Tuesday, August 28, 2012

TERIMA KASIH MUAZZIN - PADERI


"Rumi menceritakan dalam Mastnawi " Suatu waktu di bumi Andalusia, seorang pemuda yang ghairah untuk melaungkan azan di sebuah masjid, telah meminta izin dari imam untuk melaungkan azan, tapi telah ditolak permintaannya kerana suaranya sangat jelek dan burok.

Namun pemuda itu terus mendesak dan mendesak dengan alasan ingin meraih kedudukan yang tinggi kerana fadilat melaungkan azan menjanjikan pahala dan maqam yang tersendiri dalam islam. Sang Imam keberatan kerana masjid tersebut telah mempunyai muazzin yang tetap dan suaranya sangat bagus, nyaman dan merdu, sedangkan pemuda yang ghairah ini, suaranya sangat buruk, jelek dan iramanya sangat songsang.

Tapi apabila didesak berkali-kali dan pemuda itu berjanji hanya ingin melantun azan sekali sahaja, maka sang imam mengizinkanya. Maka dengan penuh semangat dan niat yang murni pemuda itu melantunkan azannya, bait demi bait hingga selesai. Seluruh permukiman di saat itu digegarkankan dengan suara azan yang kedengarannya sangat buruk, jelek dan menyakitkan.

Sang imam hanya mampu menunggu dan menunggu reaksi dari penduduk, kalau-kalau mereka tidak berpuas hati atau memprotes lantunan azan sebentar tadi.

Anihnya. kemudian datang tergesa-gesa seorang pastor atau paderi dengan wajah yang tampak gembira dan bahagia, lalu menjabati tangan sang imam dan bertanya siapa yang melaungkan azan itu kerana ia sangat terhutang budi dan berterima kasih kepada muazzin tadi. Ia ingin menghadiahkan sepesalinan pakaian sutera kepada muazzin tersebut kerana azan yang berkumandang tadi telah menyelesaikan bebanan masalah yang dihadapinya selama ini.

Ini benar-benar menghairankan imam, lalu ia bertanya apa sebenarnya yang berlaku, lalu meminta sang pastor menceritakan kedudukan sebenarnya.

Lalu Sang Pastor menceritakan bahawa ia mempunyai seorang anak perempuan yang sedang belajar disebuah sekolah missionari di sebuah bandar di luar Andalusia, tapi dia telah jatuh cinta dan ingin berkahwin dengan seorang pemuda Islam. Kami telah berusaha untuk menghalangnya tapi tidak berjaya. Malah anak perempuannya telah nekad untuk berkahwin dengan pemuda islam itu dan siap untuk menukar ugamanya. Kami sekeluarga sangat berdukacita dan semalam dia telah balik kesini untuk berkahwin dan memeluk islam.

Dengan wajah berkaca-kaca sang pastor bercerita lagi bahawa keadaan menjadi berubah apabila azan bergema sebentar tadi. Anak perempuannya untuk pertama kali bertanya suara apakah tadi yang bising, buruk dan sangat jelek.

Maka ia menceritakan bahawa itu adalah panggilan untuk solat bagi umat Islam. Maka anak perempuannya menjadi kecewa, marah dan berkata kalau panggilan solatnya begitu buruk apalagi solatnya pasti buruk, malah ugamanya jugak pasti lebih buruk. maka anak perempuannya telah sedar dan bertukar fikiran untuk tidak akan mengahwini pemuda Islam itu dan tidak akan memeluk ugama Islam.

Dan sebab itulah dia sang pastor sangat berterima kasih kepada muazzin tadi kerana azannya menyelamatkan anaknya.

Sang Imam diam dan terduduk. Apa kesimpulan anda tentang cerita yang disesuaikan dari tulisan oleh Jalaluddin Rumi dalam Matsnawi ini."
oleh abuhikam

No comments:

Post a Comment