiga, “Ya Allah saya dahulu sebagai majikan, mempunyai pekerja, dan pada
suatu hari ketika saya membayar upah mereka, tiba-tiba ada seorang daripada
mereka yang pergi meninggalkan upahnya pulang ke rumahnya tidak kembali.Maka
saya perniagakan upahnya itu hingga bertambah dan berbuah menjadi
berganda-ganda banyaknya.Kemudian setelah lama datanglah buruh itu berkata,
“Hai Abdullah berikan kepadaku upahku dahulu itu?”Jawabku, “Semua kekayaan yang
didepanmu itu daripada upahmu yang berupa unta, lembu dan kambing serta budak
penggembalanya itu.”Berkata orang itu, “Hai Abdullah kau jangan mengejek
kepadaku.” Jawabku, “Aku tidak mengejekmu.”Maka diambilnya semua yang saya
sebut itu dan tidak meninggalkan satupun daripadanya.”Ya Allah jika saya berbuat
demikian karena mengharapkan keredaanMu, maka hindarkan kami dari kesempitan
ini.”Tiba-tiba menyisihlah batu itu hingga mereka dapat keluar mereka dengan
selamat.
(Bukhari,
Muslim).
Ramai orang
mahukan agama, dan tidak sedikit juga yang tidak mahukan agama. Mereka yang
mahukan agama adalah atas taufik dan hidayah yang Allah telah berikan kepada
mereka. Manakala mereka yang tidak mahukan agama kerana Allah telah jauhkan
hati mereka dari petunjukNya wanau'zubillah min zalik.
Kepada mereka yang inginkan agama dan cuba untuk mengamalkan agama maka adalah amat penting kita melihat Islam itu sepenuhnya atau dengan kata lain sekiranya Islam itu berbentuk bulat kita perlu melihat 361 darjah Islam itu dan mengamalkannya.
Untuk melihat kita perlukan deria yang sensitif atau peka, manakala apa yang kita lihat perlu di proses oleh akal kita yang terpandu, seterusnya ianya perlu di terjemah kepada Amal.
Kepada mereka yang inginkan agama dan cuba untuk mengamalkan agama maka adalah amat penting kita melihat Islam itu sepenuhnya atau dengan kata lain sekiranya Islam itu berbentuk bulat kita perlu melihat 361 darjah Islam itu dan mengamalkannya.
Untuk melihat kita perlukan deria yang sensitif atau peka, manakala apa yang kita lihat perlu di proses oleh akal kita yang terpandu, seterusnya ianya perlu di terjemah kepada Amal.
No comments:
Post a Comment