Pada hari
ini umat Islam berdepan dengan kekeliruan dan kebuntuan di dalam memilih
pendapat agama dan fatwa di dalam kehidupan mereka. Masalah ini tidaklah
semudah sentuhan mata kerana ianya melibatkan banyak perkara termasuk berhubung
kait dengan faktor individu, lokasi tempat tinggal dan pendedahan kepada
perkembangan ilmu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl : 43)
Ayat di atas menjadi dalil dan pertunjuk kepada orang ramai untuk meminta fatwa atau bertanya masalah agama kepada orang alim dan mereka yang mempunyai pengetahuan agama.
Walaubagaimanapun orang ramai pada hari ini mempunyai pelbagai macam ragam dan perangai, apabila bertanya soal jawab agama pun ada di kalangan kita yang hanya mahu mengambil pendapat yang mudah dan membawa kepentingan kepada dirinya sendiri.
Misalnya, ada orang bertanya “Apakah hukumnya bersentuhan tangan antara lelaki dan perempuan ?” Apabila diberitahu kepadanya bahawa hukumnya ialah haram maka dia pun berhujah kembali akan pendapat itu dan ini untuk cuba mempertahankan pendapat keharusan bagi lelaki dan wanita untuk bersalaman atau bersentuhan tangan selama tidak syahwat.
Sebenarnya orang seperti ini sudah pun bertanya ke sana sini dan mempunyai pendapatnya sendiri tetapi mereka mahukan persetujuan daripada para ustaz atau ahli agama supaya mereka boleh mengamalkan pendapat pilihan mereka dengan senang hati. Jika kelak pendapat mereka itu dipertikaikan maka mereka pun berkata dengan angkuh : “Pendapat ini sudah pun saya tanyakan dan dipersetujui oleh ustaz sekian dan sekian.”
Masalah sikap umat Islam yang suka menjual nama ustaz, mufti dan para ulama ini sudah berlaku sejak zaman awal Islam lagi apabila wujud sebahagian umat Islam yang suka mengikut hawa nafsu mereka sanggup membuat dakwaan bahawa sesuatu pendapat itu merupakan pendapat ulama sekian dan sekian sedangkan hakikatnya ia adalah bukan dan dilakukan oleh mereka yang tidak takutkan Allah dan hari akhirat.
Pernah juga berlaku sebuah kisah benar dalam masyarakat, sepasang kekasih yang telah bercinta sekian lama namun akhirnya mendapati mereka sebenarnya mempunyai tali persaudaraan dan hubungan darah. Jika mengikut hukum Islam mereka sepatutnya harus berpisah dan haram bernikah. Namun demi menghalalkan perhubungan cinta mereka, pasangan kekasih ini kemudian memilih untuk mengikut mazhab syiah yang mengharuskan perkahwinan sedemikian.
Oleh itu jika anda bertanyakan mengenai isu perselisihan umat Islam dan masalah memilih pendapat agama. sebenarnya masalah umat Islam bukanlah kerana para ustaz dan alim ulama yang berselisih di dalam isu-isu agama tetapi sikap umat islam itu sendiri yang suka mengikut hawa nafsu dan hanya mahukan “agama yang menyenangkan kehidupan duniawi dan kepentingan peribadi mereka.”
Ulama yang jahat, ustaz yang sesat dan ahli agama yang mengikut hawa nafsu sememangnya ada di dalam sejarah umat Islam sejak zaman awal Islam lagi tetapi ianya bukanlah alasan untuk anda berkata itulah punca kekeliruan umat. Ini kerana Allah SWT sentiasa mengirimkan bantuan dan hidayah-Nya berupa petunjuk yang jelas dan mampu memerangi kebathilan dan kesesatan.
Al-Quran yang kekal sepanjang zaman dan As-Sunnah dari hadis-hadis Rasulullah saw yang terpelihara serta kewujudan para ulama Islam yang gigih dan ikhlas mempertahankan agama ini daripada kesesatan boleh dikatakan sentiasa berada di dalam masyarakat kita tanpa pernah sepi walau pun sehari melainkan diberi ganti oleh Allah SWT.
Apabila matinya para ulama’ yang gigih mempertahankan kebenaran pastinya akan ada penganti dan mereka-mereka yang menyambung tali-tali perjuangan sehingga ke hari akhirat. Justeru tiada alasan oleh orang awam untuk mengatakan bahawa banyaknya kesesatan dan kebathilan berlaku adalah disebabkan tiada ulama dan ahli agama yang mempertahankan kebenaran.
Mereka sentiasa ada di sisi anda dan berada di dalam masyarakat sebagai pejuang-pejuang kebenaran. Malangnya kewujudan mereka itu tidak dihargai oleh anda dan oleh masyarakat sekeliling dan nasihat serta pendapat-pendapat agama mereka jarang mahu didengari oleh orang ramai lantaran kerana ianya tidak memberikan kesenangan dan tidak menyokong tindakan dan perbuatan popular orang ramai.
Itulah puncanya iaitu hilangnya taqwa dan keikhlasan manusia sehingga walau kebenaran di depan mata namun ianya tidak dipedulikan. Itulah jawapan pertama buat mereka yang ingin mencari kebenaran dan pendapat agama yang mampu membawa kebaikan buat kehidupan di dunia dan di hari akhirat. Daftar sini...

Oleh: Ustaz Emran Ahmad (urusanulama-hl.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment