Wednesday, October 31, 2012

TABLIGH : SATU PENILIAN SEMULA



ULASAN PENULIS :

Sifat taksub di kalangan anggota Tabligh secara membuta tuli kepada hanya jemaah mereka sahaja yang betul/benar sangat bercanggah dengan sunnah Nabi SAW dan para sahabat.Hal ini dapat di bukti daripada sessi taklim/bayan mereka di surau masjid yang hanya bersifat sehala.Bersoal jawab dan berdiskusi dengan amir dalam majlis mereka adalah dilarang.
Bukti lain yang menunjukkan ketaksuban mereka lagi ialah bahan bacaan mereka hanya berpada dengan kitab Fadhail Amal yang di tulis oleh Maulana mereka sahaja.Sekiranya kita sebagai sahabat atau jiran mereka memberi atau menghadiahkan kitab-kitab agama karangan ulamak muktabar atau buku-buku yang bukan di tulis oleh golongan mereka nescaya mereka tak akan baca.

Ini bukan penulis reka-reka cerita tapi berdasarkan pengalaman sendiri yang punya ramai teman karkun dan biasa solat di masjid mereka.Tapi percayalah jika kita bertanya mereka semua persoalan di atas mereka akan menjawab....'tak semua.."...." segelintir ahli sahaja"..."..jangan dengar cakap orang"..."kalau nak tau jom keluar khuruj" dan 1001 macam alasan lagi.

kesimpulannya mudah sahaja,kita kenal parti UMNO itu salah/tak betul/sesat bukan berdasar pada amalan ahlinya sahaja tapi berdasarkan kepada PERLEMBAGAAN TUBUH PARTI ITU YANG TIDAK MELETAK AL QURAN & SUNNAH SEBAGAI UNDANG2 NEGARA.
BEGITULAH JUGA JEMAAH TABLIGH DI LIHAT MENYIMPANG BUKAN KERANA AMALAN AHLINYA SAHAJA TAPI PRINSIP YANG MENJADI DASAR ATAU TULANG BELAKANG KEPADA TERTUBUHNYA JEMAAH TABLIGH ITU YANG MENYEBABKAN IA DI KRITIK DAN DIJAUHI OLEH ORANG YANG BERILMU.

Perkara yang paling penting sekali ialah sebagai manusia kita bukan MAKSUM.KITA TERDEDAH KEPADA SALAH DAN SILAP,ALPA DAN CUAI.MAKA ATAS SIFAT ITU KITA MESTI TERBUKA UNTUK DIKRITIK,DI TEGUR DAN DI PERBETULKAN.
MALANGNYA SIFAT UNTUK SEDIA DIKRITIK DAN DITEGUR INI TIDAK ADA DALAM JEMAAH TABLIGH.BUKTINYA DALAM BLOG DRNASOHA.WORDPRESS -AHLI SYURA TABLIGH YANG 30 TAHUN BERADA DALAM JEMAAH ITU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK KELUAR TELAH DIKRITIK HEBAT OLEH KARKUN-KARKUN LAIN YANG MUNGKIN ADA YANG BARU SETAHUN JAGUNG DALAM TABLIGH TAPI LEBIH "ALIM" DARIPADA AHLI SYURA MEREKA SENDIRI.

Sufyan at-Tsauri memberi peringatan tentang fenomena ‘ujub dengan mengatakan:

Sifat ‘ujub adalah kekaguman pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya dari saudaramu, pada hal boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia, atau barangkali ia lebih wara’ darimu terhadap perkara-perkara yang diharamkan Allah, dan lebih bersih amalannya.

 “Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan ke*****an mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, dan fadhilat solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).

 Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (H.R. Ibnu Ady)

Walaupun begitu penulis tidak anti kepada golongan tabligh cuma ingin membetul beberapa perkara yang tidak betul atas sifat persaudaraan islam yang perlu nasihat menasihati.Antara yang penulis respect ,mereka mampu dakwah dari rumah ke rumah, menjaga solat berjemaah dan mampu berqiamulail walau tak di nafikan jemaah lain pun mampu exp: Hamas dll.

Posted by JUNDULLAH at 14:44

3 comments:

  1. abang klu x [ernah kluar 40 h, atau 4 bulan x kan tahu apa yg 'taksub' pada jemaah tabligh, kluar dulu baru tahu... jangan komen benda yg kau sendiri x penah alami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan penulis reka-reka cerita tapi berdasarkan pengalaman sendiri yang punya ramai teman karkun dan biasa solat di masjid mereka.Tapi percayalah jika kita bertanya mereka semua persoalan di atas mereka akan menjawab....'tak semua.."...." segelintir ahli sahaja"..."..jangan dengar cakap orang"..."kalau nak tau jom keluar khuruj" dan 1001 macam alasan lagi

      Delete
  2. dorang tu x abeh blaja kot... sya tengok rame jer tabligh yg ok... sya dok ampang jaya, rame jer artis join tabigh, dulu x smayang,kaki minum,dadah... dah rajin smayang, kat sini ramai budak2 yg penin2 skit, suka ponteng skolah,kaki rayau pun, bila dorang join tabligh berubah.. it yg sya tengok PAS xleh buat...

    ReplyDelete